Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Menuntut Balik Kuasa Kasih Sayang dan Belas Kasihan Anda, Bhgn 2 drpd 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Beliau seorang presiden yang baik. Sehinggi saat terakhir pun, sewaktu beliau tak tahu pun sama ada beliau boleh terus jadi presiden, beliau masih merundingkan perdamaian, menghantar orang untuk bantu beliau merundingkan perdamaian di negara lain.

Hanya perlu beberapa orang menghasut orang lain dan mereka ikut (Ya, Guru.) walaupun En. Presiden tak pernah minta penyokongnya buat apa-apa. Beliau sentiasa beritahu mereka supaya berdamai. Jangan terkena perangkap mereka. Berdamai, kita mesti berdamai.

Beliau kata balik ke rumah, (Ya, Guru.) balik ke rumah, berdamai, jangan berikan peluang kepada mereka. Mana tahu, mungkin itu bukan penyokong Presiden Trump. Mungkin itu kumpulan lain yang masuk ke dalam, satu atau dua untuk menyebabkan kesusahan (Ya, Guru.) supaya Presiden Trump takkan berpeluang lagi. (Ya.) Meskipun sesetengah penyokong Presiden Trump bersama mereka, ini kerana mereka dihasut oleh jenis orang ini? (Ya, Guru.) Kemudian mereka kata, “Okey, betul kata-katamu, mari kita lakukannya.” Mereka semua masuk ke dalam bersama. (Ya.) Tapi hanya sebilangannya. (Ya.) Bukan semua penyokong Presiden Trump. Kerana beliau beritahu mereka supaya berdamai. Hingga kini, mereka memprotes juga. Kerana ada dua belah yang memprotes. Satu belah Demokrat memprotes, jadi penyokong Presiden Trump juga memprotes sebelumnya. Tetapi mereka ialah orang yang dipukul atau diserang hendap. (Ya.) Saya bacanya dalam berita. Mereka memprotes sepanjang hari dgn damai hingga waktu senja apabila kebanyakan drpd mereka balik ke rumah, hanya beberapa orang yang tertinggal. Sesetengah penyokong Presiden Trump, selepas protes, mereka pergi ke restoran untuk makan, kemudian sebelah lain menyerang hendap dan memukul mereka. (Ya, Guru.) Tapi lawak, pada masa itu, saya tak dengar mana-mana anggota Demokrat mengutuk itu. Mereka mengutuk penyokong En. Trump pada bila-bila saja. (Ya, Guru.) Ini tak adil. Maklumlah, sangat menakutkan. Politik begitu menakutkan. Sebenarnya saya bersimpati dgn En. Trump. Adalah baik beliau benar-benar berehat. Ini baik untuknya. Tapi dah tentu, tak begitu baik untuk Amerika, itu saja. (Ya, Guru.)

Adakah saya jawab soalanmu? Kerana barangkali saya telah pergi terlalu jauh sekarang. Adakah saya jawab, penuh, kan? (Ya, Guru.) Saya sangat... Saya rasa begitu takut, dunia ini. Selepas saya baca semua itu dan nampak semua itu.

Semua orang hanya menyalahkan En. Trump dan penyokongnya tapi mereka lupa bahawa tak lama dahulu, tahun-tahun ini, tahun lalu, 2020, protes di merata tempat atas apa-apa saja sebab. Tetapi anggota Demokrat, petanding tertinggi pun, tak mengatakan apa-apa juga, tak pernah mengutuk mereka walaupun orang mati, tercedera dan menderita. Mereka tak mengutuk. Mereka malah memungut derma utk menjamin mereka keluar dari penjara. (Ya, Guru.) Puan Kamala. Kemudian memuji mereka juga. Jika tak menggalakkan, maka memuji mereka seperti wira atau memuliakan mereka. Jika tidak, maka Speaker Dewan pun begitu, Puan Pelosi? Apabila orang tanyakan apa pendapatnya tentang segala keganasan ini di dalam negara, dia hanya mengangkat bahu dan kata, “Orang buat apa yang mereka buat.” Tapi sekarang meskipun penyokong Presiden Trump yang melakukannya, mereka mengutuk di mana-mana saja, ingin menyingkirkan Presiden Trump walaupun beliau tak buat apa-apa pun. Beliau tak suruh mereka buat apa-apa. Sebenarnya beliau beritahu yg sebaliknya. Mereka menuduhnya di mana-mana saja. Ya Tuhan! Oh! Maklumlah, dunia ini begitu menakutkan terutamanya dunia politik.

Saya rasa begitu malu dengan orang yang berlaku tidak adil ini. Maksud saya, meskipun kita menang atau kalah, kita tak boleh tidak adil. Kita perlu kekal sebagai seorang budiman. (Ya, Guru.) Menjadi orang yang tak boleh terima kekalahan menjatuhkan maruah kita. (Ya.)

Jika kita ialah pemimpin negara dan orang yg tak boleh terima kekalahan atau hanya cuba menuduh pihak pembangkang tetapi tidak mengkaji diri dan sebelah kita, ini tak wajar menjadi pemimpin negara. (Ya, Guru.) Tapi mereka tak malu. Saya baca itu pun, saya rasa malu. Mana boleh orang sebegini wujud di dunia ini? Tapi tiada orang yang kata apa-apa pun. Tiada orang yang buat apa-apa pun kerana mereka memegang kuasa.

Mereka malah menuduh mereka macam pengganas dan sebagainya tetapi mereka tak lihat perbuatan dan pendapat mereka sebelum pilihan raya lain atau pada permulaan pentadbiran En. Trump. Mereka juga membuat banyak perkara yang sama macam itu. Ada pendudukan di Capitol sebelumnya. (Ya, Guru.) Penyokong Presiden Trump bukan orang pertama. (Ya, Guru.) Penyokong Demokrat buat begitu juga. Tinjaunya dan beritahu saya. (Ya, Guru.)

Kemudian nak buat ini dan itu terhadap mereka dan ingin menyingkirkan Presiden Trump dengan serta-merta dan sebagainya. Jika tidak, maka cuba pecatnya sekali lagi! Cuba pecatnya sekali lagi! Pada bila-bila saja, mereka sentiasa nak memecatnya. Mengapa mereka tak memecat diri sendiri? Ada banyak perkara yang mereka buat yang lebih bersalah. Presiden Trump tak buat apa-apa macam itu, seperti apa yang mereka buat.

Tahulah, hati saya mendidih kerana orang Amerika, hanya orang Amerika saja, mati sebanyak beribu-ribu setiap hari, lebih daripada sebelumnya dan mereka ada kuasa untuk mengubahnya. Tapi mereka gunakan tenaga mereka hanya untuk membalas dendam terhadap En. Trump dan undang-undang remeh seperti tak memanggil ibu ‘ibu’, maka apa yang harus kita panggilnya? Contohnya. Semua ini membazirkan wang pembayar cukai untuk mengundi jenis orang ini. Jika kita tak boleh memanggil ibu ‘ibu’, maka apa lagi yang boleh kita buat di dunia bebas ini, kononnya ‘negara bebas’? Begitu tak masuk akal, memang tak masuk akal! Tak berguna! Membazirkan wang dan masa dan memudaratkan orang. Ini mengingatkan saya tentang zaman Nabi Isa apabila mereka membunuh-Nya tetapi mengampuni penjenayah. Ya Tuhan. Sudah lebih 2,000 tahun di sini tetapi kita merosot kembali atau apa? Kita sepatutnya lebih bertamadun sekarang. (Ya, Guru.)

Saya rasa bersimpati dengan En. Trump. Adalah baik juga beliau berehat. Tak apa. Karma berat Amerika. Beliau sudah buat sebaik yang boleh. Kita juga telah buat sebaik yang boleh untuk bantu apa yang boleh. Kerana kita lihat berapa banyak orang tiba-tiba berpaling tadah atau berpaling tadah terhadapnya. Lihatlah, pada waktu perlukan bantuan, pada waktu susah, kita akan nampak siapa ialah kawan, kawan sebenar kita. (Ya, Guru.) Di Âu Lạc (Vietnam), kami kata, “Hanya jalan yang panjang akan membuktikan stamina kuda.” Dan “Jika kita berjaga sepanjang malam, maka kita akan tahu berapa panjang waktu malam.” “Jika kita bersama seseorang untuk masa yang panjang, kita akan mengenal sama ada dia ialah kawan yang taat atau tidak.” (Ya, Guru.) Sekarang, semua sifat sebenar terdedah. Adalah baik bagi Presiden Trump juga mendapat pengajaran, pengajaran yang buruk. Beliau orang yang sangat lurus. Walaupun beliau dah tua dan berpengalaman dalam perniagaan, namun beliau tak begitu pandai dengan sifat manusia. Kerana beliau seorang yang baik. Beliau seorang yang baik.

Meskipun beliau menang atau kalah, kita tetap berterima kasih kepadanya. (Ya, Guru.) Sebab itulah saya minta kamu membuat rancangan tentangnya untuk biar orang tahu bahawa beliau memang seorang presiden yang baik. Beliau seorang presiden yang baik. Sehinggi saat terakhir pun, sewaktu beliau tak tahu pun sama ada beliau boleh terus jadi presiden, beliau masih merundingkan perdamaian, menghantar orang untuk bantu beliau merundingkan perdamaian di negara lain. (Ya, Guru.) Kemudian beliau tandatangani rang undang-undang untuk melindungi budak perempuan daripada dikhatankan, menghentikan amalan kejam, tak berperikemanusiaan terhadap budak perempuan. Di Amerika pun, sudah bertamadun tetapi sesetengah orang masih mengekalkan amalan itu, jadi beliau tandatangani rang undang-undang itu sekrg.

Saya harap itu berikan kesan antarabangsa (Ya, Guru.) agar kita tak menodai budak perempuan macam itu lagi dan juga tak mengkhatankan budak lelaki dengan cara yang sama lagi. Dahsyatnya ini, kejamnya ini. Bayangkan itu kamu? Bayangkan itu dibuat terhadap kamu? Kamu bayi atau kanak-kanak yang begitu tak berdaya, tak dapat buat apa-apa pun. Mereka buatnya terhadap kamu dengan begitu saja, tak peduli sama ada kamu menderita dan mati. Banyak orang mati disebabkan itu. Jika saya bercakap tentang ini, hati saya mendidih. Dunia ini ialah neraka. Tak hairanlah mereka tak dapat ada presiden yang baik utk masa yg panjang. (Ya, Guru.) Sebab itulah beliau tak diterima lagi. (Ya, Guru.)

Kamu tahu itu. Sejak beliau menjadi presiden, semua orang mencari salahnya dan beliau satu orang saja. Mana boleh begitu? Baratus-ratus juta orang mencari salahnya. Orang di seluruh dunia juga, kerana beliau masih baru. Beliau tidak terlatih dalam politik seperti yg saya beritahu kamu sebelumnya. (Ya, Guru.)

Mungkin Presiden Trump harus buat seperti En. Biden, di perhimpunan awam, beliau boleh menolak remaja perempuan atau menyambar tangannya dan kata, “Jangan main dengan saya.” Atau memanggil wartawan baik... “satu kuda padi”. Sesuatu macam itu dan sebagainya. Kemudian mungkin orang akan mengundinya sekali lagi. Maksud saya maka mungkin orang akan menerimanya semula. Kerana ia berkesan. Ia berkesan dengan En. Biden, kan? (Ya, Guru.) Lagi baik, menjalankan perniagaan rahsia dengan China, Ukraine dan sebagainya.

Presiden Trump masih baru dan tiada pengalaman politik. Tetapi mereka memilihnya. Mungkin sesetengah orang rasa bahawa beliau orang yang baik, jadi naikkan pangkatnya, kemudian menang. Kemudian sesetengah orang tak suka akannya terutamanya pihak pembangkang kerana beliau masih baru. Beliau tak terkenal dalam bidang politik tetapi buat segalanya dengan cepat. Beliau membuat keputusan dengan cepat dan berjaya (Ya, Guru.) dalam segalanya yang dibuatnya. Beliau buat Amerika menjadi lebih baik. Jadi dah tentu, rasa cemburu dan benci adalah banyak.

Bagi itu, kamu boleh mempercayai saya bahawa beliau ada perlindungan yang baik hingga kini. Jika tidak, habislah beliau. Saya dah kata sebelumnya, kan? (Ya, Guru.) Kamu tak perlu mempercayai saya. Jika kamu boleh bayangkan, maka kamu akan faham apa yang saya katakan. (Ya, Guru.) Semua tenaga buruk ini menimpanya selama ini sejak beliau menjadi presiden, malah sebelum itu lagi, dan sekarang masih begitu sehingga saat terakhir beliau tamat khidmatnya, tak lama lagi, mereka masih menuduhnya atau benar-benar menjatuhkan maruahnya ke tahap paling rendah. Saya memang rasa benci akannya. Saya rasa sesetengah orang begitu keji. Saya tak tahu perkataan untuk mengekspresikannya.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/8)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
162 Tontonan
2024-12-19
1381 Tontonan
2024-12-18
853 Tontonan
2024-12-18
331 Tontonan
2024-12-18
126 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android