Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

KEAMANAN: Gambaran Lebih Besar dalam Perkhidmatan Awam, Bhgn 6/10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Mereka beritahu saya jaga keselamatan diri, berada di situ, jangan bergerak. Banyak haiwan sentiasa datang, segala jenis spesies, malah suatu spesies haiwan yang berbeza. Semalam, satu yang sangat kecil, katak sekecil ibu jari saya, cuba menarik perhatian saya dan beritahu saya.

( Dalam salah sebuah kisah Buddha yang Guru baca kepada anak murid, Dewa Brahma Alam Ketiga merayu kepada Buddha supaya tak tinggalkan orang di dunia ini disebabkan oleh penderitaan mereka. Mengapakah dia buat begitu sementara dialah orang yang menyebabkan segala penderitaan dengan hukum karmanya? )

Soalan yang baik. Dunia di sini, Alam Bayang, ialah dunia hipokrit. Maklumlah. Brahma ialah pencipta hidup fizikal. Sementara dia sentiasa memberitahu roh apabila mereka naik ke atas, “Kamu perlu saling menyayangi,” tunjukkan kasih sayang, belas kasihan dan sebagainya, pada masa yang sama, semua perangkap dan helah ini buat orang jatuh, saling mencederakan dan mencederakan makhluk lain seperti haiwan, contohnya. Jadi saya memarahinya. Saya kata, “Kau makhluk hipokrit! Aku tak nak lihat engkau. Aku akan bawa mereka ke atas, sesiapa saja yang boleh.” Macam itulah. (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.)

Dewa Sakra dan dewa-dewi lain kadangkala perlu menderita juga. Dewa Brahma hidup lebih lama. Dia akan hidup sehingga seluruh Tiga Alam musnah dengan sendirinya. Segalanya di Tiga Alam takkan tahan selama-lamanya. Tetapi Brahma hidup lebih lama drpd dewa-dewi peringkat lebih rendah seperti Peringkat Kedua atau Astral. Dewa-dewi, pemerintah ini hidup utk tempoh masa yg lebih singkat walaupun kita boleh kata banyak ribu tahun. Atau lebih lama daripada itu pun, namun mereka takkan kekal lama dalam kedudukan mereka kerana pahala kehabisan. Kita boleh menjadi mana-mana dewa Peringkat Kedua jika ada pahala yang mencukupi. Buddha Shakyamuni kadangkala juga merupakan raja Syurga ini, dewa Syurga ini. Sebab itulah pada bila-bila seseorang nak berkorban untuk orang, mereka turun ke bawah sini untuk begitu banyak menguji mereka. Untuk lihat sama ada mereka benar atau hanya nak mengambil takhta mereka. Kerana jika pahala kita melebihi pahala dewa itu, kita boleh mengambil alih. Yang kurang berpahala akan terpaksa turun ke bawah sini, menjadi manusia semula, malah binatang. Ya! Jadi mereka meminta Buddha menyelamatkan mereka. Menyelamatkan semua makhluk, ini bermakna menyelamatkan dia juga jika dia lahir semula sebagai manusia atau binatang. Kamu faham sekarang? (Faham. Ya.) Oleh sebab dia menderita, jadi dia faham juga. Dia menguji pengamal yang ingin menjadi Buddha untuk menyelamatkan makhluk tetapi ini tak bermakna dia tak hormati mereka. (Ya.) Dia tahu, jika itu yang benar, dapat banyak membantu makhluk. Jadi sekarang kamu faham. (Ya. Terima kasih, Guru.) Brahma dan semua dewa ini bersifat hipokrit. Saya sentiasa memarahi mereka.

( Sebelumnya Guru berkata bahawa kuasa karma telah hilang. Adakah ini bermakna orang tidak lagi lahir semula untuk melangsaikan dosa baru tetapi sebaliknya mesti menebus dengan cara lain seperti yang diadili oleh Syurga dalam hayat ini atau di akhirat? )

Ini bergantung kepada sama ada mereka baik dan bertaubat, maka saya boleh bantu mereka menaik ke atas. (Ya.) Tetapi kuasa karma telah hilang, bermakna kamu tiada beban tambahan untuk diuruskan. Tetapi karmamu, kamu perlu langsaikan. (Ya.) Contohnya, di sebuah negara, kerajaan melarang dadah. Jadi sekurang-kurangnya kamu tiada godaan itu ditambahkan ke dalam beban hidup kamu. (Ya.) Jika kanak-kanak dilahirkan, mereka tak tahu nama dadah, tak nampak dadah, tak pernah dengarnya, maka mereka kurang satu godaan untuk dilawan atau dibebani. (Betul. Ya.) Mereka takkan menjadi penagih dadah. Maka mereka takkan berada di neraka untuk penagih dadah. (Ya.) Mereka takkan ada masalah penyakit atau komplikasi yang berkaitan dengan dadah. (Ya, Guru.) Jadi kuasa karma ialah apa yang buat orang lebih terdorong untuk berbuat jahat dan senang terperdaya untuk berbuat jahat. Tapi ini tak bermakna kita berbuat jahat, tak perlu langsaikannya. Kita perlu. (Ya.) Hanya kurang. (Faham.) Jika orang berbuat jahat pada masa silam tetapi sekarang bertaubat dengan ikhlas, maka Kuasa Guru boleh bantu mereka pergi ke Syurga. (Ya. Terima kasih, Guru.) Sama-sama.

( Adakah semua Alam Semesta Bayang ada struktur yang sama dengan Sepuluh Peringkat, dengan dewa besar bagi setiap peringkat, neraka, maya dan hukum karma? ) Tidak, hanya peringkat yang lebih rendah dalam Alam Semesta Bayang. Bukan peringkat yang lebih tinggi. (Ya, Guru.) Dari Peringkat Keempat ke atas, tiada neraka, tiada karma lagi, tiada apa-apa pun yang menggoda roh untuk berbuat jahat dan lahir semula. (Ya, Guru.) Dan roh takkan musnah. Hanya sewaktu kita di dunia fizikal ini dan dalam Tiga Alam, kita alami semua itu di sesetengah Syurga, neraka dan dunia fizikal seperti dunia ini. Adakah itu apa yang kamu nak tanya?

( Saya tertanya-tanya sama ada Alam Semesta Bayang yang lain ada keadaan yang sama... ) Ya, sama. ( Ya, Guru. Dan adakah Guru hadapi keadaan yang sama seperti sini sekarang di planet-planet dari Alam Semesta Bayang yang lain? ) Ya, jika Guru di sana, perlu. ( Apa sebabnya Alam Semesta Bayang yang berlainan itu berkembang secara sama seperti semua planet yang lain ini ada daging atau pembunuhan? ) Apabila dunia baru dilahirkan, contohnya, apabila sebuah planet baru terbentuk oleh sesuatu kuasa, baik atau buruk, maka ia kosong, seperti negeri yang tiada raja, tiada apa-apa pun. Jadi ia boleh direbut oleh sesiapa pun. Sesiapa pun boleh pergi ke sana jika ada kuasa yang mencukupi (Ya.) seperti kuasa cipta, seperti Brahma. Salah seorang dewa atau makhluk di Syurga Brahma, Syurga Ketiga, akan lihatnya dan nampak, “Oh, itu tempat yang baik! Aku akan pergi ke sana.” Dia akan pergi ke sana dan mendirikan kerajaan, kemudian mula mencipta benda dan menarik makhluk lain datang ke planetnya. Nampak tak? (Ya.) Kemudian ia mulakan segala jenis interaksi ini: baik, buruk, neutral, saling membantu, saling mencederakan secara tak sengaja atau secara sengaja dan sebagainya. Kemudian karma mula terbentuk secara berulangan. (Ya. Faham.) Maka ia menjadi hampir sama dengan situasi ini. (Ya, Guru.) Dunia baru, planet baru sentiasa terbentuk sepanjang masa. Cuma ahli sains tak sentiasa menemuinya kerana mungkin ia terlalu jauh atau mungkin masih tak dapat dilihat. (Ya, Guru.) Mungkin mereka buat pelindung tak nampak juga untuk menutup mata orang lain kerana mereka risau tentang penceroboh. (Faham, Guru.)

Kita juga sudah cuba mencerobohi planet lain seperti Marikh, bulan, Zuhrah. (Ya, Guru.) Mereka sudah cuba, merancang, pergi tak lama lagi. (Ya.) Mereka nak pergi tak lama lagi, sudah bersedia. Nampak tak? (Ya, Guru.) Orang sudah pun menjual bulan! Menjual sesetengah bahagian bulan dan sesetengah orang sudah belinya. Kamu tahu itu. (Ya.) Kemudian sekarang malah secara rasmi, ahli sains minta orang lain jual batu dari bulan kepada mereka jika mereka naik ke atas sana. “Bawalah balik batu dan jualnya kepada kami.” Untuk membuat eksperimen atau sesuatu. Nampak tak? (Ya, Guru.) Kita ialah penceroboh. Kita tak dapat menguruskan masalah planet kita tetapi sudah nak mengawal kawasan lain yang jauh dari kita, banyak ratus ribu atau berjuta-juta tahun cahaya. Ya Tuhan! Lawak betul. Segalanya begitu cepat dan bersifat fana. Cuba bersungguh-sungguh seolah-olah mereka hidup di sini selama beribu-ribu tahun. (Ya.) Adakah itu dah boleh bagi kamu atau...? (Ya, Guru. Terima kasih, Guru.) Soalan seterusnya.

( Guru, dengan Alam Spiritual Baru, adakah Guru meningkatkan makhluk dari semua Alam Semesta Bayang yang berlainan ke Alam Baru yang sama? ) Ya, jika mereka ada pertalian. Jika saya boleh, ya. (Wau! Terima kasih, Guru.) Ia tak pernah menjadi sesak. Jangan risau. Ia sangat besar. (Bagus mengetahui itu, Guru.)

( Bolehkah Guru bercakap lebih banyak tentang Alam Spiritual Baru? Bagaimana keadaannya? Bagaimana keadaan orang? Apa yang mereka buat di sana? ) Saya tak tahu macam mana menggambarkannya dalam bahasa kita, sebenarnya. Tunggulah hingga kamu sampai ke sana, kamu akan tahu. Mereka begitu bebas, begitu gembira, tiada apa-apa yang boleh kita katakan tentangnya. (Ya, Guru.) Peringkat Kelima dah pun tak dapat dikatakan. Hanya kata mereka terang dengan Cahaya, sangat cantik dan begitu bebas. Mereka wujud dan buat apa yang mereka nak buat. ( Kami rasa teruja mendapat tahu, Guru. ) Ya, ya. Tak begitu lama, hayat kita. Hanya beberapa dekad saja. Jadi bersabarlah.

( Guru, dalam persidangan baru-baru ini, Guru berkata bahawa orang di sana tiada ego yang tertinggal lagi. Jadi saya tertanya-tanya sama ada tiada rasa keindividuan atau pemisahan lagi? ) Tidak, bukan macam itu. Bukan macam itu. Kita semua ada ruang individu dan identiti. Bukanlah kamu berbaur seperti satu gumpalan pastri. Kamu bebas, kamu ialah dirimu dan segalanya baik-baik saja. Cuma ego hanyalah sesuatu yang wujud di jenis dunia kita saja. (Ya, Guru.) Ia seperti sejenis kuasa yang buat kita bersaing dengan orang, buat kita cemburu, buat kita inginkan kawasan kekuasaan, buat kita nak menjadi lebih baik daripada orang lain dan merebahkan orang lain dan sebagainya. (Ya.) Di alam lain, mereka tiada kecenderungan atau sifat sebegini, tak perlu. (Ya.) Semua orang tiada apa-apa yang mereka perlukan, perlu bersaing untuknya, perlu berlawan untuknya. (Ya.) Di dunia ini, semua ini wujud juga disebabkan latihan, latar belakang. Orang tiada makanan yang mencukupi, tiada kuasa yang mencukupi. Orang kuat menindas orang lemah. Jadi mereka cuba bangkit untuk berlawan supaya menjadi sama dan sebagainya. (Faham.) Atau supaya ada lebih banyak makanan, jadi semua ini wujud dan memperkukuh kuasa untuk menonjolkan diri. Itu ego. (Ya, Guru.) Di alam Syurga, tiada ini. Tak perlu. Di Syurga yang lebih tinggi, dah tentu. Di Syurga Astral, masih ada. (Faham.) (Ya, Terima kasih, Guru.)

( Adakah baru-baru ini Guru menerima lawatan lagi daripada haiwan yang datang untuk menyampaikan mesej kepada Guru atau mana-mana makhluk spiritual lain atau Guru dalam meditasi? Mungkin pendedahan baru yang boleh Guru kongsi dengan kami? )

Ya, ya. Mereka sentiasa datang. Pendedahan dalam meditasi saya sekarang tiada apa-apa untuk kamu risaukan. Mereka beritahu saya jaga keselamatan diri, berada di situ, jangan bergerak. Banyak haiwan sentiasa datang, segala jenis spesies, malah suatu spesies haiwan yang berbeza. Semalam, satu yang sangat kecil, katak sekecil ibu jari saya, cuba menarik perhatian saya dan beritahu saya. Saya kata, “Okey. Apa, engkau pun ada mesej untuk aku juga, agaknya, betul?” Ia kata, “Ya, jangan tinggalkan sini, berada di sini atau pergi ke sesuatu tempat yang lebih baik untuk engkau...” Saya kata, “Siapa hantar engkau? Adakah itu engkau sendiri? Adakah kuasa negatif yang hantar engkau atau...? Engkau dari mana?” Yang betina? Yang jantan. Ia beritahu saya, “Tuhan hantar aku.” Saya kata, “Wau! Tidakkah mereka ada sesuatu yang lebih kecil?” Saya kata, “Baiklah. Terima kasih banyak-banyak.” Setiap kali saya ucapkan terima kasih. Kerana labah-labah, segala jenis tupai, burung dan katak, skunk pun datang. Skunk itu begitu cantik. Ia ada belang putih dari kepala ke ekor, kemudian ia juga ada benda putih pada jari kakinya. Oh, cantiknya dia! Begitu cantik. Ia beritahu saya perkara yang sama. Saya kata, “Mengapa kau semua perlu katakan perkara yang sama macam ini?” Mereka kata, “Untuk buatnya lebih kuat, lebih berkuasa supaya engkau takkan abaikannya. Untuk buat lebih banyak tenaga yang lebih kuat agar kau berada di sini.” Saya kata, “Ok. Aku akan pertimbangkan itu, tapi jika aku perlu berpindah, aku perlu berpindah. Tapi terima kasih banyak-banyak kerana datang.” Mereka malah merisikokan nyawa. Mereka masuki tempat yang berbahaya hanya untuk menarik perhatian saya. Saya kata, “Engkau jangan buat begitu terhadap orang lain, mungkin mereka memenyekkan engkau haiwan kecil.” Saya asyik beritahu mereka, “Jangan makan apa-apa yang hidup, hanya makan apa yang sudah dibuang.” Maka saya boleh bawa mereka ke Syurga. Itu saja. Berbual secara singkat. Di dalam, mereka beritahu perkara lain yang kadangkala saya tak boleh beritahu kamu. (Ya, Guru. Faham.) Jika kamu terus berikan banyak kerja kepada saya macam ini, setiap hari, saya tak tahu sama ada saya ada masa untuk lihat e-mel dalaman saya. Saya rasa sangat kesal. Kadangkala saya berfikir saya perlu hentikannya untuk buat lebih banyak tinjauan dalaman tetapi tak boleh. Jadi tak dapat ada segala-galanya. Teruknya. (Ya, Guru.)

( Adakah semua haiwan dan makhluk ini turun ke bawah sini dari Syurga hanya untuk bantu Guru atau kerana mereka lebih dekat dengan Syurga dan tak tersekat seperti manusia, jadi dapat menerima mesej ini untuk diberikan kepada Guru? )

Betul kata-katamu. Mereka tak tersekat seperti manusia. Mereka ada kelemahan menjadi bukan manusia. Tapi mereka ada kelebihan tak tersekat seperti kita. Oleh sebab fikiran kita terlalu aktif, jadi ia menyekat banyak fakulti untuk terus berfungsi. Jika kita tahu terlalu banyak tentang hayat silam kita, apa yang nak dibuat seterusnya dan sebagainya, maka sangat bagus, kan? (Ya, memang.) Tetapi jika kamu nak tahu terlalu banyak tentang hayat silammu, itu tak begitu baik juga. Jika kamu tahu dulu kamu raja negara ini, tapi sekarang perlu bekerja untuk Supreme Master TV untuk makanan saja, maka saya tak tahu sama ada kamu akan puas bekerja untuk dua hidangan sehari. (Sangat puas!) Mungkin kamu mulakan revolusi untuk mendapat balik takhtamu, apa-apa saja. Mana tahu? Atau jika kamu tahu jiranmu dulu ialah isterimu, dan kamu pergi lihatnya dan kata, “Ya Tuhan, begitu hodoh! Apa yang nak dibuat?” (Ya.) Jadi itu suatu musibat, tetapi kita tak tahu banyak ialah suatu rahmat juga. Kita buat sesuatu dari hari ke hari. Sama seperti saya, minit demi minit. Minit demi minit, hanya buat apa yang perlu kita buat di depan kita. Dan berdoa, bermeditasi, dah tentu. Makan dengan sederhana. Macam itu. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/10)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1378 Tontonan
2024-12-18
848 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android