Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pendedahan Raja Perang tentang Peperangan dan Keamanan, Bahagian 3 daripada 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Itu bagaimana anda bermurah hati terhadap diri sendiri. Itu bagaimana anda merancang kehidupan yang baik untuk sekarang dan masa depan serta untuk semua orang yg lain di sekeliling anda – untuk semua anak, cucu-cicit anda, untuk generasi seterusnya daripada suku anda, keluarga anda. […]

Saya memang rindui waktu Himalaya dan waktu Hao Tsa. Hao Tsa sebuah kawasan pergunungan di Taiwan (Formosa) di mana dulu saya pergi bersuluk sama ada berseorangan atau bersama beberapa orang penetap ashram. Kemudian kadangkala saya bawa seluruh kumpulan penetap ashram pada masa itu datang bersama saya. Kami dirikan khemah di tebing sungai dan hidup sederhana sekali. […] Jadi dua buah tempat ini amat saya rindui. Saya harap saya dapat hidup macam itu semula pada bila-bila saja. Ada sebuah lagi tempat yang saya suka di Amerika juga – sebuah gunung di San Jose, California. Gunung itu ialah satu-satunya gunung yang masih ada pokok, tumbuhan dan bunga liar yang mekar dengan cantik sekali pada musim bunga. […]

Saya sangat suka akan tempat itu. Setiap malam, kami buat perapian kecil dengan tiga ketul batu dan kumpulkan kayu kering di sekelilingnya untuk sediakan hidangan vegan. Kami tinggal di dalam karavan tangan kedua, keempat, kelima, dan ada sebuah perigi kecil di gunung itu, ada sebuah tasik di depan juga yang merupakan bekalan air kepada bandar itu. Saya memang sangat suka akan itu. […] Beberapa buah tempat ini, saya suka tinggal di sana selama-lamanya kerana tiada orang di sekeliling – hanya anda, gunung, orang-burung, pokok dan sumber air yang kecil. Sekarang dah berbeza sepenuhnya.

Pada masa itu, wang saya terhad, bekalan makanan dan pakaian kami, semuanya terhad pada masa itu tetapi saya paling gembira. Sekarang saya boleh mendapat apa-apa saja yang saya mahukan. Saya boleh mendapat benda yang dihantar kpd saya jika saya mahu tetapi saya tak begitu seronok nikmatinya lagi. Saya makan dengan sederhana sekali, malah hanya nasi perang, bijan, garam. Jika ada sayuran, maka itu seharusnya jenis tanpa kesakitan. Jika buah-buah, maka hanya tembikai, timun. Itu saja. Tiada lagi makanan biasa yang biasanya dimakan oleh manusia. Tiada oren, tiada epal.

Saya tidak beli jus pun kerana itu perlukan banyak kerja di luar sana untuk membuat jus. Jadi saya hanya makan tembikai secara terus, jika saya ada. Kulit tembikai pun, saya buat menjadi jeruk, jadi saya ada sayur juga. Jika mahu, saya boleh makannya untuk kesegaran. Kita hanya bubuh air, garam, cuka dan sedikit gula. Kulitnya kita potong menjadi potongan kecil dan masukkan ke dalam balang atau bekas kaca dan tinggalkannya di dalam peti sejuk selama tiga, empat hari atau malah hingga seminggu. Kita boleh makannya – segar, sangat enak.

Jadi kita tak perlu wujudkan banyak sampah di tapak pelupusan. Kulitnya sangat berkhasiat juga – lebih berkhasiat daripada isinya di dalam tembikai. Oleh sebab semasa makan tembikai, kita boleh buat kulitnya menjadi jeruk sayur, itu dah agak banyak makanan. Jika mudah, kita boleh beli tembikai ini, makan isinya di dalam dan gunakan kulitnya untuk dibuat jeruk sebagai sayur harian kita. Itu banyak, jadi saya tak perlu beli banyak makanan. Itu dah agak mewah. Kehidupan boleh lebih memuaskan hati macam itu. Kita tak perlu banyak mencuci atau memasak atau wujudkan banyak sampah. Kerana hari ini, orang jual kpd kita barang utk dihantar yang sudah dibungkus di dalam beg plastik, kecil atau besar. Itu wujudkan banyak sampah akhirnya.

Oleh sebab agaknya sekarang masih ada risiko pandemik dan banyak risiko penyakit yang lain seperti selesema burung pun hari ini sudah tersebar ke merata tempat, dan banyak penyakit ganjil yang lain atau penyakit lama muncul semula, jadi semasa orang menghantar barang, membungkusnya, mereka mensteril sayuran lalu membungkusnya di dalam plastik untuk memastikannya bersih untuk kita. Jadi dalam keadaan macam ini, kita wujudkan terlalu banyak sampah untuk tapak pelupusan sampah dan alam sekitar, menyumbat laluan air dan mencemari sungai – segala jenis air di mana-mana saja. Hari ini, banyak sumber air selama-lamanya dicemari oleh bahan kimia, mikroplastik dan segala jenis bahan berbahaya. Air tidak sebersih dulu lagi seperti pada zaman Buddha. Tetapi pada zaman Buddha pun, para biksu sudah dinasihati supaya gunakan kain untuk menapis air agar ulat atau serangga tidak mati dalam proses memasak.

Walaupun biksu minum susu pada masa itu, susu itu dihasilkan secara berperikemanusiaan. Anda tahu akan itu. Manusia yang kaya ada orang-lembu jantan, -lembu betina atau -biri-biri. Mereka memerah susu dengan tangan, sangat lembut, dan sekadar cukup untuk kegunaan keluarga atau sedikit untuk kampung, tidak seperti cara kita keluarkan secara besar-besaran hari ini dengan segala jenis mesin mencangkuk tetek orang-lembu yang kesian, menyedut keluar semua susu dan kita merampas bayi mereka. Malah makan bayi mereka!

Ya Tuhan, tiada penghujung kepada keganasan kita. Saya tak tahu bagaimana hati kebanyakan orang boleh tahan memakan semua ini jika mereka benar-benar tahu bagaimana daging (orang-haiwan) dibuat dan daripada apa. Mereka hanya lihat bungkusannya. Mereka tak dapat gambarkan penderitaan orang-lembu, bergelut, menendang sementara dibunuh, leher dikerat atau bayi dipisahkan daripada ibu mereka, menangis di sepanjang jalan dan pergi dipotong untuk dijadikan daging kita. Dan semua orang-ikan melompat-lompat, tercungap-cungap di dalam jaring atau ditangkap, disimpan hidup-hidup dan dipenggal kepala untuk dimakan sementara masih hidup. Ya Tuhan. Tahulah, banyak perbuatan lain seperti itu. Orang-ketam dan -udang kara menjerit apabila orang baling mereka ke dalam air didih untuk dimasak hidup-hidup. Semua orang-udang masih melompat sementara dimasak. Bercakap tentang itu, teruk betul bagi hati. Saya tak nak. Saya tak nak tetapi saya perlu ingatkan orang bahawa ini hakikatnya. Kebenaran adalah macam itu. Hakikatnya, daging yang anda sumbat ke dalam mulut datang daripada penderitaan dan kesakitan besar makhluk tak berdosa yang tidak memudaratkan anda. Bercakap tentang semua ini memang menyayat hati.

Semalam saya tak tahan melihat begitu banyak penderitaan, secara fizikal dan bukan fizikal. Kita dapat lihatnya dalam minda meskipun kita tidak menonton TV kerana roh adalah bebas. Kita boleh pergi ke sana sini dan melihat semua tempat yang kita mahu. Kadangkala saya perlu tutup semuanya. Jika tidak, saya tak dapat hidup. Semalam saya alami begitu banyak kesakitan dan penderitaan melihat terlalu banyak kedukaan di dunia ini. Biasanya saya tak berdoa kepada Tuhan untuk apa-apa bagi diri sendiri. Tetapi semalam saya terpaksa. Saya terpaksa berlutut dan berkata, “Tolonglah, demi kesejahteraanku, tolonglah, hentikan semua ini. Jangan hukum aku dengan segala penderitaan yang perlu aku lihat, perlu aku rasai, perlu aku tahu ini.” Dahsyatnya itu. Saya tak tahan.

Tetapi kita ialah orang yang wujudkan semua ini. Kita ialah tuan yang dapat hentikan semua ini. Jadi saya meminta semua orang di dunia: Bermurah hatilah terhadap diri sendiri. Kerana jika anda benar-benar nak bermurah hati terhadap diri sendiri, maka bermurah hatilah terhadap semua makhluk yang lain. Hentikan segala penderitaan bagi orang-haiwan dan manusia dalam peperangan. Itu bagaimana anda bermurah hati terhadap diri sendiri. Itu bagaimana anda merancang kehidupan yang baik untuk sekarang dan masa depan serta untuk semua orang yg lain di sekeliling anda – untuk semua anak, cucu-cicit anda, untuk generasi seterusnya daripada suku anda, keluarga anda. Bermurah hatilah terhadap diri sendiri.

Maaf kerana beritahu anda semua ini. Saya katakan apa-apa saja yang terlintas dalam fikiran. Saya tak menulis apa-apa pun. Saya tiada sesiapa pun yang menulis untuk saya. Saya tiada sesiapa pun untuk telepandu, nota atau apa-apa pun. Saya bercakap saja ke dalam peranti rakam. Saya gunakan dua buah, kalau-kalau satunya tak berfungsi atau mungkin saya terlupa merakam pada satunya. Itu berlaku juga kadangkala, jadi saya gunakan dua buah. Kalau satunya tak berfungsi, yang satu lagi merakamkannya.

Photo Caption: Setiap Hidup Ada Masa Tamatnya! Hiduplah dengan Sebaik-baiknya.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
156 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android