Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kerja Berani Mahaguru Ching Hai untuk Dunia, Bahagian 3 daripada 12

2021-01-10
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Tiada rahsia dalam hidup saya kecuali saya perlu berjauhan, berseorangan supaya lebih bertumpu pada masalah dunia serta wujudkan lebih banyak keamanan dan populasi vegan.

Lepas itu, dah tentu, ia kembali secara berulangan dan kami lebih berhati-hati. Kami ikatkan tali yang panjang dan sentiasa ada seseorang yang berada di sana. Kami tak biarnya bebas di dalam halaman pun kerana ia malah akan menggunakan pokok. Ia memanjat pokok dan melompat keluar dari pagar jika pagar dekat dengan pokok. Ia buat begitu. Di Hong Kong juga, keadaan yang sama! Kemudian terperangkap di luar pagar dan balik. “Oh! Oh! Oh! Oh!” Kemudian kami perlu memotong pagar dan biarnya masuk. Ini ialah anjing yang saya sayangi. Dan ini bukan satu, dua kali, 10 kali, berpuluh-puluh kali, kali yang selama-lamanya! (Oh!) Mereka malah membuat pagar yang sangat kuat dengan hujung yang bengkok macam ini supaya ia tak dapat memanjat. (Ya.) Ia mengorek walaupun mereka menyimen dengan dalam di bawah, saya tak tahu bagaimana ia lakukannya! Ia memanjat pokok, apa-apa saja yang dibuatnya, keluar. Kerana kami dah menyumbat semua lubang dengan simen, pagar tambahan, segala-galanya. Kemudian ia tak keluar selama ini dan semua orang rasa, orang yang menjaga mereka, apabila mereka masuk ke dalam taman besar, mereka boleh lari.

Taman yang sangat besar, malah mungkin satu ekar supaya mereka boleh berlari ke sana dan ke mari, masuk dan keluar, mengelilinginya dan buat apa yg mereka mahu dengannya. Berehat di bawah pokok dan belukar, dan bersembunyi, apa-apa saja, sehingga waktu makan, panggil mereka, mereka keluar. Kumpulan lain keluar, kumpulan ini... susah. Apabila mereka nampak penjaga wanita, mereka berpusing balik! Mereka datang mengucapkan halo lalu berpusing balik, melarikan diri. Jadi seseorang yang dipercayai perlu datang membawa mereka keluar atau tunggu sehingga mereka nak datang. Kemudian memasangkan tali pada mereka dan membawa mereka balik. Jika tidak, tak dapat, mustahil bagi anjing betina itu. Jika kita biarnya bebas, ia lari. Ia lari ke sesuatu tempat. Ia akan balik tapi kita takkan tahu. Saya risau tentang ini sebelumnya. Saya sentiasa berkata jangan biarnya bebas. Tapi mereka dah rasa selamat kerana semua lubang yang kami tahu di bawah simen, segalanya telah disumbat. Tapi agaknya ia sudah koreknya untuk masa yang panjang, menunggu hari itu untuk melepaskan diri, dua hari yang lalu. Satu hari yang lalu. Kelmarin.

Lihatlah, bagaimana saya lupa akan siang dan malam kerana saya bekerja siang dan malam. Saya bekerja sehingga larut malam dan lupa akan apa, apa. Jika saya tiada telefon yang mengingatkan saya hari apa atau... jika saya tiada dokumen yang kamu sentiasa hantar kepada saya setiap hari untuk rancangan, yang nyatakan hari apa, untuk rancangan apa, maka saya takkan tahu siang atau malam. Baiklah sekarang, saya rasa dah tamat kisah ini, kerana saya hanya nak jelaskan kepada kamu supaya kamu tak rasa saya tak berikan rumah atau keselesaan kepada anjing saya. Tidak, tidak! Cuma mereka suka berada di sebelah tempat saya bekerja, meja tulis. Mereka tahu saya bekerja di sana. Sozy berbaring di bawah sana. Anjing lain juga saling bersaing pada bila-bila ia kosong, kemudian anjing lain menggantikannya dengan serta-merta. Jadi anjing lain terpaksa berikannya. Kemudian Good Love terpaksa pergi berbaring di atas lantai atau sesuatu.

Sekarang kamu tahu. Okey? (Ya, Guru.) Kalau-kalau kamu ingat saya sembunyikannya daripada kamu, rahsia atau sesuatu. Tiada rahsia dalam hidup saya kecuali saya perlu berjauhan, berseorangan supaya lebih bertumpu pada masalah dunia serta wujudkan lebih banyak keamanan dan populasi vegan. Faham? (Ya, Guru. Terima kasih, Guru.) Saya memang ingin bersama kamu, berada di luar, keluar, menjadi bebas seperti semua orang kerana tak sentiasa baik berseorangan, sendiri membuat segala-galanya. Saya tak begitu besar dan kuat. Kamu tahu, kan? (Ya.) Memindahkan perabot ialah kegemaran saya, dah tentu, tapi bukanlah saya dapat lakukan dgn senang. (Ya, Guru.) Saya memang perlukan orang berotot. Otot sebegini. Sebab itulah sebelumnya saya asyik berjenaka bahawa saya perlukan seorang suami. Masih ingat itu? (Ya, Guru.) Tapi ingatlah juga bahawa ini suatu jenaka saja. Okey? Saya tak mahukan itu.

Sekarang, bukan sahaja gempa bumi tetapi biasanya Taiwan (Formosa) pada bulan-bulan ini seharusnya ialah musim taufan. (Ya.) Biasanya sangat besar dan jauh lebih banyak kemusnahan, tetapi tahun ini, tiada apa-apa pun. (Wau!) (Ya, Guru.) Gempa bumi, tiada apa-apa juga. Dah tentu, orang takut. Siapa takkan takut? (Ya, Guru.) Ya.

Saya masih ingat sangat banyak tahun dahulu, saya di Taiwan (Formosa), maksud saya pada permulaan saya, saya di di Taiwan (Formosa) dan tinggal di bangunan yg sangat tinggi, maksud saya tingkat empat atau lima, lama dahulu, sesuatu tempat di bahagian tengah Taiwan (Formosa). Seorang saudaramu ada sebuah pangsapuri dan mereka gunakan separuh daripadanya. Bilik-bilik lain adalah kosong dan mereka biar saya tinggal di sana kerana pada masa itu saya tak berduit. Saya masih begitu, kecuali jika nak gunakan wang, saya boleh. Saya boleh gunakan sebahagiannya. Dan berlaku gempa bumi juga, sangat kuat. Dah tentu saya tak tahu kerana saya tiada telefon, tiada... tiada televisyen, tiada surat khabar, apa-apa pun pada masa itu. Saya seorang biksuni sejati. Saya hanya makan apa yg diberikan kpd saya. Saudara-saudara itu sediakannya untuk saya. Tak banyak yang saya perlukan, hanya beberapa helai pakaian dan hidangan, mereka sediakannya. Dan mereka biar saya tinggal di pangsapuri kosong itu.

Pada asalnya saya menolak kerana pada masa itu saya ada ini, di belakang tokong, bilik yang mereka letak abu orang mati? (Ya, Guru.) Dalam tradisi agama Buddha, orang mati dan penganut Buddha letak abu orang mati... dan abu orang mati, mereka letak di tokong. Mereka ada bilik khas yang dibina untuk itu. Kerana mereka percaya bahawa jika si mati dapat dengar kitab yang dilafazkan oleh biksu setiap hari, roh mereka akan mendapat pembebasan atau pergi ke peringkat yang lebih tinggi, jika belum lagi. Jadi saya tinggal di dalam bilik itu. Tak apa-apa bagi saya. Orang mati tak ganggu saya. Orang hiduplah yang harus saya risau. Mereka tak ganggu saya sama sekali. Sangat sederhana, bilik yang sangat kecil tetapi tak sempit sangat. Saya ada sebuah katil dan itu dah cukup bagi saya. Itu saja dan yang selebihnya hanya untuk orang mati, seperti kita tinggal di perkuburan. (Ya, Guru.) Tetapi sangat bertuah kerana itu sebuah bilik – kita ada bumbung, ada dinding, ada pintu untuk tutup dan ada bilik mandi di sebelah. Maksud saya hanya tandas cangkung yang sederhana seperti bilik basah. Kita boleh mandi di atas mangkuk tandas. Saya sangat bertuah dan gembira di sana.

Tetapi saudaramu minta saya pergi ke sana, dia kata itu lebih baik untuk saya dan juga suatu berkat bagi rumah mereka yang belum digunakan. Lepas seketika, mereka menyakinkan saya, jadi saya berpindah ke sana. Kemudian itu mengubah diet juga kerana sewaktu saya tinggal di bilik abu orang mati itu, mereka letaknya di dalam bekas. Faham apa yang saya katakan? (Ya.) Mereka letak semua abu di dalam bekas, kemudian letaknya di dalam sana bersama patung Buddha. Jadi kami tinggal bersama Buddha dan bersama orang mati. Atau kedua-duanya telah meninggal dan mereka tak ganggu saya. Kemudian pada masa itu sewaktu saya di sana, saya hanya hidup dengan makan bijan dan beras perang. Bijan, garam dan beras perang. Tetapi apabila saya berpindah ke pangsapuri itu, saya berubah ke diet biasa kerana itu apa yang mereka berikan. Saya mudah disenangkan hati. Apa-apa yang berlaku, okey. Saya menerimanya asalkan ia tak menjejaskan amalan spiritual saya. Kemudian suatu kali seorang lagi saudara menawarkan pangsapuri lain kepada saya. Ini bukan pangsapuri yang gempa bumi berlaku, saya baru teringat sekarang. Pangsapuri lain di tingkat empat atau lima... sangat tinggi, ada lif. Kita menaik ke atas dan turun atau berjalan...

Dan gempa bumi begitu kuat. Itu pasti magnitud 6 sekurang-kurangnya. Kerana ia menggoyangkan seluruh bangunan (Oh!) ke sana dan ke mari. Oh! Saya tak tahu nak lari ke mana. Jadi saya hanya duduk dan tidak lari kerana dah terlambat. Ia sudah berlaku. (Ya.) Saya lebih atau kurang seperti satu-satunya orang di seluruh kawasan itu. Kawasan itu terdiri daripada banyak bangunan yang besar dan tinggi macam itu. Itu projek pembangunan baru dan belum ada sesiapa yg berpindah ke sana. Sebab itulah mereka menawarkan pangsapuri itu kepada saya. Mereka juga belum berpindah masuk. Mungkin itu rumah kedua mereka atau sesuatu. Kemudian pada masa itu, saya benar-benar faham apa maksud gempa bumi.

Saya tak pernah alami itu sebelumnya. Hanya satu kali di California tetapi saya dah berada di dalam pesawat. Kemudian gempa bumi berlaku di bawah saya. (Oh!) (Wau!) Saya dapat lihat kerana pesawat belum tinggi sangat. Saya dapat lihat rumah dan benda bergerak di bawah. (Wau!) Itu di Gilroy, sesuatu tempat di California, saya nampak itu. Saya rasa juruterbang juga beritahu kami bahawa ada gempa bumi. Pesawat itu belum tinggi. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Baru berlepas. Oh! Jadi tak apa-apa. Taiwan (Formosa) sering adanya. Taiwan (Formosa) berada di kawasan plat tektonik. (Ya.) Itu plat yang sangat panjang dan Taiwan (Formosa) sebahagian daripadanya. Jadi seharusnya kerap macam itu. (Ya, Guru.) Saya pasti seluruh pulau bergegar. Kerana itu adalah yang sangat besar. Ya Tuhan.

Baiklah. Adakah itu jawab soalanmu? (Ya, Guru. Terima kasih.) Ada soalan lain? Sebenarnya saya nak baca kisah kepada kamu tetapi saudaramu beritahu saya dengan menulis bahawa “kami ada soalan”. (Oh!) Jadi saya kata baiklah. Kamu lebih penting daripada buku. Saya berfikir mungkin pada waktu buruk, pada waktu yang tak terlalu baik, saya baca kisah kepada kamu untuk buat kamu rasa lebih relaks sebagai suatu perubahan. Perubahan adalah sebaik rehat. Itu apa yang orang katakan. (Ya, Guru. Terima kasih.) Dan itu juga bukan untuk kamu saja. Kerana lepas ini, kamu akan menyiarkannya dan banyak orang akan nikmatinya. (Ya, Guru.)

Soalanmu adalah baik juga. Orang nikmatinya juga. Kerana mereka nak tanya juga. Mungkin mereka tak tahu bagaimana mengungkapkannya atau tak dapat tanya saya kerana mereka tak boleh. Tetapi bagi kamu, kamu boleh. Faham? (Ya.) Kerana saya akan tahu, kemudian tanya kamu dan boleh jawab soalanmu. Ini bagus juga. Saya suka cara kita melakukannya. Saya suka cara kamu mengatur sekarang. Setiap kali jika kita nak berbual atau jika saya nak bercakap dengan kamu, kamu sentiasa sedia. Kerana jika saya nak bercakap dengan anak murid di luar atau pasukan Supreme Master TV di luar pun, mereka tak sentiasa sedia. Mereka di merata tempat. (Ya, Guru.) Mungkin satu atau dua orang. Atau mungkin sekumpulan yang ada beberapa orang tetapi saya tak tahu mereka di mana dan saya tiada maklumat sesiapa pun seperti telefon, Skype, e-mel mereka. Semua ini kerja kamu. Kamu lakukannya dengan lebih baik. Saya tak tahu bagaimana. Baiklah. Jika saya dah jawab soalanmu... Macam ini adalah bagus. Kerana kamu sentiasa sedia. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Episod  3 / 12
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-05-04
483 Tontonan
2024-05-03
28 Tontonan
2024-05-03
14 Tontonan
2024-05-03
889 Tontonan
2024-05-02
88 Tontonan
2024-05-02
449 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android