Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pegawai kita yang diundi dan orang yang berkhidmat untuk kita dalam kerajaan ialah orang yang perlu menangani semua masalah ini secara langsung tetapi mereka ada begitu banyak sudut pandangan yang berbeza serta begitu banyak pendapat dan kebimbangan yang perlu dipertimbangkan. Saya percaya bahawa mereka orang yang baik, mulia dan penyayang, sama pemurah seperti semua anggota bomba dan polis serta sukarelawan, memberikan yang terbaik daripada hati mereka, yang terbaik yang mereka tahu. Mereka perlukan sokongan kita dan perlukan kita bekerja bersama mereka. Doa saya hari ini bersama kalian ialah doa kesyukuran yang sangat besar kepada Tuhan kerana saya memang percaya bahawa daripada bencana ini banyak perkara baik akan datang kepada orang perseorangan dan seluruh komuniti kita. Tetapi saya berdoa agar kita ada kesopanan, penghormatan, kesabaran dan toleransi. Ini ialah apa yang akan buat komuniti kita menjadi baik dari dalam diri kita dan dari luar untuk masa yang panjang. Ini ialah Rahmat Tuhan kepada kita dan kita bersyukur atasnya. […] (Terima kasih, Father Krekelberg. Sekarang saya ingin memperkenalkan kepada kalian Dr. Tari Lennon daripada Gereja Jemaah Kejiranan.) Selamat pagi. Saya mewakili pembacaan yang berbeza sikit tentang apa yang berlaku kpd kita di sini sejak minggu lalu dan masalah yang saya tidak mahu kita abaikan atau dibiarkan saja hari ini, iaitu masalah dan realiti kanak-kanak. Kanak-kanak banyak terpengaruh seperti orang dewasa tetapi mereka tiada segala sumber yang kita lakukan untuk bantu mereka menangani apa yang dihadapi oleh mereka. Jadi sbg penghormatan kpd kanak-kanak, saya ingin minta semua kanak-kanak yang sudi supaya naik ke atas sini kerana saya perlukan kalian bantu saya. Kita akan lakukan sedikit antifon. […] (Sekarang saya ingin memperkenalkan kepada kalian Arvid Mortensen daripada Gereja Nabi Isa Santo-santo Terkemudian, juga dipanggil sebagai Mormons.) […] Pada tahun kira-kira 124 SM, seorang Raja agung berikan ucapan perpisahan kepada rakyat apabila Baginda akhiri tempoh pemerintahan-Nya. Antara lain, Raja ini, namanya direkodkan sebagai Benjamin, mengeluarkan kata-kata ini kepada rakyat selepas ingatkan mereka bahawa Baginda telah bekerja bersama mereka dengan tangan-Nya sendiri untuk mencari nafkah sementara juga berkhidmat untuk mereka sebagai Raja. Baginda bertitah, “Beta beritahu kamu ini supaya kamu boleh pelajari kebijaksanaan, supaya kamu boleh belajar bahawa semasa kamu berbakti kepada orang lain, kamu berbakti kepada Tuhan.” Sebagai anggota Gereja Nabi Isa Santo-santo Terkemudian, juga dikenali sebagai Mormons, kami percaya bahawa konsep yang diungkapkan oleh Raja Benjamin itu, “Semasa kamu berbakti kepada orang lain, kamu berbakti kepada Tuhan,” boleh diaplikasikan pada kita semua sebagai ahli keluarga manusia. Konsep ini melangkaui sebarang perbezaan agama atau kepercayaan. Ini penting kepada kita semua dalam interaksi sesama kita. Kita telah lihat jenis khidmat rendah diri, ikhlas, tak pentingkan diri ini apabila kita bersatu padu sebagai sebuah komuniti untuk menghadapi cabaran yg ditimbulkan oleh kebakaran. Satu bidalan Hindu lama berbunyi, “Bantu perahu saudaramu menyeberang dan lihatlah! Perahu kamu sendiri telah sampai ke tebing.” Cicero berkata, “Kebaikan hati dihasilkan oleh kebaikan hati.” Kita telah buat banyak. Kita ada byk lagi yg tertinggal utk dibuat. Tetapi melalui khidmat, bantuan kepada sesama orang, dan kebaikan hati, kita dapat buat bersama-sama apa yang mustahil atau sukar bagi satu orang buat sendirian. Terima kasih. Photo Caption: Sesuatu Boleh Kelihatan Bernilai Seperti Permata