Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dunia Ini Terbentuk daripada Apa, Bahagian 1 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Lihatlah, 41% daripada populasi dunia masih dalam kategori ini!! Mereka adalah macam itu: manusia bukan manusia. Mereka buat apa yang mereka buat: perbuatan jahat. Jika peratusan ini menjadi lebih besar dengan segala cara pengaruh negatif, maka kuasa dominan mereka akan tak dapat dibayangkan. Maka manusia akan ditundukkan sepenuhnya, dihambakan atau disingkirkan daripada hidup! Itu boleh menjadi kesudahan yang dikesali. Jadi anda lihat seksaan yang sangat kejam dalam peperangan; pembunuhan sewenang-wenang sadis; penyuntikan ketakutan, kesakitan dan penderitaan tak berhujung bagi orang miskin, orang-haiwan tak berdosa; bencana bawa maut yang tak henti-henti; wabak bawa maut yang berterusan; dan pergolakan yang tak terkira dalam masyarakat penuh huru-hara!!!

Hai, semua, semua orang tersayang Tuhan. Saya telah cuba segalanya yang boleh untuk buat dunia ini menjadi tempat yang lebih baik bagi semua orang tetapi hasilnya tidak sebanyak yang saya mahukan kerana dunia ini berbeza. Orang tak sentiasa dengar suara lebih tinggi, nasihat lebih tinggi dalam hati mereka sendiri. Roh adalah suci sepenuhnya. Ia tiada secalit habuk pun padanya tetapi minda, hati, intelek dan banyak fakulti yang lain seperti jiwa, emosi dan sebagainya adalah berbeza sepenuhnya.

Jadi saya tanya Syurga mengapa keamanan tidak datang. Anda dah tahu akan jawapannya daripada mesej saya sebelumnya. Jadi sekarang saya berfikir, okey, jika anda semua benar-benar ingin… Maksud saya, banyak daripada anda, malah separuh daripada anda atau majoriti daripada anda ingin cuba cara pulang ke Syurga yang menyeksakan selama-lamanya ini, maka saya akan hormati itu. Saya akan biarkannya saja.

Sementara itu, saya akan cuba bantu sesiapa saja yang boleh dan mana-mana roh yang memahami logiknya, rasa dah begitu jemu dengan dunia fana, ilusi, delusi ini dan benar-benar ingin pulang ke Rumah dengan cara yang paling pantas, paling senang, tanpa syarat. Tanpa syarat kerana selepas inisiasi, anda tak perlu buat banyak, hanya bermeditasi, hormati Hukum Tuhan Hukum Alam Semesta. Sebenarnya Tuhan Yang Maha Berkuasa tiada sebarang Hukum. Dia tidak menghukum, tidak memberi ganjaran, hanya mahu anda pulang ke Rumah dengan apa-apa saja cara kita ingin lakukan. Tetapi masalahnya, hati saya, jiwa saya rasa begitu sedih menyaksikan penderitaan semua makhluk terutamanya manusia dan orang-haiwan. Orang-haiwan juga, sesetengahnya datang daripada karma hayat lampau dengan membunuh orang lain atau haiwan untuk dimakan tetapi sesetengah orang-haiwan datang secara sukarela dalam bentuk haiwan untuk membantu manusia. Tetap tiada banyak yang boleh kita buat untuk menyedarkan sesetengah manusia kerana mereka telah diracun, dibasuh otak ke dalam sistem rumit, dahsyat, memerangkap yang hambakan mereka hayat demi hayat ini. Itu boleh selama-lamanya. Itu sangat menyakitkan untuk disaksikan, dilihat setiap hari.

Anda ada kemahuan bebas dan ingin gunakannya macam itu. Apa yang boleh saya buat? Saya juga tanya mengapa banyak kali keamanan sepatutnya datang, sekurang-kurangnya sebelumnya, mengapa belum datang lagi. Mereka beritahu saya, “Berkenaan dengan keamanan, Engkau tak harus biar manusia tahu kerana jika Engkau biar mereka tahu, mereka akan hancurkannya.” Sekarang saya telah lihatnya beberapa kali sekurang-kurangnya. Seperti veganisme sepatutnya datang lebih awal, beberapa tahun yang lalu. Ia tidak kerana ia diumumkan. Kemudian diumumkan bahawa keamanan akan datang dan manusia terdengarnya.

Saya terlupa bahawa dunia ini tidak terdiri daripada semua orang yang layak menjadi manusia tetapi mereka juga terdiri daripada syaitan, hantu, tenaga buruk. Kerana syaitan dan hantu tak sentiasanya tercipta daripada Roh asal, kemudian bertukar menjadi status itu tetapi mereka benar-benar terbentuk daripada tenaga buruk daripada fikiran manusia, perbuatan manusia, dan nafsu manusia – nafsu tersembunyi, nafsu buruk atau nafsu rendah. Itu masalahnya. Untuk semua tenaga ini hilang, itu mengambil masa yang sangat, sangat panjang. Belum kata lagi berapa banyak badan manusia telah diduduki atau dirasuk entiti yang lebih rendah seperti iblis, syaitan, hantu, makhluk neraka. Itu pun jika mereka ialah makhluk.

Lihatlah, 41% daripada populasi dunia masih dalam kategori ini!! Mereka adalah macam itu: manusia bukan manusia. Mereka buat apa yang mereka buat: perbuatan jahat. Jika peratusan ini menjadi lebih besar dengan segala cara pengaruh negatif, maka kuasa dominan mereka akan tak dapat dibayangkan. Maka manusia akan ditundukkan sepenuhnya, dihambakan atau disingkirkan daripada hidup! Itu boleh menjadi kesudahan yang dikesali. Jadi anda lihat seksaan yang sangat kejam dalam peperangan; pembunuhan sewenang-wenang sadis; penyuntikan ketakutan, kesakitan dan penderitaan tak berhujung bagi orang miskin, orang-haiwan tak berdosa; bencana bawa maut yang tak henti-henti; wabak bawa maut yang berterusan; dan pergolakan yang tak terkira dalam masyarakat penuh huru-hara!!!

Semua elemen penghalang ini saya cuba tak pedulikan supaya menumpukan perhatian saya pada sebelah positif untuk membuat kerja saya, percayai Rahmat Tuhan dan mendoakan kelangsungan dunia kita. Tetapi bantuan manusia memang diperlukan. Tiada satu pun Guru masa lalu, masa sekarang atau masa depan yg dapat lakukan semuanya sendirian/tanpanya!!! Tetapi ini sifat saya – doa, meditasi dan harapan masih bernyala. Disebabkan Kasih Sayang!

Sebab itulah banyak Guru, sejak zaman dahulukala, datang dan pergi, membawa bersama Mereka hanya sebilangan kecil anak murid, roh yang diselamatkan, kerana Mereka tahu akan semua prinsip ini. Oleh itu, dunia ini, seluruh dunia sebagai suatu gambaran lengkap, tak begitu senang untuk dikendalikan. Semua Guru tahu akan itu. Sebab itu Mereka tidak berfikir atau cuba selamatkan semua makhluk di planet ini. Mereka hanya buat apa yang boleh, kemudian tinggalkan sini. Sekarang kita hanya ada kita di sini, anda dan saya, cuba bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan dilema ini, bantu roh yang menderita dan makhluk fizikal di planet ini. Tetapi masalahnya, saya tak dapat buat semuanya seorang diri Tiada orang yang dapat walaupun hati saya sakit setiap hari, cuba membantu, cuba buat sebaik mungkin untuk bantu menyelamatkan planet ini, makhluk di planet ini untuk pembebasan mereka.

Adalah tidak cukup baik hanya pergi ke Syurga untuk seketika, nikmati segala pahala anda sehingga habis, kemudian kembali ke dunia ini semula kerana anda akan menderita lagi, tetapi jika itu apa yang anda mahukan: menderita hayat demi hayat dalam kitaran kesakitan, kesedihan, pemisahan, penderitaan ini – fizikal, mental, emosi dan entah apa lagi – maka saya akan hormati itu. Tetapi hati saya akan sakit selama-lamanya selagi saya masih hidup di dunia ini dan lihat bagaimana anda alami kedukaan kesakitan besar dan kekecewaan. Segalanya di dunia ini ialah perangkap. Itu perangkap yang susah. Itu suatu helah. Segalanya di dunia ini ialah suatu kerjasama untuk membuat anda menderita, membuat anda sibuk, membuat anda tiada masa untuk ingat akan Tuhan pun.

Meskipun anda pergi ke gereja, nyanyikan psalm dan sebagainya, fikiran anda masih memikirkan sesuatu yang lain: kerja, teman wanita, kesedihan, hubungan cinta yang hancurkan hati, kesusahan anak dan kegagalan atau kejayaan perniagaan anda – apa-apa saja yang lain kecuali Tuhan. Meskipun anda memikirkan Tuhan sekejap, itu tidak dengan sepenuh hati. Ia tak berdoa dgn bersungguh-sungguh untuk pembebasan, untuk kebijaksanaan, untuk makrifat, untuk menjadi anak Tuhan yang mulia seperti diri yang asal, untuk membantu diri sendiri dan dunia menjadi tempat yang lebih baik, malah syurga. Anda masih balik ke rumah seperti biasa, menikmati daging berdarah makhluk lain yang masih hidup dan bernafas semalam. Saya tak tahu apa lagi yang nak beritahu anda. Saya cuma harap kitaran penderitaan anda akan berakhir dgn lebih cepat daripada sebagaimana yg dunia buatnya utk anda buat masa ini. Karma dan pengaruh kuasa negatif di dunia ini tidak biarkan anda, tidak benarkan anda faham bahawa bermurah hati, berbelas kasihan, bersifat pengasih adalah bermanfaat kepada roh anda, diri sendiri, di dunia ini dan di akhirat jika anda percayai alam akhirat.

Bukanlah veganisme yang akan selamatkan dunia ini. Konotasi berbelas kasihan, komponen berbelas kasihan dalam cara hidup inilah yang akan wujudkan tenaga yg lebih baik, tenaga yang lebih bermanfaat di dunia yang anda diami ini. Anda akan mendapat manfaat drpdnya. Sebab itulah dunia akan menjadi lebih baik. Segalanya akan menjadi lebih baik. Segalanya akan menjadi lebih baik untuk anda hidup, nikmati segala jenis kebebasan di dunia ini, hampir seperti di Syurga. Kerana tenaga veganisme, dengan belas kasihan dan sifat pengasih dalamnya, akan mengubah suasana dunia yang anda diami ini. Kemudian anda akan mendapat manfaat. Saya boleh bercakap selama-lamanya tapi mungkin hanya sesetengah daripada anda akan faham apa yang saya katakan. Maka biarnya begitu.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/2)
1
2023-10-01
10521 Tontonan
2
2023-10-02
6714 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android