Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebabkan Kurang Kesakitan dan Karma: Tumbuhan Lebih Sesuai Dimakan, 4/5

2024-04-29
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya perlu mencari duit seperti semua orang yang lain. Saya perlu jalankan perniagaan – rekaan saya sendiri, ciptaan saya sendiri pun, seperti barangan kemas, pakaian, lukisan dan karya lain tetapi orang mengkritik saya juga kerana menjalankan perniagaan. “Sebagai Guru atau pengamal spiritual, saya tak harus jalankan perniagaan sama sekali.” Barangkali saya harus pergi ke jalanan dengan mangkuk sedekah, huh? Pada zaman moden ini, adalah tidak baik hidup macam itu. […] Wang saya bukanlah wang ‘saya’. Sedekah saya bukanlah keputusan saya. Saya buat segalanya mengikut Kehendak Tuhan. Sebab itu saya sentiasa syukur kpd Tuhan Meskipun saya dapat memperoleh wang, itu Rahmat Tuhan dan sokongan Syurga juga. […]

Masalah fizikal kadangkala tidak seteruk masalah mental dan psikologi. Segala jenis masalah. Kerana mereka tak tahu bagaimana keluar dari perangkap maya, kejahatan, persekitaran, situasi buruk dan tenaga buruk. Manusia memang patut dikasihani. Sebab itulah Tuhan sentiasa hantar Santo-Nya, Anak-Nya turun ke sini untuk bantu kita. Tetapi kita tidak semuanya dengar. Kebanyakan daripada kita tidak dengar. Sebab itulah dunia terus menjadi seperti sekarang dan kadangkala kelihatan menjadi lebih teruk. Jadi kita alami lebih banyak bencana, lebih banyak kesusahan hari ini dan peperangan dari negara ke negara. Kita tak tahu pun apa akan berlaku seterusnya. Kebanyakan daripada kita tak tahu. Walaupun Santo, Orang Suci dan orang terus mata sentiasa beritahu kita, “Jika kamu nak elakkan lebih banyak kesusahan, lakukanlah ini, lakukan itu. Hidup dengan betul. Jangan membunuh, jangan mencuri,” kebanyakan manusia tetap tak dapat dengar itu dan mengamalkan prinsip mudah itu untuk membuat diri kekal selamat, sihat, normal dan manusia sejati. Sebaliknya, mereka cari segala jenis alasan untuk memfitnah Guru atau buat Mereka dimudaratkan dengan sebarang cara mungkin. Sejak zaman dahulukala, ini sentiasa berlaku.

Anda lihat berapa banyak Guru, berapa banyak ahli falsafah agung, Santo dan Orang Suci telah dicederakan di dunia ini? Anda lihatlah senarai sejarah dan anda akan tahu: tiada satu pun drpd Mrk jalani kehidupan yang baik. Guru sebenar tiada. Guru palsu, ya, mereka ada banyak pengikut, banyak kekayaan, banyak orang memuja mereka dan berikan segala jenis benda yang diperlukan kepada mereka. Mereka kelihatan elok, sihat dan ceria. Guru sebenar menderita. Hanya Guru sebenar benar-benar

menderita. Tetapi di dunia ini, apa yang kita harapkan? Hanya suatu contoh mudah: Anda bekerja keras sekali, peluh dan air mata setiap hari – sewaktu sakit pun, anda tak boleh sentiasa ambil cuti sakit – hanya utk memperoleh beberapa ratus dolar seminggu. Anda tetap perlu bayar cukai daripada itu. Jika anda tak bayar cukai, anda malah mungkin masuk penjara atau barangan anda disita, dirampas daripada anda. Jika anda tak cukup wang untuk bayar sewa atau pinjaman gadai janji, anda akan tinggal di jalanan lebih cepat daripada yang anda fikirkan. Kejadian berlaku tanpa diduga, kemudian anda kehilangan pekerjaan. Anda jatuh sakit. Anda tak cukup wang bagi membayar untuk hospital, maka anda keluar dari rumah anda. Setelah anda tak berumah, anda tak boleh mendapat pekerjaan lain, sangat sukar.

Tetapi semua wang hasil titik peluh orang yang mematuhi undang-undang, hormati peraturan dan bayar cukai ini, semua wang ini pergi ke mana? Ia disalurkan untuk mensubsidi pembunuhan orang-haiwan untuk dimakan, menyokong peperangan atau menentang peperangan. Kita menyokong peperangan atau bertempur dalam peperangan, semua ini perlukan wang. Ia datang dari mana? Pembayar cukai. Peperangan dan industri orang-haiwan menelan belanja berbilion-bilion dolar, kadangkala dalam seminggu atau sebulan saja, apalagi setahun. Anda boleh baca di Internet. Anda akan tahu peperangan menelan berapa banyak belanja setiap hari dan subsidi untuk industri orang-haiwan menelan berapa banyak wang cukai anda.

Excerpt from “The Economics of Meat Production” by Climate One – Mar. 25, 2014, David Simon, JD (vegan): Saya mengira dalam buku saya jumlah subsidi yang kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berikan untuk penternakan haiwan setiap tahun di negara ini. Saya mengira angka itu kira-kira AS$38 bilion (2023: AS$59 bilion). Untuk memberi gambaran, itu kira-kira separuh daripada apa yang semua negeri belanjakan pada bantuan pengangguran tahun lalu. Angka itu barangkali peringkat magnitud yang lebih tinggi daripada angka yang orang fikirkan secara tipikal apabila mereka memikirkan subsidi pengeluaran makanan haiwan. Tetapi ini kerana, seperti yang saya dah kata, di negara ini, kita gunakan lebih separuh daripada tanah kita bagi menanam tanaman untuk ternakan dan banyak mensubsidi tanaman untuk ternakan, jadi pengeluar mendapat manfaat daripada subsidi ini. Apabila kita mengira subsidi untuk makanan haiwan, kita perlu masukkan subsidi bagi tanaman untuk ternakan. Ini termasuk bukan sahaja subsidi untuk seperti insurans tanaman tetapi juga subsidi pengairan yang diberikan di peringkat negeri dan persekutuan.

Tetapi malang menimpa anda jika anda terlupa bayar cukai atau tak tahu bagaimana bayar cukai. Hanya atas beberapa ratus dolar saja, anda akan masuk penjara, akan alami kesusahan besar. Tetapi wang anda, wang hasil titik peluh anda, tiada banyak faedah untuk anda, anak anda kerana semuanya dibakar dalam peperangan atau disalirkan ke dalam sungai berdarah, tasik berdarah industri penternakan orang-haiwan.

Ada banyak perkara yang tidak wajar di dunia ini. Ketakadilan ada di mana-mana saja. Kita tak boleh mengadu pun. Tiada orang yang akan dengar aduan kita. Orang baik seperti Guru selalunya atau hampir sentiasanya dalam kesusahan. Orang akan buat aniaya terhadap Mereka, berikan reputasi buruk kepada Mereka akan buat apa-apa saja utk buat Mereka rebah pada bila-bila saja boleh, cuba bunuh Mereka atau berikan nama buruk kepada Mereka. Segala-galanya yang direka-reka atau dibuat-buat oleh mereka untuk membuat Guru mati terseksa, masuk penjara atau segala jenis kejadian yang akan berlaku yang tidak baik untuk Guru, apalagi sama ada Mereka akan ada pengikut yang 100% percaya kepada Mereka.

Sebab itulah Nabi Isa mati dengan cara yang begitu kejam. Buddha dipotong jari kaki-Nya dan elakkan kematian banyak kali. Banyak Guru yang lain tidak diterima oleh sistem biasa dan mati sama ada secara senyap atau di khalayak ramai dengan cara yang anda takkan rasa penjenayah akan alami pun. Mereka mati dalam penjara, dgn racun, mati pada salib dengan penyaliban, dengan pembunuhan atau dengan disalah tuduh. Reputasi Mereka pun mati bersama Mereka juga. Kemudian selepas itu, orang bina rumah ibadat, bina gereja, bina ashram untuk memuja Guru. Tetapi apabila Mereka mati terseksa, tiada orang yang dapat bantu Mereka. Tiada orang yg dapat selamatkan Mereka

Bukanlah Guru begitu pedulikan hidup dan mati tetapi jika Mereka hidup, Mereka dapat mengajar kita jauh lebih banyak perkara. Mereka boleh menemani kita dalam peningkatan dan perbaikan spiritual kita, dengan itu membuat masyarakat jadi lebih waras, lebih baik, lebih selamat, lebih damai untuk semua penghuni bersama di dunia. Tetapi manusia ganggu Mereka, tidak berikan ketenangan dan keselesaan kpd Mereka utk membuat kerja Mereka.

Jika kita seorang guru biasa, kita dibayar, ada waktu cuti, malah ada wang persaraan. Tetapi jika kita seorang Guru sebenar, oh, oh! Jika mereka tidak bunuh kita, kita dah rasa bertuah. Jika kita menerima tawaran daripada anak murid, mereka akan kata, “Oh! Kamu ajar mereka hanya supaya kamu dapat mengisi perut atau miliki rumah yang baik.” Jika kita membuat duit, jalankan perniagaan untuk peroleh wang bagi menyara diri dan tanggungan, atau bagi mengadakan khutbah, membayar kos segala ajaran kita, maka mereka akan kata, “Ah! Kamu bukan pengamal sebenar kerana kamu tamak. Kamu nak membuat duit. Sebab itu kamu jalankan perniagaan,” dan sebagainya. Jadi Guru tak dapat menang di dunia ini. Kebanyakan Guru mati terseksa macam itu. Anda tahu akannya. Anda baca semua sejarah agama, kemudian anda akan tahu.

Saya sendiri pun alami masalah yang serupa. Saya perlu mencari duit seperti semua orang yang lain. Saya perlu jalankan perniagaan – rekaan saya sendiri, ciptaan saya sendiri pun, seperti barangan kemas, pakaian, lukisan dan karya lain tetapi orang mengkritik saya juga kerana menjalankan perniagaan. “Sebagai Guru atau pengamal spiritual, saya tak harus jalankan perniagaan sama sekali.” Barangkali saya harus pergi ke jalanan dengan mangkuk sedekah, huh? Pada zaman moden ini, adalah tidak baik hidup macam itu. Di negara agama Buddha pun, orang tidak buat begitu. Masih ada tradisi ini di sesetengah negara Asia. Mereka keluar untuk meminta makanan sehari sekali dan penganut Buddha akan berikan makanan kepada mereka. Di India, tradisi ini masih sangat biasa. Pendeta tidak berduit dan pergi ke sana sini, bergantung kepada tawaran makanan atau pakaian daripada pengikut. Tetapi hari ini, orang mengikut segala jenis agama dan tidak benar-benar mengekalkan tradisinya. Jadi saya tahu akan banyak pendeta yang berlapar selama banyak hari dan tiada makanan.

Orang saya sendiri pun, sesetengah drpd mereka mengkritik saya di depan saya. Seperti jika saya nak memberi untuk sesuatu bencana atau pertubuhan sebanyak AS$20,000, maka mereka mengkritik saya. Mereka kata, “Kamu mesti berikan AS$40,000.” Pada mulanya, mrk kata, “AS$50,000.” Kemudian saya kata, “Tidak, tak boleh.” Mereka kata, “40 (ribu).” Asyik bertikai macam itu. Saya kata, “Saya tak memperoleh begitu banyak.” Saya berpakaian elok, memakai barang kemas dan sebagainya seperti orang kaya tetapi ini hanya kerana saya menciptanya, jadi murah bagi saya memakai tetapi bukan untuk saya simpan. Itu seperti iklan supaya orang lihat apa yang baharu agar mereka dapat beli. Kerana jika saya tidak jual pakaian kepada mereka, jika saya tidak mencipta pakaian atau barangan kemas ini, maka orang yang perlukannya akan beli di luar juga. Mereka akan belanjakan wang untuk beli barangan kemas di luar. Saya rasa ciptaan barangan kemas dan pakaian saya sangat cantik. Jadi jika mereka nak belinya, itu memang berbaloi. Mereka perlu belinya, macam mana pun, sama ada daripada saya atau orang luar, sama saja.

Semua wang ini saya gunakan untuk Supreme Master Television atau bantuan bencana. Saya gunakan apa yang saya ada. Saya tak boleh gunakan lebih drpd itu kerana saya tak nak berhutang apa-apa kepada bank. Saya gunakan ikut kemampuan saya tetapi ini tak bermakna saya ada banyak. Saya memang ada banyak tetapi tidak terlalu banyak. Kita ada secukupnya untuk berbelanja – lebih banyak sikit daripada cukup – tetapi kita takkan tahu. Seperti pada waktu pandemik, saya perlu belanjakan banyak tanpa memperoleh banyak kerana orang tidak datang membeli barang. Misalnya macam itu. Itu untuk hari susah. Semua orang, bukan saya sendiri saja, perlu simpan wang. Kita kata, “Simpan untuk hari susah.” Kita semua tahu akan itu. Saya sentiasa perlu bercermat-cermat supaya Supreme Master Television kita, contohnya, akan berterusan, penyebaran Kebenaran dan Dharma kita akan diteruskan. Amal jariah kita, pada bila-bila orang perlukan bantuan bencana, kita menyumbangkan sebanyak yang kita mampu juga, sebanyak yang Syurga izinkan. Kerana jika saya berikan lebih banyak, mungkin itu tak bantu mrk sama sekali. Mungkin mereka ada karma lain, sesuatu macam itu.

Wang saya bukanlah wang ‘saya’. Sedekah saya bukanlah keputusan saya. Saya buat segalanya mengikut Kehendak Tuhan. Sebab itu saya sentiasa syukur kpd Tuhan Meskipun saya dapat memperoleh wang, itu Rahmat Tuhan dan sokongan Syurga juga. Banyak orang mungkin lebih berbakat daripada saya. Mereka juga buat barangan kemas atau pakaian tetapi tak memperoleh begitu banyak wang, atau mungkin tidak berjaya dalam perniagaan. Jadi segalanya ialah Kehendak Tuhan, sama ada saya berjaya memperoleh wang atau tidak. Segalanya mengikut Kehendak Tuhan, sama ada kita dapat teruskan Supreme Master Television atau tidak.

Saya tak suka mengambil derma. Saya tak suka meminta pengikut, anak murid, orang yg percaya kpd saya supaya berikan apa-apa kepada saya kerana kehidupan mereka susah juga. Saya tak tahu berapa banyak yang anak murid saya peroleh. Saya tak pernah tanya mereka berapa banyak yang mereka peroleh. Saya tidak tanya apa pekerjaan mereka untuk menyara hidup. Sekarang ini, oleh sebab kita ada Supreme Master Television, kita juga perkenalkan apa pekerjaan mrk supaya orang tidak ingat kita semua duduk-duduk saja, menunggu kerajaan bekalkan wang kepada kita atau makan cukai anda, misalnya macam itu.

Kita buat segalanya secara terbuka. Sebab itu kita perlu kata apa pekerjaan juruacara dan sebagainya. Hanya jika juruacara atau kakitangan, orang pasukan benarkan. Jika tidak, kita tidak buat mereka menjadi juruacara jika mereka tak nak. Mereka semua sendiri mahu melakukannya. Kita juga tidak berikan maklumat mereka – bukan seluruhnya, maklumat lengkap – untuk melindungi privasi mereka.

Jadi lihatlah, jika saya mencari duit, orang mengkritik juga. Jika saya berikan wang, orang saya sendiri pun mengkritik, beritahu saya mengapa saya berikan begitu sedikit. Saya harap saya dapat beri lebih banyak, memang macam itu. Saya rasa sangat malu dengan saya tak dapat berikan jauh lebih banyak lagi. Tapi kita semua buat apa yg boleh, kan? Jadi mereka tak harus mengkritik saya kerana berikan sedikit, mencari duit atau apa-apa seperti itu. Kita semua ada karma sendiri untuk dilangsaikan. Kita semua ada tanggungjawab untuk dilaksanakan. Macam itulah di dunia ini.

Photo Caption: Hujan Kasih Sayang? Oh Yeh!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Episod  4 / 5
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android