Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Testimoni Syurga, Bahagian 8 – Kenaikan Badan Spiritual ke Alam Buddha dan Bertemu dengan Bodhisattva Quan Yin

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Pada suatu pagi tidak lama selepas inisiasi, saya sedang bermeditasi dan hampir masuki samadhi. (Walaupun badan fizikal saya beransur-ansur hilang deria rasa, roh saya masih sangat sedar.) Saya boleh rasai arus panas bergerak secara perlahan-lahan di seluruh badan dan anggota saya. Terasa panas dan tidak senang di seluruh badan, saya dengan resah cuba bebas daripada segala sekatan dan terbang tinggi-tinggi. Tiba-tiba, ‘whiz’! Roh saya tiba-tiba keluar dari mata kebijaksanaan saya dan terbang ke dalam angkasa malam yang tak terbatas dengan kelajuan supradunia yang sukar dipercayai. Ada berhenti sekejap, diikuti oleh satu lagi kenaikan yang pantas. Kemudian berhenti sekejap lagi, ada kenaikan ketiga, berakhir dengan keadaan tak bergerak.

Dengan senggang, saya mendongak lihat angkasa penuh bintang berkerlipan. Saya dapat dengar angin yang bersiul dan guruh yang bergemuruh. Bunyi Syurga yang menakjubkan ini berderam seperti gunung yang runtuh dan ombak laut yang bergelora, seperti beribu-ribu askar berkuda meluru melalui situ. Satu perkara sangat ganjil. Berseorangan di kosmos yang megah, tak terhingga ini, badan spiritual kecil saya tidak rasa sunyi atau takut. Sebaliknya, saya rasa bersemangat, segar semula, relaks dan bebas. Saya sangat gembira. Sepanjang masa ini, saya tidak lupa untuk melafazkan Lima Nama Suci. Sedar sepenuhnya, saya dapat rasa bahawa Guru yg dikasihi sentiasa berada di sisi saya. Saya bermandikan kasih sayang tak terbatas yang Guru kurniakan kepada saya.

Lepas beberapa hari, saya alami satu lagi pengalaman yang menakjubkan sewaktu bermeditasi. Bunga api keemasan yang sangat cantik, terang berpercikan secara berterusan. Di tengah-tengah kecerahan yang tinggi, saya ternampak dengan jelas bentuk penjelmaan megah Buddha Tathagata (Shakyamuni). Saya juga dapat dengar muzik supradunia yang sangat merdu.

Selepas bermeditasi, bunyi Guru menyanyikan nyanyian puja Buddha bergema di dalam bilik saya. Begitu kagum dan gembira, dengan serta-merta saya terus bermeditasi dan dengar dengan mata kebijaksanaan. Selepas beberapa minit, saya curi-curi buka mata dan dengar dengan telinga manusia. Suara merdu Guru masih begitu jelas dan mempesonakan. Saya buka dan tutup mata beberapa kali. Lebih sepuluh minit berlalu baru suara Guru beransur hilang akhirnya. Saya berterima kasih atas berkat tambahan Guru untuk saya!

Tidak lama selepas itu, Guru yang berbelas kasihan biar saya alami satu lagi ‘kenaikan ke Syurga’. Saya di angkasa di alam Buddha terang dan berwarna-warni yang saya nampak sebelumnya. Di rumah agam megah, berwarna-warni dan sangat cantik yang dikelilingi oleh aura, saya ternampak penyelamat yang paling berbelas kasihan, agung – Bodhisattva Quan Yin (Avalokitesvara) bergaun putih dan bertopi putih yang sudah berdekad-dekad saya puja dan ingin lihat. Dalam tahun-tahun dahulu yang paling susah dan muram, seluruh keluarga kami, tua dan muda, dapat menempuh segala kesusahan disebabkan oleh perlindungan dan berkat Bodhisattva Quan Yin.

Sekarang saya menyedari bahawa Bodhisattva Quan Yin ialah Guru Ching Hai yang dikasihi. Menulis ini, air mata mengaburkan penglihatan saya. Air mata gembira, rasa syukur asyik mengalir di pipi. Saya tidak dapat mengekspresikan kasih sayang tak terhingga dan rasa terima kasih saya kepada Guru tersayang saya!

Kesan sampingan vegan: Nama anda tak dapat dirahsiakan di Syurga.

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk saksikan dan muat turun lebih banyak testimoni, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (8/20)
1
2021-05-24
12160 Tontonan
3
2021-07-06
9324 Tontonan
9
2022-02-25
6363 Tontonan
10
2021-07-31
7769 Tontonan
15
2022-05-05
6217 Tontonan
16
2022-12-28
4559 Tontonan
19
2024-01-02
5262 Tontonan
20
2024-06-04
2853 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android