Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

PEACE: The Bigger Picture of Public Service, Part 1 of 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Taiwan sentiasa merdeka sejak lama dahulu lagi. Banyak dekad. Jadi kerajaan China yang baik dan bijak takkan merisikokan reputasi dan moral mereka untuk menyerang pulau kecil ini. Tak banyak kepentingan kepada China. Itu apa yang saya rasa.

( Halo, Guru! ) Hai, lelaki kacak! (Halo. Hai, Guru!) Apa khabar, semua? (Khabar baik. Terima kasih, Guru.) Saya perlu cakap dgn kamu kadangkala. (Terima kasih, Guru.) Saya rindui kamu semua. (Kami rindui Guru.) Sedikit, kadangkala. Memikirkan bagaimana kamu bekerja keras sekali dan cuba sebaik yang boleh untuk bantu saya membantu dunia. Berfikir macam itu, saya rindui kamu. (Terima kasih, Guru.) (Kami rindui Guru.)

Saya rasa kamu mengagumkan. Tak kira atas sebab apa kamu datang, itu hanyalah pemangkin. Memang, roh kamu pasti mahu membantu dunia ini, (Ya, Guru.) meskipun kamu tak tahu akannya, meskipun kamu rasa kamu datang, tak tahulah, atas apa-apa saja sebab. Kadangkala kita tak tahu pun mengapa kita buat apa. Jadi, apa yang berlaku?

( Apa khabar, Guru? ) Khabar baik. Maksud saya sebaik yang saya rasa. Maksud saya, saya sentiasa amat bertuah. (Ya, Guru.) Apa-apa pun keadaan, saya sentiasa rasa saya bertuah. (Ya, Guru.) Kerana segalanya berlaku atas sesuatu sebab, baik atau buruk, kita tak lama berada di sini. Kita takkan lama berada di dunia ini. Kita akan balik ke Rumah. (Ya, Guru.) Jadi sebarang sampah di jalan atau dompet yang tercicir di jalan, kita pulangkan (Ya, Guru.) kepada dunia juga. Jadi ada apa yg boleh saya buat utk kamu bagi buat kamu gembira? Ada apa-apa lagi yang boleh saya buat? ( Kami ada soalan, Guru. ) Kamu ada. (Ya, Guru.) Saya boleh agak kerana dah lama kita tak berbual. (Ya, Guru.) Khabarnya kamu wujudkan suatu halaman atau ruang supaya sesiapa yang ada soalan boleh tulis di sana dan semua orang tahu. (Ya, Guru.) Itu bagus.

Sebelum kita mulakan, sebelum terlupa, saya nak beritahu wanita di pusat sana bahawa mereka harus beli katil atau sofa. Oleh sebab musim sejuk akan tiba, mereka tak harus sentiasa tidur di atas lantai. (Ya, Guru.) Buddha adalah di India. Itu negara panas. (Ya.) Musim sejuk di sana pun tak begitu sejuk. (Ya, Guru.) Tapi di tempat kamu, bukan sahaja sejuk tetapi lembap. Ini bagi wanita. Bagi kamu lelaki juga, tapi saya rasa kamu dah ada, kan? (Ya, Guru.) Bagi wanita yang tiada sofa dan katil, dapatkannya. Seorang satu. Jadi apabila musim sejuk tiba, kamu boleh ada tempat yang lebih selesa dan panas untuk berbaring. (Ya, Guru.) Jika kamu berbaring. Jika tak berbaring, kamu harus duduk di tempat yang lebih tinggi kerana udara dekat lantai lebih sejuk dan lembap. (Ya, Guru.) Itu tak baik dalam jangka masa panjang. (Faham, Guru.)

Mungkin itu sebabnya Buddha berkata hanya lelaki harus menjadi biksu, kerana mereka zahid. (Ya.) Bukan kerana Buddha tak mahu. Seperti dalam salah satu rukun bagi mereka yang datang selama beberapa hari untuk bermeditasi bersama Buddha, Dia kata, “Tiada katil besar dan tinggi.” (Ya.) Tapi ini kerana mereka tiada ruang yang mencukupi. (Ya, Guru.) Dan mereka akan berada di sana untuk seketika saja. India panas juga. (Ya, Guru.) Tetapi Dia benarkan, mereka panggilnya ‘katil gantung’. Itu apa yang kita panggil buaian hari ini. (Ya, Guru.) Jadi kita boleh gantungnya pada pokok dan berbaring. (Ya, Guru.) Tetapi di pejabat kamu... Saya bayangkan semua buaian tergantung di mana-mana saja. Kamu duduk di satu belah, letak komputer dan semua kelengkapan yang hebat ini di atas buaian, saya tak tahu macam mana. Jadi wanita boleh buat begitu. Juga boleh beli buaian untuk berehat kadangkala jika kita ada beberapa minit. (Ya, Guru.)

Maklumlah, saya juga ada satu buaian tetapi saya tak rasa saya berpeluang. (Ya.) Tapi ia hanya baik untuk musim panas. Musim sejuk adalah sejuk jika kita gantung buaian. Bergantunglah. Jika kamu beli buaian tebal seperti yang ada pad atau jenis bahan yang tebal, maka takkan terlalu sejuk. Tetapi jika buaian biasa seperti jaring, (Ya, Guru.) agak sejuk. Ia baik untuk musim panas. Saya cuba itu sebelumnya. (Ya, Guru.) Sebelum nyamuk mengganggu privasi saya. Sebelumnya saya tak tahu apa itu nyamuk tetapi sekarang mereka buat diri mereka diketahui. Lagi banyak anak murid lagi banyak nyamuk sayangi saya. Saya rasa ia bersama dalam itu.

Jadi beritahulah wanita itu untuk saya. (Ya, Guru.) Atau jika kamu hantar rakaman persidangan ini kepada mereka, maka... Kamu rakamkannya, kan? (Ya, Guru.) Sentiasa buat begitu. Kalau-kalau seseorang salah faham atau sesuatu, boleh dengar sekali lagi. (Ya, Guru.) Sekarang kamu ada soalan. Saat, lihat sama ada saya terlupa apa-apa yang lain. Beritahulah mereka supaya tidur di atas platform yang lebih tinggi, permukaan yang lebih tinggi. (Ya, Guru.) Atau sekurang-kurangnya 15 sentimeter atau 10 sentimeter pun boleh, 20. (Ya, Guru.) Lima belas, 20 adalah bagus. Tak perlu tinggi sangat, kalau-kalau kamu bermeditasi dengan terlalu baik, kamu akan jatuh. Saya tak risau tentang kepalamu. Saya risau tentang lantai. Saya bergurau saja. Saya risau tentang kamu. Kamu tahu, kan? (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.)

Mereka kata kamu keras kepala tapi tak begitu keras. Maksud saya, kamu cuba sebaik yg boleh. Maksud saya, kamu sudah buat sesuatu. Setiap orang buat sebaik yang boleh. Tapi kamu memang ada kelemahan. Tapi itu bukan salah kamu. Ia sudah tersemat di sana sebelum kamu dilahirkan. (Ya, Guru.) Juga DNA, latar belakang, pendidikan atau tabiat. Itu sukar bagi semua orang juga. (Ya, Guru.) Tapi saya memang hargai keikhlasan dalam kerja kamu. Tuhan rahmati kamu. (Terima kasih, Guru.) Tuhan sentiasa rahmati kamu. Tuhan lindungi kamu dalam kerjamu. (Terima kasih, Guru.) Berhati-hati, kerana semasa kamu membuat kerja untuk Guru, maya, apa-apa saja yang tertinggal akan cuba membuat kacau. Jadi kamu perlu lihat apa niat kamu dan apa yang dimasukkan ke dalam fikiranmu. Seperti seseorang cuba masukkan sesuatu idea ke dlm fikiranmu. (Ya, Guru.) Dulu ia tak wujud dan bukan impian asal kamu. (Ya, Guru.) Baiklah. Sekarang kamu boleh tanya soalan, silakan.

( Ya, Guru. Pada bulan Ogos, seorang pegawai Amerika berpangkat tertinggi melawat Taiwan (Formosa) dalam berdekad-dekad, bertemu dengan pemimpin perniagaan dan pegawai kerajaan termasuk Presiden Taiwan. China mengutuk pertemuan ini. Semasa dan sejak lawatan ini, China telah mengadakan latihan ketenteraan dan menerbangkan banyak pesawat perang melintasi ruang udara Taiwan di atas Selat Taiwan. Pada bulan lalu, China juga telah menjalankan ujian misil di Laut China Selatan. Guru, haruskah Taiwan risau? Akankah China berpeang dengan Taiwan? )

Mungkin mereka hanya mengadakan latihan ketenteraan, sama seperti banyak negara buat begitu. Sekali-sekala mereka perlu menguji kelengkapan tentera, kakitangan terlatih atau askar terlatih supaya sedia kalau-kalau sesuatu berlaku. Sama seperti Switzerland, walaupun mereka negara neutral, tak nak berperang dengan sesiapa pun dan tiada peperangan yang dicetuskan dengan mereka, namun mereka sentiasa melatih askar di rumah. Jadi semua orang sedia pada bila-bila saja. Sama seperti tentera simpanan.

Kerana saya tak percaya bahawa kerajaan China di bawah kepimpinan baik Presiden Xi Jinping ingin memulakan pencerobohan. Buat apa? Kerana Presiden Xi ialah penganut Buddha yang taat, malah mengajar rakyat supaya mengikut ajaran Buddha. Beliau berkata bahawa pada asalnya China mempercayai agama Buddha, jadi kita harus teruskan tradisi ini. Dan ajaran Buddha tak menggalakkan peperangan. Sebab itulah saya kata sebelumnya, apabila saya baca kisahnya kepada kamu, saya kata saya suka agama Buddha kerana ia bersifat damai. Ia mengajarkan kedamaian. Sejak ketika Buddha masih hidup dan berkhutbah kepada anak murid dan pengikut di India hingga kini, penganut Buddha, hampir tak pernah terdengar mereka berperang di mana-mana, mencetuskan peperangan atau bangkitkan peperangan dgn sesiapa pun. Itu apa yg saya suka dgn agama Buddha. Presiden Xi tahu akan semua itu, jadi saya tak rasa beliau akan mencetuskan peperangan.

Dan orang Taiwan (Formosa) tak berikan sebab yang baik kepada mereka untuk buat begitu. Orang Taiwan (Formosa) cintai keamanan, pemurah, baik hati, sangat puas dengan hidup mereka dan tak banyak mahukan apa-apa. Mereka gembira dengan apa yang mereka ada. Orang yang sangat damai. Senyap, lemah lembut. Tiada sebab yang baik untuk kerajaan China berperang dengan Taiwan (Formosa).

Walaupun pegawai kerajaan Amerika atau pegawai tinggi datang ke Taiwan, itu bukan salah orang Taiwan. Mereka nak datang. Orang Taiwan mengalu-alukan mereka. Mereka orang yang sangat mesra. Mereka mengalu-alukan beribu-ribu orang China ke Taiwan setiap hari. Kamu tahu itu (Ya, Guru.) dan saya sentiasa kata begitu. Mereka sangat mengalu-alukan orang. Orang yang sangat murah hati. Jadi kerajaan juga tak boleh menolak jika mana-mana diplomat atau utusan dari mana-mana negara datang melawat tanah air mereka. Utusan mana-mana negara, bukan orang Amerika saja. Dah tentu, mereka juga mahu mengembangkan hubungan diplomatik dengan semua negara. Jadi bukanlah salah Taiwan mereka melawat negara Taiwan. Presiden Xi orang yang sangat bijak, sangat serius. Beliau juga orang yang muhsin, saya rasa begitu. Jadi beliau takkan nak merosakkan reputasi sendiri, standard moral dan prinsip yg didukungnya sebagai penganut Buddha untuk melancarkan peperangan hanya untuk mengambil alih pulau kecil kerana China sudah ada tanah yang sangat luas. Mereka tak nak mengambil sebarang pulau kecil yang lain di mana-mana pun. (Ya, Guru.)

( Tetapi China mengawal Hong Kong, Guru, jadi tak haruskah kita risau tentang situasi yang sama di Taiwan? ) Hong Kong. Itu cerita lain. Hong Kong dipanggil SAR – Kawasan Pentadbiran Khas. Dulu ia milik China, jadi sekarang dipulangkan oleh kerajaan British selepas pajakan selama banyak dekad, lebih 90 tahun. Pemuda Hong Kong juga berikan alasan kepada China untuk buat begitu dengan bersikap resah selama banyak bulan dan menimbulkan banyak kesusahan kepada orang biasa. Perniagaan menurun, orang takut nak pergi melabur di Hong Kong dan sebagainya. Saya tak kata pemuda di Hong Kong tak berhak untuk meminta sesuatu. Tetapi berterusan macam itu, kita berikan alasan kepada kerajaan China untuk campur tangan. Kerana jika kerajaan Hong Kong minta mereka campur tangan, maka mereka akan campur tangan. Tapi Taiwan (Formosa) berbeza. Kerana Taiwan telah merdeka sejak lama dahulu lagi.

Jadi Hong Kong ialah cerita lain. Hong Kong juga secara rasmi milik China. Pemuda Hong Kong juga sangat ghairah, sangat patriotik dan terlalu risau tentang sesetengah undang-undang yang boleh buat mereka rasa terancam, kebebasan mereka. Sebab itulah mereka berdemonstrasi selama banyak bulan dan menyebabkan banyak penderitaan peniaga dan orang biasa. Tetapi Taiwan (Formosa) berbeza. Taiwan sentiasa merdeka sejak lama dahulu lagi. Banyak dekad. Jadi kerajaan China yang baik dan bijak takkan merisikokan reputasi dan moral mereka untuk menyerang pulau kecil ini. Tak banyak kepentingan kepada China. Itu apa yang saya rasa.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/10)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
153 Tontonan
2024-12-19
1362 Tontonan
2024-12-18
839 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android