Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Hantu Ghairah Secara Bohong Umumkan Dia ialah Buddha Maitreya, Bahagian 9 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ya Tuhan! Saya kembali dan terlupa buka perakam. Tadi saya katakan sesuatu tetapi tidak rakamkannya. Saya harap saya dapat ingatnya dan beritahu anda. Agaknya semua itu tentang Cao Đài-isme. Saya kata saya tak tahu banyak tentang Cao Đài-isme. Saya tak pernah berpeluang untuk bertemu dengan guru atau saudara-saudaranya dalam hidup saya untuk pelajari itu tetapi saya ada rasa hormat kerana saya ada baca sedikit pd usia lebih muda, sebelum tinggalkan kehidupan duniawi untuk pergi cari makrifat. Tetapi itu kerana saya tidak perasan bahawa saya sudah pun bermakrifat.

Saya sentiasa dengar Bunyi Syurga (dalaman) sepanjang masa sejak kecil lagi. Saya dah beritahu anda lama dahulu lagi. Saya berfikir, “Itu bunyi bintang.” Saya panggil-Nya ‘bunyi bintang’ kerana apabila saya keluar dan mendongak ke angkasa, bunyi menjadi lebih kuat. Dah tentu, semasa di dalam rumah, saya sibuk, jadi tidak perasan, tapi apabila saya mendongak ke angkasa – kerana pada malam musim panas, kita keluar ke halaman rumah dan duduk di sana, mendongak ke atas atau berbaring, melihat angkasa – saya perasan bahawa bunyi wujud sejak itu.

Jadi ajaran Cao Đài-isme adalah untuk orang beriman. Sesiapa yang percaya kepadanya perlu hidup mengikut standard moral juga, dah tentu – standard gaya hidup bermoral yg tinggi. Santo Cao Đài datang dari luar dunia karma, jadi Mereka bebas untuk berhubung dengan dunia manusia tanpa sebarang halangan, tanpa perlu pergi menyusahkan atau memberi salam kepada Raja Mara pun. Raja Mara tak boleh buat apa-apa dengan Mereka kerana Mereka datang dari luar dunia ini – di luar akibat karma, di luar hubungan karma, melangkaui karma. Jadi kadangkala Mereka datang dan gunakan badan medium, badan, saya panggilnya, ‘penyampai’.

Medium kadangkala adalah berbeza, seperti mereka boleh menjadi alat untuk hantu atau orang mati yang kembali ke hidup ini untuk bercakap dengan saudara-mara, ahli keluarga dan kawan mereka. Tetapi dalam Cao Đài-isme, contohnya, kata-kata datang secara langsung daripada Santo dari Alam Cao Đài. Mereka hanya gunakan badan penyampai, jadi saya lebih suka panggil mereka sebagai ‘penyampai’. Saya rasa ini lebih bersikap hormat demi Santo yang begitu penyayang dan prihatin, mengambil masa untuk menyelamatkan roh manusia dengan Ajaran Suci Memakrifatkan dari luar dunia ini. Manusia amat berterima kasih dan tidak lupakan Kemurahan Besar-Mu. Semua makhluk perlukan Bantuan Pemurah dan Ajaran Memakrifatkan-Mu.

Saya tak pernah gunakan perkataan ini tetapi saya tak nak gunakan perkataan ‘medium’. Bagi saya, nampaknya ada jenis-jenis medium yang berlainan dan medium untuk Cao Đài-isme adalah berbeza. Mereka sampaikan ajaran yg lebih tinggi daripada Santo dan Orang Suci. Santo dan Orang Suci turun ke bawah sini, gunakan badan, mulut penyampai untuk mengajar pengikut, penganut Mereka, dan berkati mereka, untuk melindungi mereka dengan Kuasa Mereka – bawa kegembiraan, keriangan dan kebahagiaan kpd mereka, dan lindungi mereka dalam hidup yang berbahaya dan menakutkan ini kerana ada terlalu banyak syaitan di merata tempat. Buddha juga mengatakan itu – bahawa dunia ini penuh dengan syaitan di merata tempat. Jadi Mereka (Santo Cao Đài) juga menasihatkan banyak perkara. Mereka berkata banyak kali dalam rangkap puisi, sangat indah. Saya lihat sesetengahnya

kerana kadangkala kami menyiarkan ajaran Cao Đài-isme di Supreme Master Television kami. Jadi kadangkala saya perlu baca teksnya dan cuba lihat sama ada terdapat apa-apa yang silap supaya saya boleh betulkannya. Jika mereka tersilap menaip, tersilap kata atau sesuatu, maka saya betulkannya. Saya mengedit. Saya hanya salah seorang editor untuk Supreme Master Television tetapi itu berikan sangat banyak kerja kepada saya, biasanya sepanjang siang hari dan sebahagian daripada malam hari. Saya juga sentiasa gembira jika ada masa untuk duduk, bermeditasi dan masuk ke dalam alam dalaman dan tidak sentiasa sibuk dengan kesusahan serta dosa dan perbuatan syaitan di dunia ini.

Jadi Santo dan Orang Suci Cao Đài datang secara langsung kepada pengikut melalui seseorang yang Mereka rasa cukup suci. Tetapi masalahnya, ada jenis-jenis medium atau penyampai yang berlainan, dah tentu. Sesetengahnya sangat baik dan suci, mengatakan perkara baik dan murni daripada Santo. Ini bermakna menerima dan menulisnya dengan betul. Tetapi sesetengahnya tidak menulis dengan betul dan mengubahnya, seperti Huệ Bửu. Santo tak suka itu, jadi mengadu tentang dia. Mereka malah beritahu saya bahawa Baginda Raja Karma akan bunuh dia pada 15 Oktober. Jadi saya minta Mereka semua, “Tolonglah, bantu dia. Biarkan dia hidup lebih lama supaya ada masa, ada peluang untuk bertaubat, menebus diri, lebih banyak beramal, menjadi lebih rendah diri, memuja semua Santo dan Tuhan, jadi dia dapat menyucikan diri sebanyak mungkin.” Jadi Mereka bersetuju dengan itu. Tetapi terpulang kepada Huệ Bửu sama ada dia nak buat begitu. Jika tidak, maka... Jika dia tak bertaubat, maka 15 Oktober… Hari ini hari apa? 26 Ogos. Jadi September dan Oktober… Ya Tuhan! Lebih kurang, enam minggu lebih saja. Ya Tuhan! Ya Tuhan, itu tak lama.

Jadi sekarang, Santo dlm Cao Đài-isme kadangkala hantar Roh Mereka ke bawah sini. Mereka tak perlu datang ke tempat orang pun. Mereka boleh lakukannya dari jauh kerana Mereka ada kuasa yg mencukupi untuk capai mana-mana saja untuk berkati orang, melindungi dan mengajar mereka segala jenis disiplin moral dan gaya hidup pemurah jika penganut cukup suci. Ia seperti kebanyakan agama utama, cuma lebih hidup sekarang, dan kebanyakan Pengasas agama utama dah tiada. Seperti Nabi Isa, Buddha, Guru Nanak, Nabi Mahavira, Pengasas agama Bahá’í, Pengasas Islam SAW dah tiada. Mereka semua dah tiada. Jadi penganut tak rasa begitu berhubungan dengan Tenaga pemurah Mereka. Mrk dengar tapi tak benar-benar dengar. Mereka baca kitab tetapi tak memahami apa-apa pun, misalnya macam itu. Jadi Santo dari luar Dunia Karma – di luar dunia ini – menghantar Ajaran sebenar.

Jika perakam, badan bercakap dengan betul, gunakan mulut dan berserah kepada Santo, maka Mereka gunakan badan, mulut mereka untuk bercakap, dan sesiapa yang dapat menulisnya dengan betul, maka itu hidup, ajaran hidup daripada Santo dari Alam Tinggi. Jadi adalah bertuah jika orang tahu tentang Cao Đài-isme dan belajar daripada Santo juga. Salah seorang kononnya anak murid saya pada asalnya ialah penganut Cao Đài. Kemudian dia belajar dengan saya tetapi masih terus menyertai aktiviti Cao Đài kerana saya beritahu mereka semua semasa inisiasi bahawa anda teruskan dengan agamamu. Pergi ke tokong, pergi ke gereja, pergi ke pusat anda – mana-mana, apa-apa saja yang anda buat, ikut yang sama itu, dan berikan tawaran kepada biksu atau pederi, sesiapa saja yang anda rasa mahu dan percaya. Jadi saya tak pernah beritahu orang bahawa mereka perlu ikut saya. Tidak!

Saya juga ajarkan perkara yang sama dengan Santo. Jadi jika mereka ikut agama baik dan ajaran Santo, maka saya gembira dengan mereka boleh berada di sana dan masih meneruskan persahabatan dengan gereja mereka, tokong mereka – kuil Cao Đài mereka, tokong Buddha Hòa Hảo mereka, contohnya. Seperti Nabi Huỳnh Phú Sổ, semoga Tuhan beri Kesejahteraan dan Berkat ke atas Beliau dan pengikut-Nya. Guru Huỳnh Phú Sổ yang kesian, Guru yang kesian. Mereka hanya bunuh Orang baik. Sesiapa saja yang berkuasa hanya bunuh Orang baik tetapi biarkan orang jahat pergi ke sana sini, mengaburi orang, menipu orang, menggoda orang supaya berbuat jahat, ikut ajaran buruk – penjelasan jahil tentang kitab, tentang Bible – kerana mereka sendiri tak memahami apa-apa pun. Jadi mana dapat mereka ajar anda apa-apa yang lebih baik? Jadi itu sesuatu yang menyedihkan.

Saya rasa tiada banyak lagi yang boleh saya beritahu anda. Saya rasa kita berhenti buat masa ini. Ini pada asalnya ialah notis singkat tetapi saya asyik bercakap tentang banyak perkara yang lain. Baiklah. Semoga Tuhan berkati kita semua. Semoga semua Santo dan Orang Suci terus membantu manusia dan semua makhluk di planet ini atau mana-mana planet yang lain yang Mereka ada afiniti, yang Mereka nak lindungi. Semoga Tuhan Yang Maha Berkuasa serta semua Santo dan Orang Suci, Guru, Buddha, Bodhisattva, Mullah di mana-mana saja bantu kami, bantu mana-mana drpd kami yg Engkau boleh. Semoga Engkau senang hati dgn manusia akan mengubah hati mereka dan menjadi penganut sebenar ajaran Suci-Mu, mana-mana ajaran agama Suci. Kami syukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, semua Guru, semua Santo dan Orang Suci yang ajar kami dengan begitu pemurah – ajar kami dengan penuh sabar, dengan sabar menunggu kami menjadi sedar, bermakrifat. Terima kasih banyak-banyak, Semua. Amin. Amin. Amin.

Photo Caption: Hidup Hanya Boleh Diwakili dengan Hidup

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
162 Tontonan
2024-12-19
1381 Tontonan
2024-12-18
853 Tontonan
2024-12-18
331 Tontonan
2024-12-18
126 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android