Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Menuntut Balik Kuasa Kasih Sayang dan Belas Kasihan Anda, Bhgn 3 drpd 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Presiden Trump, anda selama-lamanya ialah Presiden tersayang dalam hati semua orang di dunia, bukan sahaja di Amerika Syarikat. bukan sahaja di Amerika Syarikat. Anda ialah Presiden Rakyat. Status presiden ini, tiada orang dapat menafikannya. Ia akan memasuki sejarah dan tiada orang yang akan dapat mencurinya daripada anda. Tuhan ramati anda. Rakyat sayang anda. Tuhan ramati anda, En. Presiden.

Apabila seseorang sudah rebah di atas lantai, kita tak memukulnya. Itu peraturan budiman dalam seni bela diri dan di medan perang. Di Âu Lạc (Vietnam), kami kata itu, jika kita memukul mereka dan mereka sudah rebah ke lantai, maka kita tak terus memukul atau menendang kerana itu bukan cara mulia seorang budiman seni bela diri. (Ya, Guru.) Tetapi orang-orang ini mengecamnya... Mereka menuduhnya mengapi-apikan keganasan. Ini ialah bahan ketawa seluruh Syurga dan Bumi. Ya Tuhan. Orang tiada rasa malu ke? Atau kemasyhuran dan untung membutakan taakulan dan fikiran mereka. Itu apa yang saya agak. Jika tidak, syaitan memberikan terlalu banyak pengaruh terhadap mereka, buat mereka menjadi begitu.

Saya nampaknya dalam berita. Dalam Fox News hari ini, mereka mengumpulkan segala-galanya yang pemimpin Demokrat katakan tentang Trump selama ini. Kata-kata ganas. Sebaliknya, Presiden Trump tak pernah mengeluarkan kata-kata ganas tentang sesiapa pun. Jadi kamu tanyakan pendapat saya, itulah. Saya mahu mereka semua tahu. Jangan padamkannya. Saya tak takut pada mereka. Saya takut, bermakna saya rasa ini dunia yang begitu menakutkan tetapi saya tak takut! Kamu faham itu? (Ya, Guru.) Kita tak boleh ada lebih banyak risiko lagi daripada menjadi Guru spiritual, Guru sebenar. Itu dah pun risiko tertinggi yang kita ambil. (Ya, Guru.)

Saya mahu mereka mengkaji diri dan rasa malu sikit. Sebenarnya, rasa sangat malu. Menjadi pemimpin tetapi begitu ganas, berfikir macam itu. Apa-apa yang kita fikirkan di dalam keluar dari mulut kita. (Ya, Guru.) Kemudian jika mereka bersifat ganas macam ini, mereka langsung tak berhak, apa-apa pun, untuk menuduh Presiden Trump. (Ya, Guru.) OK, saya boleh bercakap selama-lamanya kerana saya sangat kecewa, sangat sakit hati melihat segala ketidakadilan ini dibuat terhadap satu orang baik. Orang-orang ini mungkin ketawa sekarang tetapi mereka takkan ketawa lagi apabila berdepan dengan Tuhan. Itu pun jika mereka berpeluang untuk berdepan dengan Tuhan.

Tanyalah saya jika kamu ada soalan lain. Silakan.

(Guru, sekarang Presiden Trump telah menerima kemenangan Biden, apa yang Guru rasa tentang itu?)

Apa yang saya rasa? Saya berasa takut. Saya berasa takut untuk negaramu dan dunia merosot kembali. Saya harap ia tak merosot kembali dengan terlalu pantas. Kepimpinan sebegini, mana boleh kita memimpin negara? Terutamanya Amerika ialah negara yang paling maju di dunia tetapi ada kepimpinan sebegini. Saya tak rasa bersalah mengatakannya. Saya tak rasa bersalah terhadap negaramu, maksud saya terhadap Amerika. Apa yang saya rasa? Itu apa yang saya rasa. Saya rasa itu sudah tak adil sama sekali. (Ya.)

Saya dah kata sebelumnya bahawa itu tak adil. Tapi kelakuan mereka, walaupun tak adil atau tipu, cukup buruk kelakuan mereka hari ini. Saya lihat berita daripada Fox News. Mereka telah mengumpulkan semua kata-kata mereka, semua kata-kata ganas mereka dan sebagainya, dan segala penganiayaan terhadap penyokong Presiden Trump, berbeza dengan cara mereka memperlakukan orang lain yang ganas dalam sesetengah kumpulan. Mereka sama ada tak mendakwa, tak mempedulikan mereka, beri galakan kepada mereka, malah memuji mereka supaya mereka boleh teruskan selama-lamanya. Mengapa? Hanya untuk menyusahkan Presiden Trump! Mereka sanggup membuat apa-apa saja. Saya tak hormati orang sebegini.

Maaf, meskipun mereka memegang jawatan tertinggi di dunia, saya tak hormati. Sebaliknya, saya rasa orang akan memandang rendah terhadap orang sebegini terutamanya dalam peranan memimpin. Sentiasanya, mungkin menuduh orang lain. Seperti di Âu Lạc (Vietnam) kami kata, "Vừa ăn cướp vừa la làng..." Perompak merompak seseorang, kemudian dia asyik menjerit, “Tolong, tolong, tolong!” Dia ialah perompak yang merompak orang tetapi asyik menjerit, membuat kacau dan... "Đánh trống qua cửa sấm..." bermaksud ada guruh tapi kita tak nak dengar guruh itu, jadi kita membuat kacau dengan dram untuk menutupnya. (Ya.) Sewaktu kita merompak orang lain, kita mengadu dan memekik, macam kita ialah mangsa. Jadi orang keliru, tak tahu siapa ialah siapa, tak tahu siapa ialah mangsa. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Jadi kelakuan sebegini adalah sama dengan itu. Saya tak nak memperhalus kata-kata saya jika mereka tak wajar mendapatnya.

(Guru ada sebarang mesej untuk Presiden Donald Trump?)

Ya, ya. Pertama sekali, untuk orang ramai. (Ya, Guru.) Dari lubuk hati saya, ucapan takziah paling ikhlas saya kepada orang Amerika Syarikat atas kejadian 6 Januari 2021, kepada semua keluarga yang malangnya terpengaruh oleh kejadian ini, dan kepada orang ramai, roh orang yang mati dengan tak wajar telah balik ke Rumah Sebenar mereka di Syurga, bebas selama-lamanya. (Bagus. Terima kasih, Guru.) Itu saya janji dengan nama baik saya.

Sekarang kepada Presiden Trump pula. En. Presiden, jangan terlalu sedih. Anda perlukan, anda wajar mendapat rehat yang cukup sekarang daripada segala pergolakan yang berlaku dalam hidup anda sebagai presiden hingga kini. Masa akan mengubati segalanya. Masa akan bantu anda menyembuhkan segala luka yang dalam yang menimpa anda, hati, minda dan ketenangan anda oleh orang yang anda percayai seperti kawan, ahli keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan komrad dalam impian anda serta mereka yang sepatutnya menjadi pen dan suara keadilan dan kebenaran. Dunia ini masih penuh dengan orang yang bijak, cerdik dan adil. Mereka tahu akan kebenaran di sebalik segala penipuan, segalanya yang berlaku dalam dunia anda. Presiden Trump, anda telah melakukan kerja yang impresif dan hebat sebagai presiden dan pemimpin Amerika Syarikat, lebih daripada yang boleh sesiapa harapkan. Anda telah cuba sebaik yang boleh, seluruh dunia tahu akan itu, yakinlah, yakinlah, En. Presiden. Mereka yang mencederakan anda, maafkanlah mereka, maafkan mereka semua, En. Presiden. Kami tahu anda memaafkan mereka kerana dalam hati anda, anda hanya tahu kasih sayang dan perdamaian. Saya sangat bersimpati. Saya sangat bersimpati dengan... Saya sangat bersimpati dengan apa yang anda alami. En. Presiden, mereka yang berlaku tidak adil terhadap anda... Minta maaf, saya terlalu penuh emosi. Dan cederakan anda, maafkanlah mereka. Mereka cuma lupa bahawa akhirnya kita semua akan berdepan dengan Tuhan dan pengadilan. Tetapi anda, En. Presiden Trump, Presiden Trump, anda selama-lamanya ialah Presiden tersayang dalam hati semua orang di dunia, bukan sahaja di Amerika Syarikat. bukan sahaja di Amerika Syarikat. Anda ialah Presiden Rakyat. Status presiden ini, tiada orang yang dapat menafikannya. Ia akan memasuki sejarah dan tiada orang yang akan dapat mencurinya daripada anda. Tuhan ramati anda. Rakyat sayangi anda. Tuhan ramati anda, En. Presiden. Itu apa yang saya rasa. (Ya, Guru. Terima kasih.)

Kamu ada banyak soalan yang sedia pada bila-bila saja macam ini? Maksud saya berapa lama... Kamu dah tahu akan segala-galanya. Saya berfikir mungkin saya beritahu kamu tapi kamu tahu lebih banyak drpd saya. jadi semua soalan ini dikemukakan. Baiklah, sambung.

(Guru telah dipuji dan diakui oleh banyak presiden Amerika. Guru, dari mana datangnya afiniti baik dengan Amerika ini?)

Saya tiada masa untuk meninjaunya. Saya perlu pergi lihat Rekod Akashic. Kadangkala saya tahu dengan cepat. Kadangkala jika perlu, saya pergi ke sana. Barangkali afiniti baik, pertama. Kedua, ada banyak orang psikik di Amerika. (Ya, Guru.) Mereka dapat lihat siapa ialah siapa. (Ya, Guru.) Tapi kadangkala satu belah orang psikik menang dan satu belah orang psikik tidak menang kerana mereka gunakan kaedah yang berlainan, dan bersama dengan karma negara. dan bersama dengan karma negara. (Ya, Guru.) Jadi tak menjadi hal.

Sebenarnya, kuasa gelap di dunia ini kadangkala kelihatan lebih kuat disebabkan oleh karma orang. (Ya, Guru.) Karma bantu menolaknya. Jadi tiada sesiapa yang boleh berjaya kecuali ada karma buruk untuk memperkukuhnya, buatnya lebih kuat. (Ya, Guru.) Karma kolektif juga boleh mendorong kejadian, buruk atau baik berlaku. (Ya, Guru.) Sebab itu saya juga sentiasa beritahu kamu, “Bukan salah sesiapa pun,” walaupun hati saya mendidih. Ketidakadilannya buat saya rasa sangat tak selesa. (Ya, Guru.)

Mungkin saya ada afiniti baik dengan Amerika. Dan juga bersama dengan orang terus mata ini, mereka akan menasihati kerajaan. (Ya, Guru.) (Wau!) Salah seorang anak murid saya terus mata juga, berkata bahawa ahli nujum beritahu sesetengah pemimpin kerajaan bahawa lebih baik perlakukan saya dgn baik (Oh!) kerana itu baik untuk negara mereka. Mungkin macam ini juga. Biar saya fikir sama ada saya harus beritahu kamu atau tidak. Mungkin saya boleh.

Lama dahulu sewaktu saya belum terkenal sangat, (Ya.) saya ada sebilangan kecil anak murid saja. Saya tiada banyak yang nak dibuat, tiada terlalu banyak kerisauan dan hanya sedikit karma kecil, senang untuk diuruskan, daripada anak murid. Tak seperti sekarang, ada seluruh dunia. Kemudian pada suatu hari, saya ada visi dalaman, maksud saya bercakap dengan Syurga dan sebagainya. Mereka beritahu saya bahawa saya ada afiniti dgn beberapa buah negara, (Ya.) dengan banyak negara sebenarnya tetapi bagi hayat ini, saya hanya boleh memilih satu negara untuk menyokong. (Ya, Guru.) Kemudian Mereka berikan satu senarai negara kepada saya. Saya boleh pilih satu. Kemudian saya asyik berfikir. Saya berfikir dalam peristiwa itu. Saya sangat kuat berfikir. Saya kata, “Aku nak menyokong semua negara.” Mereka kata, “Mustahil. Engkau perlu memilih satu saja.” Itu sebahagian daripada kontrak, dah tentu. (Ya, Guru.) Kerana saya tanya, “Apa yang boleh aku buat untuk dunia. Apa lagi yang boleh aku buat? Apa lagi yang boleh aku buat selain hanya beri inisiasi dan sebagainya.” Saya kata, “Boleh aku lebih banyak membantu dunia dengan sesuatu cara?” Kemudian Mereka kata, “Mungkin engkau boleh memilih untuk membantu satu negara. Afiniti atau jenis bantuan itu akan tersebar ke seluruh dunia juga.” Jadi saya asyik kuat berfikir dengan lama, kemudian memilih Amerika. (Oh!) Amerika Syarikat.

Pada masa itu, saya belum mendapat sebarang ganjaran atau anugerah daripada Amerika. (Ya, Guru.) Pada masa itu, saya pernah pergi ke Amerika mungkin dua kali saja. Hanya berikan khutbah dengan jemaah yang kecil. Tak banyak. Mungkin beberapa ratus orang. Saya kata, “Aku memilih Amerika.” Mereka kata, “Engkau pasti ke? Engkau boleh memilih mana-mana negara jika mahu.” Saya kata, “Aku memilih Amerika kerana itu negara besar dan ada pengaruh yang besar di dunia. (Ya.) Apa yang berlaku kepada Amerika juga akan tersebar dan mempengaruhi seluruh dunia. Sebab itu aku memilih Amerika.”

Saya tak kenali banyak orang di Amerika. (Ya, Guru.) Hanya beberapa orang, kemudian lepas itu sewaktu berkhutbah, biasanya hanya orang Asia datang. Jadi bukan kerana saya mengenali orang Amerika, jadi memilih Amerika Syarikat. Mungkin itu sebabnya. Mungkin itu sebabnya hasil datang selepas itu. (Ya.) Dalam bentuk banyak pujian daripada presiden Amerika dan kerajaan seperti yang kamu tanya saya tadi. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/8)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
162 Tontonan
2024-12-19
1381 Tontonan
2024-12-18
853 Tontonan
2024-12-18
331 Tontonan
2024-12-18
126 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android