Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ada berita di internet bahawa banyak UFO, maksud saya sangat, sangat, sangat banyak UFO muncul dengan banyak sekali di seluruh langit China. Orang tanya apa yang berlaku. Saya juga tanya dan ini ialah maklumat yang saya peroleh.Maklumat ini adalah daripada UR, Guru Tertinggi. Sebab UFO muncul dengan begitu berbilang dan banyak di langit China adalah kerana mereka berkata bahawa ‘fusion’ (pelakuran) f-u-s-i-o-n, mengganggu atmosfera dan pelakuran itu perlu dihentikan. UFO tak dapat hentikannya untuk kita kerana teknologi kita sangat kuat di sana. Jadi jika kita tak hentikan pelakuran ini, tenaga pelakuran akan mengganggu kitaran putaran planet dan… Ya Tuhan. Dunia sebagaimana yang kita tahu sekarang akan berakhir.Ya Tuhan, tak hairanlah, saya baca beberapa hari yang lalu bahawa sesuatu di planet ini menjadi terbalik. Ya Tuhan. Mana dapat kita yakinkan China supaya hentikan pelakuran ini. Mereka memerlukannya dan berasa bangga memilikinya. Maksud saya, orang di dunia, ahli sains juga menyumbang kepadanya. Saya tidak tahu sangat tentang benda ini. Tetapi tolong jangan buat pelakuran lagi, dan tolong hentikan pelakuran ini jika ia masih berterusan. Jika ia masih berterusan, anda mesti hentikannya. Jika tidak, kita akan mengakhiri dunia ini. Ya ampun, oh! Adakah ia perlu berakhir dengan begitu cepat? Saya berharap China boleh tutupnya. Ya ampun. Semua orang berdoalah, OK?Itu sukar dipercayai tapi kita takkan tahu. Itu bagaimana banyak tamadun kita dan banyak tamadun di planet lain juga musnahkan nyawa mereka sendiri, dunia mereka sendiri. Tolong berhati-hati dengan apa-apa yang anda cipta. Gangguan atmosfera, anda tak nampaknya. Tetapi mengapa planet kita menjadi terbalik? Nampak tak? Ia malah berhenti berputar dan segala jenis kejadian ini adalah menakutkan. Tolong hentikan pelakuran buat masa ini. Itu pun jika anda dapat. Ya Tuhan! Kita berharap orang China dapat tutupnya. Macam itulah. Ada sempadan ciptaan. Kita tak harus cuba apa-apa saja tanpa benar-benar ada pengetahuan mahir tentang itu. Kita tak boleh ambil risiko yang terlalu besar. Kita akan bawa mudarat kepada seluruh planet, semua makhluk dan seluruh dunia akan binasa.Saya memang harap saya tersilap. Tolong buat sesuatu. Tolong tutup pelakuran itu buat masa ini sehingga kita benar-benar tahu apa-apa tentangnya, kemudian kita masih boleh mulakan semula. Tidak memudaratkan jika kita boleh ambil langkah berjaga-jaga. Tiada apa-apa lagi yang saya peroleh, kecuali kita perlu tutupnya.Ya Tuhan, tolong lindungi semua makhluk di planet ini. Masih ada banyak orang muda, kanak-kanak di seluruh dunia. Aku dah agak tua, tak mengapa, tetapi kami masih ada banyak kanak-kanak yang muda dan cantik di Bumi ini. Tolong lindungi kami. Tolong buat sesuatu untuk mengubah, meyakinkan kerajaan China supaya tutup pelakuran itu, apa-apa saja itu. Terima kasih, Tuan. Terima kasih, Tuhan. Amin.Saya terlalu sibuk sekrg, tak dapat ambil banyak masa bagi bermeditasi pada ini kerana ini sesuatu kejadian yang besar. Ini tidak mudah. Ini teknologi tinggi. Tadi saya berfikir saya harus bermeditasi dulu. Tetapi jika saya bermeditasi, itu akan ambil masa yang lebih panjang. Jika sesuatu berlaku sebelum itu, saya tak dapat memaafkan diri. Jadi saya merisikokan reputasi saya dan biar anda menyiarkan ini secepat mungkin, dengan serta-merta. Kita akan tinjau dgn lebih lanjut lepas ini. Jika sesuatu tersilap, maka orang akan mengejek saya seorang diri saja. Tetapi jika sesuatu berlaku kepada seluruh dunia dan saya risau tentang reputasi saya, sesuatu mungkin berlaku dan tiada banyak yang boleh saya buat lepas itu.Jadi semua orang berdoalah. Berdoa untuk perlindungan dan berdoa agar kerajaan China tutup ini, sekurang-kurangnya untuk seketika untuk lihat apa yang berlaku. Sekarang saya akan cuba bercakap dengan orang UFO untuk lihat sama ada mereka dapat dengar kata-kata saya. Saya tak tahu sama ada keupayaan telepati mereka cukup kuat, sama ada kami dapat berkomunikasi. Saya akan cuba, tetapi sementara itu, transkripsikan dan siarkanlah ini. Terima kasih. Jika ada apa-apa lagi, saya akan beritahu anda semua. Saya memang harap mungkin kami boleh buat sesuatu, maksud saya, Makhluk Syurga, tetapi Mereka ada teknologi yg berbeza. Mungkin ini buat sementara waktu saja. Saya harap kerajaan China akan tutup dan memeriksanya. Mungkin ada sesuatu yang tak kena di dalam pelakuran itu dan mereka harus memeriksa semuanya dulu untuk memastikan. Jika ada apa-apa yang kami, Makhluk Syurga dapat lakukan, dah tentu, kami membantu juga, tetapi sementara itu, kita perlu lakukan perkara fizikal dulu kerana kita di dunia fizikal. Saya harap keadaan akan baik-baik saja dan seluruh dunia takkan hilang disebabkan oleh malfungsi yang kecil di sesuatu tempat. Ya Tuhan! Ini sesuatu yang berkaitan dengan semua orang. Saya akan cuba bercakap dengan orang UFO jika boleh. Kemudian saya akan tambahkan lepas ituYang terkini ialah: UFO beritahu saya bahawa mereka datang kerana ingin cuba bantu membaikinya tetapi tak dapat. Kemudian saya kata, “Mengapa kamu masih terus datang?” Mereka kata mereka risau tentang orang di dunia. Menurut maklumat terkini, kita hanya ada satu hari dan 12 jam untuk membaikinya. Atau mungkin ahli sains China sudah tahu akannya dan sedang membaikinya. Saya harap keadaan menjadi lebih baik. Saya harap kita akan selamat.Saya diberitahu bahawa apabila kita masuk ke dlm bangunan itu, kita berjalan masuk melalui pintu, bahagian yang perlu mereka baiki dipanggil “kunci”, dan ia berada di sebelah kanan. Jika kita berjalan masuk melalui pintu, ia berada di sebelah kanan dan bahagian bawah pelakuran itu. Agaknya kita patut tutup kunci itu atau sesuatu macam itu.Ya Tuhan! Biar kita harap kita akan masih wujud selepas satu hari setengah. Satu hari dan 12 jam, itu masanya kita perlu membaikinya! Berdoalah kepada Tuhan! Itu masanya anda menerima notis ini daripada saya. Itu kira-kira pukul 4.30 pagi, waktu Hong Kong. Jadi kita tiada banyak masa, jadi tolonglah, tak mengapa jika anda ada video lain yang berkaitan atau apa-apa pun, pastikan ini segera disiarkan dan anda boleh berikan lebih banyak butiran dalam siaran seterusnya apabila boleh. Biar kita harap saya tersilap kerana saya tak cukup masa untuk bermeditasi dan tinjau butirannya.Jika sesiapa kenali pegawai tinggi kerajaan China atau ahli sains China, tolong beritahu mereka. Terima kasih banyak-banyak. Tolong berdoa untuk dunia kita.
“Halo, nama saya (......). Saya nampak mesej cemas Guru dan hubungi seorang pegawai tinggi di Republik Rakyat China melalui orang hubungan. Balasan daripada pegawai itu adalah: ‘Bgmn anda mendapat tahu tentang ini? Ini isu dalaman kami. Ada masalah dan ia telah dihentikan.’ Saya sentiasa rasa kagum dan berterima kasih kepada Guru atas pengorbanan Guru dan sentiasa memakrifatkan kami demi keamanan dunia.”
“Guru Tersayang, Selepas Guru berkongsi dengan kami pendedahan mengejutkan tentang Reaktor Pelakuran Nuklear China dan kemungkinan pemusnahan yang akan disebabkannya kpd seluruh planet kita dan penghuninya, saya hubungi seorang kawan yang mengenali pegawai tinggi di China dan meminta bantuan untuk biar China tahu akan bencana yang akan berlaku ini. Lepas beberapa jam, dia kembali kepada saya dan berkata bahawa pegawai itu katakan ini sebagai balasan: ‘Ya, ada masalah dan kami telah tutupnya. Bagaimana mereka tahu akan ini? Ini rahsia tertinggi, di dalam pun.’Oh, Guru yang dikasihi, saya memang berharap dengan Berkat Guru, ancaman ini telah dihapuskan dan China dan seluruh dunia akan dengar amaran ini dan jauh lebih berhati-hati semasa membuat kemajuan lanjut dalam teknologi. Kami tak dapat berterima kasih kpd Guru dengan secukupnya kerana sentiasa buat kami anak murid kekal berjaga-jaga dan kuat, dan kerana memberi kami pengetahuan tentang dunia lain. Terima kasih kerana melindungi kami dan atas pengorbanan Guru yang tiada penghujung dalam usaha bantu semua makhluk jadi selamat selama-lamanya. Anak murid Guru yang sentiasa berbakti, (......) (dari Amerika Syarikat)” Sebagai balasan kepada surat ini, Guru dengan mesra membalas seperti berikut:Terima kasih, saudara dan saudari, dua orang yang baik. Surat penuh kasih sayang anda telah buat saya banyak menangis dengan KEGEMBIRAAN yang dalam! Oh, kami bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar daripada semuanya Yang Paling Besar atas segala Keajaiban dan Belas Kasihan yang tiada penghujungnya daripada Rahmat Tak Terhad-Mu. Kami semua manusia dan semua makhluk di Bumi bersujud banyak kali di Kaki Maha Suci, Maha Pemurah-Mu dengan Rasa Syukur yang amat besar!!!Izinkanlah kami ucapkan terima kasih kepada Kerajaan China yg bijak kerana dengan segera, cemas, daya upaya dan keprihatinan sebenar anda, mengambil tindakan luar biasa untuk hindarkan malapetaka besar yang mungkin hapuskan Hidup di Bumi. Kami amat berterima kasih atas keputusan pantas dan tindakan pakar kerajaan bijak anda yang menyelamatkan hidup yg berharga di Planet tak ternilai kita!Kita juga terhutang budi kepada semua orang yang menyelesaikan masalah ini dan sedarkan kita tentang hal penting ini, termasuk Kawan UFO, saluran sosial yang berkaitan dan wartawa yang membawa ini kepada pengetahuan dunia, dan kepada semua Makhluk Syurga atas bantuan yg menyelamatkan nyawa. Semoga anda semua banyak diberkati dan dikasihi oleh kami semua – manusia dan semua makhluk! Kami kasihi anda juga!Berdoalah kepada Tuhan dan semua Guru berbelas kasihan agar kita akan belajar utk hidup dengan Kasih Sayang terhadap semua makhluk dan saling memperlakukan sebagaimana kita ingin diperlakukan untuk melindungi semua Ciptaan Tuhan yang cantik dengan rasa hormat, kasih sayang dan penghargaan daripada semangat sama taraf. Dalam persidangan ini dengan Makhluk Syurga Tinggi, saya diberitahu bhw sebarang bencana ialah akibat sikap tidak hormat manusia kepada Tuhan dan Hukum Alam Semesta.Semoga Yang Maha Berkuasa sentiasa kurniakan Kasih Sayang kpd kita semua sementara kita sentiasa tunjukkan kepatuhan sepenuh kpd Kehendak-Nya, hidup damai dan ceria sesama kita di Bumi dan juga di Syurga. Kami syukur kpd Engkau Tuhan Tercinta Syukur kepada Engkau, Tuan. Amin. Kami cintai Engkau.Ini ialah nota mengenai pelakuran nuklear China. Saya masih geletar di dalam dan di luar memikirkan ini, apabila visi pendek didedahkan kepada saya dengan perincian yang lebih jelas. Berada lebih lama dalam visi macam ini akan hancurkan hati, jiwa dan minda seseorang menjadi nano-, nano-, nano-… habuk!!... Itu 8 bilion orang, muda dan tua, lelaki dan wanita, di antaranya, dalam kategori-kategori yang berlainan, berbilion-bilion, bertrilion-trilion orang-haiwan, pokok purba yang menakjubkan, dan segala-galanya... Kita tak dapat senaraikan dengan secukupnya, kan?Oh, saya gembira dgn kita masih di sini! Saya masih berdoa kepada Tuhan Maha Berkuasa agar Dia benarkan kita berubahdan kita tidak binasakan planet ini. Walaupun ia dalam kesusahan, kita masih perlukannya. Kita masih perlukannya. Banyak makhluk memerlukannya kerana mereka tak cukup bermakrifat untuk pergi ke Syurga. Jadi tolong berikan planet ini kepada mereka. Bagi mereka, ia indah. Bagi saya, ia indah juga. Masalahnya, daripada 8 bilion orang – maksud saya, saya bercakap tentang manusia saja – daripada 8 bilion orang, jika pelakuran nuklear itu meletup, maka, ya Tuhan, kita hanya akan ada... Ya Tuhan, saya masih menggeletar.Tuhan Tercinta, jika planet ini dibinasakan dengan sebarang cara, ke mana roh nak pergi? Dan jika mereka mati secara tiba-tiba dalam keadaan sakit dan terkejut yang menyeksakan akibat letupan pelakuran nuklear yang amat besar, roh mereka akan berderai > dgn itu akan merayau selama-lamanya dalam keadaan hampir tidak sedar dan seperti zombi. Oh, betapa kesiannya anak-Mu tersesat macam itu!!!Tuhan Tercinta ~ Mereka tak tahu tempat lain. Meskipun mereka tahu, bagaimana mereka akan hidup di sana, di kawasan asing? Apabila mereka dilahirkan, mereka dah dibuat lupa akan hayat lampau mereka. Jika mereka ditempatkan di tempat asing, bagaimana mereka akan hidup? Sekurangnya jika mereka ditempatkan di planet ini semula, mereka akan ingat dalam fikiran separa sedar cara untuk hidup, cara untuk terus hidup. Majoriti orang tidak pergi ke Syurga, Tuan. Engkau tahu akan itu. Jadi tolong jauhkan pelakuran itu. Tolong jauhkan semua alat nuklear, apa-apa saja yang manusia cipta atau impikan untuk binasakan populasi massa manusia, tolong jauhkan semuanya. Musnahkan semuanya. Jauhkannya dari fikiran manusia supaya tiada lagi bencana yang akan muncul.Aku tahu, Tuan, aku tahu. Aku tahu semuanya ialah karma perniagaan yang menumpahkan darah, penternakan dan pembunuhan orang-haiwan untuk membekalkan daging orang-haiwan dan orang-ikan kepada manusia untuk dimakan. Kebanyakan drpd mereka tak tahu, Tuan. Mereka telah lupa akan Asal mereka yang megah dan saling meniru untuk terus hidup, buruk atau baik. Tolong ampuni kami, Tuan, tolonglah.Sekarang jika pelakuran nuklear China itu meletup, semua makhluk hidup akan mati di mana-mana saja, lambat atau cepat, jauh atau dekat, jadi habuk atau cebisan, sana dan sini!!! Maka hanya ada 335,417 manusia yang tertinggal. Mungkin sesetengah daripada bilangan itu akan tercedera, menjadi bingung atau kehilangan daya pemikiran dan banyak kesan yang lain. Berselerak dalam kengerian Bumi yang binasa sepenuhnya. Mereka tak dapat hidup tanpa makanan, tanpa air, Tuan, maksud saya dengan air yang tercemar, makanan yang tercemar untuk masa yang panjang.Jarang ada bangunan yang tertinggal apabila Bumi bergegar dengan kuat! Di sesetengah sudut yang jauh dari China pun, mungkin ada sesetengah bangunan yang tertinggal tetapi tiada benda hidup di dalamnya, tiada roh hidup, tiada manusia hidup, tiada orang-haiwan hidup di mana pun yang kelihatan – semuanya kosong! Ada seorang lelaki yang kebetulan tersesat dalam masa depan. Dia tersesat di dalam sebuah bandar kecil yang hanya ada bangunan kosong yang tertinggal. Apa yang dilihatnya adalah pada 2027, hanya beberapa tahun dari sekarang. Tiada sebarang teknologi yang tertinggal atau kemajuan teknik yang diwarisi atau dicipta oleh manusia – semuanya akan hilang. Letupan pelakuran nuklear juga akan ledakkan semua kepala ledak nuklear yang lain, semua senjata yang disimpan dan semua bahan letupan mudah terbakar di merata tempat. Bumi akan menjadi bebola api yang sangat besar dan neraka sebenar. Itu pun jika sesiapa masih dapat lihat!!!... Jadi kelihatan macam hukuman mati yang menggerunkan juga akan dikenakan kepada 335,000 orang ini.Tolonglah, Tuan, tolonglah. Aku akan minta manusia supaya terus berdoa dan memuji Engkau dan cuba cintai Engkau. Mereka hanya terlupa, Tuan. Mereka berpusing-pusing dalam bulatan, dalam kitaran di dunia yang penuh kekacauan ini. Jadi mereka lupa akan Engkau. Tetapi hari ini, kami ingat. Kami sentiasa menyiarkan peringatan di Supreme Master TV kami dan secara perlahan-lahan mereka akan mendapat semula sesuatu tentang Kehadiran-Mu dalam hati mereka. Aku bukan cuba melawan cakap. Aku bukan cuba bertikai dengan Engkau, Tuan, takkan berani, Tuan. Aku cuma ada terlalu banyak kesakitan memikirkan penderitaan manusia.Aku rasa mereka tak berdosa, Tuan. Mereka hanyalah mangsa situasi di dunia asing inikerana mereka datang dari Syurga begitu lama dahulu. Mereka telah diuli dan dihentam menjadi bentuk-bentuk yang berlainan dan sekarang mereka tak tahu mereka ialah siapa lagi. Engkau biar aku lahir di dunia fizikal ini. Sebab itulah aku memahami semua ini. Jika aku masih di Syurga, aku takkan memahami semua ini. Engkau biar aku alami banyak penderitaan, kesakitan, kedukaan supaya aku memahami penderitaan, kesakitan dan kedukaan manusia. Aku memang faham. Sebab itulah aku meminta Engkau.Tolonglah, Tuan. Tolong pertimbangkan nasib mereka. Tolong memakrifatkan mereka. Bukankah itu lebih baik? Rampaslah kemahuan bebasku, kemahuan bebas mereka jika Engkau hendaki supaya mereka takkan cuba cara yang betul atau salah. Aku bersyukur kepada Engkau untuk kali yang tak terhingga atas Kemurahan dan Belas Kasihan-Mu hingga kini. Aku tahu semua bencana dibuat oleh manusia dan ia mewujudkan kesusahan yang lain. Disebabkan itu, kuasa negatif akan mewarisi semakin banyak tenaga negatif. Jadi itu seperti situasi yang sangat tak berdaya, Tuan. Aku tahu Engkau mengetahui segalanya dan memutuskan segalanya untuk yang terbaik. Tetapi dari sudut pandangan manusia, ini nasib yang kesian, manusia perlu menahan ini, Tuan.Tolonglah, tolong ampuni mereka. Ampuni mereka. Ampuni mereka, Tuan. Aku cuba buat mereka menjadi vegan, jadi kurang pertumpahan darah. Kerana jika ada terlalu banyak pertumpahan darah orang-haiwan yang juga merupakan anak-Mu, anak yang lebih muda, maka peperangan akan meletus lagi untuk menumpahkan darah manusia bagi mengimbangi tenaga, hidup, suasana di planet ini. Aku berdoa agar Engkau bantu kami wujudkan dunia vegan di sini, kemudian manusia akan menjadi lebih suci dan bersih, dan secara perlahan-lahan mereka akan ingat, Tuan. Aku pasti dengan itu. Ampunilah aku jika aku terlalu banyak bercakap dan kerana aku tahu bahawa Engkau sudah tahu akan segala-galanya tetapi aku tak dapat menahan diri. Aku perlu bercakap untuk melepaskan, melegakan kesakitan dan kesedihan dengan afiniti manusia, nasib mereka, penderitaan mereka, kesakitan dan kedukaan mereka. Ampunilah aku, Tuan. Ampuni aku.Aku tahu bahawa pada asalnya Engkau ingin binasakan dunia ini, sekurang-kurangnya bangsa China saja. Tetapi Engkau berlembut dan biarkan kami hidup. Aku amat bersyukur kepada Engkau. Engkau tahu bahawa jika Engkau binasakan bangsa China dan biarkan pelakuran itu malfungsi supaya ia akan meletup, maka itu akan terlalu kuat, akan binasakan semua bangsa di planet ini juga. Jadi Engkau berlembut, dan kerana kami berdoa kepada Engkau. Tuan, kami memohon pengampunan, pengampunan, pengampunan dan perlindungan, perlindungan, perlindungan-Mu, jadi mungkin Engkau rasai keikhlasan kami. Mungkin bukan mereka semua adalah ikhlas tetapi sesetengahnya, ya, atau banyak drpd mereka baru-baru ini disebabkan banyak bencana, banyak kejadian buruk berlaku dan peperangan di sana sini.Tetapi pada asalnya, Engkau mahu itu berlaku kerana Engkau beritahu aku. Aku tahu bahawa manusia tak seharusnya buat apa yang mereka buat. Aku tahu akan itu, Tuan. Aku amat bersyukur kepada Engkau kerana mengampuni kami buat masa ini dan biar kami hidup. Lapan bilion orang, Tuan. Ya, bukan hanya satu negara, bukan hanya satu negara yang berkuasa dan berpenduduk atau mana-mana negara yang lain tetapi lapan bilion orang termasuk kanak-kanak yang tak berdosa dan warga dunia yang tak berdaya. Aku begitu bersyukur dan gembira dengan Engkau ampuni kami dan biar kami hidup, biar manusia hidup. Sebab itulah Engkau tidak biar aku tahu akan isu pelakuran ini hingga hampir saat-saat akhir. Aku masih menggeletar dalam hatiku dan di luar juga memikirkan itu: 8 bilion orang, Tuan, 8 bilion makhluk hidup. Banyak daripada mereka masih ingat akan Engkau, berdoa kpd Engkau dan cintai Engkau setiap hari sebaik yang boleh. Jadi tolong pertimbangkan itu, Tuan.Aku bersyukur kepada Engkau. Aku amat, amat bersyukur kepada Engkau, tak terhingga, Tuan. Semoga Engkau diberkati juga, Tuan. Semoga manusia berubah dan ingat akan Rahmat-Mu, Kemurahan-Mu dan buat perkara untuk meredai Engkau. Oh! Aku begitu kesal dengan manusia tak cukup bermakrifat untuk memahami banyak perkara tentang Hukum Alam Semesta, tentang Kewujudan-Mu, tentang Kasih Sayang-Mu, Rahmat-Mu, tentang Berlembutnya Engkau dan juga tentang Engkau menderita kerana Engkau lihat anak-Mu saling membunuh, membunuh makhluk tak berdosa, bertentangan sepenuhnya dengan cara yang Engkau harapkan, cara mereka harus berkelakuan sebagai anak Tuhan. Tetapi mohon ampun, Tuan. Mereka jahil dan lemah. Dua sifat ini takkan banyak membantu mereka tahu akan alam spiritual. Sebab itulah Engkau hantar banyak Guru dan juga hantar aku ke sini. Tetapi tak pernah cukup, Tuan, kerana domain ini telah dikawal dan ditipu oleh kuasa negatif. Aku bukan cari alasan, Tuan, bercakap tentang ini. Aku malah… tekakku rasa tercekik dan sakit sekarang. Aku akan berhenti beberapa minit. Aku akan kembali, Tuan, jika ada sesuatu yang lain yang ingin Engkau beritahu aku.Kami cintai Engkau, Tuan. Kami cintai Engkau – sesiapa saja yang masih ada kewarasan fikiran – kami cintai Engkau. Kami semua cuba mempengaruhi orang lain supaya ingat akan Engkau, cintai Engkau. Bukanlah Engkau perlukannya, Tuan. Engkau tidak perlukan apa-apa pun. Cuma mereka perlu. Mereka perlu ingat akan Engkau. Mereka perlu cintai Engkau. Mereka perlu hormati Engkau dan Hukum-Mu. Itu bukan Hukum-Mu. Engkau tidak perlukan hukum pun. Itu hanya supaya semua benda akan menjadi bersih dalam hati mereka dan akan ada kehidupan yang lebih baik di sini seperti di Syurga, Tuan. Kami cintai Engkau, Tuan. Tolonglah, tolong buat kami lebih cintai Engkau. Terima kasih, Tuan. Aku cintai Engkau.Roh-roh tersayang yang dikasihi, saya hantar rakaman ini kepada anda sekali lagi di dalam khemah saya. Saya begitu gembira adanya khemah yang begitu gelap di mana saya boleh berseorangan tanpa diingatkan tentang apa-apa pun kecuali Tuhan dan Kasih Sayang. Kerana jika saya duduk di luar, saya masih rasa lebih berhubungan dengan dunia dan mungkin perhatian lebih banyak dialihkan. Saya hantar nota ini kepada anda untuk merayu kepada anda supaya teruskan doa anda dalam hati anda, sentiasanya pada bila-bila boleh, setiap minit, setiap saat dalam hidup anda supaya dunia kita akan menjadi lebih baik dan hidup anda akan menjadi lebih selamat untuk anak, cucu-cicit anda dan untuk diri sendiri jika anda kebetulan lahir semula di dunia fizikal ini.Tolong ingat akan Tuhan, cintai Tuhan. Ia tidak buat anda kehilangan apa-apa. Jangan hanya berkata anda ingat akan Tuhan dan cintai Tuhan tetapi benar-benar ikhlas dengannya. Untuk buktikannya, kita mesti mematuhi Rukun Tuhan. Semua Rukun ini bukan buatan Tuhan, cuma Tuhan tahu bahawa di domain fizikal ini, jika anda tidak mematuhi Rukun ini seperti anda tidak boleh membunuh, tidak boleh cederakan makhluk lain, tidak boleh bergosip dan berbohong untuk mudaratkan orang lain dan sebagainya, maka kuasa negatif akan menghambakan anda dalam penderitaan tak berhujung. Jadi tolonglah, sentiasa ingat akan Tuhan. Cuba cintai Tuhan. Cuba kenali Tuhan. Cuba ingat akan Tuhan. Berdoa setiap hari jika anda tiada sebarang sistem kepercayaan atau apa-apa yang boleh anda bergantung. Hanya menjadi diri sebenar dalam hati anda dan berdoa kpd Tuhan. Berdoa kepada Tuhan agar anda ingat akan Tuhan. Berdoa kepada Tuhan agar anda akan cintai Tuhan. Berdoa kepada Tuhan agar anda akan bertindak mengikut Kehendak Tuhan, bukan keinginan kita. Berdoa kepada Tuhan agar ampunkan dosa kita, sama ada kita tahu sebarang dosa yang telah kita buat atau tidak.Bersyukur kpd Tuhan kerana ampuni kita Bersyukur kepada Tuhan kerana lindungi kita. Bersyukur kepada Tuhan kerana memakrifatkan kita. Amin. Kami cintai Engkau, Tuan. Kami cintai Engkau, Tuhan. Kami cintai Engkau, Yang Maha Besar daripada semuanya Yang Paling Besar, Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Tinggi, Yang Maha Berbelas Kasihan, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengampun, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Pemurah. Amin. Syukur kepada Engkau, Tuan. Kami cintai Engkau. Sekurangnya Engkau ada satu orang yang cintai Engkau di sini. Jika aku tak tahu orang lain yang cintai Engkau, aku memang cintai Engkau, Tuan. Dan aku berhubungan dengan seluruh umat manusia melalui kelahiranku di planet fizikal ini. Jadi tolong benarkan hubungan itu berkembang, menjadi lebih ketara dan ampuni umat manusia melalui hubunganku ini. Aku selama-lamanya dengan rendah diri memohon kepada Engkau agar izinkan aku bersyukur kpd Engkau untuk seluruh umat manusia dan semua makhluk di dunia ini dan di Alam Semesta. Cintai Engkau, Tuan.Photo Caption: Tuhan Mencipta Makanan untuk Semua Makhluk, Makhluk yg Sangat Kecil Pun