Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Menuntut Balik Kuasa Kasih Sayang dan Belas Kasihan Anda, Bhgn 6 drpd 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Itu waktu kita menyedarkan diri dan menuntut balik kuasa kasih sayang dan belas kasihan kita. Kuasa ini akan membolehkan kita menjadi lebih bermakrifat, semakin berbelas kasihan dan semakin penyayang sepanjang masa. Dan banyak idea yang lebih baik, cara hidup yang lebih baik, fikiran yg lebih baik, kerja yg lebih baik. Segala-galanya akan terpengaruh oleh kuasa kasih sayang dan belas kasihan kita. Macam itulah.

Kamu dapat lihat di seluruh dunia, pemimpin bukan sahaja tak membawa segalanya yang baik kepada negara mereka, mereka menjatuhkan martabat negara. (Ya, Guru.) Mereka tariknya ke bawah. (Ya, Guru.) Masih ingat dalam Bible, Raja David. (Ya, Guru.) Negaranya dihukum dengan wabak kerana baginda menjalankan banci penduduk Israel, menunjukkan kemegahannya, kekurangan kepercayaan kepada Tuhan dan kekurangan kerendahan diri kerana baginda rasa baginda ialah ‘orang besar’ sekarang. Baginda memutuskan segalanya, boleh buat segalanya. Jadi negaranya dihukum (Wau!) untuk suatu tempoh masa.

Malah mengatur kematian seorang panglima supaya baginda boleh kahwini isterinya, atas itu anakanda Raja David mangkat. Raja David tergila-gila akan isteri seorang pegawai, panglimanya. Jadi baginda hantarnya ke medan perang dan cuba sesuatu cara untuk buatnya mati seperti tak berikan lebih banyak askar apabila dia memerlukannya, sesuatu macam itu, atau memutuskan bekalan makanan, apa-apa saja atau buat sesuatu supaya panglima itu mati, anggota tenteranya mati (Ya, Guru.) supaya baginda boleh kahwini isterinya. Kemudian Tuhan tak suka itu, jika kamu masih ingat kisah itu, sesiapa daripada kamu? (Tidak, Guru.) Mungkin jika saya ada masa, saya akan baca kepada kamu cerita rakyat Yahudi sekali lagi. Itu di dalamnya juga. (Ya, terima kasih, Guru.) Tapi kisah ini seharusnya ada dalam Bible juga. Oleh sebab saya telah baca begitu banyak, saya tak tahu ia datang dari mana. Kadangkala saya ingat, kadangkala tidak. (Ya, Guru.) Tapi itu berlaku, Tuhan menghukum negaranya, negara Raja David kerana baginda buat sesuatu yang salah. Kemudian seorang pendeta juga datang ke istana Raja David dan terus memberitahunya juga. Apa yang nak dibuat? (Ya, Guru.)

Jika pemimpin negara tak cukup baik, tak cukup wajar, maka dia akan menurunkan negara itu hingga tahap tertentu, peratusan tertentu. Sebab itulah saya kata saya risau tentang negara kamu. (Ya, Guru.) Sebabnya saya kata saya takut. Saya akan cuba bantu tapi tak pasti sama ada boleh. (Terima kasih, Guru.) Maksud saya, saya tak pasti sama ada saya boleh, berapa banyak. (Faham.) Kerana jika orang terlalu suka kemasyhuran, suka menjadi terkenal atau mendapat terlalu banyak untung, wang dan kemasyhuran, maka mereka ada kecenderungan untuk menuju ke sebelah negatif dunia ini. Kita ada dua belah, kuasa positif dan negatif di dunia ini. Jika mereka cenderung kpd ketamakan atau kemasyhuran, atau hanya utk itu saja dan bukan curahkan khidmat kpd negara, hanya nak menguntungkan diri sendiri, maka sukar nak menghapuskan syaitan. (Ya, Guru.) Kerana yang sama saling menarik. Jadi saya tak boleh janjikan apa-apa pun. Saya cuba. Saya akan cuba (Terima kasih, Guru.) tak kira apa pun. Kerana saya tidak menaruh dendam terhadap sesiapa pun. Saya tahu sebenarnya itu karma saja. (Ya, Guru.) Karma negara juga melahirkan jenis-jenis warga, pemimpin dan pegawai kerajaan yang berlainan. (Ya, Guru.) Jika itu negara yang baik, kita akan ada pemimpin yang baik. Sekurang-kurangnya mesti ada kebaikan, mesti ada peratusan kebaikan tertentu untuk memperolehnya. (Ya, Guru.)

Dalam agama Hindu, saya terbaca di sesuatu tempat, ia nyatakan tiada negara yang akan musnah jika ada sepuluh orang yang benar-benar baik di negara itu, sepuluh orang yang benar-benar mulia tinggal di negara itu, sepuluh saja. Sepuluh dah cukup bagus. (Ya, Guru.) Tapi agaknya itu lama dahulu sewaktu setiap negara ada mungkin beberapa ratus ribu orang saja, maksimum. Sekarang ada beratus-ratus juta orang. (Ya, Guru.) Jadi bergantunglah. Jika negara itu tak banyak berbuat baik, kemudian teruskan dengan peperangan, bunuh terlalu banyak haiwan juga, (Ya, Guru.) maka pahala perlu lebih banyak, bukan 10 orang saja. (Ya.)

Tapi sekurang-kurangnya negara kamu telah ada beberapa orang presiden yang baik dan baru-baru ini, Presiden Trump. (Ya, Guru.) Bagi beliau, dalam hatinya, beliau tak nak berada dalam politik lagi. Walaupun sebelumnya beliau tak nak, mereka memilihnya. Jika tidak, beliau tak perlu buat apa-apa pun. Beliau tak perlu menjadi presiden pun. Beliau tak bercita-cita untuk menjadi terkenal dan mendapat apa-apa kerana beliau bekerja sebagai presiden secara percuma. Beliau tak mengambil gaji, AS$400,000. (Ya, Guru.) Beliau menolak itu. Beliau tak mengambilnya. Beliau hanya nak berkhidmat. (Ya, Guru.) Percuma.

Beliau kaya, jadi bukanlah untuk wang beliau menjadi presiden atau nak menjadi presiden. Beliau tidak, cuma orang memilihnya. Okey, tak apa. Itu kerjanya, takdirnya. Ia bukan untuk kemasyhuran juga. Bukanlah beliau nak menjadi terkenal atau sesuatu, beliau bertanding untuk menjadi presiden, kali pertama atau kali kedua. Kerana beliau sendiri terkenal juga. Beliau juga ada rancangan televisyen di mana beliau mengajar orang cara menjadi kaya, cara berniaga dan sebagainya. Begitu banyak orang sayanginya dan beliau sudah puas di dunianya sendiri. (Ya, Guru.) Jadi beliau tak perlu mencari kemasyhuran atau pengakuan. (Betul.) Memang macam itu. Contohnya, jika sekarang seseorang buat saya menjadi presiden, jika saya bersetuju dengan itu, itu hanya kerana sebab mulia. (Ya.) Dah tentu, ini takkan berlaku. Tapi saya maksudkan saya sudah puas di dunia saya sendiri. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Saya tak perlukan lebih banyak wang, tak perlukan lebih banyak pengakuan. Macam itulah. (Ya, Guru.)

Jadi beliau benar-benar untuk rakyat, untuk negaramu dan untuk dunia. Kamu lihat apa yang dibuatnya. Kamu lihat apa yang dibuatnya, kemudian kamu boleh faham apa yang saya katakan. Itu buktinya. (Ya, Guru.) Beliau bekerja dengan serta-merta sebaik saja menjadi presiden. Beliau sudah menggunakan kuasa itu untuk membantu rakyat dan dunia terutamanya kelas yang lebih miskin di Amerika, pekerja yang lebih miskin. Beliau mewujudkan banyak ratus ribu pekerjaan (Ya.) untuk mereka.

Beliau ambil berat tentang rakyat. Beliau pergi ke kawasan desa dan lihat bandar menjadi semakin mundur. Beliau rasa bersimpati dan berkata akan bina semula bandar itu. Sesetengah orang beritahunya bahawa pekerjaan ini dan itu tak wujud lagi. Beliau kata, “Kamu akan mendapat balik pekerjaanmu,” macam itu, sangat mudah dan terus. Beliau bersimpati dengan orang berpendapatan rendah, orang miskin. Beliau ialah presiden rakyat. (Ya, Guru.) Itu apa yang saya suka dengannya. Sayangnya bukan semua orang Amerika sedari itu. (Ya, Guru.)

Cuma orang minta, jadi beliau melakukannya. Beliau tidak sedar bahawa beliau di Bumi sini sebagai alat Tuhan. Beliau tidak sedar. Beliau masih tidak sedar. Hanya sesetengah orang yang saksikannya, mengetahuinya, ada visi dalaman memberitahunya. Contohnya kita memberitahunya. Ya? (Ya.) Dan beliau sedar sikit. Tapi beliau masih tak tahu. Tapi di dalam dirinya ialah kecenderungan kepada kebaikan, moral dan sifat baik. Itu apa yang beliau tahu. Beliau tak benar-benar nak menjadi presiden, terutamanya kali kedua selepas beliau diperlakukan setiap hari, setiap minit dalam hidupnya dengan segala keburukan, salah tuduh, pencelaan dan penghinaan. Jenis kritikan dan sikap menghina. (Ya, Guru.) Mereka semua di sana utk mengecamnya selama ini, tahun-tahun ini. Jadi beliau tak rasa ghairah nak menjadi presiden untuk penggal kedua. Jadi dengan buat begitu, sebenarnya itu suatu pengorbanan bagi beliau kerana beliau tahu sekarang bahawa beliau boleh buat sesuatu lebih banyak untuk dunia seperti berdamai dan membantu orang Amerika (Ya.) yang tertindas.

Seperti kanak-kanak pun dikhatankan, budak perempuan dan sebagainya. (Ya, Guru.) Atau pemerdagangan manusia terutama pemerdagangan kanak-kanak dan sebagainya. Beliau malah mereformasi penjara supaya banduan akan lebih selesa. Kamu ada nampak itu tak? (Ya, Guru.) Saya nampaknya dalam berita. Contohnya, beliau memikirkan semua orang. Beliau bantu sesiapa saja yang boleh dalam bidang kuasanya dalam masa empat tahun yang singkat. Jadi boleh kamu bayangkan jika beliau teruskan empat tahun lagi, berapa banyak lagi yang boleh dibuatnya untuk negara kamu? (Ya.) Kamu tak perlu mempercayai saya. Kamu nampak tak logiknya? (Ya, Guru.) Maka kamu tahu mengapa saya menyokongnya. (Ya.) Tapi karma negara kamu menghancurkan segalanya. Saat-saat akhir, percubaan saat-saat akhir. (Ya, Guru.) Adakah saya jawab soalanmu? (Ya, terima kasih banyak-banyak. Ya.) Segala-galanya? (Segala-galanya. Terima kasih.) Okey.

(Guru, sementara kita menuju dunia vegan sepenuh yang Guru katakan ialah cara yang paling pantas untuk menormalkan dan menstabilkan keadaan planet kita, dapatkah kita juga lihat perubahan yang lebih besar dalam persepsi spiritual manusia? Seperti dalam bidang agama dan kepercayaan spiritual?)

Ya, dah tentu. Kamu ada nampak tak banyak orang menjadi vegan dan berapa banyak sikap mereka telah berubah? Berapa banyak konsepsi mereka tentang belas kasihan telah berubah? Ya, tentang memperlakukan haiwan dan orang lain dengan baik? Ia bersama, kan? (Ya, Guru.) Sebelumnya mereka bukan macam itu. Seperti banyak saudaramu menceritakan banyak kisah seperti sebelumnya mereka adalah ini dan itu. Mereka sangat resah, sangat tidak mesra, cepat marah dan sebagainya. Selepas inisiasi, menjadi vegan, mereka berubah sepenuhnya. (Ya, Guru.) (Ya. Betul.) Sesetengah kisah yang kita baca kadangkala sewaktu kita berkumpul atau kadangkala mereka menulisnya, mengatakan ini dan itu dan sebagainya. (Ya.) Seperti seorang lelaki, sebelumnya dia sangat cepat marah dan sebagainya. Kemudian rakannya biasanya sering marah dengan rakan ini. Selepas inisiasi, apabila rakannya memarahinya pun, dia menyembah, menyusun sepuluh jari dan berkata, “Terima kasih.” Kamu tahu kisah macam itu. Ada beribu-ribu buah. Saya tak ingat semuanya. Saya tahu semuanya. Orang berubah. Jika mereka menuju ke arah selatan, maka mereka akan berada di selatan. Jika mereka terus berjalan ke utara, mereka akan tiba di utara. (Ya, Guru.) Jadi veganisme bukan sahaja untuk hentikan penderitaan haiwan tetapi juga untuk kasih sayang dan belas kasihan kita. Kemudian kita ingat akannya. Kita menemui itu semula supaya sifat itu akan terserlah, dipupuk, berkembang menjadi besar.

Jadi dah tentu, maka itu apa yang akan kamu ada: belas kasihan dan kasih sayang. Memang begitu. Sebelumnya kamu menutup itu dengan banyak amalan buruk: merokok, minum arak, makan daging, ikan, telur, tak mempedulikan penderitaan makhluk lain, pengaruh buruk atau kesihatan buruk diri sendiri atau orang lain. Selepas itu, kamu menyedari bahawa kamu lebih jelas. Oleh sebab kasih sayang dan belas kasihan berkembang, kemudian kamu akan memahami apa perasaan makhluk lain, seolah-olah kamu yang rasainya. Jika mereka gembira, kamu rasa begitu juga, jika mereka sedih, kamu rasa begitu juga. Jika mereka menderita, kamu bayangkan, kamu rasa seperti kamu. Saya tak bercakap tentang semua orang, saya bercakap tentang diri sendiri. Apabila saya lihat haiwan liar tercedera atau sesuatu yang saya tak dapat bantu, saya rasa begitu sedih, begitu terseksa, banyak hari. Saya asyik meminta Syurga dan semuanya yg boleh supaya bantunya sembuh atau biarnya pergi dengan tenang, seumpamanya. Saya tidak hanya lihat dan lupa akannya. Atau tak ingat. Tidak! Saya ingat secara berulangan, sepanjang masa.

Itu waktu kita menyedarkan diri dan menuntut balik kuasa kasih sayang dan belas kasihan kita. Kuasa ini akan membolehkan kita menjadi lebih bermakrifat, semakin berbelas kasihan dan semakin penyayang sepanjang masa. Dan banyak idea yang lebih baik, cara hidup yang lebih baik, fikiran yg lebih baik, kerja yg lebih baik. Segala-galanya akan terpengaruh oleh kuasa kasih sayang dan belas kasihan kita. Macam itulah. (Ya, Guru.) Yang penting bukan haiwan tetapi kita. Kita perlu jalani kehidupan yg wajar juga sebagai manusia. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/8)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
162 Tontonan
2024-12-19
1382 Tontonan
2024-12-18
853 Tontonan
2024-12-18
331 Tontonan
2024-12-18
126 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android