Cari
bahasa Melayu
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Antara Guru dengan Anak Murid

KEAMANAN: Gambaran Lebih Besar dalam Perkhidmatan Awam, Bhgn 5/10

2020-10-08
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kamu buat sesuatu terhadap sesiapa pun, bayangkan itu kamu. Atau bayangkan, meskipun kamu tak buat apa-apa secara langsung, namun secara tak langsung. Seperti makan daging, jadi semua haiwan di ladang kilang begitu banyak menderita. Menderita dengan kesakitan, kesedihan tanpa dapat menjerit meminta tolong. Bayangkan jika itu kamu! Maka kamu tahu apa yang nak dibuat.

Maaf, semua. Jika kamu mimpikan kehidupan lain, maka hentikannya. Ini kehidupan kita. Terimanya saja dan teruskan. (Ya, Guru.) Dah tentu, kadangkala kamu jemu dan letih, maka hanya pergi tidur sekejap. (Ya.) Atau keluar untuk bersenam. Setiap hari kamu harus bersenam untuk buat darah mengalir dgn lebih baik supaya dapat berfikir dengan lebih baik, dapat bekerja dengan lebih baik. (Baiklah, Guru.) Bukan hanya batang tarik naik yang saya pasang untuk kamu. Tidak, bukan itu saja. (Ya.) Gerakkan seluruh badan, berjalan dengan pantas atau sesuatu. (Baiklah, Guru.) Atau tekan tubi. Tekan tubi ialah cara senang dan lebih malas. Atau lompat tali, apa-apa saja. (Baiklah.) Jadi seluruh badan. (Ya, Guru.) Bukan hanya bisep saja. Bukan itu saja. (Ya, Guru.)

Lucu, sebenarnya, kerana... ketika saya di Miami, saya lihat banyak saudara lelaki dan saudara perempuan kamu,atau separuh saudara lelaki, separuh saudara perempuan, atau saudara lelaki tetapi sebenarnya saudara perempuan, mereka bina bahagian atas badan, sangat besar, kuat, (Ya.) tetapi dari pinggang ke bawah, sangat kurus! Lucu, kamu tahu tak? (Ya.) Tapi saya rasa mereka tak dapat lebih banyak bina kaki, kan? Mereka dapat mengetatkan otot tetapi tak dapat bina lebih banyak lagi. Ia tak bertambah besar, kan? Tidak, kan? (Sedikit.) ( Mereka membina bahagian atas badan, rasa itu kelihatan lebih elok. ) Ia memang kelihatan lebih elok tetapi apabila orang itu memakai jean yang begitu ketat dan... Tak tahulah, saya tak begitu banyak perhatikan orang. Suatu kali saya di Miami, di sebuah pulau dan kadangkala saya pergi mendandan rambut. Atau saya bawa anjing saya untuk peniupan bulu, pengembungan bulu, pencucian dan saya nampak mereka macam itu. Kerana Miami ialah syurga untuk saudara lelaki, saudara perempuanmu yang bukan saudara lelaki tetapi merupakan saudara perempuan dan saudara perempuan yang bukan saudara perempuan tetapi saudara lelaki. Kamu tahu apa yang saya katakan, ya? (Ya, Guru.) Ia merupakan syurga untuk itu dan kita lihat di jalan di luar, orang sangat boleh menerima itu. Lelaki dan lelaki berpegang tangan, mencium di jalan, tiada masalah, (Ya.) dan sebagainya, atau sebaliknya. (Ya.) Jadi saya terkejut dengan orang malah berkahwin atau beranak di Miami. Saya tak tahu siapa ialah siapa. Jika kamu nak cari teman lelaki atau teman wanita di sana, agak sukar. Itu bandar mereka. Itu negara mereka. Saya suka mereka. Mereka orang yang sangat manis, sangat sentimental. Mereka lebih sensitif daripada lelaki atau wanita biasa. (Ya, faham.) Lebih sensitif. Tapi mereka sangat manis, biasanya sangat artistik. Sebab itulah mereka suka karya seni, dandanan rambut atau jurusolek. (Ya.) Atau mereka bentuk pakaian, mereka pandai dalam itu. (Ya.) Mereka ada bakat seni dalam diri mereka. (Ya.) Jadi lihatlah, di dunia ini, jika kita tiada sesuatu, kita akan ada sesuatu yang lain. Jadi jangan risau.

Saya tak tahu apa yang kita ada di sini tetapi ada makanan. Dan kamu berpeluang bekerja untuk Tuhan dan dunia. (Ya, Guru.) Itu sangat baik. Itu hebat. (Ya.) Hebat. Fikirkanlah itu. Berapa banyak orang boleh lakukan ini? (Terima kasih, Guru.) Tidak, tak terlalu banyak. Hormon, dunia, keluarga, tabiat tarik mereka balik. Jadi banyak orang tinggalkan sini juga. Nampak tak? (Ya, Guru.) Jangan menyalahkan mereka. Mungkin mereka tak cukup kuat untuk menahan segala godaan ini. Terlalu kuat bagi mereka, terlalu berkuasa. Jadi kamu orang yang kuat, agaknya. Orang yang kuat! Sesiapa yang tertinggal di sini walaupun ada segala ujian ialah orang yang kuat. Tahniah! (Terima kasih, Guru.) Apa yang kamu tanyakan tadi? Mengapa saya katakan perkara sebegini? ( Tentang bagaimana kita menambahkan kasih sayang dlm diri kita. ) Macam tu. Kita tak dapat buat dengan cukup pantas untuk dunia ini. Kerana berinteraksi dengan orang lain, kita juga wujudkan karma baru dan karma baru juga mengheret kita, menambahkan lebih banyak kesusahan pada hidup kita yang sudah susah. Setiap orang yang hidup di sini ada kesusahan dan cuba bersungguh-sungguh untuk hidup. Sangat sukar nak wujudkan lebih banyak kasih sayang, menambahkan kasih sayang dan menambahkan lebih banyak pahala. Sangat sukar. Dan tak cukup. Saya kata sukar tetapi kamu boleh cuba.

Setiap kali kamu buat sesuatu, kamu perlu berfikir tentang pihak lain, orang lain, makhluk yang akan kamu buat sesuatu, haiwan pun, sama ada kamu inginnya dibuat terhadap kamu sendiri macam itu. Bayangkan itu kamu. Kamu buat sesuatu terhadap sesiapa pun, bayangkan itu kamu. Atau bayangkan, meskipun kamu tak buat apa-apa secara langsung, namun secara tak langsung. Seperti makan daging, jadi semua haiwan di ladang kilang begitu banyak menderita. Menderita dengan kesakitan, kesedihan tanpa dapat menjerit meminta tolong. Bayangkan jika itu kamu! Maka kamu tahu apa yang nak dibuat. Bayangkan itu kamu, maka kamu akan cuba hentikannya dengan usahamu untuk mengurangkan penderitaan makhluk lain. (Ya, Guru.) Itu bagaimana kamu dapat mengembangkan lebih banyak kasih sayang dan pahala untuk perjalanan menuju Syurga. Itu satu-satunya bagasi yang boleh kamu bawa bersama kamu. Tak kira berapa kayanya kamu, tak kira berapa miskinnya kamu, kamu juga boleh mengambil khazanah ini bersama kamu, pahala dan kemurahan kamu sendiri, untuk diterima di Syurga. Atau lahir semula dalam kedudukan, situasi manusia yang lebih baik, hidup yang lebih baik daripada hidup ini.

Kasih sayang yang saya maksudkan ialah kasih sayang berbelas kasihan, kasih sayang universal, kasih sayang tanpa syarat. Saya tak maksudkan kasih sayang hanya kerana kamu suka saya, saya suka kamu. Atau kerana kamu buat sesuatu yang baik terhadap saya, jadi saya kasihi kamu. Atau kerana kamu ialah isteri saya, suami saya, saya kasihi kamu. Tidak, bukan jenis itu. (Ya, Guru.) Bukan kasih sayang terhadap anak atau ibu bapa pun. Bukan. Jadi apa yang nak dibuat? Guru perlu membantu tetapi tak banyak. Tak dapat. Sedikit. Melancarkan kehidupan mereka atau bantu membuat kesusahan besar menjadi kecil. (Ya, Guru.) Atau kecil menjadi kosong, atau bantu mengatasi situasi cemas. Dan untuk menambahkannya, dah tentu, kamu bermeditasi. (Ya, Guru.) Kamu mesti. Bagi kamu kakitangan di ashram, mesti lebih banyak bermeditasi. (Ya.) Tak kira apa pun, hentikannya. Sewaktu kamu bekerja, saya tahu sukar nak berhenti tetapi kamu perlu. Saya tahu kamu lakukan dengan baik. (Terima kasih, Guru.) Lebih baik sekarang daripada sebelumnya. Meskipun kamu kata kamu ada kerja yang nak dibuat, namun kamu hentikannya. Untuk sejam, tak memudaratkan. (Ya, Guru.) Kecuali memudaratkan, maka kamu perlu. Maka kamu perlu bermeditasi lepas itu untuk ganti balik. (Ya, Guru.) Mengembangkan kasih sayang adalah lebih sukar tapi kamu cubalah. Mungkin kamu tiada masa untuk bertafakur pada kasih sayang ini. Tapi sewaktu kamu membuat rancangan dan nampak haiwan menderita, kamu rasa sakit hati, ada rasa empati terhadap mereka, itu mengembangkan kasih sayang. (Ya, Guru.) Tapi begitu pun, tak cukup untuk mengatasi begitu banyak pengaruh yang perlu kamu alami di dunia ini dan juga karma kamu. (Ya.) Jadi hanya cuba sebaik yang boleh untuk menjadi lebih penyayang dan pemurah di mana-mana saja boleh, pada bila-bila saja boleh. Itu saja. (Terima kasih, Guru.) Dan kuasa Guru sentiasa membantu. Kerana Kami (Guru) tahu bahawa semua manusia tak berdaya di sini. Sebab itulah Mereka (Guru) sayangi manusia. Mereka tak kisah berkorban, tak kisah apa-apa pun untuk melakukannya. Adakah itu jawab soalanmu? (Ya, Guru. Terima kasih.) Bagus. Sila teruskan.

( Guru, jika hanya sebuah negara menggubal undang-undang vegan, bolehkah itu memberikan kesan domino sehingga akhirnya semua negara yang lain mengikut? )

Mungkin! Dah tentu! Perlu mulakan di sesuatu tempat. Mungkin. Mana tahu? (Kita harap begitu.) Ya. Saya harap begitu juga. Kita berdoa. Tabiat manusia sukar diubah tetapi mereka berubah. (Ya, Guru.) Berubah, menjadi lebih baik. Kerajaan harus menekankannya, menggalakkan orang melakukannya. Tapi masalahnya, kerajaan tak sendiri melakukannya atau bilangan kakitangan kerajaan yang sangat kecil saja buat begitu. (Ya.) Dan mereka tak kata apa-apa dengan banyak. Mereka terlalu malu. (Ya.) Atau mereka khuatir diejek atau tidak popular, apa-apa saja yang mereka fikirkan. (Ya, Guru.) Jika saya ialah presiden kerajaan di mana-mana, saya akan merisikokan segalanya untuk beritahu rakyat, “Hentikannya! Mulai sekarang, kita tak makan daging lagi! Habis!” (Ya.) Sangat mudah! (Ya, Guru.) Kerana, kerana, kerana. (Ya.) Dah tentu, mungkin orang pergi ke jalan, memprotes terhadap saya. Tapi itu apa yang harus kita jangkakan. Meskipun kita tak gubal undang-undang vegan, mereka akan pergi memprotes terhadap kita juga. Di setiap negara, macam itu. Mungkin separuhnya menyokong kita, separuhnya tidak. (Ya.) Jadi jika kita merisikokan diri untuk menjadi ahli politik, presiden, maka kita harus melakukannya. (Ya.) Tapi saya tak tahu sama ada terdapat presiden begitu berani yang wujud di dunia ini. Maka mungkin pada masa depan. Mari kita harap begitu, doakan begitu. Amin. (Ya, Guru.)

( Setiap kali seorang Guru bermakrifat datang ke Bumi, kesan Mereka, kehadiran Mereka di sini, wujud untuk masa yang panjang. Guru telah bersama kami dan beri kami berkat kehadiran fizikal, ajaran selama lebih 30 tahun dan... Jadi Guru, bagi kami dan generasi akan datang, untuk berapa banyak generasi kesan Guru akan wujud pada masa depan? )

Bukan sentiasa, “Guru buat ini. Guru perlu buat itu.” Bukan sentiasa cuba ambil sesuatu daripada Guru, (Faham.) jenis sikap itu. Dah tiba masanya orang bangkit, buat sesuatu! (Ya, Guru.) Semua Guru ajarkan perkara yang sama: “Bantu diri sendiri, kemudian Tuhan akan bantu kamu. Menjadi orang baik, pemurah, berbelas kasihan, maka segalanya akan datang kpd kamu.” (Ya.) Dah berapa banyak Guru datang dan manusia bunuh Mereka? Apa yang nak diharapkan lagi? Saya bertuah masih hidup. (Ya, Guru.) Kamu bertuah masih ada saya. (Ya, memang.) Dah banyak kali saya boleh mati. Apa lagi yang kamu mahu saya buat? Semua Guru telah datang dan pergi dari planet ini dan tinggalkan banyak ajaran mulia. Manusia seharusnya berpegang teguh pada ajaran mulia ini. Tapi sebaliknya kita buat sebaliknya, malah bunuh banyak Guru semasa mereka tak buat apa-apa yang salah sama sekali. Dan daripada bersikap berbelas kasihan dan pemurah terhadap semua makhluk, apa yang kita buat? Dari langit yang tinggi ke lautan yang dalam, dan di antaranya, manusia mengganas dan membunuh tanpa sebab, dgn sembarangan, makhluk yg tak terkira, (Ya, Guru.) dah tentu termasuk manusia, haiwan dan orang suci, dan masih melakukannya. Kita pergi ke gereja tetapi tak mematuhi ajaran Guru. Kita pergi ke tokong tetapi tak dengar kata-kata Buddha dan Bodhisattva. (Ya.) Kita terus mengganas sesama kita dan terhadap semua makhluk lebih lemah yang lain. Tapi kamu harap dunia ini terus macam ini? (Tidak.) Kamu berharap kuasa Guru terus berkati mereka supaya mereka boleh teruskan cara hidup jahat, kejam ini? teruskan cara hidup jahat, kejam ini? (Tidak, Guru.) Adakah itu jawapan yang kamu harapkan? Jawapan saya adalah tidak! Habis perkara. Saya telah lakukan dan masih lakukan segalanya yang boleh. Tiada lagi yang boleh saya lakukan. Saya bekerja siang dan malam sehingga letih lesu, selalu tak tidur, makan. Kamu tak tahu pun apa lagi yang saya buat. Manusia perlu berubah! Saya sentiasa beritahu kamu ini. Sama seperti orang menyalahkan pemimpin tak buat dengan secukupnya untuk COVID-19. Ya, mereka buat apa yang boleh saja. Mereka tak dapat hapuskan karma untuk kita. Setiap warga di dunia ini bertanggungjawab untuk melindungi diri. Hari ini, mereka boleh mengetahui banyak perkara daripada internet, mengetahui segala maklumat. Mereka perlu memutuskan bagaimana melindungi nyawa sendiri dan dengar nasihat pakar yang bijak. Tapi sesetengah orang buat sebaliknya! Ada yang malah kata, “Saya tak peduli. Saya tak pakai pelitup muka. Saya tak buat sebarang perlindungan. Jika saya mati, saya mati.” Yang penting bukan kamu mati atau tak mati. Yang penting adalah kamu menjangkiti orang lain (Ya.) jika kamu tak melindungi diri. Kamu menjejaskan perlindungan, kesihatan, kebahagiaan dan nyawa orang lain. Jadi setiap orang bertanggungjawab untuk menjaga diri (Ya, Guru.) dan berbuat baik mengikut ajaran semua Guru. Jika tidak, jangan harapkan peringanan hukuman lagi. Sudah beratus-ratus, berjuta-juta tahun. Orang mesti beralih ke cara hidup pemurah baru boleh mengharapkan kemurahan sebagai balasan. Jika tidak, “apa yang kita semaikan, itulah yang akan kita dapat.” Sentiasa begitu. Jangan sentiasa berharap, “Guru, berapa lama lagi, berapa banyak kami boleh mendapat daripada Guru?” Itu sangat buruk. Hentikan itu! (Ya, Guru.) Soalan seterusnya.

( Pernahkah Guru dalam hayat silam mengurung maya atau syaitan di neraka seperti sekarang? )

Ya, dulu. (Oh, wau!) Dulu, tapi masa yang singkat, selama seribu tahun, dan mereka boleh bangkit semula. Kerana manusia tak berubah. Jika kuasa negatif terbentuk dengan cukup kuat, maka mereka naik ke atas sini, (Betul.) menarik mereka, tarik mereka ke atas sini. (Ya.) Perlu adil. Kita tak boleh kurung mereka selama-lamanya jika semua orang yang lain berbuat jahat, sesuatu macam itu, tetapi bebas dan diberkati. (Ya.) (Ya, faham.) Di Alam Semesta Bayang ini, segalanya perlu dikawal atur macam itu. Adil. Sekurang-kurangnya adil dan saksama.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  5 / 10
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-03-29
4 Tontonan
2024-03-28
103 Tontonan
2024-03-28
86 Tontonan
2024-03-28
73 Tontonan
2024-03-28
65 Tontonan
2024-03-27
12 Tontonan
2024-03-27
84 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android