Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Hantu Ghairah Secara Bohong Umumkan Dia ialah Buddha Maitreya, Bahagian 5 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Syaitan, raksasa dan hantu memang ada kuasa tarikan kerana mereka berbeza dengan standard manusia. Kita manusia ada kuasa juga tetapi disekat kerana kita melakukan perkara yang menyekat segala kuasa kita atau dulu kita bersumpah untuk bekerja tanpa kuasa kerana di dunia maya, iaitu dunia ini, kita tidak dibenarkan untuk gunakan kuasa. Jika anda datang dari Syurga, anda tak dibenarkan untuk gunakan kuasa ajaib yang ketara untuk menarik orang. Hanya syaitan, raksasa dan hantu boleh buat begitu kerana mereka telah mengawal dunia ini sejak lama dahulu lagi.

Jadi Sesiapa yang datang dari Syurga perlu menandatangani kontrak untuk berdiam, bekerja secara senyap. Jika tidak, siaplah. Tetapi untuk menjadi Guru, kita tak dapat bekerja dengan senyap. Cepat atau lambat, orang akan saling memberitahu, akan memberitahu di merata tempat dan Guru sentiasa alami kesusahan. Anda sebutlah mana-mana Guru yang tiada kesusahan. Tiada seorang pun. Tiada seorang pun Guru sebenar yang jalani kehidupan tenang dan baik. Dah tentu, pada sesetengah tempoh masa sewaktu ada keamanan di sesetengah negara yang aman – barangkali Guru yang bertuah, tetapi jarang ada, jarang. Biasanya Mereka diseksa sepanjang hidup dan mati dengan cara kejam. Jika Guru sebenar, macam itulah. Kerana maya tahu Siapa itu Guru sebenar, jadi mereka akan mengejar Mereka untuk menghalang dan/atau hapuskan Guru dan ajaran Mereka!

Biksu yang buruk dan biksu yang khutbahkan perkara karut... Saya malah nampak seorang biksu Buddha yang berkhutbah kepada pengikutnya – biksu dan biksuninya yang taat – bahawa “tiada Alam Buddha Amitābha. Itu teori saja. Dan tiada neraka juga. Konsep neraka baru diperkenalkan 500 tahun yang lalu saja.” Tidak, tidak! Pada zaman Buddha, kita dah ada neraka. Sebab itulah anak murid-Nya Mục Kiền Liên (Maudgalyāyana) perlu pergi ke neraka lalu kembali dan meminta Buddha supaya menyelamatkan ibu-Nya yang menipu biksu dan berikan daging (orang-haiwan) kepada mereka untuk dimakan, beritahu mereka bahawa itu makanan vegan. Dan orang (Raja Virūḍhaka) yang musnahkan kaum kerabat Buddha itu terus pergi ke neraka juga, sejurus selepas itu. Selepas dia bunuh secara beramai-ramai kaum kerabat Buddha dengan kejam, dia dan seluruh tenteranya mati lemas dalam banjir – mati secara tiba-tiba dengan begitu saja, mereka semua – dan pergi ke neraka, Avīci atau neraka tak henti-henti. Itu dalam kitab Buddha, bukan saya yang katakannya!

“Kemudian kaum kerabat Shakya arahkan supaya pintu kota dibuka. Pada masa itu, Raja Virūḍhaka bertitah kepada pembesarnya, ‘Sekarang anggota kaum kerabat Shakya adalah banyak. Pedang dan pisau tak dapat mencederakan mereka semua. Oleh itu, tanamlah mereka hidup-hidup di dalam tanah, dan lepas itu, biarkan gajah yang garang memenyekkan mereka sampai mati.’ Pada masa itu, pembesar mematuhi perintah raja dan gunakan gajah untuk memenyekkan orang-orang itu sampai mati. […] Orang Sanjungan Dunia berkata kepada para Biksu: ‘Sekarang Raja Virūḍhaka dan tenteranya takkan kekal berada di dunia ini dengan lama. Selepas tujuh hari, mereka akan dimusnahkan.’ Raja Virūḍhaka menghantar orang untuk mengira hari. Pada permulaan hari ketujuh, Raja amat gembira dan tak dapat menahan diri. Baginda bawa tentera dan dayang-dayangnya ke tebing Sungai Aciravatī untuk berseronok, kemudian berehat di sana. Pada tengah malam, awan yang tidak dijangkakan berkumpul. Angin kencang dan hujan lebat datang dengan cepat sekali. Raja Virūḍhaka dan askar-askar itu dihanyutkan oleh air. Semuanya terkorban. Badan mereka musnah dan hidup mereka berakhir di neraka Avīci. Terdapat juga api Syurga yang menghanguskan istana di kota. […] Kemudian Orang Sanjungan Dunia melafazkan sebuah puisi: ‘Perbuatan jahat memang besar, Semuanya disebabkan tindakan badan dan mulut. Badan ini menderita dan hidup pendek, Jika di rumah, Ia akan dibakar oleh api, Apabila hidup berakhir, Seseorang pasti dilahirkan di neraka.’”

Jadi mana boleh biksu yang merupakan biksu terkenal, berpangkat tinggi itu – namanya Thích Nhật Từ – berkhutbah dan beritahu orangnya bahawa tiada neraka dan tiada Alam Buddha Amitābha?

Petikan daripada ‘Adakah neraka benar atau tidak? – Thích Nhật Từ’ : Berdasarkan agama Buddha Theravada, adalah jelas bahawa gambar neraka hanyalah suatu cara pendidikan moral kerana jika semua orang akan lahir semula dengan serta-merta, maka takkan ada neraka.

Petikan daripada ‘Thích Nhật Từ: Alam Suci Barat tidak wujud.’ : Bolehkah melafazkan Nama Buddha membawa kepada kelahiran semula di Alam Suci Barat Kegembiraan Spiritual Terbesar? Jawapannya, menurut sejarah dan berdasarkan kitab ke-18 dalam Dīgha Nikāya, adalah tidak. Kerana Alam Suci Barat Kegembiraan Spiritual Terbesar adalah tidak benar.

Anak murid saya malah pergi ke Alam Buddha Amitābha dan gambarkan apa keadaannya.

Perjalanan ke Syurga – Syurga Barat Amitābha atau ‘Alam Suci Kegembiraan Amat Sangat’

Jadi agak banyak orang dapat lihat Alam Buddha Amitābha. Mana boleh anda, sebagai seorang biksu, berkata bahawa tiada Alam Buddha Amitābha? Dia kata itu “hanyalah konsep”… dan tiada neraka pun. Wau, wau, wau! Harap-harap dia tak perlu pergi ke neraka untuk mendapat tahu. Ada seorang biksuni yang menulis pengalaman nerakanya. Dulu dia menjual orang-ayam dan -itik. Dia pergi ke neraka dan mereka menghukum dia. Dia hampir perlu pergi selama-lamanya tetapi kerana Bodhisattva Quan Yin campur tangan dan membantu dia… Kemudian dia perlu dihukum untuk seketika, buat sementara waktu. Kemudian dia dibebaskan dan kembali untuk meneruskan amalan dengan lebih rajin.

Petikan daripada kisah mendebarkan seorang biksuni Vietnam yang pergi ke neraka, banyak kebenaran didedahkan : Waktu itu kira-kira pukul 10 pagi. Saya mendapati diri saya berada dalam pemandangan yang indah, dengan pokok yang subur menghijau. Ada sebuah jambatan yg sangat panjang. Saya berjalan ke atas jambatan itu untuk seketika, kemudian ia runtuh. Saya jatuh ke dalam sungai dan bergelut untuk berenang tetapi tak dapat sampai ke tebing. Anehnya, tebing sungai ada di sana juga tapi saya tak dapat capainya tidak kira berapa kuat saya berenang. Pada ketika itu, saya rasa bingung dan sangat takut. Secara beransur-ansur, arus bawa saya keluar ke pintu laut dan airnya menjadi sangat sejuk, menusuk jantung dan hati saya.

Saya lihat ke sekeliling dan nampak saya tidak berseorangan. Orang lain yang tidak terkira hanyut dibawa arus ke dalam laut yang sejuk ini. Terdapat orang Barat, orang Asia, tua dan muda, lelaki dan perempuan. Saya rasa sangat sejuk dan badan saya menjadi kaku. Penuh dengan ketakutan, saya terdengar suara dari atas berkata, “Lafazkan Nama Buddha!” Saya cuba sedaya upaya untuk melafaz tetapi ambil masa yang panjang baru dapat melafazkan perkataan ‘Buddha! Buddha!’ Secara beransur-ansur, saya dapat melafazkan ‘Buddha Amitābha’, kemudian frasa lengkap ‘Namo Buddha Amitābha’. Disebabkan itu, saya rasa jauh lebih tenang. Pada ketika ini, saya menoleh ke arah dua orang di sebelah saya dan melafazkan Nama Buddha untuk membantu mereka.

Akhirnya, saya dibawa ke mahligai yang ada gunung yang meninggi di belakangnya. Apabila saya menaiki mahligai itu, saya berasa gerun melihat makhluk berkepala lembu dan bermuka kuda yang menakutkan serta Raja Syaitan besar yang tidak terkira. Mereka semua meninggi seperti gunung. Kemudian salah seorang Raja Syaitan membawa saya ke pintu yang buka secara automatik, dedahkan Cahaya terang yang sangat megah dan cantik. Pada ketika itu, saya mengenal Bodhisattva Kṣitigarbha Megah, Bodhisattva Avalokiteshvara dan Bodhisattva Cundi yang dengan megah bersemayam di atas singgahsana. Saya segera tundukkan kepala dan berlutut dengan rasa hormat kpd Mereka bertiga. Kemudian Tiga Bodhisattva ini membimbing saya untuk mengaku dan bertaubat atas karma buruk saya. Setelah selesai bertaubat, dua Raja Syaitan memimpin saya ke dalam neraka, mulakan perjalanan menakutkan yang tak pernah berlaku sebelumnya. Neraka benar-benar luas dan tidak dapat dilintasi tanpa kuasa ghaib Raja Syaitan.

Pintu neraka pertama yang terbuka ialah Neraka Tidak Taat kpd Ibu Bapa. Apa yang menarik perhatian saya ialah pepaku besi yang menakutkan pada platform pepaku gergasi yang berbentuk bulat, dengan bilangan orang yang tidak terkira di atasnya. Raja Syaitan menolak roh yang berdosa, terapung di udara, kemudian mereka dihancurkan oleh batu tongkol yang jatuh dari atas, buat mereka tertusuk pepaku besi setebal jari, darah memancut keluar dgn banyaknya. Hukuman ini, seperti semuanya yg lain, berulang secara berturut-turut tanpa penghujungnya. Di tempat lain, ada meja yang amat sejuk di mana roh baring dan duduk berselerak, sejuk sampai ke tulang sumsum. Dua Raja Syaitan berkata bahawa ini ialah akibat biarkan ibu bapa berlapar dan kesejukan.

Seterusnya, saya dibawa masuk ke dlm neraka kedua yg dipanggil Avici (Neraka Tak Henti-henti) di mana roh dihantar ke sini kerana melakukan 80 jenis kesalahan yang berlainan seperti amalan perniagaan yang curang, merompak dan cederakan orang lain, ambil riba, mengeksploitasi pekerja dan adik-beradik berebut harta warisan. Hukuman di sini adalah pelbagai, termasuk menuang tembaga didih ke dalam mulut, mencabut dan memotong lidah, menetak tangan dan kaki, biarkan ular dan kala jengking menggigit dan mengoyakkan daging dll. Roh yang bersalah menjerit ketakutan. Jika ada kamera untuk merakamkan ini, tiada filem seram yg dapat dibandingkan. Sesiapa yang nampaknya lebih rela mati daripada berani berbuat dosa.

Seterusnya, saya dibawa masuk ke dalam Neraka Sepuluh Kejahatan Besar di mana terdapat banyak alat penyeksa seperti pengisar, paku yang menusuk, tiang tembaga bernyala dll. Terdapat kawah yang amat besar, seperti tasik besar, penuh dengan orang yang menggeliang-geliut dan meraung sementara mereka tenggelam timbul. Roh yang bersalah dihukum di sini atas dosa seperti pembunuhan, pengguguran, zina, sumbang mahram, pelacuran dll.

Berikutan itu ialah Neraka Api. Mana-mana pun api bernyala, dikhaskan untuk guru dan pelajar yang telah berbuat dosa, seperti guru yang menahan ilmu, mengajar mengikut kurikulum yg salah, kurang berhati nurani, memudaratkan pelajar mereka dan pelajar yang memukul atau membunuh guru mereka dll.

Seterusnya ialah Neraka Dua Belas Kejahatan Besar yang dikhaskan untuk 12 dosa besar yang membahayakan masyarakat. Sangat sukar bagi roh yang dihukum di sini terlepas dan lahir semula di alam lain. Di dalam neraka ini ialah lautan air yang sangat sejuk, dengan raksasa yang garang menghendap di bawah permukaan dan di atasnya ialah pelbagai alat penyeksa yang menakutkan.

Menemui Banyak Biksu dan Biksuni di Neraka

Saya terkejut mendapati ibu saudara saya ialah antara roh yang tidak terkira di sana. Dia diheret oleh syaitan berkepala lembu dan bermuka kuda yang menetak dan mengelar badannya secara berterusan dengan darah dan daging bertaburan di mana-mana saja. Jika seseorang bergelut utk lepaskan diri, mereka segera ditikam menjadi cebisan oleh cangkuk besi yang tergantung di atas. Saya cuba memanggil ibu saudara saya tetapi nampaknya roh di sini tidak bertelinga dan tidak dapat dengar. Ketika dia masih hidup semasa rejim lama, ibu saudara saya mengedar dadah dari Kemboja untuk dijual dalam negara. Dia hidup mewah dengan banyak wang, rumah dan kereta sementara anaknya berbelanja secara boros. Selepas 1975, karma menimpanya dengan pantas. Kekayaannya hilang sepenuhnya. Anaknya menjadi tidak taat, berkelana ke tempat-tempat yg berlainan. Apabila dia meninggal dunia, tiada wang yang mencukupi bagi membeli keranda untuk dia pun. Tetapi orang di dunia hanya dapat lihat sebahagian kecil daripada balasan karma itu, tidak sedar bahawa akibatnya berjuta-juta atau berbilion-bilion kali lebih menakutkan di neraka sini.

Pengamal Palsu Dihukum Berat

Penjara seterusnya yg saya dibawa pergi dipanggil Avīci Besar. Seperti yang namanya tunjukkan, penjara ini jauh lebih besar daripada penjara lain dengan suasana suram, menyeramkan yang sukar digambarkan. Penjara ini adalah untuk biksu palsu agama-agama yang berlainan seperti agama Buddha, Kristian, Islam dan banyak agama yang lain. Ia termasuk beratus-ratus dosa yang berlainan seperti memarahi biksu sebenar, menyalahgunakan wang dan harta benda awam, melanggar rukun dan disiplin moral, biarkan ahli keluarga berkuasa di rumah ibadat, berpura-pura menjadi pendeta untuk untung, bina rumah ibadat palsu utk keuntungan, berikan penjelasan palsu tentang ajaran Buddha, mengaburkan orang drpd kebenaran dll.

Raja Syaitan tunjukkan kepada saya seorang biksu yang dinaikkan pangkat kepada Biksu Besar, berusia kira-kira 70 tahun, memakai jubah kuning, duduk di atas katil pepaku, tangan dan kakinya digigit oleh anjing dan matanya dipatuk oleh burung gagak, berlumuran darah. Dia menyalahtafsirkan ajaran Buddha, sering berikan penjelasan palsu, kerap berkhutbah dan mengecam biksu sebenar. Selain itu, dia gunakan tawaran untuk untung peribadi, membeli rumah di bawah nama saudara-mara, mengumpulkan karma berat.

Akhirnya, selepas membawa saya melalui pelbagai alam neraka, Raja Syaitan membawa saya balik ke tempat asal di mana saya dengan rasa hormat menyembah tiga Bodhisattva: Bodhisattva Avalokitesvara, Bodhisattva Kṣitigarbha dan Bodhisattva Cundi. Selepas menyembah, Bodhisattva arahkan saya supaya melafazkan Nama Buddha dan mengikut bimbingan mereka. Saya nampak diri saya naik ke udara, balik ke dunia manusia dan masuk ke dalam badan saya semula. Waktu itu tengah hari, menandakan berakhirnya perjalanan saya yang menggerunkan di neraka.

Begitu banyak kisah! Bukan kisah biksuni itu saja. Saya hanya beritahu tentang dia kerana dia seorang biksuni, takkan bohongi anda Tetapi sesetengah biksu dan biksuni berbohong untuk untung sendiri. Saya tak tahu mengapa. Mereka memang tak mengkaji agama Buddha. Mereka tak rasa takut akan karma, atau mungkin mereka sendiri datang dari neraka atau mereka ialah anak Raja Mara, kerana dia bersumpah akan hantar anak-anaknya untuk menjadi biksu dan biksuni bagi hancurkan agama Buddha. Jika tidak, mereka takkan mengatakan perkara sebegini

kerana bagi agama Buddha, Alam Buddha Amitābha begitu popular. Banyak orang tak dapat buat banyak, apa-apa pun, jadi hanya melafazkan Nama Buddha Amitābha kerana Dia ada Cahaya tak terhad. Cahaya-Nya memancar ke mana-mana saja, malah ke neraka walaupun orang di neraka tak dapat lihatnya. Jadi orang sangat percaya kepada Buddha Amitābha kerana Dia terkenal dan kaedah pembebasan-Nya adalah senang menurut agama Buddha. Orang hanya melafazkan ‘Buddha Amitābha’ tanpa berhenti, dengan tumpuan sepenuh dan juga bayangkan, visualisasikan Alam-Nya seperti yang digambarkan oleh Buddha Shakyamuni kpd mereka.

Ini kerana suatu kali Buddha Shakyamuni membalas doa seorang Permaisuri, bersimpati dengan-Nya, gunakan Badan Cahaya untuk masuk ke dalam penjara di mana Permaisuri dipenjarakan untuk mengajar Baginda kaedah melafazkan Nama Buddha Amitābha ini, jadi Baginda mendapat pembebasan selepas mangkat. Mereka akan lahir semula di Alam Buddha Amitābha di peringkat-peringkat yang berlainan dari yang terendah hingga ke yg tertinggi secara beransur-ansur. Ini bergantung kpd berapa ikhlasnya kita, berapa bertumpunya kita semasa melafazkan Nama Buddha dan semasa membayangkan Alam Suci-Nya.

“Selepas menyembah Baginda, Permaisuri Vaidehi angkat kepala dan nampak Buddha Shakyamuni, Orang Sanjungan Dunia. […] ‘Aku meminta Engkau, Orang Sanjungan Dunia, spy dedahkan kepada aku alam yang tiada kedukaan dan tiada penderitaan di mana aku boleh lahir semula. […]’ Kemudian Orang Sanjungan Dunia berkata kpd Vaidehi, ‘Tahu tak Engkau bahawa Amitābha tidak jauh dari sini? Tumpukanlah fikiran-Mu dan mentafakurkan Alam Buddha itu. […]’ ‘Di setiap kawasan Alam berpermata ini terdapat lima ratus koṭi (lima puluh bilion) astaka bertatahkan permata di mana Dewa yang tidak terkira memainkan Muzik Syurga. Terdapat juga alat muzik yang tergantung di angkasa yang, seperti yang terdapat pada panji-panji berpermata Syurga, secara spontan mengeluarkan Bunyi tanpa pemain pun. Setiap Bunyi menyatakan kebaikan memikirkan Buddha, Dharma dan Sangha. Apabila tafakur ini telah disempurnakan, ini dikenali sebagai persepsi am tentang pokok berpermata, tanah berpermata dan kolam berpermata Alam Kegembiraan Spiritual Tertinggi. Ini ialah pembayangan komposit dan dipanggil sebagai tafakur keenam. Mereka yang nampak objek ini akan bebas daripada karma buruk yang sangat berat yang telah dilakukan dalam kalpa (eon) yang tidak terkira dan pasti akan, selepas meninggal, dilahirkan di Alam itu.” ~ Kitab Amitāyurdhyāna

Buddha Amitābha salah seorang Buddha yang paling dikasihi. Jadi jika anda seorang biksu Buddha tetapi berkata tiada Alam Buddha Amitābha, saya tak tahu bagaimana orang akan bereaksi terhadap itu. Saya sendiri menolak kata-kata itu. Itu sampah. Itu karut. Itu tak wujud. Itu anti-Buddha! Itu tidak hormati Buddha Amitābha, tidak hormati semua Buddha, tidak hormati semua penganut Buddha, tidak hormati Buddha Shakyamuni yang di bawah nama-Nya dia (Thích Nhật Từ) menjadi biksu dan menjadi terkenal, terkemuka dan dipercayai oleh banyak penganut Buddha yang mengikut dia. Itu sangat tidak hormati seluruh agama Buddha sepenuhnya.

Jadi saya memang tak faham hari ini apa jenis biksu orang telah jadi. Anda sendiri menilailah. Saya hanya beritahu anda kebenaran bahawa En. Thích Nhật Từ katakan itu. Anda boleh baca khutbahnya. Dia juga bersumpah di depan orang ramai. Itu kebenaran. Saya tak nak menilai atau apa-apa. Saya hanya beritahu anda kebenaran. Anda boleh lihat di YouTube atau internet. Saya kebetulan nampaknya, dan anggota pasukan saya cetak dan berikannya kpd saya utk dibaca juga. Mungkin kita boleh berkongsi itu jika mereka dapat carinya semula, sesetengah khutbahnya, malah mengajar pengikut bagaimana bersetubuh dan sebagainya. Adakah kita perlukan biksu untuk ajarkan perkara sebegini? Hari ini, mereka dapat bacanya di mana-mana saja.

Petikan daripada ‘Berita Gempar’ ; Orang berak di atas kepala, berak di atas kepala, berak di atas kepala agama Buddha, berak di atas kepala biksu dan biksuni, dan berak di atas amalan dan kajian agama Buddha.

Petikan daripada ‘Biksu Palsu Thích Nhật Từ Berkhutbah tentang Seks’ : Dari segi karma, jika kamu gunakan alat untuk memenuhi hawa nafsu, itu tidak dianggap sebagai dosa. Buddha juga tidak menganggap itu sebagai dosa.

Mereka lakukannya sebelum semua orang dilahirkan lagi. Sebelum kita tahu kita ada planet ini, manusia dah tahu apa yang nak dibuat dengan perkara sebegini. Perkara sebegini tak perlukan biksu sebut. Dia katakan apa-apa saja. Itu di luar pemahaman saya. Tapi seperti yg dikatakan oleh Buddha, pada Zaman Penghujung Dharma ini, biksu bukanlah biksu.

Photo Caption: Melindungi Anda Semasa Usang Pun!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
162 Tontonan
2024-12-19
1381 Tontonan
2024-12-18
853 Tontonan
2024-12-18
331 Tontonan
2024-12-18
126 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android