Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

KEAMANAN: Gambaran Lebih Besar dalam Perkhidmatan Awam, Bhgn 8/10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kita perlu lihat gambaran yang lebih besar, seperti keamanan. Saya suka itu. Saya minta semua kerajaan dan presiden di dunia, sebagai warga dunia ini, supaya membuat dua perkara saja: Menjadi Vegan, Berdamai. (Ya, Guru.) Sekurang-kurangnya beliau buat satunya. Sekurang-kurangnya beliau berikan salah satu permintaan saya: Berdamai, dan ia berjaya. (Ya.) Atas itu, kita perlu beri penghargaan kepadanya.

( Guru, adakah Presiden Trump benar-benar mengantara perdamaian Korea? ) Ya, beliau pasti telah mengantaranya kerana peristiwa yang begitu besar tak boleh berlaku tanpa campur tangan atau pengaturan Amerika. Walaupun mungkin beliau buat begitu di balik tabir, beliau pasti telah buat begitu. Kemudian sekarang beliau juga mengantara perdamaian Timur Tengah. Ia berlaku. (Ya, Guru.) Ia berjaya. Kemudian beliau hentikan pemerdagangan manusia atau sekurangnya ambil berat tentangnya. (Ya, Guru.) (Ya.) Semua ini sangat penting kepada seluruh dunia. Apa-apa yang menyusahkan sesetengah orang, seperti imigran atau sesetengah orang Amerika, maka kita perlu cuba memperbaiknya jika boleh. (Ya.) Tetapi jika tidak, berada dalam kedudukannya adalah sangat susah. Mana-mana kedudukan tertinggi adalah susah. Kita tak dapat senangkan hati semua orang. (Ya, Guru.) Jika kita menyenangkan kumpulan ini, maka kumpulan lain akan mengkritik kita. Mereka mengharapkan presiden membuat keajaiban tetapi beliau hanyalah manusia. Beliau ada sifatnya sendiri... Saya hanya bercakap secara adil. (Ya, Guru.)

Sebenarnya apabila beliau terpilih sebagai presiden, saya terkejut juga seperti banyak daripada kamu. (Ya.) Saya berfikir, “Huh?” Ya! Saya rasa banyak orang juga tak jangkakan beliau menang. (Tidak, Guru.) Namun, beliau menang, jadi pasti Tuhan yang hendakinya. Maka kita terimanya saja buat masa ini. (Ya, Guru.) Sekurang-kurangnya beliau berbuat baik untuk dunia, berdamai. Ini bermakna selamatkan nyawa yang tak terkira, kamu tak tahu. (Ya, Guru.) Itu boleh menambahkan pahalanya untuk menjadi presiden sekali lagi. (Ya, Guru.) Sekurang-kurangnya beliau tak berperang. Beliau tak bazirkan nyawa orang Amerika di negara asing. (Ya, Guru.) Menjadi askar di negara asing, jauh dari keluarga, kawan, teman wanita, isteri atau anak tidaklah meriangkan. (Ya, Guru.) Tidak menyeronokkan. (Ya.) Jadi jika beliau mengundurkan tentera dari negara lain, itu bagus! (Ya, Guru.) Sangat bagus. Jika beliau cuba mengantara perdamaian antara banyak negara, itu satu lagi kerja baik. (Ya, Guru.) Beliau bukan seorang vegan. Barangkali beliau tiada konsep tentang veganisme, sebagai peniaga yang sangat sibuk. (Ya.) Dulu beliau rugi dalam perniagaan, (Ya, memang.) kemudian bankrap, kemudian pulihkannya semula. Jadi stamina yang begitu baik. Menjadi orang besar, kaya semula. Itu sangat sukar tapi beliau menangi itu. Jadi barangkali beliau memperlakukan negara seperti sebuah perniagaan. Apa-apa yang baik untuk orang Amerika, baik untuk negara, beliau lakukan dengan mengorbankan pandangan baik daripada orang lain − daripada pembangkang, pencinta alam, orang berfaham kemanusiaan atau sesetengah wartawan pemurah. (Ya, Guru.) Tetapi beliau perlu buat apa yang beliau rasa harus dibuat untuk urusan presidennya. Bukan senang. Beliau hanyalah manusia dan ia juga bergantung kepada sama ada beliau ada penasihat yang baik atau tidak. (Ya, Guru.)

Kita tak boleh hanya menyalahkan presiden saja. Presiden ada banyak penasihat. Kamu tahu itu tak? (Ya, Guru.) Bergantung kepada apa yang penasihat katakan, beliau bertindak mengikut masa itu atau nasihat itu. Jika penasihatnya beritahunya, “Kamu tak boleh umumkan keadaan berbahaya ini walaupun kamu tahu. Orang akan panik dan perniagaan akan menurun. Pelaburan daripada orang asing akan ditarik balik dan ekonomi akan menyusut,” dan sebagainya, pada masa itu, beliau akan kata, “Tidak, tiada masalah. Ini hanyalah selesema.” Beliau masih menekankan itu sehingga akhirnya pembantunya mendapat COVID-19 baru beliau mula lebih banyak melindungi diri. Beliau malah memakai pelitup muka akhirnya. (Ya.) Sebelumnya tidak. Mungkin beliau tak dapat memikirkan apa yang terbaik untuk dibuat. Kerana jika arahkan sekatan pergerakan, orang pergi ke jalan untuk memprotes kerana kekurangan kebebasan, kediktatoran, kawalan, apa-apa saja. Jika kita tak arahkan sekatan pergerakan, orang juga pergi ke jalan untuk memprotes, berkata bahawa kita tak ambil berat tentang mereka dan tak menguruskan wabak. Tapi saya masih ingat nampak berita di sesuatu tempat, beliau mengarahkan jumlah wang yang besar dan tandatangani arahan eksekutif, mengarahkan lebih banyak wang lagi dari sumber kewangan negara untuk membantu rakyat yang semasa wabak tiada pekerjaan, kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Mungkin kamu boleh carinya dalam berita semula. Beliau juga mengarahkan penyelidikan secepat mungkin, membuat vaksin wabak ini. Saya nampak beliau akhirnya memakai pelitup muka di khalayak ramai untuk menunjukkan kepada orang bahawa mereka juga harus melindungi diri. Dalam kedudukan presiden, sangat sukar nak buat apa yang diperlukan untuk menyenangkan hati semua orang. Saya tak rasa kita dapat menyenangkan 100% pendapat orang ramai kerana setiap orang berfikir secara berbeza. Tadi saya sebut bahawa beliau menandatangani arahan eksekutif atau sesuatu macam itu. Saya tak berapa tahu sistem politik dan istilah khususnya. Beliau sepatutnya telah menandatangani arahan eksekutif atau bukan eksekutif untuk bantu orang yang menganggur terutama orang yang lebih miskin semasa wabak kerana mereka kehilangan pekerjaan. Itu bantuan sebanyak AS$304 bilion. Itu agak okey, daripada saya. Jadi saya rasa beliau benar-benar mengambil berat tentang rakyat, cuma tak benar-benar tahu bagaimana mengekspresikannya dengan begitu baik. Beliau tak tahu bagaimana mengekspresikan diri dengan begitu baik tetapi saya rasa beliau orang yang ikhlas, sangat baik hati.

Amerika Syarikat sebuah negara yang sangat besar, sangat sukar nak mengawal sempadan untuk menghentikan kemasukan COVID-19 meskipun mereka lakukannya awal. Keadaan kucar-kacir di mana-mana saja. Tak banyak negara sedia untuk bencana yang begitu besar. Ia datang entah dari mana dan masih berterusan. Khabarnya beliau mengarahkan beratus-ratus juta pelitup muka diberikan kepada rakyat, diagihkan kepada semua orang tetapi dihentikan. Mungkin salah seorang kakitangan pentadbiran atau orang lain atas apa-apa saja sebab tak nak menyebabkan panik, tak nak mengganggu ekonomi atau buat keadaan menjadi lebih teruk. Tak tahulah, sangat sukar nak memutuskan kadangkala. Beliau memang ada cuba kendalikannya dengan sebaik yang boleh juga, mengikut segala laporan dan kajian yang boleh kita buat. Beliau memperuntukkan AS$18 bilion untuk mempercepat vaksin COVID-19. Beliau memang ambil berat. Beliau juga menutup sempadan Amerika Syarikat. Kemudian orang lain juga mengejek, mengetawainya, berkata beliau ‘fobik’ atau sesuatu macam itu. Ini seperti apa yang kita kata, “Terkutuk jika kita buat, terkutuk jika kita tidak buat.” Beliau memang dah cuba apa yang boleh. Beliau dah cuba sebaik yang boleh. Saya tak tahu sama ada presiden lain akan membuat dengan lebih baik dalam situasi dan keadaan itu. Apabila kamu lihat berita, kamu seharusnya tahu itu bukan satu-satunya masalah. Orang menentangnya dan parti pembangkang juga mencemuhnya tentang penutupan sempadan dan juga mengkritiknya menutup imigresen di sempadan dan sebagainya. Itu belum kira lagi protes yang berlaku di merata tempat untuk menentangnya juga disebabkan oleh sekatan pergerakan, pelitup muka dan sebagainya. Saya tak tahu sama ada sesiapa boleh menjadi presiden ini dan masih berfungsi. Ada begitu banyak kuasa negatif. Kakitangannya sendiri mengkhianatinya, menulis buku dan perkara negatif tentangnya, beberapa orang ahli keluarganya menentangnya, malah mahukan lebih banyak wang daripadanya, mendakwanya, apa-apa saja. Banyak orang yang lain juga menentangnya, buatnya kucar-kacir di samping segala bencana yang menimpa negara. Tidakkah kamu gembira dengan kamu bukan presiden khususnya presiden Amerika Syarikat? Saya ucapkan tahniah kepada kamu dan diri sendiri. Sekurangnya kita tak perlu berada dalam kedudukan itu. Kita buat kerja kita dengan bersungguh-sungguh dan rajin sekali tetapi kita buat dengan hati kita dan tak perlu dengar kata-kata orang lain. Kita tahu apa yang kita buat dan kita tahu itu betul.

Baiklah. Sekarang kamu tahu mengapa saya berinya Anugerah Pemimpin Damai Dunia Terserlah, kerana banyak perkara yang dibuatnya sebelumnya dan sekarang benar-benar baik untuk orang, untuk orang Amerika dan dunia. Kita perlu lihat gambaran besar seseorang: Apa yang dibuatnya baik untuk seluruh dunia atau tidak. (Ya, Guru.) Bukan hanya orang Amerika. Bukan hanya satu kumpulan. Berada dalam kedudukannya, saya tak tahu sama ada orang lain akan buat lebih baik. Saya memang tak tahu. Di Sweden, mereka tak menyekat pergerakan. Seluruh Eropah menentang Sweden juga. Mereka tak biarkan orang Sweden masuk ke dalam negara mereka untuk hari cuti atau apa-apa pun, pada suatu masa. Kamu tahu, kan? (Ya.) Kerana kerajaan Sweden tak mengenakan sekatan pergerakan. (Ya, Guru.) Mereka hanya kata, “Okey, berhati-hati,” tetapi teruskan segalanya seperti biasa. (Ya.) Jadi sesetengah kerajaan rasa macam itu lebih baik, sesetengah kerajaan pula rasa macam ini lebih baik. (Ya, Guru.)

Sesetengah orang percaya bahawa jika kita biarkan orang bebas, mereka akan mengembangkan keimunan kelompok. (Ya, Guru.) Kemudian itu akan lebih baik dan wabak akan dikurangkan, lebih baik, hilang. Ya Tuhan, susah! Mereka tidak terus mata. Mereka ialah manusia. (Ya, Guru.) Semua ini juga disebabkan oleh karma daripada orang, jadi hidapi wabak. Jadi kita tak boleh hanya menyalahkan kerajaan atau presiden saja. (Ya, Guru.) Jika kita menyalahkan presiden, maka kita menyalahkan penasihat juga, semua kakitangan kerajaan. (Ya.) Kerajaan, pejabat presiden atau pejabat perdana menteri terdiri daripada banyak elemen: banyak ego, banyak orang baik dan jahat serta sifat. (Ya.) Presiden perlu seorang diri menempuh semua itu, susah bagi dia juga. (Ya.) Kita perlu lihat gambaran yang lebih besar, seperti keamanan. Saya suka itu. Saya minta semua kerajaan dan presiden di dunia, sebagai warga dunia ini, supaya buat dua perkara saja: Menjadi Vegan, Berdamai. (Ya, Guru.) Sekurang-kurangnya beliau buat satunya. Sekurang-kurangnya beliau berikan salah satu permintaan saya: Berdamai, dan ia berjaya. (Ya.) Atas itu, kita perlu beri penghargaan kepadanya. (Ya, Guru.)

Segalanya yang lain, dah tentu, konflik dalaman dan konflik keluarga pun berlaku. Disebabkan kepentingan peribadi. (Ya.) Kerana kadangkala dalam keluarga, mereka bertikai disebabkan oleh hal pewarisan. (Ya.) Atau hal keutamaan. (Ya.) Kemudian mereka buat apa yang dibuat. Ahli-ahli keluarga. Tapi saya rasa banyak saudaranya menyokong beliau. (Ya.) Hanya seorang saudara perempuan bercakap buruk tentangnya. (Ya.) Tapi tiada apa-apa yang sangat serius, kan? Dan buku anak saudara perempuannya, apa yang dikatakan? ( Hanya tentang sifatnya. Dia rasa itu bukan sifat yang baik bagi seorang presiden. ) Okey. Saya tak tahu sifat apa boleh menjadi presiden. Kita mengundi presiden, dia buat kerjanya. Kita tak terlalu mempedulikan sifatnya. Maksud saya keperibadiannya. Kadangkala kita ada karma buruk dengan sesetengah orang, dah tentu, itu akan wujudkan konflik. Kemudian orang akan mengkritik sifat itu. (Ya.) Tapi mungkin itu hanya karma peribadi. Dalam hayat silam. Jadi jika dia buat kerja dengan baik, baik untuk negara, baik untuk dunia, maka kita harus berikan penghargaan yang lebih besar daripada hanya konflik peribadi dan konflik kepentingan. (Ya, Guru.)

Lama dahulu, saya menyaksikan sebuah filem sejarah secara kebetulan tentang Genghis Khan, rasanya. Seseorang nak membunuhnya. Dia sudah berpeluang untuk masuk ke dalam kerana memenuhi semua keperluan untuk menghadap raja. Dia masuk ke dalam tetapi tak nak membunuhnya. Kemudian dia menjelaskan kepada raja mengapa dia tidak. Dia kata kerana raja menyatukan banyak bangsa, buatnya menjadi sebuah negara, jadi menjadi lebih berkuasa, bersatu padu. Ia membawa keamanan kepada negara dan menjadikan orang ada kehidupan yang lebih damai. Tapi dia nak membunuhnya disebabkan oleh rasa dendam peribadi. (Ya, Guru.) Kemudiannya dia rasa rasa dendam peribadi tak begitu penting seperti keamanan dan kemakmuran negara, kerana itu mempengaruhi berjuta-juta orang. (Ya.) Dan bagi dia, hanya balas dendamnya dan keluarganya saja. Jadi dia rasa tak berbaloi membunuh raja disebabkan kebencian peribadi. Jadi dia tak membunuh raja. Dia datang kepada raja, boleh membunuhnya, sudah begitu dekat, tetapi dia menjelaskan kepadanya, dia datang bukan untuk membunuhnya. Jadi saya tak tahu mengapa dia datang. Kalau macam itu, kita tak harus datang kerana merisikokan nyawa. (Ya.) Disebabkan itu, dia perlu dibunuh. Dia tahu akan itu tetapi masih melakukannya. Barangkali dia hanya nak mengekspresikan rasa terima kasih kepada raja dengan cara sebegini. (Ya.) Tapi disebabkan oleh undang-undang, dia tetap perlu menjalani hukuman mati juga walaupun dengan segala niat baik itu.

Jadi dalam banyak segi, kita perlu memikirkan gambaran yang lebih besar, lebih luas tentang dunia ini dan bukan hanya ruang yang kecil. Adalah sangat sukar dalam kedudukannya dan membuat keputusan yang buat semua orang rasa puas. Itu mustahil. Mana-mana presiden yang lain pun tak dapat buat semua orang Amerika puas atau seluruh dunia puas. Jadi beliau menyempurnakan apa yang boleh dan saya rasa ada pencapaian yang baik meskipun orang kata itu bermotivasi politik. (Ya, Guru.) Tapi tak apa. Orang berhak untuk berfikir macam itu. Mungkin itu bermotivasi politik disebabkan oleh pilihan raya. Tapi sekurang-kurangnya ia berjaya! Peduli apa motivasinya? (Ya.) Perdamaian berlaku. Dan banyak nyawa, berjuta-juta boleh diselamatkan drpd peperangan berterusan di dunia kita. Saudara darah pun saling berlawan. Orang hidup dalam ketakutan, tertekan dari segi psikologi dan rasa murung dgn peperangan yg mengancam, contohnya peperangan Korea. Itu akan melibatkan seluruh dunia juga. Itu akan besar dan menyusahkan seluruh Asia, belum kata lagi dunia, jika peperangan tercetus. (Ya.) Jadi beliau buat sesuatu yang baik dan itu sebabnya saya menyampaikan Anugerah Pemimpin Damai Dunia Terserlah kepadanya. Beliau wajar mendapat itu. (Ya, Guru.) Saya tak peduli jika orang menentang saya, kerana mereka menentang Presiden Trump, mungkin mereka menentang saya juga. Tapi saya tak mendapat apa-apa pun daripadanya. Saya tak kenalinya pun. (Ya, Guru.) Saya tak pernah menjabat tangannya atau buat apa-apa pun. Jadi saya hanya bercakap secara adil. (Ya, Guru.) Dari sudut pandangan dunia.

Beliau orang pertama yang menjejak tanah Korea Utara. Kamu tahu itu, kan? (Ya.) Sekurang-kurangnya presiden Amerika. (Ya, Guru.) Beliau ialah orang pertama yang membuat perdamaian banyak negara emiriah Timur Tengah berlaku. Emiriah Arab Bersatu terdiri daripada tujuh buah Emiriah, bermakna negara-negara yang ada pemerintah dan undang-undang sendiri. Kamu tahu Israel dan dunia Arab seperti kononnya musuh abadi. Beliau ialah orang pertama yang membawa perdamaian antara Israel dan banyak negara Emiriah Arab. Sebelumnya, dua orang presiden Amerika juga membantu perdamaian di Timur Tengah tetapi hanya satu dengan satu. Presiden Trump ialah presiden pertama yang membantu kejayaan perdamaian banyak negara di Timur Tengah. Jadi beliau wajar mendapat sorak syabas kuat daripada semua orang di dunia, daripada saya, daripada kita. (Ya, Guru.) Beliau malah menghantar menantu lelakinya ke sana, merisikokan nyawa menantunya. Mana tahu, tidak selamat pergi ke sana.

Dan beliau juga presiden pertama yang benar-benar ambil berat tentang menghentikan pemerdagangan manusia. Saya maksudkan benar-benar mengesannya, sudah memenjarakan dalang utamanya. Beliau telah menandatangani arahan AS$35 juta dan AS$430 juta lagi untuk pencegahan pemerdagangan manusia, pendidikan, perlindungan mangsa dan pendakwaan kerajaan yang lebih kuat terhadap pedagang manusia! Semua arahan ini adalah untuk bantu mengesan dan memenjarakan pedagang kanak-kanak. Presiden lain mungkin bercakap tentangnya atau buat sedikit dengannya tetapi beliau ialah presiden pertama yang benar-benar bertindak dengan tegas, pantas, serius dan sepenuh hati untuk melindungi orang dan kanak-kanak daripada pedagang manusia. Itu sangat bagus kerana saya sakit hati juga mengetahui, melihat pemerdagangan manusia ini berlaku di dunia tetapi tak banyak yg dibuat terhadapnya.

Mungkin beliau akan jadi orang pertama yg promosikan ‘Undang-undang Vegan’. (Kita harap begitu.) Mana tahu. Beliau sudah pun orang pertama dalam banyak perkara, perkara yang mustahil seperti perdamaian Korea, penyahnuklearan Korea dan sebagainya. Jadi mari kita berikan keseimbangan kepadanya. (Ya, Guru.) ( Guru, khabarnya beliau ialah presiden pertama selama ini yang tak mulakan peperangan dengan negara lain. ) Ya, di Amerika. ( Ya. ) Presiden Amerika pertama yang tak mulakan peperangan. Satu lagi sorak syabas. Beliau bukan sahaja tak mulakan peperangan malah hentikan peperangan! Beliau mengundurkan tentera dari Afghanistan (Ya.) dan mana lagi? (Iraq, Timur Tengah.) Iraq dan Syria. (Dan Syria, ya.) Ya, lihatlah tu! Itu selamatkan nyawa yang tak terkira. Malah nyawa manusia! (Ya, Guru.)

Dan beliau ambil berat tentang pemerdagangan manusia, kanak-kanak dan semuanya. Jika beliau tandatangani begitu banyak arahan sebanyak hampir AS$500 juta untuk mengesan dan menyelesaikan isu pemerdagangan manusia, maka beliau pasti benar-benar ambil berat tentangnya. Maksud saya masalah pemerdagangan manusia ini bukanlah suatu majoriti. Ini bermakna beliau benar-benar ambil berat tentangnya. Bukanlah beliau nak buat begitu supaya orang akan mengundinya. Jadi itu benar-benar ambil berat, pada pendapat saya. Presiden Trump bukan sahaja telah melakukan susuatu yang baik terhadap pemerdagangan manusia untuk mengesan mereka dan menghapuskannya... Kerana kita boleh bayangkan berapa banyak kanak-kanak yang tak berdosa, miskin, tak berdaya telah diculik dan dipaksa membuat kerja hina sebegini hanya untuk beberapa orang yang kaya atau berkuasa? Berapa banyak ibu bapa berasa terseksa kehilangan anak dan tak tahu apa yang berlaku kepada mereka? Jadi ini penguatkuasaan undang-undang sangat penting yang telah Presiden Trump lakukan untuk negara ini dan dunia. Saya tak dapat berterima kasih kepadanya dengan secukupnya atas itu. Kerana memikirkan semua kanak-kanak ini dgn tak berdaya dihantar kepada binatang kejam ini atau kononnya binatang... saya tak tahan. Saya terlalu penuh emosi tapi tak apa-apa.

Perkhidmatan lain yang Presiden Trump dan kumpulan pentadbirnya buat dengan baik untuk manusia adalah menghentikan farmasi (syarikat farmasi) yang memudaratkan orang. Mereka mencampurkan dadah seperti candu ke dalam pil supaya orang makannya dan malah menjadi penagih. Jika kita makannya dengan cukup lama, kita menjadi ketagih. Farmasi sepatutnya membantu orang, menyembuhkan orang, memulihkan orang tetapi mereka gunakan hak istimewa, pengetahuan dan kuasa untuk memudaratkan orang. Jadi Presiden Trump dan kumpulan pentadbirnya mendenda farmasi-farmasi ini. Mereka menghentikan jenis aktiviti farmasi yang haram, memudaratkan dan mencederakan. Salah satu daripada kononnya farmasi ini sudah ditangkap. Jadi Presiden Trump, semoga beliau dan kumpulan pentadbirnya diberkati. Maaf, saya masih begitu penuh emosi. Saya tak tahan dengan orang menganiayai kanak-kanak dengan sebarang cara pun. Ini syaitan yang jahat. Saya dah lupa apa yang saya katakan tadi. Baiklah, maka kamu tahu, walaupun farmasi sepatutnya menyembuhkan penyakit orang dan bantu mereka menjaga kesihatan, namun sebaliknya sesetengahnya berbuat jahat macam itu untuk memudaratkan orang. Jadi saya senang hati dengan kerajaan sebegini wujud di dunia ini. Saya harap En. Presiden dan kumpulan pentadbirnya terus membantu rakyat serta warga dunia supaya berada di jalan yang betul.

Saya baru mendapat tahu tentang isu ubat haram farmasi hari ini, 6 Oktober, tapi kes-kes ini pasti sudah berlaku lama dahulu. Cuma saya tak menyaksikan berita sehingga baru-baru ini disebabkan oleh COVID-19 yang melibatkan semua orang. Kamu tahu saya tak menyediakan teks khutbah lebih awal. Saya tak buat banyak kajian bagi semua hal duniawi ini. Cuma baru-baru ini ia berlaku, kemudian saya mengimbas berita untuk kamu, jadi saya tahu lebih banyak tentang Presiden Trump. Tapi jika kamu tahu lebih banyak tentang apa yang beliau dan kerajaannya buat yang baik untuk manusia, haiwan, warga dunia atau sebarang jenis makhluk, tambahkanlah ke dalam rancangan kita dengan suara latar. Apa yang saya tambahkan hari ini tentang dadah, saya baru jumpainya, jadi tambahkan, tetapi selebihnya yang kamu dapat tahu, tambahkanlah. Kerajaan yang baik, pemimpin yang baik, kita mesti sokong sebanyak yang boleh. Terima kasih.

Antara Pencapaian Baik Presiden Trump dan Pentadbirannya:

Sebagai respons kepada wabak, memberikan AS$13 bilion dalam bantuan untuk petani, menambahkan faedah jaminan makanan bulanan untuk keluarga berpendapatan rendah, menandatangani arahan eksekutif untuk menyokong kesihatan mental kumpulan orang mudah terpengaruh dll.

Bantu mengurangkan pengangguran orang Amerika Hitam dan Latin ke tahap paling rendah pada 2019.

Tandatangani banyak rang undang-undang untuk beri manfaat kepada komuniti Orang Asli Amerika termasuk pampasan untuk kehilangan tanah masa dahulu, tabung untuk pemeliharaan bahasa dll.

Membuat reformasi besar dengan Akta Langkah Pertama untuk perlakuan berperikemanusiaan terhadap banduan dan lebih banyak sokongan untuk mereka yg kembali ke masyarakat.

Peruntukkan berbilion-bilion dolar AS untuk atasi epidemik opioid Amerika dan tandatangani undang-undang utk urus preskripsi berlebihan & penyalahgunaan.

Menurunkan harga ubat preskripsi untuk warga tua dan menambahkan pilihan insurans kesihatan mampu milik.

Melancarkan program untuk menjadikan ubat pencegahan HIV yang mahal percuma bagi mereka yang tiada insurans ubat preskripsi, sebagai sebahagian daripada rancangan pentadbiran itu untuk menghapuskan epidemik HIV/AIDS di Amerika dalam masa 10 tahun.

Jalankan rancangan tindakan persekutuan banyak agensi untuk mengurangkan pendedahan plumbum masa kanak-kanak dalam komuniti mudah terdedah.

Menandatangani Akta Mencegah Kekejaman dan Penyeksaan terhadap Haiwan (PACT) menjadi undang-undang, menjadikan kesalahan serius tertentu suatu jenayah persekutuan dgn hukuman.

Menandatangani arahan eksekutif dan langkah aktif yang lain untuk melindungi bayi belum lahir.

Menandatangani akta untuk peruntukkan AS$10 juta setiap tahun bagi mengurangkan serpihan marin melalui penyelidikan, pencegahan dan pengurangan.

Menandatangani undang-undang untuk melindungi lebih 525,000 hektar belantara baru dan melindungi tanah awam seluas lebih 400,000 hektar drpd operasi perlombongan masa depan.

Mengarahkan pengunduran tentera dari Afghanistan, Iraq dan Syria.

Mengantara penormalan hubungan ekonomi antara Serbia dan Kosovo.

Dan sebagainya...

Jadi sekurang-kurangnya beliau ada kebaikan dalam hatinya. (Ya.) Jika beliau ada pendidikan yang lebih baik, maksud saya, latar belakang peribadi atau lebih banyak pendidikan spiritual ketika masih muda, maka beliau boleh buat dengan jauh lebih baik. (Ya, Guru.) Segalanya yang dibuatnya yang tak betul, menurut laporan media dan orang, itu mungkin disebabkan oleh latar belakangnya. Tapi dengan latar belakang buruk pun, beliau tak terpengaruh dan buat perkara baik. Perkara baik, penting, besar untuk dunia, iaitu tak memulakan peperangan, menghentikan peperangan dan berdamai! Itu tiga langkah yang sangat sukar diorak.

Biasanya Amerika ialah polis dunia dan mereka sentiasa menunjuk otot. Beliaulah orang yang buat sebaliknya. Tak terpengaruh oleh Amerika, tak terpengaruh oleh jenis persekitaran ini, bangsa yang sentiasa mempercayai tindakan berperang atau menunjuk otot untuk menunjuk-nunjuk. Beliau tak buat begitu. Beliau buat sebaliknya. Jadi beliau tak takut. Beliau buat saja apa yang beliau rasa betul. (Ya, Guru.) Pertama. Kedua: Banyak orang takut pada China. Bercakap tentang itu, saya jelaskan dengan lebih lanjut. Saya harap kamu lindungi saya. (Okey, Guru.) Kita hanya bincangkan hal. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (8/10)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1373 Tontonan
2024-12-18
847 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android