Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Menuntut Balik Kuasa Kasih Sayang dan Belas Kasihan Anda, Bhgn 1 drpd 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Beliau boleh membuat jauh lebih banyak. Penggal kedua, beliau akan menggerakkan lebih banyak, semakin banyak isu baik, benar-benar mengatur semula sistem negara dan benar-benar membawa lebih banyak keamanan dan kemakmuran kepada rakyat Amerika Syarikat.

(Halo, Guru!) Hai, semua! (Halo, Guru.) Apa khabar, semua? (Khabar baik. Terima kasih, Guru.) Baik? (Ya, Guru. Apa khabar, Guru?) Saya macam mana? Saya tak tahu pun. Saya tak fikirkan saya macam mana pun, terlalu banyak kerja. Saya tiada masa untuk berfikir. Sekarang kamu tanya saya, mungkin tak begitu senang hati sikit dengan dunia ini. Mengecewakan. (Ya, Guru.) Saya dilaporkan bahawa kamu ada soalan. Jadi saya (Ya, Guru.) di sini untuk kamu.

(Guru, baru-baru ini kongres Amerika memperakui keputusan pilihan raya dengan Joe Biden sebagai pemenang pilihan raya presiden. Bolehkah Guru menjelaskan mengapa ini berlaku walaupun Presiden Donald Trump dimandatkan oleh Syurga?)

Kamu tanya saya satu soalan tentang keputusan pilihan raya. (Ya.) Itu karma. (Ya, Guru.) Orang Amerika, terlalu banyak karma... Orang Amerika, Amerika Syarikat walaupun sebuah negara yang hebat, negara utama di dunia, namun ada terlalu banyak karma. (Ya, Guru.) Orang Amerika makan terlalu banyak daging lembu dan sebagainya. Karma ini sangat sukar untuk dihapuskan dengan begitu cepat. (Ya, Guru.) Orang Amerika juga dihantar ke luar negeri dan merata tempat untuk berlawan dalam banyak peperangan di banyak negara. Ini juga karma yang besar bagi negara kamu. (Ya, Guru.) Saya begitu kesal. Saya telah cuba sebaik yang boleh. (Terima kasih, Guru.) Kamu tahu saya cuba sebaik yang boleh. (Ya, Guru.) Disebabkan itu, ia menyusahkan saya. Bukanlah saya merungut. Saya hanya beritahu kamu bahawa saya memang telah cuba sebaik yg boleh. (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.) Kesusahan di dalam, di luar dan banyak perkara yang lain. Tapi tak apa. Ia tak dapat dielakkan. Jika kita membantu seseorang, sesebuah negara atau orang, kita pasti mendapat karma daripada mereka. Jadi ia tak dapat dielakkan. Tapi sekurangnya beliau (Presiden Trump) memegang kuasa untuk satu penggal. (Ya, Guru.) Kemudian beliau dapat membuat sebahagian daripada kerjanya. Hingga kini. (Ya.) Banyak daripada kerjanya.

Beliau boleh membuat jauh lebih banyak. Penggal kedua, beliau akan menggerakkan lebih banyak, semakin banyak isu baik, benar-benar mengatur semula sistem negara dan benar-benar membawa lebih banyak keamanan dan kemakmuran kepada rakyat Amerika Syarikat. Tapi malangnya, sebelah lain, sebelah Tuhan yang lain, (Ya.) bersedia dengan terlalu baik. (Ya, Guru.) Tiada orang dapat tangkap mereka sekarang. Saya dah beritahu kamu sebelumnya bahawa sukar nak buktikan apa-apa. Bukan? (Ya, Guru.) Maksud saya mungkin dalam salah satu persidangan yang lain. Walapun itu penipuan, manipulasi atau perdayaan, kita tak boleh mendapat tahu. (Ya, Guru.) (Ya.) Ia terurus dan sedia dengan baik sekali.

Saya dah beritahu kamu, itu bukan salah sesiapa pun. Itu syaitan. (Ya, Guru.) Mereka berada di sisi banyak orang dan mendesak mereka berbuat salah. Okey? (Ya, Guru.) Semua orang tahu akannya. Walaupun tak dapat dibuktikan, namun saya rasa semua orang tahu. (Ya, Guru.) Saya tahu akannya. (Ya, Guru. Terima kasih.) Tapi apa yang nak dibuat dengan karma, begitu berat dan syaitan begitu bertumpu pada itu saja. Hanya pada pilihan raya dan orang-orang yang reseptif terhadap syaitan, termasuk pegawai tinggi. Saya sangat kecewa dengan itu. (Ya, Guru.) Syurga tak buat banyak, tapi tetap karma orang, ada kira-kira 300 juta orang sekarang (Ya, Guru.) di Amerika. Betul? (Ya, Guru.) Jadi itu banyak.

Sesetengah roh yang ada pertalian buruk dengan orang Amerika kerana daging dan peperangan, mereka tak lepaskan. (Ya, Guru.) Kerana kemarahan, kebencian mereka telah menutup sebelah malaikat roh mereka, jadi mereka tak nak lepaskan. Mereka nak membalas dendam. (Ya, Guru.) Mereka benar-benar mahu memusnahkan Amerika. Saya akan cuba sedaya upaya untuk melindunginya. (Terima kasih, Guru.) Tak kira sama ada En. Trump memegang kuasa atau tidak. Dah tentu, adalah lebih baik dengan Presiden Trump kerana frekuensinya lebih tinggi. Saya akan terus cuba sebaik yang boleh dan berdoa untuk negaramu. (Terima kasih banyak-banyak, Guru.) (Terima kasih, Guru.) Saya tiada sebarang kuasa politik. Kamu tahu itu. Saya boleh bergatung pada Syurga untuk bantu.

Syurga pun beritahu saya itu penipuan. Syurga pun beritahu saya bahawa Trump menang besar dan saya tahu itu. Beliau ada kira-kira 85 juta undi untuknya. (Oh!) (Wau!) Itu jelas. Saya rasa semua orang tahu akannya. Kerana beliau semakin banyak disokong. Semua orang suka akan apa yang dibuatnya. (Ya, Guru.) Sebaliknya, sebelah lain, saya minta maaf jika menyinggung perasaan En. Biden, tetapi beliau telah bertanding untuk presiden dua kali sebelumnya. (Ya, Guru.) Beliau tak berjaya. Mengapa pada kali ketiga, tiba-tiba undinya meningkat ke 80 juta. (Ya, Guru.) Tak buat banyak selama ini sebagai pemimpin, lebih 40 tahun, 47 atau 48 tahun. Kerjaya politiknya menjangkau masa kira-kira 80 tahun, sepanjang hidupnya, 78 tahun sekurang-kurangnya. Saya tak dengar bahawa beliau buat banyak. (Ya, Guru.) Seperti semua orang yang lain, biasa saja di Dewan Senat tetapi tiba-tiba menang pada kali ketiga, dua kali, tidak menang. Tak berjaya. Pada kali ketiga, menang, 80 juta undi. Tiada orang yang akan mempercayainya. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Jadi dah tentu seluruh dunia tahu akannya. Sebab itulah sesiapa yang ada sedikit kecerdasan dapat agak. (Ya, Guru.) Tak perlukan Syurga beritahu kamu atau saya. Saya sendiri, walaupun dalam bidang politik sangat tak terlibat atau tak berminat, hanya pengiraan matematik ringkas, maka kita faham. Betul? (Ya, Guru.) Jadi saya sangat bersimpati dengan Presiden Trump dan Amerika. Namun, saya dah kata, itu bukan salah sesiapa pun walaupun itu penipuan, hanya perbuatan syaitan dan disebabkan karma orang yang membolehkannya berlaku. (Ya, Guru.) Adakah saya jawab soalanmu dengan secukupnya? (Ya, Guru. Terima kasih.) Jika ada apa-apa lagi yang tak jelas, kamu tanyalah saya. (Ya, Guru.)

(Guru, dalam proses pengesahan, banyak penyokong Presiden Trump memprotes dan menyerbu Bangunan Capitol. Mengapakah penyokongnya buat begitu?)

Mereka marah. Bukan? (Ya.) Mereka telah cuba melakukannya dgn cara lain seperti pergi ke mahkamah banyak kali. (Ya.) Tapi mahkamah sentiasa menolaknya. Atau hanya buat beberapa kali secara simbolik dan tidak benar-benar nak buat apa-apa untuk menghapuskan ketidakadilan. (Ya, Guru.) Mereka seharusnya melakukannya kerana jika parti lain tak buat apa-apa yang salah, mereka tak harus takut. (Ya, Guru.) Mereka tak harus cuba bersungguh-sungguh untuk menafikannya atau hentikannya dgn cara-cara berlainan. Mungkin di bawah meja atau apa-apa saja.

Kamu tahu politik. Saya benar-benar jemu. Saya benar-benar kecewa bercakap tentang politik, tapi apa yang nak dibuat? Kita tinggal di dunia ini. Kita perlu bantu apa yang boleh. (Ya, Guru.) Tanpa motivasi politik pun. (Ya, Guru.) Kerana semuanya saling bergantung, seluruh populasi dunia. (Ya.) Mereka saling berhubungan. (Ya, Guru.) Semua negara saling bergantung. Meskipun orang tak menyedarinya, namun saling bergantung untuk makanan, keselamatan, banyak bahan yang diperlukan di dunia ini. Untuk pembinaan atau persahabatan, untuk hubungan umat manusia. Segala-galanya. Dan politik juga. (Ya, Guru.) Jadi meskipun kita tinggal di dunia ini sebagai pengamal spiritual, tak dapat dielakkan kadangkala kita perlu sebut tentang politik (Ya, Guru.) walaupun tiada pengamal spiritual yang benar-benar meminati politik. (Ya, Guru.) Ia begitu menakutkan dan begitu rumit. Saya juga terbaca berita yang kamu tanya saya tadi, berkenaan dengan soalan ini. Saya nampak beberapanya dan berfikir, “Ya Tuhan, betapa menakutkan.” Betapa menakutkan dan betapa mustahil untuk menjadi presiden atau presiden yang baik pun!

Presiden yang buruk tak terlalu rumit. Hanya tutup mulut semua orang, memenjarakan mereka atau apa-apa saja, mengancam mereka. Kemudian semua orang tak berani. Tapi presiden yang baik adalah sukar nak jadi. (Ya, Guru.) Sama seperti pengamal yang baik. Jika kita lakukannya secara senyap di rumah, lakukannya sendirian, menjalankan amalan spiritual sendirian, tiada orang yang banyak ganggu kita. Tetapi jika kita menjadi ketua seperti Guru atau sesuatu, maka, ya Tuhan, banyak serangan. Ini bukan apa-apa yang baru bagi saya dalam hidup peribadi saya. Saya alami banyak jatuh bangun, sama seperti bidang politik. Dah tentu, berbeza, tapi hampir sama. Sama dari satu segi, iaitu orang cuba menindas kita, cuba mencemarkan nama baik kita dan cuba menuduh kita tanpa sebab. Segala jenis nama buruk dan segala jenis halangan akan berada di jalan kita. Itu kesan yang perlu dialami jika kita nak membantu dunia kerana dunia penuh dengan karma. (Ya, Guru.) Sangat sedikit yang boleh bantu mereka. Sebenarnya seperti yang Kitab Ksitigarbha nyatakan, setiap perbuatan kecil yang kita buat, setiap fikiran kecil dalam minda kita, semuanya mewujudkan karma. Kamu masih ingat itu? (Ya, Guru.) Apalagi karma besar seperti membunuh manusia dan haiwan. (Ya, Guru.) Kamu dapat lihat...

Sebenarnya bukan semua penyokong En. Presiden buat begitu. Hanya sesetengah daripada mereka. (Ya, Guru.) Saya baca dalam berita bahawa lebih 90 peratus daripada mereka hanya bertenang dan senyap di luar. Hanya sesetengahnya masuk ke dalam. (Ya, Guru.) Mungkin sedozen. Tapi dah tentu, kamu faham bahawa setiap kumpulan pasti ada sesetengah orang yang lebih ghairah, (Ya, Guru.) lebih ada angin (Ya, Guru.) walaupun mereka tak nak buat apa-apa, tiada sebarang senjata, tiada apa-apa pun. Seorang wanita ditembak mati. Dia tak bersenjata. Kemudian mungkin satu atau dua daripada mereka menghasut, pada saat hangat, selepas segala kekecewaan ini. Kerana kadangkala sebelumnya juga, penyokong Presiden Trump memprotes tetapi mereka tak buat apa-apa pun. (Ya, Guru.)

Biasanya itu sebelah lain. Seperti Nyawa Orang Hitam Berharga atau Antifa. (Ya, Guru.) Mungkin orang lain, biasanya daripada mereka. Bukan mereka semua teruja atau ganas tapi hanya sesetengah drpd mereka. (Ya, Guru.) Itu bagaimana seluruh kumpulan mendapat nama buruk. Sama seperti penyokong En. Presiden buat sesuatu di Bangunan Capitol tempoh hari. (Ya, Guru.) Macam itulah.

Hanya perlu beberapa orang menghasut orang lain dan mereka ikut (Ya, Guru.) walaupun En. Presiden tak pernah minta penyokongnya buat apa-apa. Beliau sentiasa beritahu mereka supaya berdamai. Jangan terkena perangkap mereka. Berdamai, kita mesti berdamai. Beliau kata balik ke rumah, (Ya, Guru.) balik ke rumah, berdamai, jangan berikan peluang kepada mereka.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/8)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
155 Tontonan
2024-12-19
1365 Tontonan
2024-12-18
841 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android