Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pendedahan Raja Perang tentang Peperangan dan Keamanan, Bahagian 5 daripada 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya ada banyak pengalaman buruk dengan bank: Sebuah bank di Amerika, sebuah bank di Sepanyol, bank besar – bank antarabangsa yang terkenal, bukan yang biasa. Saya ingat jenis bank yang terkenal di seluruh dunia ini akan ada perkhidmatan yang baik, senang untuk kehidupan saya. Itu tak benar. Dan yang terkenal di seluruh dunia juga dari Jerman, Amerika, Sepanyol, Perancis – oh, saya telah cuba semua jenis bank! Ia timbulkan begitu banyak kesusahan untuk saya, begitu banyak birokrasi. Suatu kali, saya ingin memberi untuk bencana taufan Katrina. Mereka menyusahkan saya juga. Saya perlu menulis banyak perkara supaya mereka boleh hantar wang untuk taufan Katrina itu bagi membantu mangsa. Saya lebih suka orang tidak mengetahui nama saya. Dalam fikiran saya, secara intuitif, mungkin atas sebab keselamatan juga. Saya tidak mahu orang tahu bahawa saya ada begitu banyak wang di sana sini. Bagi orang biasa, itu banyak. Saya tiada begitu banyak seperti banyak orang yang anda tahu tetapi bagi orang lain atau perompak pun, ia wang yang banyak.

Jika kita ada wang tunai, sangat mudah untuk diberikan kepada sesiapa pada bila-bila saja kita lihat sesuai. Atau saya malah beli barang untuk bank makanan daripada kedai, atau untuk orang miskin kerana kadangkala majlis atau datuk bandar sesebuah bandar mengumumkannya. Jadi saya pergi ke kedai, beli dan tinggalkannya di kedai sana untuk pengurus kedai menghantarnya. Saya tidak sendiri menghantarnya. Dalam keadaan itu, saya beli dengan wang tunai. Sebab itulah kadangkala saya bawa banyak wang tunai. Saya tidak lakukannya lagi, terutamanya semasa bersuluk, dah tentu. Tetapi saya tak nak berikannya dengan cek atau kad kredit kerana orang boleh mendapat tahu.

Seperti suatu kali di Kanada, saya tiada wang tunai lagi dan terpaksa gunakan kad kredit. Kemudian polis pun pergi ke kedai itu untuk tanya, “Siapa belinya? Adakah itu wang sebenar atau…?” Oleh sebab itu banyak, jadi mereka meragui sama ada terdapat sesuatu yang mencurigakan atau tidak. Jadi mereka pergi ke kedai itu dan tanya. Mereka lihat, “Okey, ini kad kreditnya. Itu namanya. Segalanya okey.” Kemudian mereka mengetahui nama saya. Kemudian malah disiarkan dalam surat khabar dan di televisyen. Ya Tuhan. Itu apa yang paling saya tidak mahukan. Di dunia ini, begitu rumit nak berbuat baik pun. Tapi agaknya bagi anda, anda tak begitu dikenal oleh terlalu banyak orang, jadi anda boleh gunakan kad kredit, pindahan bank atau sesuatu. Tetapi di jalanan, untuk gelandangan, kita tak boleh berikan kad kredit kepada mereka. Kita tak boleh berikan cek kpd mereka. Saya tak pasti sama ada mereka boleh pergi ke kedai dan tunjukkan cek untuk mendapat makanan. Saya tak pasti.

Suatu kali, saya menyusahkan diri dengan cek pun. Di sesetengah negara, ada dua atau tiga sistem, seperti di United Kingdom, contohnya. Saya tak berapa ingat. Itu lama dahulu. Sesuatu tempat seperti Ireland Utara merupakan sebahagian daripada United Kingdom juga. Saya tak ingat sama ada di Ireland Utara atau sudah pun di England? Ireland Utara ialah sebahagian daripada UK, United Kingdom juga tetapi saya tak tahu bahawa ada wang berbeza yang dibelanjakan di sana. Di Ireland Selatan, mereka gunakan euro, contohnya, hari ini. Tetapi semasa kita pergi ke Ireland Utara, mereka tidak terimanya. Itu masalahnya. Ini menyebabkan banyak kesusahan juga. Bukanlah kita berduit, maka kita tiada kesusahan, cuma kurang kesusahan. Biasanya saya tak suka gunakan kad kredit kerana ada nama dan kadangkala orang boleh salinnya dan keluarkan wang daripada bank orang yang pinjamkan kad kredit kepada saya – pasukan saya. Adalah lebih senang bagi mrk kendalikan kad kredit dan mereka pinjamkannya kepada saya semasa saya buat perjalanan. Saya gunakan ATM atau sesuatu macam itu.

Tetapi saya tak tahu bahawa di sebuah pulau pun, mereka gunakan wang yang berbeza. Seperti Ireland Selatan, Dublin, mereka gunakan wang Eropah. Di Ireland Utara, mereka tak terimanya kerana ia sebahagian daripada United Kingdom. Kemudian suatu kali saya gunakan kad kredit kerana tiada wang tunai lagi. Jika kita asyik memberi, gunung pun akan roboh. Itu apa yang dikatakan oleh orang Âu Lạc (Vietnam). Jadi saya pinjam kad kredit. Itu wang saya, macam mana pun. Pasukan saya yang uruskan wang saya menguruskan itu untuk saya supaya saya boleh gunakan wang saya daripada ATM semasa kecemasan. Saya tak tahu cara gunakannya pun. Saya perlu tanya seseorang yg berdekatan di kedai, “Tolong tunjukkan kepada saya cara menggunakan mesin itu.” Kemudian mereka tunjukkan kpd saya: “Pertama sekali, kamu tekan ini dan itu, kemudian wang akan keluar.” Saya buat begitu beberapa kali.

Sekarang di negara itu, Ireland Utara, saya tolak masuk kad kredit tetapi saya gunakannya di dalam mesin yang salah. Boleh percaya tak? Saya ingat semua mesin berikan wang yang sama. Tidak. Di kawasan itu – saya pasti itu Ireland Utara – saya masukkan kad kredit ke dalam mesin itu dan wang lain (wang kertas yang berbeza) keluar tetapi saya tidak lihat pun. Saya bukan pakar dalam perbezaan wang. Walaupun semua orang tahu akannya, saya tak kendalikan terlalu banyak wang di negara asing, jadi saya tak tahu. Jadi wang yang berbeza keluar. Lepas itu saya boleh bayar di kedai di sekitar kawasan itu untuk membeli kasut kerana saya perlukan sepasang kasut. Jadi saya beli itu dan beberapa helai pakaian baharu – jaket untuk kepanasan. Saya boleh bayar. Saya juga boleh bayar di kedai sandwic vegan pun, baiklah. Jadi saya ingat tiada masalah. Jadi baki wang, saya letak bersama dengan wang lain, wang Inggeris atau wang Eropah, euro. Kemudian saya kembali ke England, ke London.

Saya tiada wang Inggeris lagi. Saya dah bayar untuk teksi, pesawat atau apa-apa saja. Jadi saya tiada wang Inggeris lagi, tunai. Jadi saya pergi ke sebuah kedai – saya lihat banyak orang beratur di sana. Mereka beritahu saya bahawa kita boleh tukarkan wang di dalamnya kerana saya ada wang lain yang kedai tidak terima. Kemudian saya menyedari ini wang yang berbeza. Ini bukan wang Inggeris. Kita boleh belanjakan itu di Ireland Utara tetapi bukan di London sana pada masa itu. Mereka beritahu saya, “Bukan sini, bukan sini. Kamu tak boleh belanjakan ini di London, bukan sini. Kamu perlu tukarkannya.” Jadi saya perlu pergi ke kedai itu. Sebelum itu, saya berdiri di depan kedai itu, menunggu dalam barisan. Saya ada banyak wang EU (euro) di dalam beg tangan, jadi saya nak menukarkan euro. Saya keluarkan satu. Pada masa itu, saya tak tahu bahawa wang itu berbeza. Saya nak menukarkan euro kerana wang itu tidak banyak. Saya nak menukarkan banyak euro untuk pergi cari hotel, menaiki teksi dan pergi makan sesuatu.

Kemudian saya lihat seorang lelaki duduk di atas lantai – sangat miskin, berpakaian compang-camping – jadi saya rasa dia perlukan wang. Jadi saya keluarkan wang dari beg tangan dan berikan kepada dia. Dia lihat wang itu dan berkata, “Tidak, bukan sini. Kita tak boleh belanjakannya di sini. Ini bukan wang Inggeris.” Saya kata, “Oh! Okey. Saya tak tahu. Jadi sekarang kamu boleh masuk ke dalam kedai itu di depan sini dan tukarkan wang ini kepada paun. Mereka akan tukarkannya untuk kamu. Kamu pergilah ke depan saya.” Saya berikan tempat saya kepada dia. Kemudian lepas itu dia masuk dan menukarkannya. Dia keluar dan beritahu saya, “Oh, saya telah tukarkannya! Bagus.” Jadi saya ingat tiada masalah. Saya masuk dan juga ingin menukarkan wang yang sama. Kemudian mereka tidak menukarkannya untuk saya. Mereka marahi saya. Mereka kata, “Kamu tak boleh buat perkara macam ini. Kamu hantar seorang lelaki masuk dulu bagi menukarkannya untuk kamu. Sekarang kamu masuk dan menukarkannya pula. Saya takkan lakukan ini untuk kamu.”

Saya kata, “Oh, tdk, encik! Saya tak tahu. Jadi apa yang kamu tukar? Adakah kamu tukar euro?” Dia kata, “Ya, dah tentu.” Jadi saya perlu pergi ke tepi dan biar orang lain masuk dulu kerana saya perlu buka bagasi dan keluarkan lebih banyak wang. Kemudian mereka tidak menukarnya. Mereka sangat banyak menyusahkan saya dan marahi saya atas segala jenis perkara. Saya tak tahu mengapa mereka marahi saya. Saya hanya nak menukarkan wang. Agaknya mereka mengesyaki sesuatu dengan saya kerana saya tak kelihatan seperti orang Inggeris, dah tentu saya tidak. Jadi saya kata, “Okey, boleh tolong tukarkan sebanyak yang boleh supaya saya boleh dapatkan teksi, pergi ke hotel dan cuci kerana saya perlu cuci dan perlukan sesuatu untuk dimakan.” Jadi mereka tukar 300 euro untuk saya kepada wang Inggeris. Oh, saya tak tahu begitu susah hanya untuk menukarkan wang! Apabila saya keluar untuk dapatkan teksi, saya juga tak tahu bagaimana mendapatkan teksi di sana!

Jadi saya tanya orang yang beratur bersama saya, “Kamu ada nombor telefon teksi tak supaya saya boleh memanggil teksi?” Jadi seorang wanita yang baik hati keluar dari barisan dan berkata, “Di sana ada sebuah kedai. Di dalamnya kamu ada telefon percuma untuk memanggil teksi.” Saya kata, “Oh, wau! Ada benda sebegini ke? Begitu baik hati! Di manakah kedai itu?” Dia menuding jarinya. “Apakah nama kedai itu? Bgmn saya pergi ke sana?” Dia kata, “Baiklah, saya akan bawa kamu ke sana” Jadi dia bawa saya ke kedai itu. Saya berikan beberapa ribu euro kepada pejabat pos itu tetapi mereka tukar untuk saya akhirnya hanya apabila saya kata, “Tolonglah, tukarnya supaya saya boleh pergi dapatkan sesuatu untuk dimakan.” Kemudian mereka tukar 300 euro saja. Mereka tak menukar lebih banyak. Saya kata, “Baiklah, terima kasih, macam mana pun.”

Kemudian wanita itu juga beritahu saya, orang yang bawa saya ke kedai itu, memberitahu saya, “Kamu boleh pergi ke kedai itu. Mereka tukar segalanya untuk kamu, mana-mana wang dan jumlah yang lebih besar utk kamu.” Saya kata, “Oh, benar ke? Baik hatinya!” Jadi lepas itu apabila saya hubungi teksi daripada telefon percuma itu… Dia malah tunjukkan kepada saya bagaimana buat panggilan dgn telefon itu “Angkat gagangnya dan seseorang akan bercakap dengan kamu, kemudian kamu kata kamu mahukan teksi. Kamu beritahu mereka kamu di mana dan mereka akan datang.” Saya juga tak tahu saya di mana. Jadi saya kata, “Kedai itu.” Mereka kata, “Ada begitu banyak kedai macam itu. Jadi kamu perlu beritahu saya alamatnya” Jadi saya minta pekerja kedai datang bercakap dengan pemandu teksi. Saya ialah ‘orang asing di tanah Mesir’. Jadi mereka bantu saya dan saya mendapat teksi.

Photo Caption: Sesetengahnya Mungkin Kelihatan Mirip tapi Sentiasa Lihatlah dgn Lebih Teliti untuk Sifat Tersendiri – Perbezaannya.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
156 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android