Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pendedahan Raja Perang tentang Peperangan dan Keamanan, Bhgn 6/7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jadi saya pergi bersembunyi di dalam sebuah kereta sewa. Satu-satunya kereta yg dapat saya sewa pada masa itu ialah, saya telah beritahu anda, kereta manual. Saya tak pernah memandu kereta manual sepanjang hidup saya. […] ( Bagaimana Guru pandu kereta manual buat kali pertama di lebuh raya? Teruslah saksikan untuk mendapat tahu! )

Jadi saya tanya orang yang beratur bersama saya, “Kamu ada nombor telefon teksi tak supaya saya boleh memanggil teksi?” Jadi seorang wanita yang baik hati keluar dari barisan dan berkata, “Di sana ada sebuah kedai. Di dalamnya kamu ada telefon percuma untuk memanggil teksi.” […] Dia malah tunjukkan kepada saya bagaimana buat panggilan dgn telefon itu “Angkat gagangnya dan seseorang akan bercakap dengan kamu, kemudian kamu kata kamu mahukan teksi. Kamu beritahu mereka kamu di mana dan mereka akan datang.” Saya juga tak tahu saya di mana. Jadi saya kata, “Kedai itu.” Mereka kata, “Ada begitu banyak kedai macam itu. Jadi kamu perlu beritahu saya alamatnya” Jadi saya minta pekerja kedai datang bercakap dengan pemandu teksi. Saya ialah ‘orang asing di tanah Mesir’. Jadi mereka bantu saya dan saya mendapat teksi.

Kemudian selepas itu, saya mendapat bilik hotel, yang kecil, murah. Saya pergi tukarkan wang, kemudian berasa selamat. Tetapi pekerja hotel tanya saya begitu banyak perkara – bukan sahaja pasport tetapi juga lesen memandu – Tuhan saja yang tahu, saya tiada. Kemudian kad kredit – saya tidak sanggup berikan kerana itu bukan nama saya – saya pinjam. Oh, kehidupan saya taklah begitu mudah! Anda rasa mudah – tidak. Saya dah rasa kehidupan saya mudah – tidak. Jadi saya tak boleh inap di hotel itu, sama ada kerana saya tak cukup ‘boleh dipercayai’. Mereka tidak percayai muka kita, kata-kata kita, rupa kita – kita kelihatan atau bersifat berapa lembut atau berapa lembut kita bercakap pun – mereka hanya percayai kad kredit bercetak. Misalnya macam itu. Jadi saya tak boleh menginap di sana, hotel itu. Saya terpaksa tinggalkan sana pada waktu malam dengan teksi kerana saya tak tahu apa lagi yang nak dibuat – tiada kedai lagi, tiada kereta api lagi, tiada bas lagi pada waktu itu.

Saya pergi dengan teksi dari London ke tempat saya sepatutnya pergi. Itu kira-kira dua jam. Pemandu teksi itu seorang Muslim. Dia beritahu saya bahawa dia Muslim. Baiklah, bagus. Jadi saya menyapa dia dengan nama Allah. Tetapi mungkin dia ada masalah dengan isterinya atau sesuatu di rumah, dia asyik bercakap dengan saya dgn kasar sekali di sepanjang jalan atas apa-apa saja sebarang sebab – bercakap dengan kasar. Tetapi tiba-tiba dia berubah nadanya. Dia bercakap tentang bagaimana dia tak nak makan ini dan itu disebabkan oleh alergi. Jadi saya kata, “Oh, maka kamu hampir seperti vegan!” Dia kata, “Tidak, saya bukan vegan. Saya hanya makan itu dan ini kerana ia tidak menyebabkan alergi. Saya minum susu badam dan susu sifar laktosa.” Saya kata, “Oh, saya tahu! Kerana saya vegan. Saya minum susu vegan ini dan itu. Saya tidak minum susu berlaktosa.”

Kemudian apabila kami berhenti di kedai kerana dia perlu mengisi minyak kereta, saya masuk dan beli banyak barang untuk dia, semuanya vegan – biskut, kek dan jenis-jenis susu vegan yang berlainan untuk dicuba. Kemudian dia mula menjadi sangat kasar dengan saya semula. Dia merampas semua barang dari tangan saya dan lemparnya balik ke atas rak semula. Saya kata, “Tapi mengapa? Saya akan bayar untuknya.” Dia kata, “Tidak, tidak! Saya tak nak! Saya tak nak! Saya tak nak!” Dia sangat kasar. Dia pasti ada kesusahan dari segi badan atau sesuatu, atau mungkin dah lewat malam dan dia tidak sanggup membawa saya begitu jauh tetapi terpaksa juga kerana dia bertugas. Dia berada dalam barisan untuk bawa penumpang, jadi terpaksa. Saya banyak memohon maaf sepanjang masa. Saya kata, “Minta maaf, minta maaf. Dah lewat malam tetapi saya akan memampasi kamu. Saya akan bayar lebih banyak daripada yg kamu minta. Jangan risau tentangnya. Nah, ambillah sebahagiannya dulu! Nah, ini £50 untuk kamu! Ambillah. Itu untuk kamu dulu. Lepas itu, saya akan bayar lebih banyak lagi. Okey?” Dia kata, “Tidak, tidak. Kamu simpannya. Bayar semuanya sekali gus lepas itu pun boleh.”

Dia bukan nak mengambil wang atau cuba menimbulkan kesusahan. Cuma dia alami sesuatu jenis kesusahan pada masa itu. Kemudian saya bercakap dengan dia tentang Islam, sesuatu yang saya tahu tentang Hadis dan al-Quran. Kemudian dia mula suka akannya. Jadi kami baik-baik saja. Kami ialah kawan hingga saat akhir. Kemudian saya pergi ke tempat saya sepatutnya pergi. Kemudian saya kata, “Berhentilah di sini, di depan restoran vegan itu. Saya perlu makan sesuatu.” Saya juga tidak mahu dia tahu saya pergi ke mana seterusnya. Saya sering menukar teksi di tengah jalan untuk memastikan keselamatan diri. Itu apa yang saya fikir. Adalah selamat, macam mana pun, negara yg selamat tapi saya sentiasa cuba ambil langkah berjaga-jaga tambahan kerana saya sering buat perjalanan seorang diri. Jadi saya masuk ke dalam restoran itu dan memesan makanan vegan, kemudian lepas itu, saya memanggil teksi dan pergi ke tempat lain.

Kadangkala saya berhenti merakam dan merakam semula, jadi suara saya tak sentiasa padan dengan suara sebelumnya. Saya harap penonton tak kisah.

Sebabnya saya asyik menukar teksi, jika saya perlu pergi dengan teksi, adalah kerana biasanya saya murah hati terhadap pemandu. Saya berikan tip yang sangat banyak kepada mereka atau jemput mereka makan hidangan vegan yang saya pesan daripada restoran, kemudian berikan kepada mereka utk dibawa pergi. Maka mereka tahu bahawa saya berduit. Jadi kalau-kalau, hanya atas sebab keselamatan, saya menukar teksi. Saya sentiasa berhenti di tempat yang selamat, kemudian mungkin berjalan ke tempat saya nak pergi, berhenti di depan hotel atau minta teksi lain daripada hotel, pemandu teksi baharu, contohnya. Itu hanya langkah berjaga-jaga tambahan kerana saya di dunia seorang diri. Anda tahu dunia ini tidak hanya baik dan manis bagi semua orang, dan saya perlu menjaga diri.

Dulu saya balik ke Taiwan (Formosa) atau sesuatu tempat yang lain kadangkala dan beritahu orang terlebih dahulu untuk datang menjemput saya dengan kereta atau sesuatu. Tetapi kemudiannya saya tak nak lagi kerana, contohnya, semua orang Taiwan (Fomosa) akan datang dan menjadi sangat sesak di lapangan terbang. Saya tak nak ganggu perjalanan orang lain. Saya tidak mahu orang menyekat orang lain dgn sebarang cara. Mereka bawa tandu, kemudian letak saya di atas kerusi itu dan mengangkat saya dengan empat orang – dua di depan, dua di belakang – di atas bahu mereka supaya semua orang yang lain dapat lihat. Ya Tuhan, itu memang sesuatu yang mencabar dan saya sangat pemalu. Jadi lepas seketika, saya tak berani biar sesiapa tahu bahawa saya akan balik atau pergi ke mana-mana. Saya melarikan diri.

Semasa saya pergi ke sana sini untuk lawatan khutbah di Eropah pun – masih ingat lawatan khutbah di Eropah semasa peperangan, atas undangan seorang saudara anda yang meminta saya datang untuk hentikan peperangan pada masa itu – saya pergi seorang diri dengan bagasi sederhana. Saya tak berani masuki kereta mana-mana anak murid, pergi bersama mereka atau apa-apa. Saya pergi seorang diri. Apabila saya nampak mereka datang ke arah saya, saya segera lari ke tempat lain. Pada satu kali itu, saya masih ingat telah beritahu anda, di Slovenia, langsung tiada teksi lagi di sana. Semua anak murid nampak saya kerana mereka juga akan pergi dengar khutbah saya dalam lawatan. Mereka ikut saya ke merata tempat pada masa itu ke negara-negara yg berlainan. Tetapi saya sentiasa pergi seorang diri. Mereka nampak saya dan berkata, “Oh, Guru, Guru! Marilah sini. Kami ada kereta.” Tidak, saya tak berani kerana semua orang akan datang. Jika saya pergi ke sana, berada di sana, tunggu kereta mereka, semua orang yang lain akan datang. Keadaan akan menjadi kucar-kacir di lapangan terbang.

Jadi saya pergi bersembunyi di dalam sebuah kereta sewa. Satu-satunya kereta yg dapat saya sewa pada masa itu ialah, saya telah beritahu anda, kereta manual. Saya tak pernah memandu kereta manual sepanjang hidup saya. Dan itu saat-saat akhir bagi kedai tersebut. Lelaki itu begitu ingin sekali tutup kedainya untuk pulang. Dia beritahu saya, “Kamu buat macam ini, buat begitu, kemudian kereta ini akan bergerak.” Saya kata, “Tolonglah, saya tak pernah memandu jenis kereta ini sebelumnya.” Dia kata, “Kamu akan mengetahuinya.” Macam mana? Oleh sebab di Eropah, saya lihat banyak kereta hanyalah kereta manual, jadi dia rasa saya pasti tahu, cuma nak bermanja dengan dia, melambatkan dia daripada pulang ke rumah ke sisi isteri dan anaknya dan makan malam. Saya kata, “Tidak, saya benar-benar tak tahu. Tolong tunjukkan kpd saya.” Dia kata, “Kamu akan tahu bagaimana. Lakukannya saja. Pandu saja. Kamu tekan minyak dan tekan...” Saya dah lupa apa yang diberitahunya. Sekarang jika anda beritahu saya supaya memandu kereta manual, saya takkan tahu bagaimana lagi.

Jadi pada masa itu, saya memandu sejauh dari lapangan terbang ke ibu kota dan kereta berhenti banyak kali. Saya terpaksa berhenti, menulis pd sehelai kertas besar dan lekatkannya, letaknya pada tingkap kaca belakang: “Pemandu baharu! Tolong beri perhatian!” Kemudian orang memandu melepasi saya lihat saya ‘kachum, kachum’. Kereta saya hampir berhenti atau tak nak bergerak. Mereka asyik melihat saya dengan senyuman mesra. Orang di sana begitu baik hati. Mereka faham. Mereka hanya elakkan kereta saya dan saya berdoa sepanjang masa, “Tolong biar kereta ini terus bergerak.” Saya tak tahu bagaimana – berhenti, mula bergerak, berhenti, mula bergerak, ‘kachum, kachum, kachum’, separuh berhenti, separuh mula bergerak, semua itu… tetapi saya tetap sampai di sebuah hotel di sesuatu tempat di lebuh raya itu. Kemudian saya masuk dan biarkan pekerja hotel uruskan kereta itu, menelefon syarikat itu untuk pergi ambilnya esok atau bila-bila saja. “Tolong beritahu saya sama ada saya boleh dapat teksi utk pergi ke ibu kota.” Jadi mereka mengatur semua itu. Kerana saya perlu segera pergi. Saya tak boleh ‘kachum kapom’ dengan kereta itu lagi. Itu berbahaya dan saya akan ditangguhkan dengan terlalu lama. Kerana pada masa itu, setiap dua hari ialah khutbah di sebuah negara. Anda masih ingat tak itu? Setiap dua hari saya perlu berada di negara lain. Jadi saya tak boleh main dgn kereta itu.

Nasib baik, Syurga melindungi, malaikat bantu saya dan saya sampai di sebuah hotel dan mengatur itu. Mereka kata, “Oh, sangat mahal nak pergi ke ibu kota dengan teksi!” Saya kata, “Tidak, tidak, saya tak kisah. Tolonglah. Saya ada wang untuk bayar.” Dah tentu, semasa saya dalam perjalanan, saya sedia. Saya ada wang tunai dan kad kredit juga. Jadi saya kata, “Tak kisah, saya ada wang.” Sebab itulah saya sentiasa perlu tukar teksi di mana-mana mungkin kerana orang akan tahu bahawa saya berduit. Kerana kadangkala mereka tak nak bawa saya. Mereka khuatir terlalu jauh jaraknya dan sama ada saya berduit atau tidak, dan saya orang asing, bukan orang Eropah, seumpamanya. Sangat sukar untuk membuat perjalanan seorang diri dan kita perlu melindungi diri juga. Kita perlu meyakinkan orang bahawa kita berduit untuk jarak jauh. Sekarang saya ingat kembali semua itu, terasa macam cerita Hollywood.

Photo Caption: Persembahkan Dirimu yang Terbaik dengan Penyayang untuk Orang Lain Rasa Gembira!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
157 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android