Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bab 6 Inisiasi Menjadi Anak Murid “Anak murid mesti sentiasa ingat akan Tuhan dan Tuhan akan berada di mana-mana saja. Kita mengambil karma daripada orang di sekeliling kita dengan melihat mereka, memikirkan mereka, semasa berkongsi buku atau hidangan dll. Ini bagaimana kita berkati orang dan mengurangkan karma mereka. Sebab itulah kita beramal, untuk menyebarkan Cahaya dan hilangkan kegelapan. Mereka yang berikan karma kepada kita diberkati dan kita rela membantu mereka. Kita bukan beramal untuk diri sendiri saja tetapi untuk sesiapa saja yang kita temui. Sebab itulah kemajuan kita perlahan. Jika tidak, kita akan segera pergi ke Syurga dan siapa yang akan berkati dunia ini selepas pemergian kita? Jadi kita mesti berada di sini untuk langsaikan hutang kita dan berkati dunia. Kita berhubungan. Orang yang membuat jalan raya, pesawat atau rumah kita, semuanya menerima berkat daripada kita. Sama seperti jumlah yang dipotong secara automatik daripada cek gaji untuk insurans, keselamatan sosial dan sebagainya. Tidak dapat dielakkan! Kamu boleh memikirkannya dengan satu lagi cara. Jika kamu ingin jalani gaya hidup yang selesa, kamu perlu belanjakan banyak wang untuk beli ciptaan dan perkhidmatan baharu yang ditawarkan oleh masyarakat. Jadi apabila kita beramal, orang secara automatik berhak untuk ambil bahagian dalam hasilnya, dalam pahalanya. Itu bagaimana lima atau enam generasi boleh mendapat pembebasan, bagaimana kawan dan ahli keluarga kamu akan diberkati apabila meninggal dunia. Orang-orang ini berhubungan dgn kamu kerana mereka bantu kamu, kerana kamu sayangi mereka dan mereka sayangi kamu. Kebanyakan daripada anak murid kita, pada bila-bila mereka menemui anak murid lain di jalanan atau tempat lain, jika mereka terserempak di negara asing, mereka terasa macam mereka ialah ahli keluarga dan tahu bahawa mereka boleh percayai orang itu. Mereka tahu bahawa orang itu akan bantu mereka, sayangi mereka, atau sekurangnya takkan mudaratkan mereka. Oleh itu, jika seluruh dunia macam ini, apa yang kamu rasa? Sudah tentu, kita masih ada kegagalan dan personaliti kita tetapi kita tahu bahawa kita boleh saling mempercayai dan kita tahu kita ada kasih sayang. Kita tahu kita boleh berikan kasih sayang Kita tahu kita berikan apa-apa saja yang kita ada. Bagi ini, kita ada keyakinan sesama kita. Jika kita wujudkan dunia macam ini, kita tidak perlu pergi ke Syurga. Kita akan tinggal di sini juga. Oleh itu, kita mulakan dengan Nirvana dan berakhir di Bumi. Itu tidak mengapa. Kita telah nampak Sifat sebenar kita, kecerahan di dalam, keagungan di dalam. Apabila kita bercakap dengan orang lain, kita ada kebijaksanaan yang mengalir keluar. Kita rasa bahawa kita tahu lebih sekarang dan bahawa kita benar-benar dekat dgn Peringkat Santo. Tetapi pada waktu lain jika kita tidak berhati-hati, lupa akan keagungan kita, tidak gunakan kebijaksanaan kita, kelihatan macam kita kembali kepada tabiat lama yang sama. Oleh itu, Rukun dan diari spiritual wujud untuk mengingatkan kita bahawa kita ialah guru kita sendiri, pada bila-bila saja, sentiasa memeriksa, sentiasa mengawal dan sentiasa tahu apabila kita tersesat. Kamu seagung kamu membuat diri menjadi begitu. Kamu seagung dirimu apabila kamu gunakan keagungan kamu sendiri untuk manfaat orang lain dan untuk peningkatan diri. Jika tidak, jangan menyalahkan saya jika kamu tidak nampak Tuhan, jika kamu tidak tahu akan Sifat Buddha kamu, jika kamu tidak tahu Kerajaan Tuhan kamu. Kamu sendirilah yang harus disalahkan. Kamulah orang yang harus kamu bergantung pada diri utk mengetahui keagungan diri sendiri. Saya hanya menunjukkan jalan. Tidak kira berapa agungnya saya, kamu tidak mendapat manfaat jika kamu tidak cuba menemui keagungan diri sendiri dan menggunakannya. Okey? Sebenarnya, kita rajin beramal hanya untuk capai tahap relaks supaya kita dapat nikmati diri kita dan apa yang kita ada dalam sebarang keadaan, supaya kita dapat membuka hati, bertoleransi dengan apa-apa saja dan merasai Sifat Tuhan dalam semua makhluk supaya kita tidak pandang rendah terhdp sesiapa pun. Selepas meninggalkan dunia ini, seorang pengamal Kaedah Quan Yin tidak akan perlu lahir semula di dunia ini lagi kecuali orang ini ingin kembali ke sini sebagai Guru bermakrifat untuk bantu mengurangkan penderitaan manusia. Ini kerana ada banyak lagi alam yang indah, luar biasa untuk pengamal Kaedah Quan Yin pergi. Dia tidak perlukan dunia yang penuh penderitaan ini. Kebijaksanaannya, getarannya selepas mengamalkan Kaedah Quan Yin telah meningkat ke tahap Santo dan membolehkan dia layak hidup dalam kemegahan Kerajaan Tuhan.” […] Lima Rukun “Mata Kebijaksanaan kita buat masa ini penuh dengan halangan yang diwujudkan oleh kejahilan kita sendiri dan perbuatan tidak mulia sebelumnya. Untuk bersihkannya, kita perlukan tangan seseorang yang tahu. Kita perlukan kuasa besar daripada Tuhan yang kita semua ada di dalam diri kita. Hanya jika kita dapat buka ‘kepala paip’ baru dapat ia mengalir keluar. Ia seperti tangki air yang penuh dengan air tetapi dengan kepala paip yang tersekat. Jadi jika kamu mahu, saya boleh baiki kepala paip itu untuk kamu, secara percuma dan tanpa syarat kecuali kamu harus menyucikan diri, menjalani kehidupan yang mulia dan amalkan diet yang mulia. Mulai hari ini, kamu mesti bersumpah untuk tidak makan daging lagi, tidak mengambil nyawa, tidak berbohong, tidak mencuri dll. Itu betul-betul sama dengan Sepuluh Rukun Bible, atau lima rukun agama Buddha yang menyatakan: Jangan membunuh, jangan berbohong, jangan berzina, jangan mencuri, jangan minum arak, berjudi atau mengambil dadah.” ‘Saya Datang untuk Membawa Anda Pulang’ boleh dimuat turun secara percuma di SMCHBooks.com dan telah diterbitkan dalam bahasa Arab, Âu Lạc (Vietnam), Bulgaria, Cina, Czech, Inggeris, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Indonesia, Itali, Korea, Parsi, Poland, Romania, Rusia, Sepanyol, Turki dan sebagainya.