Media Report from FOX 26 Houston – Sept. 30, 2023, Denise Middleton: Bolehkah pandemik seterusnya buat kemuncak letusan COVID-19 kelihatan ringan? Itu apa yang diramalkan oleh sesetengah pakar bagi apa yang dipanggil ‘Penyakit X’.Media Report from WION – Sept. 25, 2023, Priyanka Sharma: Penyakit X ialah ketakutan kesihatan yang masuk akal. Penyakit tak diketahui seterusnya yang berpotensi epidemik. Istilah ini diformalkan oleh WHO pada 2018. Ia dinamai X disebabkan kekurangan pengetahuan tentangnya. Tidak diketahui penyakit ini akan merupakan apa, sama ada ia akan berjangkit daripada haiwan kepada manusia, atau sama ada ia akan merupakan ciptaan makmal penuh misteri. Tetapi satu perkara yang ahli sains pasti adalah ini: Penyakit X sedang mendatang. Mereka tak tahu bila, tak tahu bagaimana. Apa yang mereka tahu adalah ia boleh jauh lebih teruk daripada virus Wuhan. Ia boleh menyebabkan lebih banyak kematian daripada virus Wuhan. Mungkin kita ambil masa bertahun-tahun untuk pulih daripadanya. Ini bagaimana WHO mendefinisikan penyakit ini. Ia nyatakan: Penyakit X mewakili pengetahuan bahawa suatu epidemik antarabangsa yang serius boleh disebabkan oleh patogen yang sekarang tidak diketahui menyebabkan penyakit manusia.Pada Mei tahun ini, ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengeluarkan amaran. Beliau berkata bahawa planet ini harus bersedia untuk suatu penyakit yg lebih boleh bawa maut drpd COVID, bahawa varian COVID hari kiamat dengan kuasa untuk menghantar dunia kembali ke titik permulaan masih suatu kemungkinan yang besar. Sekarang biarlah saya memetik tepat-tepat kenyataannya. “Ancaman satu lagi varian memuncul yang menyebabkan lonjakan penyakit dan kematian baharu kekal wujud. Ancaman satu lagi patogen yang memuncul dengan potensi lagi boleh bawa maut kekal wujud.” Empat bulan sejak amaran ini dikeluarkan, ahli sains di seluruh dunia bercakap tentang ini. Ini termasuk Kate Bingham yang pernah menjadi pengerusi Pasukan Petugas Vaksin UK. Beliau berkata, kita perlu bersedia untuk Penyakit X kerana ia boleh lagi berbahaya daripada COVID-19. Sekarang biar saya beritahu anda satu demi satu dakwaannya.Ahli sains berkata bahawa penyakit ini, Penyakit X, boleh berikan kesan yang serupa dengan selesema Sepanyol yang membinasakan pada 1918. Kedua, Penyakit X berpotensi untuk mengakibatkan sebanyak 50 juta lagi kematian. Ketiga, penyakit ini boleh muncul daripada berjuta-juta virus yang masih belum ditemui. Keempat, ahli sains mungkin ambil sangat banyak masa untuk membangunkan vaksin yang dapat melawan penyakit ini. Sekarang macam ini. Sementara langkah pencegahan dapat membantu, tetapi tanpa mengetahui langkah ini menyasarkan apa adalah seperti melepaskan anak panah dalam kegelapan. Maksud saya, tiada seorang pun dalam komuniti sains benar-benar dapat berkata dengan jelas dari mana penyakit ini boleh muncul dan apa boleh menyebabkannya. Ini buat usaha melawannya menjadi lebih sukar.Media Report from AFP News Agency – July 21, 2024: Penyelidik utama ini memberi amaran bahawa pandemik baharu tak dapat dielakkan.Yuen Kwok-yung menyatakan bahawa mungkin ia jauh lebih boleh bawa maut daripada Covid-19 atau influenza 1918.Professor Yuen Kwok-yung: Anggaran atas ialah 100 juta kematian pada 1918. Kali ini mungkin 400 juta orang mati. Itu angka yang memang dahsyat. Saya harap kerajaan akan benar-benar menyahut cabaran ini.
Jadi bersedialah, seperti yang saya dah katakan kepada anda. Ajar anak anda supaya cari tempat berlindung jika mereka berada dlm situasi mudah terdedah kpd bahaya atau tidak berada di rumah. Secara perlahan-lahan latih orang-anjing anda supaya pergi ke bilik mandi dengan cepat dan bukan sentiasa keluar. Anda boleh melatih mereka dengan perlahan-lahan atau satu hari di rumah, hari lain di dalam bilik mandi. Di dalam rumah dengan pad, atau hanya di dalam bilik mandi adalah lebih baik. Buat sesuatu di dalam sana, calitkan sesuatu yang berbau daripada kumuhan mereka supaya mereka dapat hidunya dan tahu itu tempat mereka. Beritahulah mereka. Mereka memahami segala-galanya. Mungkin satu hari hanya satu kali di dalam bilik mandi, dan secara perlahan-lahan, kemudian dua kali, tiga kali, kemudian mereka menjadi biasa dengannya. Apabila sesuatu berlaku, beritahu mereka, “Kita tak boleh keluar kerana berbahaya di luar.” Mereka akan faham. Beritahu mereka bahawa mereka harus melatih diri di dalam bilik mandi. Mereka akan memahami segala-galanya. Berikan makanan ringan kepada mereka jika mrk lakukannya di dlm bilik mandi supaya mereka tahu itu perkara yang baik untuk dibuat. Kemudian secara perlahan-lahan, mereka juga dapat lakukannya sepanjang masa di dlm bilik mandi tanpa makanan ringan Apabila anda bawa mereka keluar, itu hanya untuk keseronokan. Mereka akan selamat.Dan simpan makanan di dalam rumah. Saya dah beritahu anda sebelumnya, dan apabila keluar, anda memakai pelitup muka, hari ini pun. Ia takkan memudaratkan anda. Jika anda boleh – jika ia tak terlalu menyusahkan atau menjengkelkan bagi anda, jika anda tidak takut orang lain mengetawai atau mengejek anda atau apa-apa saja. Itu nyawa anda, bukan nyawa mereka. Saya tak faham. Ketika COVID-19 baru datang, orang dinasihati supaya memakai pelitup muka tetapi sesetengah orang yang tak nak memakai pelitup muka malah pergi memukul orang yang memakai pelitup muka, atau keluar dan memprotes, “Kami takkan memakainya,” dan sebagainya. Ya ampun. Bukanlah kerajaan suruh anda buat begitu untuk seronok-seronok, supaya mereka boleh mendapat wang anda atau apa-apa.Anda memakai pelitup muka kerana meskipun itu bukan soal pandemik, semasa anda keluar, angin sering membawa serangga tak nampak, serangga kecil sangat dan juga virus, bakteria, segala jenis benda yang dibawa angin. Ia akan pengaruhi anda jika anda menyedutnya terutama dengan mulut. Jadi jika anda bawa pelitup muka, anda tutup hidung juga. Kerana kadangkala anda keluar dan bercakap di telefon, mulut anda terbuka dan angin datang. Ia akan meniupkan virus buruk ke dalam peparu di dalam badan anda. Kemudian anda jatuh sakit. Sesetengah virus sangat tahan ubat, jadi ia takkan sembuhkan anda pun. Jadi jagalah diri baik-baik. Di rumah anda, selamat, jadi anda tak perlu pakainya. Tetapi apabila anda keluar terutama pada hari berangin, pakai pelitup muka taklah memudaratkan terutama hari ini kita ada begitu banyak penyakit baharu yang datang. Dan sebagainya…Jangan berfikir bhw saya suka beritahu anda semua ini untuk seronok-seronok. Tidak. Kerana apa-apa yang saya beritahu anda untuk dibuat, saya perlu menanggung karma atas itu atau berkongsi karma daripada anda atas itu. Jadi jagalah diri baik-baik, maka saya akan rasa sekurang-kurangnya pengorbanan saya berbaloi, ia membantu anda.Photo Caption: ‘Bunga’ Hutan untuk Peminat Istimewa.Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 10 daripada 20
2024-12-03
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi saya tidak mudaratkan sesiapa pun. Jadi tolonglah, anda tak perlu memfitnah saya. Jika anda mendakwa bahawa anda lihat Alam Buddha Amitābha seperti anda lihat garis pada tapak tangan, maka tanyalah Buddha Amitābha tentang identiti saya, siapa itu Mahaguru Ching Hai? Jika anda benar-benar nampak Buddha Amitābha, saya meragui anda akan memfitnah saya, berasa sangsi terhadap saya atau mengesyaki saya seorang pengamal yang buruk. Jika anda benar-benar dapat lihat Alam Buddha macam itu, maka anda sudah pun salah satu umat Buddha di Alam-Nya. Maka anda pasti tahu lebih banyak. Buddha pasti beritahu anda tentang saya. Maka anda pasti akan menjadi kawan saya, bersuara untuk saya dan berada dalam kumpulan saya. Jika Buddha tidak beritahu anda tentang saya, ini bermakna anda tidak pernah pergi ke sana. […]Ya Tuhan, saya harap semua Buddha mengampuni anda. Saya harap Syurga mengampuni anda supaya anda dapat menebus diri suatu hari nanti. Jika anda masih hidup dan melakukan kesilapan macam ini, tolong berpatah balik, bertaubat, memohon kepada Buddha, Tuhan supaya mengampuni anda, dan benar-benar baktikan hidup anda kepada amalan spiritual secara ikhlas, dengan hati anda, semata-mata hanya untuk menebus diri dan membebaskan diri daripada kitaran lahir dan mati, daripada penderitaan yang berulangan. Semoga Tuhan berkati anda. Amin. A Di Đà Phật (Buddha Amitābha)!Saya memang sayangi anda juga. Jika anda rasa saya tidak sayangi orang ini dan itu yang telah berbuat salah terhadap saya, anda telah silap. Saya memang sayangi mereka. Saya tak pernah berharap mereka perlu pergi ke neraka kerana dalam hayat ini, ada dua pintu di neraka. Satunya, anda masuk, boleh melawat dengan Santo hadir bersama anda, seperti Buddha, Bodhisattva atau malah jelmaan Nabi Isa bersama anda, maka anda boleh keluar semula. Anda boleh lihat bagaimana syaitan bekerja di sana untuk buat orang kekal berada dalam neraka dan penderitaan besar. Tetapi anda masih boleh keluar jika itu tuah anda untuk bertemu dengan Santo yang bawa anda ke sana supaya anda boleh kembali dan memberitahu orang dan juga memperkukuh kepercayaan dan amalan spiritual anda sendiri. Tetapi ada satu lagi pintu. Mana-mana roh yang masuki sana, tak dapat keluar lagi. Pada tempoh masa ini, ada peraturan sebegini, pintu sebegini. Oh! Tolonglah, saya tidak mahu sesiapa nampak itu pun, apalagi masuk ke dalam melalui pintu itu.Ya Tuhan, ya Tuhan, ya Tuhan, ya Tuhan, ampunilah kami. Tolong lindungi kami, tolonglah. Manusia cuma lemah, lemah dan mudah terpengaruh. Tolonglah, tolonglah, tolonglah, tiada neraka sama sekali utk sesiapa pun. Tolonglah. Itu bermakna seperti Engkau bunuh aku. Tolonglah ampuni mereka, Tuhan yang dikasihi. Meskipun Engkau perlu bunuh mereka, tolonglah selamatkan roh mereka. Jangan tolak roh mereka ke neraka selama-lamanya, tolonglah. Amin, Tuhan yang dikasihi, Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Terbesar dalam semuanya Yang Terbesar, Yang Tertinggi dalam semuanya Yang Tertinggi. Tolonglah, tolong pertimbangkannya, Tuan, tolonglah, Tuan. Tolonglah, semua Guru, kuatkan kuasa spiritualku supaya aku dapat bantu sebanyak roh mungkin – lebih banyak roh daripada yang dirancang.O ya! Saya baru teringat bahawa saya ada beritahu anda tentang mungkin ada suatu pandemik yang mendatang, berkemungkinan besar. Saya tak tahu berapa banyak saya dapat buat dengan itu tetapi berkemungkinan ada pandemik yang mendatang. Yang ini tidak seperti COVID-19. Ia akan, ya Tuhan, ya Tuhan, bawa maut, tiada ubat dan tiada sesiapa yang boleh terlepas. Jika terlalu banyak karma buruk, maka anda tak boleh terlepas. Hanya orang baik boleh terlepas.Anda, anak murid Tuhan saya, akan terlepas, tetapi janganlah leka kerana saya berkata begitu. Anda masih terus rajin. Saya akan buat sebaik boleh untuk selamatkan manusia dan orang-haiwan daripada tragedi ini!!! Belas Kasihan Tuhan. Meskipun anda terlebih beramal dan ada lebih banyak pahala daripada yang anda perlukan untuk pulang ke Rumah, anda tetap boleh berkati dunia ini, ibu bapa, ahil keluarga, kaum kerabat anda dan dunia di sekeliling anda.Saya tak tahu bila bencana atau pandemik akan datang. Saya tak sentiasa tahu akan tarikh yang tepat kerana hati manusia sentiasa berubah dan karma manusia berubah juga.