Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kerja Berani Mahaguru Ching Hai untuk Dunia, Bahagian 6 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Perkara yang begitu buruk untuk dibuat, membunuh untuk sebidang tanah. Itu tak betul. (Tidak, Guru.) Tanah, pada pendapat saya, adalah untuk orang diami. Betul? (Ya.) (Betul.) Untuk menjalani hidup yang stabil dan menanam pokok, menanam pokok buah dan sayuran untuk orang nikmati, untuk dunia nikmati, ada makanan. (Ya, Guru.) Jadi tak menjadi hal siapa tinggal di sana.

Perkara yang begitu buruk untuk dibuat, membunuh untuk sebidang tanah. Itu tak betul. (Tidak, Guru.) Tanah, pada pendapat saya, adalah untuk orang diami. Betul? (Ya.) (Betul.) Untuk menjalani hidup yang stabil dan menanam pokok, menanam pokok buah dan sayuran untuk orang nikmati, untuk dunia nikmati, ada makanan. (Ya, Guru.) Jadi tak menjadi hal siapa tinggal di sana. Asal mereka buat begitu. (Ya, Guru.)

Meskipun tanah itu milik negara lain sebelumnya, namun itu lama dahulu dan telah diselesaikan bahawa tanah ini sekarang adalah milik negara lain. Jadi tanah itu tak harus diambil balik, sama seperti kontrak yang saya tandatangani, saya tidak tarik balik. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Ia sudah lama diselesaikan. Mengapa menyerangnya lagi? Mengapa ambilnya balik semula untuk akibatkan pertumpahan darah, kesengsaraan, kesedihan dan kesakitan bagi orang yang tak berdosa. (Ya.) Kamu dapat lihat, orang yang tinggal di tanah ini sekarang tak berkaitan dengan kontrak itu. Betul? (Betul. Ya, Guru.) Bercakap tentang itu, sama seperti Crimea juga. Kamu tahu bahawa separuh atau seluruh pulau itu sudah lama menjadi milik Ukraine. Dan Nagorno-Karabakh sudah lama diselesaikan dengan orang Armenia. Faham? (Ya, Guru.)

Mereka menjalani kehidupan yang damai. Mereka bayar cukai. Apa masalahnya? Asalkan orang tak menyebabkan beban kewangan, tak berperang dengan kita. Mereka tak menyebabkan negara atau rakyat kita alami masalah. Mereka menjalani kehidupan mereka. Sekurang-kurangnya kita tak perlu menjaga mereka. Itu dah bagus. Bukan? (Ya, Guru.) Ya Tuhan. Saya tak nampak sebarang masalah. Kamu nampak tak? (Tidak, Guru.) Saya tanya anda, pemimpin di dunia, adakah anda nampak sebarang masalah? Jawablah sendiri, rohmu, hatimu, jawablah sendiri. Saya tak nak jawab untuk anda kerana anda tahu jawapannya.

Apa-apa pun di dunia ini adalah bersifat fana. Tanah pun boleh dimusnahkan oleh gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, apa-apa saja bencana. Mengapa risau tentang sebidang tanah dan menyebabkan begitu banyak kesedihan, penderitaan dan kesakitan. Tak kira apa sebabnya, anda tak boleh bunuh anak Tuhan dan meraikannya sebagai kemenangan.

Anda buat wanita menjadi balu. Buat lelaki menjadi orang yang tempang. Buat kanak-kanak menjadi anak yatim. Buat ibu bapa kehilangan anak tersayang mereka. Mengapa, mengapa, mengapa? Pemimpin di dunia, jawablah sendiri. Jawablah Tuhan! Jika apa-apa berlaku kepada hidup anda, anda tahu mengapa. Jika apa-apa yang buruk berlaku kepada hidup anda kerana anda tidak jujur, menyebabkan rungutan orang lain, jangan menyalahkan Tuhan. Salahkan diri anda sendiri. Saya beritahu anda hal sebenar. Macam itulah. Saya berhasrat, berdoa, berharap Syurga melepaskan anda drpd menanggung sebarang kesan buruk.

Anda membunuh anak Tuhan hanya untuk sebidang tanah yang bukan milik anda lagi. Jadi macam mana anda mengharapkan sebarang ganjaran baik atau kejadian baik sebagai balasan? Syurga memerhatikannya. Syurga tahu akan segalanya. Tiada orang yang membunuh anak Tuhan macam itu hanya untuk hartanah, hanya kerana mereka kuat, berkuasa, jadi menindas warga negara lain atau negara sendiri yang lebih lemah. Ini seperti perbuatan membuli yang berlaku di mana-mana saja dengan skala yang paling kecil atau lebih besar, tiada orang yang membunuh anak Tuhan macam ini terlepas daripadanya. Syurga memerhatikannya.

Maaf, semua. Saya penuh emosi setiap kali memikirkan penderitaan orang lain dan haiwan. Saya tak dapat mengawal diri. Cuma masih terlalu banyak emosi manusia dalam diri saya. Kamu rasa saya kuat. Saya tak begitu kuat. Okey? Saya tak begitu kuat. Saya terlalu lembut kadangkala. Baiklah. Adakah soalanmu telah dijawab? (Ya, Guru. Terima kasih.) Tadi saya cakap sampai mana? Saya boleh bercakap tentang itu selama-lamanya.

Tapi isi pentingnya, anda tak boleh membunuh orang hanya untuk harta benda fizikal. Tak kira berapa besar, tak kira berapa banyak kesannya. Okey? Tak boleh menumpahkan darah. (Ya.) Sebagai orang budiman, sebagai pemimpin mana-mana negara, anda tak harus sesekali melancarkan peperangan untuk hartanah. Kerana, saya minta maaf beritahu anda bahawa ini seperti rompakan. Ya. (Ya, Guru.) Jika datuk atau bapa saya telah berikan sebahagian drpd hartanah atau rumah saya kepada orang lain dan saya sendiri tiada masalah, tidak tak berumah, ada rumah lain, lebih besar, saya takkan pergi gunakan senapang, pisau atau kuasa untuk merampas balik rumah itu kerana dulu itu rumah bapa atau moyang saya. Faham? (Ya, Guru.) Betul, logik tak itu? (Ya, Guru.) Akankah kamu buat begitu? (Tidak, Guru.) Kita tak perlukannya pun. Betul? (Betul.) Jika kita perlukannya, mungkin kita tak berumah, maka kita akan datang berkata dengan sopan, “Tolonglah, saya perlukan rumah itu, okey? (Ya.) Atau sekurang-kurangnya separuh daripadanya atau kita kongsi. Tapi bukan gunakan senapang, pisau, kuasa dan pengeboman untuk membunuh orang yang tak berdosa hanya untuk merampas balik rumah itu. Sama juga dengan tanah, mana-mana pun, faham? (Ya, Guru.) Apa yang diberikan sudah...

Saya tak nak bercakap tentang ini kerana orang akan mengkritik saya. Saya tak meminati politik, saya ambil berat tentang kemanusiaan, perikemanusiaan, faham? (Ya, Guru.) Perlakuan baik antara orang, antara manusia. Sebagai manusia dengan manusia, Kamu faham apa yang saya katakan. (Ya, Guru.) Dan saya takut kepada Tuhan. Saya sayangi manusia. Semua perkara ini terlalu banyak mengganggu saya. Saya perlu katakannya hari ini, okey, saya tak peduli mengapa. Saya harus katakannya satu kali, okey? (Ya, Guru.)

Jika rumah sudah diberikan kepada seseorang oleh moyang saya atas sebarang sebab, apa-apa pun, ia telah diberikan, bukan? (Ya, Guru.) Ia telah siap dilakukan. (Ya.) Ia telah ditetapkan. Saya perlu menghormati hasrat bapa, moyang atau datuk saya, sesiapa saja yang memberikan rumah itu, hartanah kaum keluarga kepada orang itu. Saya perlu menghormati tandatangan, wasiatnya. Faham? (Ya, Guru.)

Apa-apa yang berlaku pun, ia sudah menjadi milik orang itu. (Ya.) Kemudian jika anak mereka, generasi kemudiannya mewarisi rumah itu, akankah saya guna senapang dan pisau, serang mereka, bunuh mereka untuk merampas balik rumah itu? (Tidak.) Akankah kita rasa itu adil dan baik? (Tidak, Guru.) Tidak, dah tentu tidak, kan? (Ya.) Mana-mana orang budiman, orang yang mengetahui apa-apa tentang standard moral takkan buat begitu, apalagi jika kita beragama, mempercayai Tuhan atau tidak. Kita tak perlu mempercayai Tuhan tetapi perlu mempercayai perlakuan adil dan saksama sesama orang. Tidakkah kamu rasa begitu? (Ya, Guru.) Jika anda memanggil dirimu negara bertamadun tetapi berasa gembira dengan penderitaan, kematian, kesengsaraan dan kesakitan orang termasuk orang tua, kanak-kanak, wanita, warga negara lain yang tak berdaya hanya untuk merampas tanah itu, tak kira apa sebabnya, jangan harapkan rasa hormat drpd orang dan jangan harapkan kelembutan Syurga. Karma tak sentiasa datang dengan serta-merta tetapi ia akan datang... hayat ini atau di neraka. Harus takut akan balasan anda sendiri, sesiapa saja yg menyebabkan penderitaan orang lain yang tak berdosa. Baiklah, soalan seterusnya sebelum saya bercakap selama-lamanya. Saya cuma begitu... Saat. Baiklah, soalan seterusnya, silakan.

(Ya. Guru, sesetengah anak murid datang bekerja bersama Guru tetapi tak terus berada di sini atau tak dapat atas apa-apa saja sebab. Adakah ini sesuatu jenis karma yang menghalang mereka daripada terus berada di sini, dan jika begitu, bagaimana ini boleh diatasi atau dielakkan?)

Merekalah yang perlu buat keputusan. Okey? (Ya.) Kita boleh mengawal nasib kita. Sejak zaman dahulu, orang sudah kata begitu. Dan kamu tahu melalui banyak kisah Buddha yang saya ceritakan kepada kamu. (Ya.) Kamu boleh mengawal diri. Kamu hanya kata, “Tidak. Ini apa yang aku mahu. Aku nak membantu Guru selamatkan makhluk lain yg tak terkira. Aku tak perlu ikut nafsu aku sendiri. (Ya, Guru.) Aku tak perlu menerima baki karma ini.” (Ya, Guru.) Jadi kamulah yang memutuskan untuk berada di sini atau tinggalkan sini. (Ya, Guru.) Kerana kita ialah Tuhan. Kita ada Tuhan di dalam diri kita. Mungkin kita bukan Yang Maha Berkuasa tetapi kita ialah Tuhan yang lebih tinggi, sebahagian daripada Tuhan. sebahagian drpd Yang Maha Berkuasa. Kerana ia merupakan permulaan segala-galanya. Tuhan Yang Maha Berkuasa ialah permulaan segala permulaan. (Ya, Guru.) Jadi kita boleh gunakan kuasa itu jika kita mahu, (Ya.) atau jika kita nak sentiasa dengar kata-kata ego kita, emosi kita, nafsu rendah kita, maka itu pilihan kita. Kita ada kemahuan bebas. Faham? (Ya, Guru.) Jika kamu ada impan yang kuat, kamu takkan meninggalkan Guru atau kerja mulia kamu seperti ini untuk apa-apa pun. (Ya, Guru.) (Faham.) Baiklah. Adakah itu jawab soalanmu? (Ya, Guru, terima kasih.) Sama-sama.

(Guru sebut sebelumnya bahawa haiwan ada sistem beraja dengan...) Ya, ya, beraja. Ya. (dengan permaisuri, raja,) Ya. (putera dan puteri.) Ya. (Guru, bagaimanakah mereka terpilih untuk kedudukan mereka?)

Mereka terpilih mengikut sifat mereka. Atau oleh komposisi mereka. (Ya.) Adakah itu apa yang kamu katakan? Warga mereka. Jika satu raja mati, mereka akan memilih yang bijak, yang berbelas kasihan untuk memimpin mereka. Kemudian mereka juga akan... atau raja juga akan memilih penasihat, ahli majlis dan pegawai yang bijak untuk bantunya memerintah, memimpin negara, bangsa mereka. Mereka tepat-tepat seperti manusia kecuali ada lebih banyak kuasa ajaib.

Mereka dapat menjelmakan diri kadangkala menjadi manusia dan berjalan dalam kalangan kita utk seketika. (Wau!) Sebab itulah kadangkala mereka alami kesusahan. (Oh!) Kamu dengar banyak cerita pari-pari. (Ya, Guru.) Sebahagian daripadanya adalah benar. (Wau!) Mereka tiada kuasa selama-lamanya. (Ya, Guru.) Contohnya, mereka tak dapat menampung badan manusia selama-lamanya dan hidup seperti manusia. Jika mereka buat begitu, mereka perlu melepaskan kuasa lain yang mereka ada untuk hidup seperti manusia. (Oh!) Itu mereka tahu adalah sesuatu yang menyedihkan tetapi kadangkala mereka... spesies atau bangsa yang berlainan ini jatuh cinta pada manusia, kemudian mereka buat begitu. (Wau!) Maka mereka kekal sebagai manusia selama-lamanya, okey? (Wau!) Jangan tanya saya mereka menjadi macam mana kemudiannya, ini bergantung kepada apa yang mereka buat dlm hidup, sama ada mereka akan terus menjadi manusia atau tidak. Atau mereka kembali kepada spesies sendiri tetapi tak begitu senang. Setelah menjadi manusia, kita tersangkut di dalamnya, kemudian kita akan ditundukkan oleh jenis sistem fizikal ini, (Oh!) seperti manusia, kemudian kita ada karma, ada balasan, perlu lahir semula. (Ya, Guru.) Dan sangat sukar nak ingat kita ialah siapa selepas itu. Kita perlu memadamkan semua itu untuk menjadi manusia. Okey? Sekarang, disebabkan oleh kuasa mereka, kebanyakan drpd kuasa, mereka tak dapat sentiasa mengekalkan badan manusia. Jadi jika mereka terperangkap atau tersangkut dalam masalah, mereka tak dapat melepaskan diri. Mereka akan kembali ke bentuk asal mereka dan mati atau terbunuh. (Oh!) Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Jika tiba-tiba kamu ternampak seekor harimau di ruang tamu dan ia merupakan gadis cantik sebelumnya, takkankah kamu takut? Atau orang lain di rumahmu akan bunuhnya. (Ya.) Faham apa yang saya katakan? Adakah itu jawab soalan kamu? (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/12)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1379 Tontonan
2024-12-18
850 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android