Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Meditasi ialah Pelindung Anda

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kerana meditasi memang ialah pelindung kamu. Itu sewaktu kamu lebih berhubungan dengan kuasa besar kamu sendiri dan kuasa alam semesta yang mendukung kamu, pegang kamu kuat-kuat, lindungi kamu dan peluk kamu dgn segala kasih sayang, berkat dan perlindungan. Memang macam itu. Tiada kuasa lain yang dapat melindungi kamu di dunia ini.

(Hai, Guru!) Hai, kawan! Adakah kamu nak berada di peringkat spiritual yang lebih tinggi? ( Ya, Guru. ) (Ya.) Ya, dah tentu. Kamu akan capainya. Tapi perlukan lebih banyak usaha sikit. Badan kita tak sentiasa patuh. (Ya, Guru.) Saya berfikir mungkin lebih baik... berpindah ke pejabat yang lebih kecil untuk bekerja di sana berseorangan dan pejabat besar untuk kamu semua. Sekarang kita ada pilihan, kan? (Ya.) Lebih baik kerana kamu sentiasa bermeditasi di sana sebelumnya dan rasa selesa. (Ya.) Bagus. Kamu semua okey dengan itu juga? ( Ya, Guru. ) Seharusnya, kan? (Ya, Guru.) Saya ialah bos, kan? (Pasti, Guru.) Apabila saya kata apa, maka itulah. (Ya, Guru.) Apa jenis bos yang bekerja macam... “Saya bekerja seperti anjing.” (Oh, Guru!) Seperti Beatles berkata, “Saya bekerja seperti anjing.” Tidak, saya tak tahu sama ada anjing saya bekerja seperti saya. Tidak. Kehidupan mereka begitu baik. Dimanjakan dan disayangi. Oh, kehidupan mereka begitu baik! Mereka anjing yang bertuah. Tapi tak banyak yang bertuah macam itu di dunia. (Benar tu, Guru.) Sayangnya. Saya sedang berfikir, waktu itu saya nampak skunk (Ya, Guru.) masuk ke dalam kawasan saya dan beritahu saya mesej yang sama. “Jangan tinggalkan sini, berada di sini.” Perkara lain saya tak boleh beritahu kamu. Lebih baik tidak. Jika tidak, mungkin tak jadi sekali lagi. Berita baik. Mereka beritahu saya supaya berada di sini. (Baguslah tu.) Maksud saya, berada di mana-mana saja. “Berada di sini, jangan pindah, jangan pergi dari sini.” (Bagus.) Kerana sesuatu makhluk negatif menunggu saya di jalan atau ular di sana akan buat kacau lagi. Mereka asyik mengatakan itu. Mereka semua datang secara berulang kali. Kemudian haiwan lain yang berlainan, katak pun datang. (Wau, Guru!) Saya amat tersentuh dan rasa banyak dicurahi kasih sayang. Mereka banyak menenangkan saya. (Saya gembira.)

Malam semalam pun, dalam visi dalaman, seorang Guru Peringkat Kelima juga datang beritahu saya. Saya ada hubungan dengan-Nya dahulu disebabkan oleh buku dan anak murid-Nya. (Ya.) Sebenarnya Guru Kirpal Singh, jika kamu nak tahu siapa. Dalam visi dalaman, Dia juga datang beritahu saya, “Jangan tinggalkan sini.” (Wau!) Yang seterusnya tak boleh beritahu kamu. Sesuatu yang lain akan menjadi kenyataan apabila tiba masanya. Dan tak terlalu lama. Saya gembira. Tapi mungkin lebih baik saya tak beritahu kamu. (Faham, Guru.) Maafkanlah saya. Kamu akan tahu apabila ia datang. (Ya, Guru.)

Daripada pengalaman saya, belum kata lagi saya seorang Guru atau apa-apa, sesiapa yang tak bermeditasi dengan cukup baik akan alami kesusahan. Sebab itulah saya mahu ada sebuah tempat untuk kamu bermeditasi bersama dengan banyak. (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.) Bersama dengan saudara-saudara lain. Lebih baik kamu lebih banyak bermeditasi. Semua orang. Saya juga cuba bersungguh-sungguh kerana masa saya sangat terhad juga kerana begitu banyak kerja. Kamu tahu apa maksud saya. Mungkin orang berambut perang di sana tahu sikit bagaimana saya tertekan dengan banyak kerja. (Ya, Guru.) Baiklah, jadi sekarang kamu ada pejabat yang lebih besar. Bersihkannya di dalam dan di luar. Ambang tingkap dan segala-galanya. Pemegang dan sebagainya. Kemudian bermeditasi bersama setiap hari. (Ya, Guru.) Setiap hari kamu bergilir utk ingatkan semua orang supaya datang. Jika satu orang tak datang, kamu mengheretnya. (Ya, Guru.) Dengan telefon. Terus menelefon sehingga dia datang. Kamu perlu bergilir untuk buat begitu, saling mengingatkan, kerana bersama, kita bersatu padu. Banyak rakan sekerjamu tak bermeditasi dengan baik, tak mengendahkan nasihat saya. Sama ada mereka tinggalkan sini, ada sikap negatif atau fikiran negatif atau ditarik oleh kuasa negatif, kemudian pergi dari sini. Nampak tak? (Ya.) Kemudian mereka sesal. Jadi bukanlah mereka tak tahu. Cuma terlambat. Dah terlambat, rasa sesal. Dah terlambat untuk kembali ke sini. (Ya.) Mereka semua nak kembali ke sini. Sama ada mereka menulis atau tak menulis. Mereka rasa sangat sesal dalam hati. Mereka tahu di mana paling baik.

Jadi kamu semua saling mengingatkan supaya bermeditasi dengan baik. Beritahu kumpulan lain juga. Berikan ini kepada kakitangan lelaki juga. Tapi mereka buat dengan baik terutamanya jiranmu. Mereka buat dgn baik sekali setiap hari. Mereka bermeditasi dengan serius, tepat pada masanya, orang yang saya tahu. Jika tidak, kemudiannya juga. Saya beritahu mereka supaya saling mengingatkan, kemudian mereka semua bermeditasi tepat pada masanya. Hanya apabila benar-benar cemas dan tak boleh tunggu satu jam lagi, maka harus bekerja. Jika tidak, mesti hentikan segalanya, pergi bermeditasi dan kembali. Kerana kamu akan menjadi lebih kuat dan lebih banyak diberkati untuk teruskan kerja muliamu.

Kerana kamu masih nak bekerja untuk dunia, kan? (Ya, Guru.) Kamu masih nak bekerja bersama dengan saya, kan? (Ya, Guru.) Dah tentu. Saya tahu itu. Sebab itulah ini ialah penyelesaiannya. Ini ialah bantuan. Jika tidak, kamu tak boleh tahan. Kerana berkat pun, kamu tak dapat mencernakannya, mungkin menyusahkan kamu juga. Atau kuasa negatif menarik kamu, menyusahkan kamu. Injil nyatakan, “Apabila dua orang duduk bersama atas nama saya, saya akan bersama mereka.” Bermakna Kuasa Guru akan bersama mereka, menampung mereka, menyokong mereka dan memberkati mereka supaya mereka boleh teruskan. Kerana kerja yang kamu buat tidak mudah. Kamu dapat lihat sesetengah orang gagal. Kerana mereka tiada kekuatan yang mencukupi untuk teruskan. Saya serius. (Ya, Guru.) Saya pun, jika tak bermeditasi dgn cukup, saya akan ada masalah juga. Jatuh sakit. Bukan sahaja kesusahan spiritual tetapi badan juga, lebih banyak jatuh sakit, menghidapi penyakit baru atau lebih banyak kesusahan. Meskipun sewaktu bermeditasi, mungkin kadangkala kamu rasa, disebabkan perlu bekerja lalu pergi bermeditasi tepat pada masanya, mungkin kamu rasa letih, namun bukan macam itu. Itu berkat. (Ya, Guru.) Keluar atau bersenam sikit, cuci muka dalam air sejuk, kembali ke tentera kita. Kita benar-benar membahu. Kita membahu dunia, kamu tahu tak? (Ya.) Kita benar-benar membahu dunia dan menjadi askar tentera kecil kita bagi bekerja untuk dunia.

Semua saudaramu di seluruh dunia juga menyokong. Mereka juga bekerja keras mengikut keupayaan, masa dan situasi mereka kerana mereka ada keluarga juga. (Ya.) Mereka buat apa yang boleh dan benar-benar cuba sedaya upaya. Kamu dapat lihat itu melalui semua rancangan. (Ya, Guru.) Melalui kerja yang mereka buat. Kita harus curahkan usaha kita. Saya curahkan usaha saya juga. Saya merungut kepada kamu kadangkala, saya kata ini dan itu tetapi saya masih melakukannya. Saya tak benar-benar merungut. Saya hanya beritahu kamu supaya kamu tahu bahawa saya bersama kamu, bekerja keras juga. (Ya, Guru.) Dan juga jelaskan kepada kamu mengapa ini dan itu, bahawa kadangkala saya ada kesusahan ini dan itu.

Tapi mereka yg tak bermeditasi dgn baik, suatu hari nanti, mereka akan alami kesan dunia negatif yang menimpa mereka. Kerana bukan semua orang di dunia bermeditasi atau belum menjadi vegan pun, jadi semua kuasa negatif ini menekan kita. Ini seperti kita di dalam laut dalam. Meskipun kita ada oksigen dan kelengkapan, itu tak sama seperti di darat. (Ya.) Jika kelengkapan kita bocor, contohnya tiada meditasi yang mencukupi, maka kita akan mati di sana. Semua kuasa tekanan air di sekeliling kita akan memenyekkan kita. (Ya, Guru.) Jadi tolonglah, kita ada meditasi berkumpulan setiap hari. Kamu buatnya setiap hari satu orang bergilir. Dewan meditasi besar ini seharusnya ada tempat yang cukup untuk semua orang. Jadi kamu duduk berjauhan. (Ya, Guru.) Kamu dah pernah bekerja di sana sebelumnya, kebanyakan daripada kamu, jadi kamu seharusnya dah biasa dengan penyamanan udaranya. (Ya.) Sentiasa bawalah selimut tambahan, kalau-kalau kamu rasa lebih sejuk. (Ya, Guru.) Kemudian tutup badan, itu saja, dan lakukan Quan Yin (Meditasi Bunyi Syurga dalaman). Ia akan segera buat kamu rasa panas jika kamu rasa sejuk. (Ya, Guru.)

Kerana meditasi memang ialah pelindung kamu. Itu waktu kamu lebih berhubungan dengan kuasa besar kamu sendiri dan kuasa alam semesta yang mendukung kamu, pegang kamu kuat-kuat, lindungi kamu dan peluk kamu dgn segala kasih sayang, berkat dan perlindungan. Memang macam itu. Tiada kuasa lain yang dapat melindungi kamu di dunia ini. Itu rahsianya. (Ya, Guru.) Itu rahsia alam semesta yang tak banyak orang faham atau ada keistimewaan untuk tahu, tapi kadangkala orang anggapnya biasa saja, alam kesusahan, hidapi penyakit dan sebagainya. Mereka pergi makan ubat, kemudian berterima kasih kepada doktor. Tak apa sewaktu kita belum cukup kuat dari segi rohani dan karma menimpa kita, maka kita perlu pergi jumpa doktor. Tapi kita ada kuasa sembuh di dalam. Kita boleh sentiasa sihat dan kuat untuk membantu diri sendiri dan membahu dunia sehingga orang lebih sedar dan bantu memberikan sumbangan.

Kita bersatu padu. Macam itu. Jika kamu duduk berseorangan dlm bilik, lebih senang untuk memanjakan diri dan masuk tidur. (Ya, Guru.) Tapi jika duduk bersama, kamu ada lebih banyak kuasa sokong, seperti membentuk satu lingkaran. Ini seperti jika kita ada seikat penyepit, kita tak dapat patahkannya. Tapi jika kita keluarkan satu demi satu, atau dua atau tiga pun, kita dapat patahkannya. (Ya, Guru.) Lebih senang. Kita tak dapat patahkan semua penyepit yang diikat bersama dengan ketat. (Ya, Guru.) Jadi sekarang kita ada bilik yang lebih baik itu. Penyelesaian yang baik. (Ya, terima kasih, Guru.) Duduk terasing sesama kamu, sejauh yang boleh. ( Ya, kami buat begitu, Guru. ) Baguslah tu. Supaya ada lebih banyak ruang. ( Ya, Guru. ) Beritahulah kakitangan dapur juga: bermeditasi. (Ya, Guru.) Minimum empat jam. Tapi bermeditasi sebelum kamu tidur. Malah selepas itu. (Ya, Guru.) Kamu dah duduk di atas katil atau sofa, atau di atas lantai, di mana-mana pun, kemudian bermeditasi sebelum tidur. Macam ini, sepanjang malam akan seperti keadaan meditasi tidur. (Ya, Guru.)

Ambil kesempatan pada bila-bila masa, setiap saat, duduk di dalam tandas pun, bermeditasi. Setiap minit, mana-mana pun, sentiasa berhubungan dengan Tuhan. Lagi banyak kamu berhubungan lagi baik untuk kamu, untuk kesejahteraan kamu dan kuasa spiritual kamu bagi membahu makhluk yang tak berdaya. Sebenarnya kita perlu mendukung mereka kerana mereka terlalu lemah. Kita nak menjadi kuat. Kita nak sedia untuk semua orang. (Ya, Guru.) Buat masa ini sekurang-kurangnya. Terutamanya sekarang kerana ada banyak kesusahan di dunia sekarang. Kamu semua tahu, kan? (Ya.)

Ada soalan lain, sayang? Tiada? ( Tiada, Guru. ) Baiklah, bagus. Jadi kamu semua puas dengan itu? (Ya, Guru. Terima kasih.) Dua orang ini dan orang yang tak hadir juga mengundi. Maka baguslah. Kamu dua orang, tapi ketawa dengan riang dan kuat sekali, saya ingat lebih daripada dua orang. Apabila kamu ketawa bersama, kedengaran macam lebih drpd dua orang. Mungkin gema juga. Kedengaran bagus. Kamu semua buat dengan baik hingga kini dan saya berterima kasih atas nama Tuhan. Baiklah. (Terima kasih, Guru.) Tuhan rahmati kita. Hanya Tuhan rahmati kita baru boleh kita teruskan. (Ya, Guru.) Tapi kita juga mesti berada di sana untuk rahmat Tuhan. (Ya.) Dengan meditasi, kita lebih berhubungan dengan seluruh alam semesta. Kita boleh bergantung kepada kuasa itu. (Ya, Guru.) Jika tidak, kuasa dunia ini akan merebahkan kita. Adakah kamu faham logiknya sekarang? Ada nampak tak? (Ya, Guru.)

Jika kita tak dilindungi oleh Kuasa besar alam semesta, maka kita akan diselubungi kuasa negatif dunia ini. Walaupun maya dah hilang dan kuasa maya dah hilang, namun kuasa negatif masih ada dalam diri orang (Ya.) Bukan ambil masa satu minit saja untuk bersihkannya. Tidak, tidak. Bukan macam itu. Mereka ada karma juga, saling berkaitan dan perkara lain untuk berada di dunia ini. Jika tidak, jika bersih sepenuhnya, mereka semua pergi dari sini. Sama ada ke neraka atau Syurga, mereka perlu pergi jika semua karma mereka bersih. Mereka tak boleh berada di sini. Baiklah. Jadi semua kuasa negatif ini, kita masih perlu hadapi. Jangan biarnya menyelubungi kamu dengan memakai Kuasa Alam Semesta. (Ya.) Kamu pakainya sepanjang masa, pada bila-bila saja dengan bermeditasi untuk menguatkannya. (Ya, Guru.) Sama seperti pakaian kita, kita sentiasa perlu menguruskannya, sama ada itu atau membaharuinya. Jika tidak, ia menjadi compang-camping. (Ya, Guru.) Perlu menampalnya atau buat yang baru. Terima kasih.

Saya cakap dgn begitu cepat, boleh masuk Rekod Guinness. Kerana saya ada terlalu banyak kerja untuk dibuat. Saya tak pernah bercakap dengan begitu banyak dan cepat sebelum mengambil alih jawatan ini. Saya terkejut dengan saya sendiri apabila saya lihat balik zaman remaja saya atau sebelumnya, BM, bermakna ‘Sebelum menjadi Guru’, saya tak dapat bercakap macam itu, begitu banyak dan begitu cepat. Baiklah, sayang. Tuhan rahmati kamu semua. (Terima kasih, Guru.) Tuhan lindungi kamu. (Terima kasih kepada Guru juga.)

Kakitangan dapur mungkin tak dapat bermeditasi pada masa yang sama dengan kamu kerana mereka perlu memasak. (Ya, Guru.) Mereka perlu menyediakan makanan lebih awal dan segalanya sebelum memasak, jadi mengambil masa. Saya tak rasa mereka boleh ikut jadual waktu kamu. Hanya bagi Supreme Master TV. (Ya, Guru.) Tapi berikan ini kepada kakitangan dapur, beritahu mereka supaya bermeditasi sekurang-kurangnya empat jam mengikut masa sendiri. (Ya, Guru.) Kerana mereka bekerja secara berbeza. Demi kesejahteraan kamu, mereka perlu mengorbankan masa terbaik untuk bermeditasi. (Ya, Guru.) Jadi beritahu mereka, sekurangnya. Kemudian mentranskripsikan apa-apa saja yang sesuai untuk mereka. (Ya, Guru.) Termasuk saya berkata bahawa kakitangan dapur juga perlu bermeditasi selama empat jam sekurang-kurangnya. (Ya, Guru.) Termasuk ini. Dengan suara asal saya dan transkripsinya supaya mereka dapat lihatnya bersama. (Ya, Guru.) Baiklah, terima kasih. Sebenarnya semua orang yang terlibat dalam sebarang kerja awam, kerja untuk orang lain, kerja untuk Guru mesti bermeditasi sekurang-kurangnya empat jam sehari. (Ya, Guru.)

Terima kasih. Baiklah. Itu saja, sayang. (Okey. Terima kasih, Guru.) Terima kasih kepada kamu kerana kamu masih di sini. Kamu pasti sangat ikhlas dalam hati untuk menahan semua tekanan ini. Baiklah. Jadi kita akan jadi lebih kuat. (Ya, Guru.) Lebih berazam untuk bermeditasi, lebih banyak bersama Kuasa Alam Semesta supaya kita boleh dilitupi oleh pelindung ini. (Ya, Guru.) Baiklah. Tuhan rahmati kamu semua. (Terima kasih, Guru.) Saya kasihi kamu dan berterima kasih kepada kamu. (Kami kasihi Guru juga.)

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
153 Tontonan
2024-12-19
1361 Tontonan
2024-12-18
839 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android