Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Hantu Ghairah Secara Bohong Umumkan Dia ialah Buddha Maitreya, Bahagian 2 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi sekarang, En. Huệ Bửu ini mendakwa bahawa dia ialah anak murid saya juga. Dia menegaskan dia anak murid saya. Pada mulanya, saya lihat hanya penulisan yang baik seperti memuji saya dan seumpamanya tetapi kemudiannya saya dapati dia cuba mengaitkan diri dengan saya atas sesuatu sebab tapi gunakan cara yang tak begitu jujur, cara tipu daya seperti mengubah kitab Buddha.

Contohnya, Kitab Avataṃsaka – ia juga dipanggil ‘Kitab Perhiasan Bunga’ – dalam Bab 39, dia mengenal pasti saya sebagai ‘Suma’, wanita agung yang berkuasa besar sekali disebabkan sumpah-Nya. Saya memang miliki kuasa yang sangat besar ini juga, kurniaan Tuhan. Syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada semua Guru yang menyokong dan beri saya banyak pahala untuk itu. Jadi nampaknya sebahagiannya sama. Sebahagian kecil adalah sama, anda mungkin rasa.

Tetapi wanita ini tidak dinamai Suma dalam Kitab Perhiasan Bunga. Namanya Vasumitra tetapi dia ubahnya kepada ‘Vasumatra’. Mungkin dia belajarnya daripada Trần Tâm, mengeluarkan bahagian tengah nama itu dan gunakannya untuk memanggil Bodhisattva agung itu sebagai ‘Suma’, kemudian mengaitkan Dia dengan saya, Suma Ching Hai. Tetapi dalam kitab itu, biasanya itu Vasumitra dengan ‘i’, bukan ‘a’, V-A-S-U-M-I-T-R-A. Jadi Vasumitra, bukan Vasumatra tetapi dia ubahnya, mengubah nama Bodhisattva agung itu supaya dia dapat mengaitkannya dengan saya.

Versi Sanskrit Kitab Avataṃsaka, Bab 39, bahagian 28. Bahagian ini menyebut nama berikut secara berulang kali, termasuk dalam tajuknya ‘वसुमित्रा’ yang dalam abjad Rom dieja sebagai ‘Vasumitrā’. Menurut Kamus Sanskrit Hibrid Agama Buddha Edgerton, Vasumitrā ialah nama seorang bhāgavatī (dewi). Namun, perkataan ‘Vasumatra’ – dieja dengan ‘a’ dan bukan ‘i’ – tidak muncul di mana-mana pun dalam teks Sanskrit Kitab Avataṃsaka. Ia juga tidak terdapat dalam Kamus Sanskrit Edgerton.

Petikan daripada ‘Adakah Suma Ching Hai Guru Wanita Agung dalam kitab Avataṃsaka?’ : Nama ‘Bà Tu Mật Đa’ ialah terjemahan daripada nama Sanskrit ‘Vasumatra’. (Nama palsu, direka-reka untuk menipu orang baik. Nama sebenar-Nya ialah VasuMItra.) ‘Va’ di permulaannya ialah imbuhan awalan perkataan itu. ‘Suma’ di tengah-tengah ialah badan atau bahagian utama perkataan itu. (Nota: Nama palsu. Nama sebenar-Nya ialah VasuMItra.) Dan ‘Tra’ di hujungnya ialah imbuhan akhiran perkataan itu. Apabila diterjemah drpd bahasa Sanskrit, ‘Vasumatra’ menjadi ‘Bà Tu Mật Đa’ dalam bahasa Vietnam. Daripada ‘Vasumatra’, Tathagata telah secara tersembunyi meramalkan nama Suma dengan meminjam komponen ‘Suma’ daripada ‘Vasumatra’.

Berhati-hati: Dakwaan Huệ Bửu TIDAK disokong oleh teks Sanskrit Kitab Avataṃsaka.

Dia juga mengubah kisahnya. Dalam bab itu, ada gambaran tentang seorang pengamal spiritual. Namanya dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam) ialah Thiện Tài Đồng Tử. Dalam bahasa Cina, itu善财童子 (Shancai Tongzi). Namanya ialah Sudhana, sebenarnya, dalam kitab. Jadi ia tak berkaitan dengan Huệ Bửu sama sekali. Tetapi atas nama Sudhana – Shancai Tongzi – dia, Huệ Bửu, berkata bahawa Shancai Tongzi, Sudhana – pengamal spiritual lelaki itu – ada imej Buddha Maitreya.

Dalam kitab asal, langsung tiada ‘Shancai Tongzi ialah Maitreya Buddha’. Tidak. Dia mengubah nama Bodhisattva Wanita itu dan mengubah kisah Shancai Tongzi. Sebabnya dia mengubah dan tambahkan Buddha Maitreya ke dalamnya adalah kerana di Âu Lạc (Vietnam), dia menggelar diri, atau mungkin dulu dia digelar Đồng Tử. Đồng tử dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam) ialah perkataan lain – bermaksud ‘medium’, sejenis medium yang berbeza. Dalam Cao Đài-isme juga, kita panggilnya ‘medium’.

Dia seorang medium juga, jadi ingin secara tipu daya mengaitkan kedudukan atau gelarannya dengan gelaran Shancai Tongzi, Thiện Tài Đồng Tử. Ia tak berkaitan dengan dia sama sekali. Hanya ada satu Thiện Tài Đồng Tử, bermakna hanya satu Sudhana saja, dan Dia bukan ‘medium’, nama-Nya, kerana Shancai Tongzǐ ialah satu-satunya orang yg bernama itu yang... Itu kisah yang panjang, bagaimana Dia pergi ke sana, tetapi Dia merupakan pelayan Bodhisattva Quan Yin.

Bodhisattva Quan Yin ada dua orang pelayan. Satunya ialah budak perempuan yang bernama Long Nữ di satu belah. Biasanya Dia di sebelah kanan Bodhisattva Quan Yin. Budak lelaki itu pula, Shancai Tongzi, bermakna Sudhana, berada di sebelah kiri-Nya. Mereka berdua ialah pelayan Bodhisattva Quan Yin. Sekarang, lelaki ini, walaupun gelarannya ialah ‘Đồng tử’ juga, ia tak berkaitan dengan Shancai Tongzi. Saya harap saya katakan dengan jelas. Saya perlu jelaskan kepada anda sedikit macam itu. Tetapi jika anda ingin tahu akan Shancai Tongzi, pelayan Bodhisattva Quan Yin, kita perlu ada satu lagi masa cerita tentang kitab Buddha dan kisah Buddha.

Sekarang, lelaki ini, Huệ Bửu, secara sengaja ingin dipanggil Buddha Maitreya. Sebenarnya, dia memberi khutbah at1au sesuatu macam itu di sesuatu tempat. Saya tidak tahu akan dia hingga beberapa minggu yang lalu. Saya tidak tahu bahawa dia menggelar diri sebagai Maitreya atau apa-apa saja yang dia gelar dirinya. Saya hanya lihat beberapa penulisannya di internet beberapa minggu yang lalu, hampir pada masa yang sama dengan penemuan syaitan Trần Tâm. Tiba-tiba, mereka berdua datang bersama. Saya rasa dia menulis sesuatu pujian tentang saya tetapi dia berikan gelaran Buddha lain kepada saya, Bodhisattva Kebijaksanaan – Mañjuśrī. Mañjuśrī, saya dah beritahu anda bahawa Dia ialah orang pertama yang masuk ke dalam badan bayi itu yang kemudiannya saya gunakan sebagai badan saya, sebagai rumah ibadat saya untuk pemujaan Tuhan dan Misi Tuhan. Saya dah beritahu anda dalam salah satu Berita Selitan terbaharu, jadi saya tak nak cakap dengan lebih lanjut tentang itu. Itu terlalu panjang, terlalu banyak perkara untuk dikatakan.

Saya harap saya ada lebih banyak masa, lebih 365 hari setahun. Anda tak tahu – selalunya saya tak dapat makan tepat pd masanya, tak boleh tidur dan perlu banyak bermeditasi. Saya harap saya dapat lebih banyak bermeditasi untuk menjaga dunia tetapi Supreme Master TV ialah sebahagian daripadanya juga, jadi saya tak boleh abaikan itu. Banyak kali, ada banyak kerja yang datang sekali gus dan saya ucapkan selamat tinggal kpd tidur. Banyak hari, banyak malam, saya tak boleh tidur. Saya tak boleh, tiada masa. Tak boleh memasak nasi dan bijan pun. Tiada masa sama sekali. Ambil sesuatu saja, mungkin beberapa keping roti, roti perang, kemudian makannya bersama apa-apa saja yang saya ada, atau tiada apa-apa pun, atau hanya mentega vegan saja. Ia berkesan. Saya masih hidup. Cuma baru-baru ini, terlalu banyak karma, saya sangat letih tetapi berehat pada bila-bila saja boleh. Mengapa saya cakap begitu banyak tentangnya?

Biar kita terus kepada Huệ Bửu. Saya tiada terlalu banyak masa untuk memikirkan dia, mengendalikannya atau buat apa-apa. Tetapi saya ada bercakap tentang dia tanpa menyebut namanya kerana saya tak mahu dia mendapat malu. Saya tak mahu orang tahu akan dia, atau mungkin sesetengah orang yang kenali dia akan datang menyoal dan mencabar dia. Saya tak suka itu kerana saya tiada masa untuk meninjau dia hingga beberapa hari yang lalu hanya kerana saya dihantar segala mesej ini tentang dia.

Kemudian Santo Cao Đài-isme beritahu saya “dia ialah hantu ghairah”, bukan syaitan tetapi hantu. Serupa, kuasa yang kurang sikit. Hantu ghairah yang tak dengar kata-kata Baginda Raja Hantu Ghairah dan tidak pergi ke Syurga yang telah saya cipta untuk mereka. Ada agak banyak yang masih merayau-rayau di Bumi. Banyak daripada mereka bersembunyi dalam rupa dan badan manusia. Jadi mereka tak nak pergi, ingin berada di sini untuk membuat kacau atau menikmati makanan fizikal atau apa-apa saja fizikal. Jadi sebab itulah “dia makan daging (haiwan) dan minum wain” – bukan setiap hari tetapi “dia lakukannya apabila terasa nak”. Saya diberitahu macam itu.

Saya tidak kenali orang ini sebelumnya, dah tentu. Saya ada terlalu banyak anak murid. Sesetengahnya palsu sepenuhnya! Hantu ghairah yang bersembunyi dalam bentuk manusia ini bukanlah anak murid sebenar. Dia selinap masuk hanya utk rancangan rendah kerana terlalu ketara sekarang! Ya Tuhan, segalanya akan jadi lebih baik jika hal yang tak patut, ganggu fikiran ini tak wujud lagi! Terlalu banyak membuang masa. Kerana kita ada begitu banyak bahaya di mana-mana saja hari ini: mencederakan, membunuh orang dan semua makhluk di dunia kita. Kita perlu cari penyelesaian pantas untuk terus hidup! Tidak seperti orang ini – tiada apa-apa yang lebih baik utk dibuat kecuali bercakap dan berkelakuan macam orang gila yang paling teruk dan bodoh.

Saya mengenali roh mereka (anak murid) dengan lebih jelas, dan saya tiada masa untuk asyik meninjau seorang demi seorang setiap hari secara fizikal kecuali sesuatu timbul seperti hal macam ini, memalsukan nama Buddha Maitreya dan mengubah kitab. Ini dosa besar yang dibuatnya, dan mendakwa diri sebagai Shancai Tongzi juga, juga dikenali sebagai Sudhana, pelayan Bodhisattva Quan Yin padahal dia tak berkaitan dengannya. Dia mendakwa bahawa dia nampak banyak hayat lampaunya.

Santo Cao Đài-isme beritahu saya, “Itu bohong.” Kemudian Mereka minta saya memberitahu dunia tentang “Huệ Bửu ini sudah lama dikutuk oleh Cao Đài-isme. Dia keluar selepas lama menunggu suatu peluang dan secara tipu mendakwa diri sebagai Buddha. Dia telah buat dosa besar.” Apa yang boleh dibuatnya? Sepanjang hidupnya, dia tak buat apa pun “Bergantung kpd kedudukan sebagai pengikut Cao Đài untuk hidup! Kemudian tukar kepada agama Buddha, kemudian menyelinap masuk ke dalam persatuan-Mu... Dia mendakwa bahawa dia cuba mencari Jalan dan sebagainya. Tidak, dia hanya pergi ke kuil Cao Đài-isme, hanya sebagai pemeroleh untung, mendapat untung daripada kemasyhuran, kekayaan dan keselesaan. Dia juga selinap masuk ke dlm kumpulan inisiasi-Mu atas sebab yang sama itu.”

Photo Caption: Pernah Kita Bertemu? Ya, di Merata Tempat, Malah di Tepi Lebuh Raya, Cuma Anda Tak Pernah Perasan! Benda Serendah Rumput!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
162 Tontonan
2024-12-19
1381 Tontonan
2024-12-18
853 Tontonan
2024-12-18
331 Tontonan
2024-12-18
126 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android