Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

KEAMANAN: Gambaran Lebih Besar dalam Perkhidmatan Awam, Bhgn 3/10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Polis ialah manusia juga. Mereka ada keluarga, ingat, ada anak, ada isteri, ada ibu bapa. Mereka tahu macam mana rupanya menjadi manusia. (Ya, Guru.) Jadi jika mana-mana polis buat sesuatu yang salah, itu hanya orang perseorangan. (Ya, Guru.) Kes orang bersendiri.

( Guru, ada banyak orang yang memprotes di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia juga. ) Ya. ( Pelbagai jenis huru-hara. Adakah Guru ada nasihat yang nak diberikan kepada polis atau pendemonstrasi pada masa ini? )

Ya. Saya juga berfikir tentang itu. Adalah baik soalan ini dikemukakan kerana saya memang rasa sakit hati. Saya rasa sakit hati dengan mangsa, kononnya mangsa polis dan juga polis sendiri. (Ya, Guru.) Tapi saya perlu beritahu kamu secara terus terang dan pertama sekali, kita perlukan polis. (Ya.) Hentikan dana untuk polis atau mansuhkan pasukan polis bukanlah penyelesaiannya. (Ya, Guru.) Bukan sewaktu masyarakat kita di merata tempat umumnya masih dalam keadaan seperti sekarang. (Ya, Guru.) Suatu kali orang berkata bahawa kurang polis dan jenayah meningkat, saya tak ingat, mungkin Chicago atau sesuatu. (Ya, Guru.) Akan menjadi begitu. Kehadiran polis, kadangkala mereka hanya pergi ke sana sini, tak buat apa-apa pun, tetapi kehadiran polis buat orang berfikir dua kali jika mereka nak buat sesuatu yang jahat. (Ya, Guru.) Ia akan ingatkan mereka tentang penjara, hukuman. Ini bermakna terpisah dari keluarga dan kawan dan hilang kebebasan. (Ya, Guru.) Sekurang-kurangnya untuk seketika atau malah selama-lamanya, bergantung kepada jenis jenayah itu. Jadi kehadiran polis adalah perlu dalam masyarakat sekarang. (Ya, Guru.) Pertama sekali.

Kedua, polis ialah aset yang sangat baik bagi mana-mana negara. Mereka telah dilatih untuk buat banyak kerja, malah bidan. Mereka malah boleh bantu lahirkan bayi. Maksud saya, jika mereka perlu, dalam kecemasan. Mereka juga boleh lakukan CPR untuk bantu orang yang pengsan, malah bayi atau kanak-kanak. Atau bantu dengan banyak cara yang barangkali saya terlupa sebut. Saya bukan polis. Saya hanya agak macam ini. Saya hanya berfikir daripada apa yang saya tahu. (Ya, Guru.) Kehadiran polis adalah perlu asalkan masyarakat kita tak berkelakuan baik secara umumnya. (Ya, Guru.) Dan ia dapat bantu kurangkan jenayah. Ia dapat bantu memulihkan keadaan di sesetengah kawasan. Ia bantu menyelamatkan nyawa juga. Kita harus berterima kasih kepada polis juga, (Ya, Guru.) mana-mana pun.

( Kalian buat kerja dengan baik sekali. Saya begitu bangga dengan semua orang. Kalian ialah wira saya. Saya nak kata: Jangan berhenti, janganlah berhenti. Banyak orang tak pedulikan atau hargai pengorbanan yang kalian buat setiap hari. Tapi saya begitu. Banyak orang berdiri bersama saya hari ini untuk biar kalian tahu bahawa kalian penting kepada kami. Pegawai di seluruh Amerika, kalian penting kepada kami, teruslah menjaga kami. )

Saya malah menulis sajak untuk polis. (Oh, wau!) Kamu tak tahu ke? (Tidak, Guru.) Kamu memang tahu. Sesetengah daripada kamu tak tahu. Kamu boleh paparkannya untuk semua orang lihat. (Baiklah, Guru.) Jika kamu dapat cari sajak itu. Saya tiadanya pada saya. Saya pasti kamu adanya di sesuatu tempat.

Sajak oleh Mahaguru Ching Hai: ‘Wira Senyap’ (Kepada semua anggota polis yang baik)

Dalam angin kencang musim sejuk

Engkau berdiri meninggi seperti patung Greek yang besar

Kelihatan macam ribut lautan melencong dari engkau

Kagum dengan keberanian yang tak dapat dialahkan!

Dalam kabut panas tengah hari musim panas

Senyuman megahmu menghilangkan rungutan.

Matahari tinggi akan lari, malu dengan ketahananmu.

Dalam keadaan kelam-kabut lalu lintas

Lenganmu yang beri jaminan memulihkan keadaan

Tidak harapkan ucapan terima kasih.

Apabila aku terlupa perlahankan kereta di jalan yang sibuk

Engkau menegur aku agar kembali ke kelajuan selamat.

Apabila aku tak dapat masuk ke dalam rumah pada tengah malam

Engkau “mengalu-alukan aku pulang” dengan kunci induk dan senyuman!

Apabila aku tersesat di lebuh raya yang penuh tekanan

Engkau memandu bersama aku ke tempat yang betul.

Engkau malah menuturkan bahasaku

Engkau memang cuba...

Keras terhadap orang jahat Lembut terhadap orang yang penurut.

Walaupun perlu banyak menghadapi

Sebelah negatif sifat manusia

Apa yang mengejutkan, hatimu masih ada banyak kepercayaan.

Dengan sepuluh ribu cara

Engkau menunjukkan kebaikan ikhlasmu!

Aku masih ingat

Ketika kita pertama kali bertemu

Engkau bawa aku ke tepi jalan

(Percubaan kedua yang gagal Di atas motosikal)

Engkau memekik pada paramedik

“Buatlah sesuatu, buatlah sesuatu!

Dia tak apa-apa?

Dia tak apa-apa?”

Wajahmu seperti

Wajah bapa yang risau

Auramu seperti

Aura malaikat

Wajah yang akan sentiasa aku ingat

Sepanjang hidupku.

Oh ya, aku tahu sangat engkau

Di pekan asing

Di kampung halamanku

Di lorong yang menakutkan begitu sempit dan gelap

Di pantai sunyi pada waktu subuh...

Biasanya engkau berseorangan

Atau hanya bersama Tuhan!

Engkau ialah askar berani harian

Sentiasa berperang

Melawan keganasan dan ketidakadilan

Menyelamatkan orang yang lemah

Melindungi orang yang tak berdosa.

Merisikokan nyawamu

Untuk jaga keselamatan dan kedamaian

Untuk penduduk senegeri

Dan untuk orang yang engkau tidak kenali pun:

Seperti aku! “Hanya seorang pelancong...”

Tetapi aku orang awam juga

Yang diilhamkan untuk menulis sajak ini.

Kerana hari ini Hari Natal,

Dan ini hadiah sederhana kami:

Suatu maklum balas yang direben dengan sesuatu yang positif

Dibungkus dengan Kasih Sayang dan direkatkan dengan Rasa Hormat yang patut diberikan kepada engkau.

Supaya suatu hari nanti, apabila engkau rasa: engkau

Menghadapi kegelapan!

Engkau boleh ingat akan warkah ini

Tahu orang awam sayangi engkau!

Cuma masyarakat masih melahirkan kejahatan, begitu tak dapat dijelaskan!

Tapi kita semua akan cuba cara berlainan untuk memperbaik...

Sekarang musim istimewa

Tapi aku tak pasti apa yang nak dihantar!

(Tahulah... kepada polis!)

Jadi hanya dengan ikhlas mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada engkau

Sementara tahun lama berakhir:

Semoga kita semua mulakan semula hidup ceria

Semoga hidup kita penuh dgn kejadian yang menyeronokkan.

Harap-harap mereka semua akan hilang, “orang jahat”

Tapi begitu pun

Sentiasa bagus melihat polis di sekeliling

Berjalan dengan megah, kelihatan elok, bercakap dengan bangga

Dalam uniform yang mewakili perlindungan.

Kuat tetapi adil, rendah diri tetapi tidak gentar

Engkau ialah Wira Senyap

Yang “sukai apa yang kami lakukan” (*)

Dan orang sayangi engkau ♥

♥ CDLA ♥

~~~ ♥ ~~~

(*) Petikan daripada seorang anggota polis yang ditemui di jalan di Monaco.

Polis ialah manusia juga. (Ya.) Mereka juga membuat kesilapan. Tetapi mereka dilatih untuk mengawal diri juga. Sewaktu saya di negara lain, saya memperlakukan polis dengan baik. Contohnya, suatu kali mereka menghentikan saya, kereta, untuk memeriksa dokumen saya. (Ya, Guru.) Saya keluarkan semua dokumen dan berikan kepadanya. Masa itu waktu senja dan angin sangat kencang. Itu di Eropah. Dokumen itu bergetar-getar dan saya gunakan tangan untuk pegang sudutnya untuk dia. Saya juga gunakan lampu suluh dalam sebelah tangan yang lain bagi memancarinya untuk dia baca. (Ya.) Dan saya tanya dia, “Kamu dapat baca tak?” Dia menjadi lembut dengan serta-merta. Dia seperti polis sebelumnya. “Dokumen kamu? Lesen memandu? Kamu dari mana?” Tapi lepas itu, dia sangat lembut. Dia kata, “Terima kasih.” Nampak tak? Polis ialah manusia juga. Mereka ada keluarga, ingat, ada anak, ada isteri, ada ibu bapa. Mereka tahu macam mana rupanya menjadi manusia. Jadi jika mana-mana polis buat sesuatu yang salah, itu hanya orang perseorangan. (Ya, Guru.) Kes orang bersendiri. Jadi jika dia salah, maka mungkin menegur dia, orang itu, atau malah melarangnya daripada pasukan polis atau malah memenjarakannya. Tapi hanya orang itu saja. Bukan menyalahkan seluruh pasukan polis kerana ada banyak anggota polis yang baik. (Ya.) ( Betul, Guru. ) Ada polis yang baik. (Ya, Guru.) Banyak, jika kamu bandingkan dengan kejadian ini dan seluruh pasukan polis, maka kamu tahu majoriti polis membuat kerja dengan baik. (Ya, Guru.) Orang mempercayai mereka. Oleh itu, ada sesetengah protes, saya lihat dalam berita. Kadangkala saya perlu mengimbas berita untuk kamu. Saya lihat protes menentang polis tetapi sesetengah orang juga keluar untuk meluputkan itu. (Ya.) Sesetengah individu berkata, “Polis itu bunuh orang itu tetapi dia bantu keluarga saya.” Sesuatu macam itu. Kerana polis ialah pembantu juga. Seandainya tiada polis di lebuh raya, semua orang kadangkala terlupa dan pandu dgn cepat sekali, dengan gila apabila di bawah pengaruh dadah atau arak, maka bayangkan berapa banyak kemalangan akan berlaku. (Ya, Guru.) Meskipun polis hanya letak kereta di tepi lebuh raya, tak buat apa-apa pun, namun orang nampaknya dan mereka diingatkan supaya memandu dengan perlahan. Oleh itu, kita takkan tahu, boleh mengelakkan banyak kemalangan dan banyak nyawa telah diselamatkan. Belum kata lagi polis datang menyelamat dalam kemalangan jalan raya, bantu orang dan menyelamatkan nyawa orang atau bawa mereka ke hospital, memanggil perkhidmatan kecemasan dan sebagainya. (Ya, Guru.) Orang harus tahu, di dunia ini, tiada kesempurnaan. Jadi kita perlu lihat majoriti. Jika majoriti kebaikan melebihi minoriti yang negatif, maka kita perlu menerimanya. Seperti di rumah kita, jika satu sudut rumah pecah, kita tak perlu merobohkan seluruh rumah. Kita hanya membaiki sudut itu. (Betul. Ya.) Jadi saya rasa orang harus berfikir baik-baik dan biarkan polis buat kerja mereka. Dia di tempat yang betul pada masa yang betul.

Polis tak sentiasa mengganggu orang Hitam. Saya lihat mereka juga menggunakan kekuatan atau tindakan yang sama terhadap orang putih, terhadap wanita juga. Kanak-kanak juga. Bergantung kepada situasi. (Ya, Guru.) Mereka tidak hanya menembak, maksud saya sekarang, orang Hitam saja. Mereka juga buat begitu terhadap orang putih. Kamu nampak itu, kan? (Ya, memang, Guru.) Jadi adalah tidak adil berkata bahawa polis hanya memperlakukan orang Hitam dengan buruk. Meskipun mereka begitu, tolonglah, orang perlu mengkaji diri sama ada kita berkelakuan baik dalam mayarakat atau tidak, kita melaksanakan tanggungjawab warga atau tidak. Adakah kita hormati undang-undang? Atau sesuatu. Kerana kadangkala hanya satu atau dua orang buat sesuatu yang salah, maka orang ada prasangka terhadap seluruh kumpulan. (Ya.) Sama juga dengan polis. Mereka ialah manusia juga. Polis bukanlah santo. Maaf, saya harap mereka begitu. Tapi jika mereka ialah santo, saya tak rasa mereka boleh buat kerja polis. (Ya. Betul, Guru.) Polis dilatih untuk mengambil jenis tindakan ini. Kadangkala mereka secara tak sengaja menembak seseorang, Hitam atau putih, itu bukan niat mereka nak membunuh. Bayangkan itu kamu.

Kerja polis, saya rasa lagi berbahaya daripada kerja askar di medan perang kerana askar tak pergi dekat sangat dengan kononnya musuh utk menembak. Biasanya mereka bersembunyi di dalam berek atau sesuatu. (Ya, Guru.) Mereka selamat di sesuatu tempat. Dengan sesuatu langkah, mereka selamat. Tetapi polis perlu berdepan dengannya sejauh beberapa meter saja atau malah sangat dekat saja. Dia perlu menghentikan kereta, minta lesen memandu dan menjalankan ujian nafas sama ada dia memandu di bawah pengaruh arak atau dadah. Dia berdepan dengannya. Saya lihat berita pemandu memetik picu dan tembak polis di sana juga. Adakah kamu nampak berita ini? (Ya, Guru.) Jadi polis sentiasa dalam bahaya. Tapi tiada orang memikirkan itu. Mereka dalam situasi berbahaya, kebanyakan masanya. (Ya, Guru.) Jadi apabila mereka berdepan dengan kononnya suspek dan jika suspek itu buat sesuatu yang lebih mencurigakan, maka polis tiada masa untuk berfikir. (Ya.) Mungkin dia rasa suspek itu ingin menembak rakan sekerjanya, maka dia perlu segera bereaksi. Ini menjadi terlatih dan seperti automatik. Mereka tiada masa untuk berfikir. Sama ada mereka hidup atau suspek. (Ya, Guru.) Mereka tak boleh berfikir. Mereka tak boleh. Mereka tidak berada di zon selamat untuk berfikir. Jadi mungkin mereka tembak dan mungkin itu suatu kesilapan. Mereka tak nak buat begitu. Tiada polis yang nak menembak orang dengan sesuka hati. (Ya, Guru.) Ada sesuatu yang mencetuskan itu. (Ya, Guru.) Kerana mereka sentiasa dalam bahaya. Mereka perlu melindungi diri sendiri, rakan sekerja dan/atau orang lain, penyaksi atau mangsa. Mereka perlu melindungi mereka semua. (Ya.) Jadi kita perlu mempertimbangkan semua ini dan berikan peluang kepada polis. Kerana semua ini melemahkan semangat berkhidmat polis. Mereka rasa takut, rasa sedih, rasa murung, rasa muram. (Ya.) Kerana banyak daripada mereka benar-benar mempertaruhkan nyawa untuk membantu orang dan mereka buat begitu secara ikhlas. Sebab itulah mereka sertai pasukan polis, untuk membantu orang baik dan menangkap orang jahat. (Ya, Guru.) Kebanyakan polis ada impian mental ini sebelum menyertai pasukan ini. Jika tidak, mereka akan buat sesuatu yang lain. Dan untuk menjadi polis, ia latihan yang sangat susah. Kamu tahu tak? (Ya.) Ia sebanyak tentera. Tapi mereka tiada begitu banyak perlindungan seperti anggota tentera. Saya bukan polis. Saya tiada polis dalam keluarga saya buat masa ini, tiada. Saya hanya bercakap secara adil. (Ya.) Saya harap sesiapa yang pergi menentang polis memaafkan saya.

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/10)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1373 Tontonan
2024-12-18
848 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android