Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Hantu Ghairah Secara Bohong Umumkan Dia ialah Buddha Maitreya, Bahagian 6 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tapi seperti yg dikatakan oleh Buddha, pada Zaman Penghujung Dharma ini, biksu bukanlah biksu. Mungkin sesetengahnya bukan biksu sebenar. Sesetengahnya memakai jiāshā (Kāṣāya atau jubah biksu) yang berwarna-warni seperti yang dikatakan oleh Buddha bahawa biksu palsu ini suka memakai jiāshā berwarna-warni. Biksu palsu juga makan daging (orang-haiwan) dan minum arak, berjudi – segala jenis perbuatan yang dilakukan oleh kononnya biksu hari ini, serta memperkosa kanak-kanak, wanita dan lelaki. Itu ada di seluruh internet. Oh, saya harap saya tidak membuat penemuan itu! Oh, itu terasa begitu tak menyenangkan! Saya harap saya tak tahu akan semua ini. Saya tak tahu akan semua ini dalam dekad-dekad ini sejak saya keluar untuk jalankan misi saya. Saya malah terdengar baru-baru ini di sesuatu tempat. Ia nyatakan pendeta Katolik berbuat lebih banyak dosa itu, memperkosa kanak-kanak, melakukan perkahwinan sejenis, memperkosa wanita, lelaki dan semua itu

Dulu saya kata penganut Buddha tiada itu. Saya jarang dengarnya. Ya Tuhan, saya begitu silap. Saya begitu silap. Dulu saya kata oleh sebab biksu Buddha ada 250 rukun, jadi tak mungkin. Ia sangat terperinci tentang segala jenis prinsip moral yang perlu kita patuhi, jadi biksu Buddha tak boleh lakukan gangguan seksual atau memperkosa penganut lain atau biksu dan biksuni lain. Ya Tuhan, saya begitu silap. Saya tak terlalu banyak baca di internet. Saya tak nak. Cuma baru-baru ini saya ingin tahu tentang keamanan di dunia, jadi buka itu dan semuanya dlm kotak Pandora terkeluar, terjatuh keluar ke sana sini. Saya harap saya tak perlu tahu semua ini. Itu terlalu banyak mengganggu saya. Itu hancurkan ilusi saya. Saya terbaca Buddha berkata bahawa Mara akan hantar anak-anaknya untuk menjadi biksu dan biksuni dan gunakan segala jenis gaya jubah dan pakaian biksu ini untuk menghancurkan ajaran Buddha.

“Apabila Buddha Shakyamuni hampir masuki nirvana, Baginda memanggil raja syaitan dan mengarahkan dia, ‘Engkau harus mematuhi peraturannya. Ikutlah peraturannya mulai sekarang. Jangan melanggarnya.’ Raja syaitan jawab, ‘Jadi Engkau mahu aku mengikut peraturan-Mu? Baiklah. Pada zaman penghujung Dharma-Mu, aku akan memakai pakaian-Mu, makan makanan-Mu dan buang air besar ke dlm mangkuk sedekah-Mu.’ Dia maksudkan dia akan hancurkan Dharma dari dalam. Apabila Buddha dengar itu, Baginda risau. Baginda menangis dan berkata, ‘Memang tiada apa-apa yang boleh aku buat dengan engkau. Kaedahmu adalah paling beracun, paling membinasakan.’” ~ Ulasan oleh Guru Terhormat Hsuan Hua (vegetarian) tentang Kitab Shurangama

Buddha menangis. Ya ampun. Buddha begitu sensitif, begitu penyayang, begitu baik hati. Baginda malah menangis apabila nampak tulang wanita. Selepas mereka mati, tulang wanita berwarna hitam, tidak seperti tulang putih daripada lelaki kerana wanita ada kehilangan darah bulanan, ada anak, menjaga anak, suami dan rumah tangga dan sebagainya. Jadi badan mereka tidak sesihat lelaki. Selepas meninggal dunia, semua tulang mereka menjadi hitam. Buddha menangis di depan timbunan tulang wanita yang besar. Lihatlah betapa penyayang, baik hati dan berbelas kasihannya Buddha. Mana boleh sesiapa yang mengikut Baginda tiada rasa hormat yang mencukupi kepada Baginda untuk memelihara doktrin-Nya dan mengajarkan kebaikan, tingkah laku moral, malah belas kasihan? Saya jarang dengar mana-mana biksu hari ini bercakap tentang belas kasihan, cuba mengajar pengikut mereka menekankan kasih sayang yang Buddha mahu orang miliki, kembangkan, jadi matang, dan hidup dalam kasih sayang.

Sekarang saya tanya beberapa soalan tentang empat perkara yang Santo Cao Đài-isme katakan tentang Huệ Bửu. Saya kata, “Mengapa Kau beritahu aku?” Mrk kata kerana saya ada lebih banyak cara untuk menghebahkan ini kepada penganut global Mereka, membuat orang di dunia tahu, lebih daripada hanya untuk penganut Cao Đài biasa. Mereka beritahu saya bahawa alam dalaman mahu orang tahu.

Kemudian saya kata, “Tetapi dia memuji aku sebelumnya. Mungkin itu suatu kesilapan. Dia buat kesilapan atau sesuatu?” Mereka kata, “Tidak, dia lakukannya secara sengaja.” Dia “memutarbelitkan segalanya hanya supaya sesuai dengan nafsu, cita-cita rendahnya,” tapi mengucar-ngacirkannya. Saya rasa dia tiada kebijaksanaan yang mencukupi. Dia hanya nak mendapat gelaran tetapi apa yang akan dibuatnya dgn itu untuk dunia? Dalam dekad-dekad ini, dia hanya makan, tidur dan tidak buat banyak, hanya bergantung kepada Cao Đài-isme untuk hidup dan mungkin bercakap dengan orang luar supaya membuat tawaran kepada dia. Sekarang dia mahukan gelaran ini.

Jadi saya kata, “Mengapa dia memuji aku sebelumnya?” Apabila pertama kali lihat itu, saya fikir, “Oh, dia orang yang begitu baik, bijak! Siapakah dia?” Tetapi saya tiada masa untuk banyak meninjau tentang dia. Jadi lepas itu saya minta anak murid supaya tinjau dan mereka kata kpd saya, “Oh! Huệ Bửu salah seorang medium dalam Cao Đài-isme.” Kemudian saya tahu. Saya kata, “Oh, dia pengikut Cao Đài! Mengapa dia memuji saya? Mereka harus memuji Santo mereka sendiri.” Kerana Cao Đài-isme ialah agama yang sangat bermakrifat. Ia dilambangkan oleh mata di tengah-tengah dahi. Kita semua tahu akan itu. Itu mata ketiga, Mata Kebijaksanaan, Mata Roh.

Pengasas Cao Đài-isme ternampak Mata dalam salah satu visi-Nya ketika berada di pantai lautan. Tetapi bukanlah Beliau nampaknya di pantai, cuma Beliau berhubungan di dalam pada masa itu. Walaupun Beliau lihat lautan di depan-Nya, Beliau sudah berhubung dengan alam dalaman yang lebih tinggi, dengan Santo dan Orang Suci yang tunjukkan visi kepada Beliau, tunjukkan ajaran kepada Beliau melalui visi, bermakna menekankan bahawa orang, penganut, harus bertumpu pada mata ketiga ketika melakukan meditasi, memuji atau menyembah kerana mata ketiga ialah tempat di mana kita harus bertumpu. Itu kami ajarkan juga semasa inisiasi Kaedah Quan Yin.

Jadi saya kata, “Maka mengapa dia (Huệ Bửu) perlu memuji saya? Buat apa?” Pada masa itu, saya tak banyak baca tentang penulisannya di internet. Saya hanya baca satu kali bahawa dia memuji saya dan bersimpati dengan saya. Saya rasa terkejut dan tersentuh. Saya kata, “Mengapa dia perlu buat begitu?” Jadi Baginda Raja Cao Đài sebenarnya memberitahu saya, “Kerana Huệ Bửu mahukan anak murid-Mu...” Betul-betul apa yang dikatakan-Nya, saya bubuhnya dalam tanda petik: “Kerana Huệ Bửu mahukan anak murid-Mu mempercayai dia, kemudian lepas itu dia akan ada lebih banyak strategi untuk mengambil alih Misi-Mu yang Engkau bina dengan peluh dan air mata. Dia mendakwa diri malah ialah guru-Mu sebelumnya, dalam hayat lampau. Semua ini palsu.” Ini apa yang semua Santo beritahu saya: “Atas sebab yang sama itu – kerana dia ingin mengambil alih Misi-Mu yang Engkau bina dengan segala Kasih Sayang dan Kerja Keras. Dia ingin mengambil alih kerana dia ingin miliki lebih banyak kuasa, kemasyhuran, lebih byk orang buat tawaran kpd dia.”

Kejadian ini buat saya teringat salah satu kisah masa kanak-kanak saya. Saya baru berusia kira-kira lapan tahun, sangat kecil dan masih di sekolah rendah. Saya menulis puisi, dah tentu. Pada suatu hari, saya tulis sebuah puisi, sepanjang satu muka surat. Saya gunakan semua mata pelajaran di sekolah untuk dijalin menjadi puisi. Ia sangat indah dan sangat betul, sangat tepat tentang sekolah, tentang semua mata pelajaran yang kami pelajari dan perkara yang berlaku, atau apa yang guru katakan di dalam kelas apa dan sebagainya. Tetapi saya kehilangannya. Saya pergi ke rumah jiran untuk sesuatu dan kehilangannya kerana barangkali saya ada buku sekolah pada saya tetapi kertas itu berasingan. Saya mengeluarkan sehelai kertas dan menulisnya di sana. Saya kehilangannya. Saya tak tahu saya kehilangannya di sana, sebenarnya, tetapi lepas itu saya tahu saya kehilangannya di sana. Jadi apabila pulang ke rumah, saya tak dapat carinya. Saya tak tahu di mana nak carinya, jadi tak apa. Apa yang nak dibuat?

Pada suatu hari, saya kembali ke rumah jiran itu sekali lagi. Jiran itu sangat baik hati, sebenarnya. Mereka ada tiga orang anak, seorang anak sulung lelaki, saya rasa dia sudah di sekolah menengah, seorang anak tengah perempuan dan seorang anak bongsu perempuan. Kebetulan saya nampak puisi saya di atas meja tulis budak lelaki itu. Jadi saya kata, “Oh, kamu temuinya! Ini puisi saya. Boleh saya ambil balik sekarang?” Jadi dia memandang saya dengan tegas, macam menakutkan saya, “Tidak! Ini puisi saya, bukan puisimu.” Saya kata, “Tidak, tidak, ini puisi saya. Kamu boleh lihat saya tulisnya. Saya tahu akannya.” Dia kata, “Tidak, ini bukan milikmu. Berhenti mengatakannya.” Saya kata, “Tetapi ini milik saya. Kamu boleh lihat tulisan tangan saya. Ini bukan tulisanmu.” Dia kata, “Tidak, ini puisi saya. Sekarang kamu berambus. Jika tidak, siaplah.”

Dia kelihatan sangat garang. Saya begitu takut, jadi tinggalkan sana. Apa lagi yang boleh saya buat? Itu tulisan saya! Puisi saya tetapi dia kata itu puisinya. Lepas itu, dia bawanya untuk menangi hadiah daripada sekolah kerana itu puisi sekolah yang sangat bagus. Ia gambarkan semua mata pelajaran yang kami pelajari di dalam kelas dari darjah terendah ke tertinggi di sekolah rendah. Hingga sekarang, saya hanya ingat akan itu – apa yang berlaku tetapi saya tak ingat satu ayat pun daripada puisi itu. Ia hilang selama-lamanya. Budak itu menangi hadiah. Saya tak tahu hadiah apa. Barangkali salah satu hadiah sastera baik. Lihatlah, sangat mirip sekarang. Saya masih dibuli walaupun saya dah besar.

Photo Caption: Siapa Boleh Beritahu di Sini Siapa Lebih Cantik – Serangga Hijau atau Bunga!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
162 Tontonan
2024-12-19
1384 Tontonan
2024-12-18
855 Tontonan
2024-12-18
331 Tontonan
2024-12-18
126 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android