Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersedia untuk Hari-hari Susah, Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berdoa dan Bermeditasi, Bahagian 8/12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bagi kakitangan Supreme Master Television atau sebarang jenis perniagaan kita, anda mesti bermeditasi selama empat jam sehari. Bagi anak murid lain, mereka bermeditasi selama dua jam setengah tetapi lagi banyak anda bermeditasi lagi baik, dah tentu, dan lakukan Quan Yin. Pastikan anda tahu bila nak hentikan Cahaya (Syurga dalaman) dan lakukan Bunyi (Syurga dalaman), Bunyi menakjubkan, Bunyi di dalam, Bunyi abadi. Cahaya abadi, Bunyi abadi, anda mesti adanya sebagai teman anda, kawan karib anda, pasangan anda. Jika tidak, anda tak dapat elakkan penderitaan di dunia ini dan akan pergi ke Syurga yang rendah sekali kemudiannya. Apabila anda di Syurga, anda dapat lihat segala-galanya. Anda akan rasa sangat sesal tidak memanfaatkan masa sewaktu berada dalam badan fizikal.

Di Bumi sini, semasa anda bermeditasi, itu seratus, seribu kali lebih berpahala daripada di Syurga kerana di Syurga, anda tak perlu bersusah-susah dengan apa-apa pun. Anda tak perlu menyumbangkan apa-apa pun. Jadi pahala anda sukar diperoleh dan anda perlukan masa yang sangat, sangat lama untuk menaik ke peringkat seterusnya. Di Bumi sini, anda dapat lihatnya. Kadangkala anda naik dgn cepat sekali. Inisiasi, lepas beberapa tahun, anda sudah berada di Peringkat Keempat, di atas Peringkat Ketiga, di atas kitaran hidup dan mati. Di Peringkat Ketiga pun, anda akan dikitar semula. Hanya Tuhan saja yang tahu anda akan berada di mana dalam kelahiran semula seterusnya…

Anda mesti rasa gembira, bersyukur kerana ada kaedah meditasi Quan Yin yang ditransmisikan kpd anda secara langsung daripada Tuhan, daripada Syurga melalui Guru ini. Banyak kononnya guru, jika berada di Peringkat Ketiga, itu dah bertuah bagi anda jumpai mereka. Mereka dapat fasih bercakap kerana jika berada di Peringkat Kedua, anda dah dapat bercakap dgn fasih sekali, dah petah bercakap, tetapi maksud saya, bagi minda biasa. Mungkin bagi pengamal Quan Yin, mereka tahu ini tiada apa-apa yang hebat. Mereka dapat lihatnya dgn serta-merta, tetapi hanya selepas mereka sudah diinisiasi ke dalam kaedah meditasi Quan Yin. Orang biasa, sangat sukar bagi mereka mendapat tahu siapa ialah siapa kerana orang yang fasih bercakap, berkelakuan mulia tak bermakna mereka sangat bermakrifat

kerana jika anda capai Peringkat Astral, anda sudah kelihatan baik. Jika anda berada di Peringkat Kedua, Peringkat Kedua rendah pun, anda dapat bercakap dengan fasih sekali. Kerana itu peringkat di mana minda dibuat, intelek dan sebagainya. Jadi anda dapat koreknya keluar dan bercakap tetapi ini tak bermakna anda tahu banyak tentang alam spiritual yang lebih tinggi. Anda dapat bercakap, dah tentu, jika anda meniru semua kata-kata saya di Supreme Master Television, dalam pita video dan buku saya. Anda boleh meniru itu dan bercakap tetapi anda ialah cangkerang kosong, tiada apa-apa pun di dalam. Anda tak dapat berkati orang. Anda tak dapat menaikkan orang. Anda tak dapat bebaskan mereka, diri sendiri pun tidak. Tetapi semua kononnya paderi, biksu dan satguru ini adalah banyak sekali. Apa yang boleh saya buat? Saya cuba sedaya upaya untuk beritahu kebenaran. Hati saya sangat sakit memikirkan orang yang masih tenggelam dalam kitaran macam ini. Tapi apa lagi yang boleh saya buat? Saya tak dapat tidur, tak berselera makan, malah tak dapat bermeditasi kadangkala kerana memikirkan segala kesakitan orang, orang-haiwan dan semua makhluk di dunia ini dan planet-planet lain juga.

Saya hanya boleh buat sebaik yang boleh dalam masa yang diperuntukkan. Saya bukan sahaja memberi inisiasi dan menjaga anak murid secara nampak, tak nampak, tetapi juga perlu bekerja sebagai editor Supreme Master Television. Saya juga perlu memeriksa apa boleh disiarkan di TV dan apa tidak kerana sesetengah topik tak begitu penting dan membuang masa orang. Kita bukan di sana untuk menghiburkan orang. Adalah mahal adanya TV seperti TV kita. Jadi kita tak boleh cakap tentang itu pun. Kita tak boleh ada apa-apa yang karut. Sebab itulah kadangkala saya juga tegas dengan orang saya. Saya mohon maaf dengan ikhlas. Kadangkala saya potong kerja anda atau padamkan sebahagian daripada penulisan anda dan sebagainya tetapi ini perlu dilakukan. Kita harus berikan yang terbaik, yang penting dan yang berguna kepada orang dan semua makhluk di planet ini.

Bergembiralah dengan saya masih di sini bekerja bersama anda, untuk anda, untuk kawan, saudara-mara, ahli keluarga dan nenek moyang anda, malah generasi akan datang daripada kaum kerabat anda, hingga sembilan generasi umumnya dan lebih banyak lagi, bergantung kepada siapa anda, kaum kerabat apa yang anda ada, apa jenis kerja yang anda buat juga dan di mana anda diami, segala-galanya – karma anda. Jadi anda mesti bermeditasi. Saya tahu adalah sukar untuk keluar dari katil panas tetapi pasanglah beberapa penggera dan letak penggera jauh dari anda supaya anda perlu bangun untuk tutupnya, dan keluar, cuci muka, gosok gigi, hirup udara segar, berjalan ke dewan untuk bermeditasi.

Kerana jika kita tak cukup kuasa dan kebijaksanaan di dalam, apa-apa pun yang kita buat hanyalah kelas yang lebih rendah. Kita tak dapat menawarkan yang terbaik jika kita tiadanya. Jadi tolonglah, bermeditasi. Jangan tidak hargainya. Jangan lalai dengan itu. Jangan ketinggalan. Anda berpeluang. Apabila tibanya masa bermeditasi, jika memang tidak cemas, anda perlu pergi bermeditasi dan kembali, bekerja semula lepas itu. Saya tahu kadangkala kita perlu banyak bekerja. Saya tahu akan itu. Saya juga. Tetapi kita perlu bermeditasi.

Ingatlah bahawa anda bukan satu-satunya orang. Sekurang-kurangnya saya bersama anda, dalam situasi yang sama atau lagi teruk. Jadi fikirkanlah itu. Anda perlu menyokong diri sendiri. Anda perlu galakkan diri sendiri, ilhami diri sendiri untuk membuat perkara yang betul. Perkara yang terbaik di dunia adalah bermeditasi dengan cara meditasi Quan Yin ini, yang paling baik untuk anda. Itu perkara terbaik yang boleh anda buat untuk diri sendiri. Jadi janganlah menyebabkan diri anda tidak mendapat berkat yang terbaik ini, benda paling berharga yang boleh anda miliki untuk diri sendiri, yang tiada apa-apa dapat musnahkan, tiada sesiapa dapat rampas drpd anda dan tiada sesiapa dapat halang anda daripada pergi ke Syurga. Setiap hari dan di akhirat. Tolonglah! Sangat penting. Sangat penting.

Bangun, bawa pad panas bersama anda jika itu waktu musim sejuk. Beli lebih banyak selimut atau beg tidur jika anda perlu. Beli selimut tebal yang saya beli untuk orang-anjing saya. Satu belah kelihatan seperti baldu dan satu belah lagi gebu seperti bulu biri-biri tetapi bukan. Ia hanya dibuat daripada bulu tiruan atau sesuatu. Itu sangat baik. Belilah yang besar, sebesar mungkin. Balutkannya pada anda dan balut kepala di dalamnya juga kecuali hidung, dan bermeditasi. Anda berjalan pergi dari bilik anda ke dewan meditasi dengan selimut panas itu, badan anda sudah panas di dalamnya. Kemudian pergilah bermeditasi.

Orang bekerja lebih keras daripada itu. Mereka mendaki gunung Himalaya, Gunung Sumeru, Gunung Everest. Saya tak tahu buat apa tetapi itu keghairahan mereka. Dan orang di luar kadangkala membuat banyak pekerjaan – dua, tiga pekerjaan untuk mencukupkan perbelanjaan, menyara keluarga. Peluh dan air mata mereka mengalir setiap hari. Sesetengah orang, buruh, angkat beg yang sangat berat setiap hari, perabot yang berat bagi memindah untuk orang lain di syarikat pemindahan. Sesetengah pemandu lori perlu memandu setiap hari, selama banyak jam, sejauh beribu-ribu kilometer, jauh dari rumah, isteri tersayang dan anak tersayang selama banyak hari, kadangkala selama banyak minggu atau bulan. Jadi sekurang-kurangnya anda cuba mendesak diri bangun dan pergi bermeditasi tepat pada masanya. Bersama-sama, meditasi berkumpulan adalah sangat penting, dalam kumpulan kecil anda yang berlainan pun – kumpulan di ashram atau kumpulan jauh. Ingatlah, perlakukan diri anda dengan baik sekali.

Saya perlu mengaku kepada anda, kadangkala saya malah nak tutup Supreme Master Television, mungkin saya akan tetap melakukannya, kerana saya bekerja keras sekali juga. Saya berada dalam badan manusia juga. Kadangkala badan manusia tak nak bekerja begitu keras, begitu banyak tetapi saya perlu teruskan. Saya perlu teruskan kerana roh saya lebih kuat daripada minda saya, dan minda saya lebih kuat daripada badan saya, jadi saya teruskan. Sekarang, ingatlah, ada orang yang berada dalam situasi yang lebih susah daripada kita. Kita berpeluang untuk ada keselamatan, ada bumbung di atas kepala kita, ada makanan setiap hari dan ada pekerjaan yang paling mulia di seluruh Alam Semesta untuk dibuat. Jadi satu-satunya perkara yg lebih sukar ialah meditasi kerana anda bekerja keras, kadangkala bekerja siang dan malam. Mungkin sekali-sekala anda boleh rehat jika terlalu letih atau benar-benar rebah, tetapi anda mesti pergi bermeditasi. Anda mesti mendesak diri supaya bangun dan bermeditasi. Kita ada meditasi tiga kali setiap hari bagi kakitangan di ashram. Anda mesti mematuhinya untuk membuat diri kekal cerdik dari segi mental dan sihat dari segi fizikal Keceriaan paling penting.

Makanan bukanlah satu-satunya benda yang anda perlukan. Meditasi lebih baik daripada semua makanan, malah lebih rela berlapar, lepaskan satu hidangan tetapi tidak terlepas waktu meditasi. Jika tidak, anda akan buat perbuatan yang sangat buruk terhadap diri sendiri. Anda perlu berbuat baik juga. Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berbuat Baik. Perbuatan baik pertama yang harus anda buat adalah untuk diri sendiri. Jadi anda tak boleh membuat diri anda lapar, kebulur dan dahaga sampai tahap badan akan menjadi lemah. Sama juga, dari segi rohani, roh anda perlu bermeditasi agar dapat mengikut sifat ketuhanan dalaman. Jika tidak, roh akan tidur, dorman saja. Maka ia seperti batu atau pokok? Tolonglah bermeditasi. Itu bukan suatu kewajipan. Saya tak nak kawal anda dan arahkan anda supaya bermeditasi tetapi anda harus mengawal diri, mengarahkan diri supaya berbuat baik untuk diri sendiri, untuk jiwa, untuk roh anda. Pada waktu meditasi, anda dapat lebih ingat akan Tuhan dan lebih banyak menenangkan fikiran.

Photo Caption: Tak Pedulikan Musim, Bertumpu di Dalam.

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android