Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kerja Berani Mahaguru Ching Hai untuk Dunia, Bahagian 8 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Setiap hari kamu harus berdoa sebelum bermeditasi. (Ya, Guru.) “Tolong kekalkan keazaman spiritualku. Tolong berikan berkat kepada aku, semua Syurga.” (Ya, Guru.) “Tuhan Yang Maha Berkuasa, Makhluk Pemurah Kosmos, semua Dewata, Dewata Berkuasa, Dewata Maha Berkuasa, tolonglah aku kekalkan ketahanan spiritualku, kekalkan impianku, tolong aku menjadi kuat, terus membantu orang lain.”

Adakah saya jawab soalanmu, sayang? (Ada satu lagi.) Ya, silakan.

(Apabila dunia adalah vegan sepenuhnya, akankah semua keupayaan itu seperti membaca aura, telepati dan sebagainya kembali kepada manusia?)

Bukan semuanya. Itu akan bagus. Tapi ini tawar-menawar yg begitu tamak, tidakkah kamu rasa begitu? Hanya makan sayuran, kemudian kamu mendapat segala-galanya yang lain? Saya harap. Saya pun tiada itu. Dulu saya tak dapat cakap dengan anjing atau semua binatang sehingga berlatih selama berpuluh-puluh tahun. (Ya, Guru.) (Wau!) Tapi kamu mahu hanya menjadi vegan dan segala-galanya yang lain datang kepada kamu? Atau semua orang yang lain? Wau, saya harap! Tuhan, adakah Engkau dengar itu? Bolehkah Engkau memenuhinya? Perlu wajar, okey? (Ya, Guru.) Semua lembu, arnab, kura-kura dan sebagainya adalah vegan. Mereka tiada sebanyak yang kamu ada sekarang. Mereka tiada Kaedah Quan Yin.

Itu hadiah terbaik yang boleh kamu dapat. (Ya, Guru.) Dalam mana-mana eon yang kamu lalui, kamu bertuah jika ada Kaedah Quan Yin untuk beramal kerana itu menjamin kebebasan kamu selama-lamanya. Pembebasan kamu selama-lamanya. Banyak orang, pertapa lelaki, pertapa wanita dan paderi beramal sepanjang hidup, melakukan segala jenis penebusan dan meninggalkan segala jenis keselesaan: tidur di atas tanah kasar, makan sehari sekali atau makan setiap dua, tiga hari sekali, makan makanan kasar atau tak makan dengan banyak, tidur di atas katil berpaku, tergantung dgn sebelah kaki pada pokok atau berdiri dengan sebelah kaki sepanjang masa, apa-apa saja, dan menyalakan api di depan mereka, di bawah matahari tengah hari musim panas selama saya tak tahu berapa lama, tetapi mereka tak mendapat apa-apa yang kamu dapat. Faham itu? (Ya, Guru.) Kerana jika kamu terus beramal, itu jaminan pembebasan kamu. Tiada orang di dunia ini ada apa yang kamu ada. Bukan hanya makan vegetarian atau vegan, kemudian kamu adanya. Tidak, itu akan terlalu bagus. Maka semua monyet akan ada segala-galanya. Atau fruitarian akan... orang vegan, mereka tidak. Mereka tiada itu. Okey? Mereka mungkin ada berkat. Mereka akan ada ketenangan fikiran. Mereka ada perlindungan jika karma dari hayat silam atau separuh hidup pertama membenarkan itu. Atau karma tetap mereka dalam hayat ini membenarkan itu.

Kerana sesiapa yang datang ke dunia ini perlu ada karma tetap. Kita perlu mengalami ini, ini, ini, ini. Tetapi kamu boleh ubahnya kerana kamu amalkan Kaedah Quan Yin. Kamu ada keazaman yang kuat jika kamu mahukan itu. (Ya, Guru.) Tetapi jika kamu tak beramal, dah tentu, kamu perlu mengalami apa-apa saja yang kamu alami. Kamu beramal, karmamu akan diminimumkan, dan bersama dengan impian kuat kamu. Impianmu ialah garis panduanmu. Kamu perlu ada impian yang kuat, “Orang begitu banyak menderita. Haiwan begitu banyak terseksa. Aku tak dapat memikirkan sendiri. Aku mesti lakukan ini utk bantu mereka, apa-apa saja cara yang aku boleh. Apa-apa saja cara yang aku boleh. Meskipun mati, aku lakukannya.” Itu bagaimana kamu perlu mara ke depan. (Ya, Guru.)

Dah berdekad-dekad saya mengajar kamu semua ini. Kamu tahu apa betul, apa salah. Saya takkan berkhutbah kpd kamu lagi. Saya tak nak. Kamu dah tahu. Kamu ialah ketuamu. Kamu ialah tuanmu. Kamu lakukannya. Jadi sesiapa yang tinggalkan sini, seperti yang kamu tanya sebelumnya, mereka lemah, okey? (Ya, Guru.) Mungkin mereka tak beramal dengan cukup kuat atau tiada idealisme yang mencukupi, semangat idealistik. (Ya, Guru.) Dah tentu, orang yang tinggalkan sini ini, saya faham. Saya faham bahawa mereka goyah. Okey? Mereka kalah dalam pertarungan. Saya sentiasa memaafkan. Memaafkan adalah lebih baik daripada menaruh dendam kerana ia lebih ringan. Ia buat hati kita rasa lebih senang. (Ya.) Saya tak suka tidak memaafkan. Memaafkan adalah lebih senang daripada menghukum. Okey? (Ya, Guru.)

Baiklah. Adakah saya telah jawab soalanmu? (Ya, Guru.) Adakah saya terlepas apa-apa? Atau ada sesuatu yang lain yang kamu rasa saya harus beri huraian? (Jawapan yang sangat baik dan lengkap, Guru. Terima kasih.) Baiklah, sayang.

(Memandangkan Guru sebut tentang doa) Ya. (dan kontrak tadi,) Ya? (bagaimanakah kuasa doa memberi kesan? Adakah disebabkan oleh kontrak, Syurga tak dapat bantu orang? Jadi kita perlu berdoa agar Syurga ada alasan untuk campur tangan?)

Ya. Kerana kita ialah manusia bersama. Atau hanya kata saudara-mara atau manusia bersama, kita semua ada hubungan, ada pertalian untuk berada di satu dunia bersama atau di satu negara bersama. Itu pertalian yang kita jalin dalam hayat silam. Sebab itulah kita dilahirkan bersama di tempat yang sama seperti Âu Lạc (Vietnam), China, Jerman atau Amerika. Jadi kita boleh berdoa. Kerana apabila berdoa, kita lebih berhubungan dengan Syurga. (Ya, Guru.) Jadi kuasa Syurga boleh berhubungan dengan kita dan mengalir ke dalam diri kita, dan oleh sebab kita ada pertalian dengan manusia lain, kuasa itu boleh ditransmisikan kerana dia tiada pada masa itu. Lemah, (Ya, Guru.) dirundung karma atau kontrak. Jadi dengan kuasa tambahan sekarang, kamu boleh kongsi. Jika tidak, kamu tiada kuasa tambahan yang mencukupi.

Seperti jika kamu tak berduit, meskipun kamu nak bantu kawanmu, kamu tak dapat. Kamu mesti ada wang tambahan untuk diberikan. (Ya, Guru.) Ya. Supaya ada itu, sama ada kamu adanya dalam simpanan atau pergi ke bank. Kamu berhubungan dengan bank, ambil wang melalui kad kredit, melalui apa-apa saja. Itu erti doa. Dari segi fizikal adalah macam itu. Faham? (Ya, Guru.) Jelas? (Ya, Guru. Terima kasih, Guru.) Baiklah. Jadi jika kamu tak pergi ke bank, tak bekerja, tiada simpanan, maka kamu tak dapat bantu sesiapa pun yang kamu mahu. Okey? (Ya.) Sama seperti jika kamu tak berdoa, maka kamu tiada kuasa tambahan untuk diberikan kepada orang itu. Atau doa adalah seperti kita adakan aktiviti GoFundMe atau kita menubuhkan tabung, pertubuhan atau yayasan, contohnya, dan minta orang lain bantu kita dari segi kewangan. Mereka akan menderma kpd tabung itu atau akaun GoFundMe, kemudian kita boleh gunakan itu untuk membantu orang lain kerana kita sendiri tiada wang yang mencukupi utk bantu semua orang yang kita nak bantu, sama ada manusia atau haiwan. Adakah itu lebih jelas bagi kamu? (Ya, Guru.)

Setiap hari kamu harus berdoa sebelum bermeditasi. (Ya, Guru.) “Tolong kekalkan keazaman spiritualku. Tolong berikan berkat kepada aku, semua Syurga.” (Ya, Guru.) “Tuhan Yang Maha Berkuasa, Makhluk Pemurah Kosmos, semua Dewata, Dewata Berkuasa, Dewata Maha Berkuasa, tolonglah aku kekalkan ketahanan spiritualku, kekalkan impianku, tolong aku menjadi kuat, terus membantu orang lain.” (Ya, Guru.) Macam itu. Itu doa sebelumnya. Selepas itu kamu kata, “Terima kasih atas segala bantuan.”

Selepas meditasi atau bila-bila saja. Saya sentiasa berterima kasih, bukan sahaja sewaktu bermeditasi. Tetapi dalam badan fizikal ini, saya perlukan bantuan. Pada bila-bila Mereka tak dapat, saya perlu melakukannya, dah tentu. Saya juga alami sesuatu kesan. Tapi tak apa, saya perlu buat apa yang saya buat, tak apa. Tak apa. Saya suka. Saya tak boleh biarkan semua syaitan kuat ini berada di sini dan terus memudaratkan orang lain. Mereka bekerja melalui manusia. Sesiapa yang lebih berkuasa, mereka cuba mengerjakan itu. Jadi biasanya satu syaitan akan cuba merundung satu orang tetapi bagi pemimpin besar, mereka hantar lebih banyak. (Ya, Guru.) Tiga, empat, lima. Nasib baik saya sudah bawa kebanyakan daripada mereka ke bawah sana. Jika tidak, akan ada lebih banyak keadaan kucar-kacir. Okey? (Ya, Guru.)

Baiklah. Sekarang... Dia tanyakan apa? (Ia tentang doa, tapi terima kasih. Guru telah jawab soalan saya.) Kuasa meditasi kamu cukup untuk... jika kamu bermeditasi sebagaimana yang saya beritahu kamu. Tiga kali sehari sekurang-kurangnya dan bermeditasi sebelum tidur. Kamu duduk di atas katil atau kerusi rehat lalu bermeditasi. Pastikan kamu duduk di tepi penyandar dan bukan di tepi pinggirnya. Jangan ingat kamu ada kuasa samadhi yang mencukupi untuk kekal tegak dan tidak jatuh. Saya risau tentang lantai kamu. Ia boleh rekah. Meditasi harian kamu dah cukup untuk melindungi kamu. Dan juga oleh sebab kamu bekerja untuk Supreme Master TV, kamu ada pahala tambahan untuk melindungi kamu. (Ya, Guru.) Tapi jika kamu nak bantu orang lain, sesiapa saja yang kamu rasa harus berdoa, ucapkanlah doa tambahan. (Ya, Guru.) Ucapkan doa tambahan agar Tuhan akan bantu orang itu, membetulkan keadaan untuknya kerana dia adil dan baik, baik untuk kita, untuk dunia.

(Guru, jika seseorang yang sakit dan dijangkiti virus COVID-19 secara ikhlas meminta roh binatang yang berada dalam virus ini supaya memaafkannya, akankah itu membantu roh binatang dan orang yang dijangkiti itu?)

Bergantunglah. Semua virus ini, daripada binatang yang dulu disembelih, dah lama... bukan masa sekarang, tak semestinya masa sekarang, (Ya.) mereka mungkin sudah melalui banyak kelahiran semula yang berlainan. Kali ini, oleh sebab sekarang waktu pengadilan terakhir juga, Syurga membenarkan itu. Ini juga merupakan kontrak dengan maya sebelumnya. (Ya, Guru.) Mereka dibenarkan membalas dendam. (Oh! Ya, okey.) Dan orang yang dijangkiti biasanya sudah kehabisan pahala, nilai dan apa-apa saja, sebut sahaja, jadi hidup mereka harus menyeksakan macam itu. Jadi mereka tiada apa-apa pun untuk ditawarkan kpd virus ini sebagai tukaran. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Kerana waktu planet kita ini ialah waktu pengadilan terakhir yang sudah melanda manusia.

Saya telah memberi amaran dalam dekad-dekad ini tetapi tiada orang, tak banyak yang dengar. Jika mereka boleh berubah, maka kita akan dapat mengelakkan ini atau kurang menderita. Jadi orang-orang ini sarat dengan karma, sudah berat. Masa mereka adalah macam itu. Mereka tiada apa-apa pun utk ditawarkan. Jika mereka ada sesuatu utk ditawarkan, maka dah tentu mereka boleh. Jika mereka tahu, mempercayai karma, dah tentu mereka boleh berdoa juga. Mereka juga boleh berdoa. Tapi tak begitu senang. Kita tak dapat terus berunding dengan roh-roh ini. Ini perlu ada campur tangan daripada orang spiritual yang lebih tinggi, orang berperingkat lebih tinggi, Guru silam atau sekarang, (Ya, Guru.) untuk campur tangan, menyaksikan janjinya. Orang ini boleh katakannya dalam hati walaupun dia tak nampak roh virus ini. Dia boleh kata, “Tolonglah, jika dulu aku telah mencederakan, membunuh atau menyeksa kau disebabkan oleh kejahilanku, maafkanlah aku. Jika aku dapat hidup, aku akan berubah. Aku boleh bantu. Aku akan cuba bantu haiwan sebaliknya. Kemudian aku akan mendapat pahala dengan mengikut jalan mulia, Guru, dan apa-apa pahala yang aku peroleh, aku akan berkongsi dengan kau, dan kau akan bebas daripada hidup rendah ini.” Mereka boleh lakukannya. Maka mereka boleh dibebaskan. Faham? (Ya, Guru.)

Syurga, kuasa Guru sudah sangat banyak bercampur tangan. Kecuali masanya sudah tiba. Maka mereka perlu pergi dari sini. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Jika masih boleh ada masa untuk hidup, maka Guru takkan biarkan mereka mati, campur tangan dan berunding. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Dengan roh orang itu jika mereka bertaubat dalam hati mereka. Maka ia akan membantu. Tetapi jika orang itu kembali, buat perkara yang sama sekali lagi dan menjadi jahil semula, berkata, “Tiada apa-apa yang berlaku kepada aku,” hanya kerana rohnya faham tetapi mindanya tidak, berfikir dia boleh kembali, buat perkara yang sama, apa yang berlaku hanyalah hal remeh saja, “Aku sakit selama beberapa hari atau satu, dua minggu, satu bulan saja dan tak apa-apa sekarang,” lupa akan sumpah mereka, lupa akan janji mereka, maka mereka akan jatuh sakit semula atau sesuatu akan berlaku kepada mereka. Maka mereka akan menderita sekali lagi. Jadi perlu ikhlas kerana Syurga tahu.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (8/12)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1380 Tontonan
2024-12-18
850 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android