Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kerja Berani Mahaguru Ching Hai untuk Dunia, Bahagian 1 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Begitu banyak perkara beliau buat dengan betul. (Ya.) Begitu banyak perkara beliau buat dgn baik utk orang Amerika, belum kata lagi untuk dunia. Fikirkannya, lihat kembali, lihat apa yang telah dibuatnya dan kamu akan tahu apa yang saya katakan. Jika kamu mahu negaramu menjadi lebih baik, bertambah baik, biarlah Presiden Trump teruskan misinya. Kerana Syurga menghendaki itu.

( Halo, Guru! ) Halo! Dapat lihat saya tak? ( Ya, kami dapat lihat Guru. ) Berapa banyak? Separuh saja, kan? ( Tidak, muka penuh. ) Muka penuh saja? ( Hingga ke leher. ) Dari leher. Boleh tahan. Saya masih penuh. Okey? Saya masih lengkap. Cuma teknik, saya tak tahu bagaimana. Saya tak tahu bagaimana mengawal semua ini. Minta maaf, saya lewat sikit, beritahu kamu, tapi sesuatu sentiasa berlaku pada saat-saat akhir. Sesuatu yang perlu saya uruskan atau sesuatu tak kena dan saya perlu menyediakan segalanya. ( Ya, Guru. ) Oleh sebab bilik saya sangat kecil, saya juga perlu memindahkan perabot ke sana sini. (Oh!) (Betul.) Dan kamu tahu berapa besar, berapa berotot kekarnya saya. (Ya.) Jadi mengambil sedikit masa untuk memindahkan benda. Kamu ada soalan, saya tahu. Ya, beritahulah saya.

( Guru, mengapakah ada penipuan yang meluas dalam pilihan raya ini? Presiden Trump, penyokongnya dan ahli-ahli Parti Republikan rasa bahawa kemenangan beliau dalam pilihan raya telah dirampas. Boleh Guru beritahu kami lebih banyak tentang itu? )

Itu tak sukar, malangnya. Tapi itu bukan salah sesiapa pun. Okey? (Ya.) Saya tak mahu sesiapa menyalahkan orang Demokrat. Anggota dan penyokong Demokrat. Okey? (Ya.) Mereka tak maksudkannya. (Ya.) Itu suatu penipuan, dah pasti. Tapi itu bukan salah sesiapa pun. Itu disebabkan oleh syaitan yang kita panggil syaitan ghairah, masih tertinggal, saya dah beritahu kamu lama dahulu (Ya.) bahawa saya belum tangkap mereka semua. Saya telah tangkap 30 lagi baru-baru ini. Tapi dah terlewat. Mereka berada di sisi orang-orang ini dan mereka terdesak. Saya ada menulisnya dalam diari saya. Saat. (Ya, Guru.) Ia berbunyi macam ini, daripada Pelindung Alam Semesta Asal. Pelindung saya. Saya ada dua mesej. Yang pertama, ia nyatakan, “Trump menang besar. (Wau!) Tetapi syaitan ghairah mendesak pekerja supaya menipu.” Itu tepat-tepat kata-kata Mereka. Macam itulah. Jadi saya kata, “Terima kasih.” Jadi saya harap orang Amerika masih mempercayai sistem pengundian ini. (Ya.) Kerana ia masih demokratik. Cuma kadangkala syaitan mengucar-ngacirkannya. (Ya.) Mereka mendesak orang berbuat jahat. Itu sejak zaman dahulukala lagi, bukan hanya pilihan raya Amerika Syarikat baru-baru ini saja. (Ya.) Saya hanya boleh kata bahawa orang Amerika tak harus hilang kepercayaan kpd pilihan raya. (Ya.) Tapi saya rasa, nasihat saya, saya katakannya juga untuk kamu. (Ya, Guru.) Kamu orang Amerika. Orang Amerika harus biarkan Presiden sekarang teruskan selama empat tahun lagi sekurang-kurangnya kerana beliau baik untuk kamu! (Ya.) Beliau baik untuk negara kamu dan dunia. Begitu banyak perkara beliau buat dengan betul. (Ya.) Begitu banyak perkara beliau buat dgn baik utk orang Amerika, belum kata lagi untuk dunia. Fikirkannya, lihat kembali, lihat apa yang telah dibuatnya dan kamu akan tahu apa yang saya katakan. Jika kamu mahu negaramu menjadi lebih baik, bertambah baik, biarlah Presiden Trump teruskan misinya. Kerana Syurga menghendaki itu. (Terima kasih, Guru.) Sama-sama.

( Guru, segala maklumat tentang Presiden Trump ini, mengapa Guru tak beritahu lebih awal? )

Saya tak nak beritahu sama sekali. Bukan hanya lebih awal atau lebih lewat. (Oh!) Kerana biasanya saya harus bekerja secara diam-diam. Ya. Saya buat beribu-ribu kerja. Saya tak beritahu sesiapa pun. Dan banyak perkara saya tak dapat tulis dalam bahasa manusia pun, dan takkan buat begitu. (Ya.) Kerana mandat Syurga adalah sukar untuk dijelaskan kepada manusia juga. (Ya, faham.) Kerana manusia begitu kabur, takkan faham, takkan percaya dan mungkin menimbulkan lebih banyak kesusahan atau mengejek dan sebagainya. (Ya.) Mungkin menghambat misinya dan kerja saya juga. Kamu faham apa yang saya katakan. (Ya, Guru.) Cuma oleh sebab pilihan raya ini tidak betul, (Ya.) jadi saya perlu mengatakan sesuatu sebelum saya dapat hentikan diri pun. Faham apa yang saya katakan? (Ya.) Kadangkala ia berlaku dan sesuatu terbocor. Adalah lebih baik jika saya tak kata apa-apa pun. (Oh!) Biasanya saya bekerja... Sentiasa lebih baik bekerja secara diam-diam (Ya.) dengan mandat Syurga. (Ya, Guru.) Pendedahan Syurga lebih baik dirahsiakan. (Ya.) Tapi kadangkala tak dapat kawalnya. Baiklah. (Terima kasih, Guru.) Ya. Bagus.

( Guru, ada gempa bumi dekat Taiwan (Formosa) pada 10 Disember sewaktu doa untuk dunia vegan. ) Ya. ( Mungkinkah disebabkan orang berdoa pada masa itu, kuasa spiritual bantu mengurangkan kesan gempa bumi itu? )

Dah tentu. Kamu boleh bayangkan 6.1 (Ya.) magnitudnya. Berapa banyak lagi kemusnahan yang boleh dibawanya. (Ya, Guru.) Tapi kesannya? Apa yang berlaku? ( Hampir tiada apa-apa pun. Tak banyak kemusnahan. Saya belum dengar sebarang masalah. ) Kamu tak dengar tentang sebarang masalah, tak banyak. Mungkin terlalu minimum, tak perlu sebut. (Ya.) Jika tidak, akan ada di semua media. (Ya, Guru.) Jadi kita perlu berterima kasih kepada semua Dewata dan semua orang spiritual di Taiwan (Formosa) yang telah bantu menghindarkan bencana besar. (Ya, Guru.) (Terima kasih.) Tuhan rahmati mereka. Saya juga gembira mendengar bahawa tak banyak kesannya. Sebab itulah mereka tak membuat laporan. Okey? Jadi akhbar tak melaporkan sebarang kemusnahan? (Tiada kemusnahan.) (Tidak.) ( Tiada laporan kemusnahan, hanya orang sangat takut. Itu gegaran yang agak besar. Tapi nasib baik tiada kemusnahan atau kecederaan. ) Ya. Saya tahu. Maka baguslah. Sangat bertuah. (Ya, Guru.) (Terima kasih.) Sangat bertuah. Nyawa manusia paling berharga. Kemudian dah tentu, segala harta benda yang orang bekerja keras sepanjang hidup untuk bina, untuk perlindungan keluarga mereka, utk mereka rasa selamat dan senang hati. (Ya, Guru.) Jadi itu sangat bagus.

Ada sesuatu yang tak kena? (Ya.) Kamera jatuh? (Ya, skrin. Skrin kami jatuh.) Samalah kita. Sebab itulah saya ambil masa begitu lama. Sekurang-kurangnya kamu banyak orang. Kamu boleh saling membantu. (Ya, Guru.) Dan kamu ialah profesional tapi saya hanyalah profesional bawah kosong. Dan banyak benda sentiasa jatuh kerana meja tulis saya sangat kecil.

Anjing tiada di sini tetapi saya sediakan di bawah dan tutup langsir di sekelilingnya supaya kalau-kalau anjing datang kadangkala apabila kami cukup bertuah untuk saling berjumpa, mereka boleh berbaring di bawah meja tulis saya. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Oleh itu, saya tak boleh gunakan seluruh meja tulis. Saya hanya duduk di satu sudut, jadi seluruh meja tulis adalah kosong di atas. Saya letak buku dan sebagainya, dah tentu, dan komputer. Tapi di bawah, seluruhnya kosong untuk anjing, seperti sarang, seperti rumah mereka. Faham apa yang saya katakan? (Betul.) (Ya, Guru.) Terutamanya Good Love, ia suka akannya. Tapi setiap anjing yang lain juga saling bersaing untuk mendapatkan itu. Jadi saya perlu ada dua meja tulis tanpa saya boleh gunakan pun. Saya gunakan satu sudut, (Oh!) sesuku daripada meja tulis saja. Daripada dua meja tulis, saya gunakan satu saja dan hanya sesuku daripadanya supaya saya tak menghalang penggunaan mereka di bawah meja tulis. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.)

Kerana meja tulis itu kosong. Meja tulis itu seperti meja tulis kamu. (Ya, Guru.) Di bawahnya kosong dan saya juga minta saudaramu lama dahulu supaya memindahkan apa-apa saja di bawah sana supaya meja tulis menjadi lebih tinggi. Maksud saya di bawah. (Ya.) Ruangnya menjadi lebih luas dan tiada halangan supaya kepala mereka tak terhantuknya atau sesuatu macam itu. Jadi Guru kesian kamu ada sesuku daripada satu meja tulis saja. Ya? (Oh!) Seluruh meja tulis yang lain dan tiga perempat daripada satu lagi meja tulis adalah milik anjing.

Saya tambahkan sesuatu sebelum terlupa, berkenaan dengan anjing saya. Saya sudah sediakan banyak sofa untuk mereka. Setiap satu ada sebuah sofa. Dan juga ada sarang anjing untuk mereka. Kotak anjing untuk mereka, dengan kusyen dan segala-galanya. Tapi mereka suka meja tulis. Sesiapa yang datang dulu, melompat ke dalam sana dulu. Pada mulanya saya ada satu saja kerana itu meja tulis saya, bekerja di sana. Tetapi yang besar, Good Love, masuk ke dalam sana. Pada bila-bila ada peluang, itu kosong, anjing lain masuk ke dalam. Atau jika yang kecil masuk ke dlm dulu, ia masuk ke dalam dulu. Good Love sangat sopan, hanya, “Gaa,” kemudian pergi ke tempat lain.

Bilik saya sangat kecil, hanya 4 meter × 6 meter, termasuk segala-galanya. Tandas, bilik mandi, dapur, jika kamu boleh panggilnya, dan segalanya yg lain. Jadi saya hanya ada sofa kecil, lebih kecil daripada sofa sesetengah anjing. Dan mereka mahukan itu juga jika tak dapat pergi ke bawah meja tulis. Jadi saya beli satu lagi meja tulis. Saya tak boleh ada lebih banyak. Tiada ruang. Saya mahu lebih banyak ruang sikit untuk mereka berlari ke sana sini sikit. Jika mereka di dalam bilik saya, mereka tak nak berlari ke sana sini. Mereka hanya naik ke atas sofa atau berlawan untuk... bukan berlawan tetapi bersaing untuk meja tulis. Kerana meja tulis saya tutup dengan selendang saya. Selendang besar seperti selendang batik Indonesia, kita boleh membalut badan? (Ya.) Macam separuh daripada gaun, dari dada ke bawah. Saya tutup dengan itu di sekelilingnya supaya ia seperti jenis katil yang sangat selesa, dengan kusyen tebal di bawah. (Ya.) Dah tentu, sering tukar kain penutupnya. Jadi ia sangat selesa, besar dan berwarna-warni disebabkan oleh warna selendang. Jadi mereka suka akannya. Mereka sentiasa melompat ke dalam sana jika boleh.

Jadi saya sediakan satu lagi meja tulis tetapi bukan untuk saya. Semuanya untuk mereka. Dan satu lagi meja tulis sudah pun di sana. Mereka letak TV di atasnya untuk saya menonton. Tapi, ya Tuhan, mereka ingat saya begitu bertuah? Itu pun jika saya ingat TV berada di sana. Itu pun jika saya ingat bahawa ada TV di rumah. Ia sudah pun di sana, jadi saya biarkannya di sana kerana tak tahu nak bawanya ke mana, berat bagi saya. Biarkannya di sana saja, saya tak gunakannya. Di bawahnya, saya juga menutup empat batang kakinya. Saya tutup semuanya dgn selendang batik supaya ia seperti sarang, seperti katil yang sangat selesa. Tutup di tiga belah, satu belah adalah besar di depan, mereka masuk keluar. Makanan dan air ada di sana. Sebab itulah jika anjing bersama saya, saya ada masa yg sangat sedikit, kurang. Kerana saya perlu beri makan mereka. Mereka tidak makan dari mangkuk saja. Mereka bawanya ke bawah meja tulis dan makan di sana. Jadi saya perlu mengelap atau tukarnya. (Ya, Guru.) Ambil jauh lebih banyak masa.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/12)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
155 Tontonan
2024-12-19
1365 Tontonan
2024-12-18
841 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android