Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Apa-apa di dalam Diri Kita Terjelma di Luar, Bahagian 1 daripada 4

2020-11-16
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Dia nampak malaikat terbang di sekelilingnya. (Wau!) Lima malaikat apabila dia nampaknya. Dan Presiden Trump sentiasa ada malaikat bersamanya.

( Hai, Guru! ) Kamu baik-baik saja? (Ya.) Adakah kamu pulih sikit hari ini? (Ya, saya rasa pulih sikit. Terima kasih.) Pasti ke? Dah tentu. Kamu lebih sensitif sikit, kan? (Ya.) Jagalah diri. (Ya, Guru.) Segalanya baik? (Ya, Guru. Terima kasih.) Kamu masih boleh? (Ya, saya rasa begitu.) Baiklah. Kamu makan dengan baik? (Ya, saya cuba.) Kamu tak dapat makan? (Tidak, saya makan, hanya makan lebih banyak buah dan sayur segar.)

Pastikan ia dicuci dgn sebersih-bersihnya, okey? (Ya, Guru.) Jika kamu rasa ragu-ragu, kamu perlu masukkannya ke dalam air didih dulu baru makan. Okey? (Ya, Guru.) Maksud saya tak memasak, hanya cuci dengan air didih beberapa kali. Ya? (Ya.) Salad pun. (Ya.) Kerana saya baru baca dalam berita. Baru-baru ini di Amerika, daun selada Rom ada E. coli padanya. Menakutkan! Banyak orang jatuh sakit. Berita menyatakan ini kerana kebun selada terletak di sebelah ladang lembu, mungkin itu sebabnya. Itu apa yang mereka nyatakan. Kerana tahi dan air kotor dari ladang haiwan mengalir ke kebun selada. Kita malah dapat lihat penyakit sekunder. Susah. Bukan hanya orang yang makan daging mendapat susah. Air larian dari ladang daging pun akan buat ladang lain tercemar juga. Ya Tuhan! (Ya, sayuran pun, kita perlu berhati-hati untuk memastikan ia bersih.) Ya, dah tentu. Rendam dalam air garam atau cecair pencuci sayur. (Ya.) Orang panggilnya sabun sayur atau sesuatu, kemudian sekurang-kurangnya memasaknya. Okey? (Ya, Guru.) Mungkin tak perlu memasak sehingga menjadi lembut tapi kamu tahu apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Mensterilnya dengan air didih. Hanya masukkannya ke dalam, rendam lalu keluarkannya. (Ya.) Atau gunakan air didih untuk cucinya beberapa kali. (Ya, Guru. Terima kasih.) Kita ada jenis mesin yang air didih keluar dengan senangnya, jadi hari ini adalah mudah, kan? (Ya, sangat mudah.) Ya Tuhan, kita hidup di Syurga, tiada orang hargainya. Dulu kita perlu memasak, menjerang dan begitu lama menunggu. Sekarang ia keluar, sudah boleh diminum. (Ya. Bagus.) Sangat bagus.

Adakah kamu baca itu? ( Ya. Saya ada baca banyak berita yang menarik baru-baru ini. ) Benar ke? ( Ada sebuah rencana baru-baru ini di mana pelakon Amerika, Jon Voight… ) Jon Voight. Dia seorang pelakon yang baik, kan? ( Ya, ya. ) Saya pernah menyaksikan filemnya, cuma tak ingat apa. Dia seorang lelaki yang hebat, pelakon yang hebat. (Ya.) Okey. Ada apa tentang dia? Adakah dia baik-baik saja? ( Dia tak begitu puas hati dengan pilihan raya ini. Dia kata dia berasa meluat dengan pembohongan bahawa Biden memenangi pilihan raya ini. Dia kata puak kiri adalah jahat dan korup, ingin merobohkan negara ini. ) Oh! Apa itu puak kiri? ( Puak kiri ialah orang yang tak dianggap konservatif. Biasanya anggota Demokrat dianggap sebagai puak kiri dan anggota Republican dianggap sebagai puak kanan. ) Tiada orang di tengah-tengah ke? ( Ada orang di tengah-tengah kedua-dua parti ini. ) Bagaimana dengan kamu? Adakah kamu di tengah-tengah? ( Saya bukan mana-mana parti. ) Okey. Saya bukan juga. Saya bukan orang Amerika. (Ya.) Hanya orang Amerika kehormat, warga kehormat. Wau, itu kata-kata yang kuat! ( Ya. Sangat kuat. )

Apa lagi? Mengapakah dia kata mereka jahat? ( Dia tak mempercayai keputusan pilihan raya ini. Dia rasa itu korup. Dia panggilnya “pertempuran antara kebaikan dengan Iblis”. Dia membandingkan pertempuran untuk mendapat kebenaran tentang pilihan raya ini dengan Perang Saudara. Jadi sangat kuat kata-katanya. Apa yang Guru rasa tentang itu? ) Ini agak kuat. ( Ya, sangat... ) Jadi ini bukan pendapat. Ini sesuatu yang lain. Kerana jika ini hanya suatu pendapat, kita tak memanggil orang atau sesuatu kumpulan sebagai syaitan atau pengikut Iblis. Mungkin dia nampak sesuatu yang orang lain tak nampak. (Wau!) ( Apa yang dia nampak? Bagaimana dia nampak itu? ) Sesetengah orang berkuasa psikik. (Oh!) Kamu tahu itu, kan? Ya? (Ya.) Maksud saya, tak terlalu jarang tetapi bukan peratusan manusia yang besar dapat lihat apa yg tak nampak. (Ya, Guru.) Seperti dapat lihat aura orang lain (Betul. Ya, Guru.) dan aura menunjukkan kita ialah apa di dalam. Sebab itulah kita boleh menipu mungkin sekumpulan besar orang atau majoriti orang tetapi tak dapat sentiasa menipu orang lain, orang istimewa yang dapat lihat dengan mata psikik, (Ya, Guru.) keupayaan psikik. Banyak orang nampak aura saya juga, jadi kadangkala meskipun saya pergi ke sesuatu tempat dan berpakaian biasa sekali, namun mereka tetap nampaknya. Malah sesetengah polis. (Ya, Guru.) Kadangkala mereka menunjukkan banyak rasa hormat disebabkan oleh aura. (Ya.) Begitulah.

Mungkin dia nampak sesuatu yang... ( Apa yang Guru rasa dia nampak? ) Saya tak boleh beritahu kamu. (Ya, Guru.) Saya hanya boleh beritahu kamu apa yg dia nampak dlm Presiden Trump. Okey? (Ya, Guru.) Kerana En. Biden seorang calon presiden (Ya, Guru.) dan mungkin menjadi Presiden negara kamu. (Ya.) Ia belum diputuskan, jadi saya tak nak kata apa-apa tentangnya. Okey? (Ya, Guru. Faham.) Biasanya saya tak suka mengatakan apa-apa yang tidak baik tentang orang lain kecuali benar-benar perlu. (Ya, Guru.) Kadangkala mungkin perlu tapi saya keberatan. (Ya, Guru.) Saya hanya boleh beritahu kamu, dia (Voight) begitu banyak mempertahankan Presiden Trump (Ya.) kerana dia nampak kebaikan dalam dirinya, maksud saya sesuatu yang dia nampak yang buatnya mempercayai Presiden Trump. (Faham.) Kerana itu berbahaya bagi dia juga, mungkin. Saya rasa dia bertuah kerana dia orang Amerika dan tinggal di Amerika. (Ya.) Benar-benar bebas dan demokratik. Jika di negara lain, mungkin dia takkan begitu selamat. (Ya, Guru.) Saya hanya boleh beritahu kamu tentang Presiden Trump. (Ya, Guru.) Saya tak boleh beritahu kamu tentang pihak lawannya (Ya, faham.) meskipun saya tahu. Dia nampak malaikat terbang di sekelilingnya. (Wau!) Lima malaikat apabila dia nampaknya. Dan Presiden Trump sentiasa ada malaikat bersamanya. (Ya, Guru.) Sebab itulah beliau terlindung hingga sekarang. Jika tidak, beliau telah lebih banyak dimudaratkan daripada sekarang. (Wau!) Seperti diserang, disalah tuduh, pendakwaan dan segala-galanya. Kes mahkamah atau pembohongan tentang beliau. (Ya, Guru.) Kerana Presiden Trump juga dibisiki oleh malaikat, sama ada Presiden Trump terdengar kata-kata mereka atau tidak, tetapi rohnya, fikiran separa sedarnya dapat dengar kata-kata mereka. (Ya.) Jadi mereka bantu beliau membuat keputusan yang baik walaupun sesetengah orang, pihak lawan sentiasa katakan sesuatu yang tidak baik walaupun beliau berbuat baik. Kamu faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.)

( Tak hairanlah. Beliau memang berhati penyayang dan lebih ambil berat tentang orang daripada tindakan ketenteraan. Saya masih ingat suatu kejadian tahun lalu apabila Iran menembak jatuh sebuah dron tanpa pemandu Amerika dan Amerika merancang suatu serangan ketenteraan sebagai serang balas. Tetapi selepas Presiden Trump mendengar bahawa ia boleh membunuh 150 orang, beliau menghentikannya. Beliau juga memecat Penasihat Keselamatan Negara dan lepas itu mengomen bahawa penasihat ini “suka menggugurkan bom pada orang dan membunuh mereka”. ) Selain itu, Syurga juga menyokong, membantunya. Jika tidak, beliau juga tak dapat sembuh dgn begitu pantas daripada COVID-19. (Ya, Guru.) Isteri atau keluarganya juga. Kamu faham? (Ya. Faham.) Anaknya, saya rasa hidapi COVID juga sebelumnya. (Ya.) Saya nampaknya sepintas lalu.

Sebab itulah En. Jon Voight… Dia terkenal, kan? (Ya, dia terkenal.) Saya pernah dengar namanya, cuma tak ingat begitu banyak. Saya hanya tahu sesetengahnya. Maksud saya, saya hanya dapat ingat sesetengah pelakon yang terkenal. (Ya. Dia merupakan bapa Angelina Jolie.) Macam tu. Jadi apa yang Angelina Jolie rasa atau kata tentang itu. (Saya tak tahu. Saya belum lihat itu. Nampaknya dia tak bersetuju dengan bapanya dalam banyak perkara.) Macam tu. Anak. Betapa mengejutkan! (Ya.) Tapi dia takkan mengatakan itu tanpa sebab. Faham maksud saya? (Ya.) Begitu kuat, macam mana kata, cara terus terang. Dia tak berkata macam ini sebelumnya? Atau dia buat begitu? (Saya tak ingat kata-kata yang begitu kuat tetapi dia pernah bersuara untuk Presiden Trump sebelumnya.) Banyak orang buat begitu. Okey? (Ya.) Tapi ini memang yang kuat. (Sangat kuat.) Sangat kuat. Jadi En. Voight pasti telah benar-benar diyakinkan oleh keupayaan psikiknya, (Ya.) ternampak sesuatu. Jika kita ada jenis keupayaan ini, kita dapat lihat aura orang lain. (Ya, Guru.)

Aura bermaksud cahaya di sekeliling badan kita. (Ya, Guru.) Maksud saya badan orang, haiwan atau sesuatu macam itu. Anjing pun nampaknya. Jadi kadangkala anjing menyerang makhluk lain (Ya.) kerana ia nampak syaitan terbang di sekeliling anjing itu dan cuba buat anjing itu mencederakan pemiliknya atau seseorang. Jadi anjing baik ini cuba menakutkan syaitan itu. Tetapi kadangkala syaitan berada dalam badan anjing itu, jadi secara tak sengaja ia mencederakan atau membunuh anjing (Oh!) yang terpengaruh atau dirasuk syaitan itu. (Ya, Guru.) Sama juga dengan orang. Jika kita ada mata, kita dapat lihat sesetengah orang ada aura seperti cahaya yang terang. (Ya, Guru.)

Anjing saya, salah seekor anjing kecil, pada bila-bila ia nampak saya, ia dah mengantuk, tapi ia tak dapat, ia tak nak tutup matanya. Saya lihat matanya dah nak tutup, separuh tertutup, separuh... dan asyik berkerut dahi, cuba buka matanya tetapi tak dapat. Kemudian jika ia buka terlalu besar, ia tak dapat juga. Ia asyik buat begitu dan dengan kepalanya di udara. Saya kata kepadanya, “Jika mengantuk, tidurlah saja, awak lihat saya lepas ini. Jangan risau. Aku takkan pergi ke mana-mana.” Ia kata, “Tidak. Cahayamu begitu terang.” Saya berkata kepadanya, “Maka lihat ke tempat lain.” Ia kata tidak, “Aku suka lihat.” (Oh!) Jika kamu lihatnya, ia begitu comel. Ia cuba bersungguh-sungguh utk buka mata tetapi ia menutup dan ia tak nak tutup. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Kita dapat lihat ia bergelut di sana dan setiap kali ia lihat saya, ia bersujud di atas lantai dan mencium jari kaki saya. (Oh, wau!) Banyak kali sehingga saya kata, “Dah cukup. Mari, cium tanganku di sini. Mungkin lebih bersih bagi awak.” Ia begitu comel. Roh yang baik di dalam dirinya. Roh yang begitu baik. (Oh!) Semua anjing saya menawan. (Ya.) Tapi ia paling berkuasa psikik. Ia boleh mengetahui perkara, bukan segala-galanya. Perkara yang berkaitan dengan kami, (Ya.) bukan segala-galanya, bukan semua perkara tentang seluruh dunia atau sesuatu macam itu. (Ya.) Hanya sesuatu di sekeliling kami seperti tentang orang lain, saya, dia, hayat silamnya dan sebagainya.

Sesetengah manusia juga dapat lihat macam itu tetapi bukan semua orang ada aura yang baik. Faham? (Ya, Guru.) Aura ada banyak dimensi yang berlainan, sifat yang berlainan. Aura boleh sangat terang. Okey? (Ya.) Seperti sinaran matahari atau lembut seperti sinaran bulan atau lebih terang daripada itu. Jika kita tak ditutup oleh mata fizikal, kita tak tahan. (Ya.) Sebab itulah kita ada badan. Ia menutupnya tetapi ini juga suatu keburukan kerana kebanyakan orang tak dapat lihat sifat dalaman orang lain dengan aura yang secara automatik terjelma di luar. Seperti kita lihat Nabi Isa, Buddha, Santo ada halo pada kepala Mereka. (Ya, Guru.) Sesetengahnya ada pada seluruh badan. (Wau!) Itu bagaimana anak murid lihat Mereka. Sebab itulah mereka melukis Mereka macam itu. (Ya, Guru.) Sesetengahnya ada lebih banyak warna, sesetengahnya kurang, maksud saya cahaya di sekeliling mereka. (Ya, Guru.)

Kita lihat sesetengah foto yang seorang jurugambar terkenal ambil daripada pokok, daripada daun, daripada buah, ia ada aura kecil di sekelilingnya. Cahaya. (Ya.) Ada nampak tak foto daripada Kirlian ini? Ia ada aura di sekelilingnya. Yang segar ada lebih banyak cahaya di sekelilingnya, buah-buahan atau daun. Yang telah dimasak ada aura yang kurang. Okey? (Ya. Saya ada nampaknya.) Macam separuh mati, itu sebabnya. Tetapi hari ini pada era COVID, E. coli dan Ebola, entah apa lagi... sangat banyak hari ini. (Ya.) Banyak yang tiba-tiba muncul, sangat banyak penyakit dah tiada tetapi sekarang ada. Okey? (Ya.) Malah virus Nile Barat dan seumpamanya, nyamuk di Amerika sekarang. Sesetengah orang sudah sakit dengannya. (Ya.) Dan E. coli, banyak orang sakit baru-baru ini disebabkan oleh salad, percaya atau tidak? Biasanya kita nak makan makanan mentah untuk kesihatan tetapi sekarang mereka malah buat pencemaran dengan itu. (Ya.) Ini ialah karma yang kembali kepada manusia. (Oh!)

Saksikan Lebih Banyak
Episod  1 / 4
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android