Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Testimoni Syurga, Bahagian 3 – Vegan ialah Jalan ke Syurga

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Q(f): Ada seorang lagi pengamal tua. Dia berusia lebih 80 tahun. Suatu kali, dia tinggalkan badannya dan pergi ke Syurga. Begitu indah di atas sana sehingga dia tak nak turun ke sini. Pada masa itu, beberapa Buddha dan Bodhisattva ada di atas sana. Salah satu Bodhisattva kata kepadanya, “Engkau mesti turun ke bawah sekarang. Penghuni Bumi banyak menderita. Belum tiba masanya kau tinggal di sini.” Mendengar itu, dia begitu kecewa sehingga menangis. Melihat keindahan Syurga, dia memang enggan turun ke sini. Dia kata, “Aku dah tua sangat tapi Engkau suruh aku turun ke bawah. Apa yang boleh aku buat?” Bodhisattva di atas sana berkata, “Engkau mesti turun ke bawah. Engkau masih ada misi untuk menyelamatkan 10,000 orang.”

Guru: Wau!

Q(f): Dia sangat kecewa sehingga menangis sambil berfikir, “Aku dah tua sangat. Aku dah berusia lebih 80 tahun dan tak dapat berjalan dengan baik. Mana dapat aku selamatkan orang lain?” Dia terus menangis kerana kecewa.

Kemudian orang lain di sebelah berkata, “Hei! Jika engkau tak dapat selamatkan mereka satu demi satu, maka engkau boleh cari seseorang yang nama akhirnya Wan (bermaksud 10,000) dan selamatkan dia.” Oh! Mendengar kata-kata itu, dia merenung orang yang kelihatan sangat pemurah dan menawan itu. Kemudian dia kata, “Baiklah. Aku akan turun untuk cari orang yang nama akhirnya Wan dan selamatkan dia.”

Lepas itu, dia turun ke sini dengan serta-merta dan benar-benar jumpai seseorang yang nama akhirnya Wan (bermaksud 10,000). Dia buka sebuah restoran daging. Dia mengubahnya dan dia tutup restoran dagingnya. Kemudian Bodhisattva beritahunya bahawa dia akan meninggal pada pukul 8 pagi Isnin. Dia kumpulkan semua ahli keluarga termasuk anak perempuan dan lelakinya.

Menantu lelaki yang menguruskan restoran daging ialah orang terakhir yang tiba. Kemudian dia mendapati ibu mentuanya sedang bermeditasi di atas platform. Dia bermeditasi dengan kaki bersila. Dia lihat ibu mentuanya dan mendapati pada mata kebijaksanaannya ada bunga teratai keemasan yg bersinar. Bunga itu pancarkan gelombang cahaya. (Wau!) Dia kata, “Ibu sentiasa beritahu saya supaya jangan buka restoran daging. Memang ada Buddha dan Bodhisattva. Saya percaya sekarang. Saya akan tutup restoran saya esok.” Jadi pada keesokan harinya, sebuah lagi restoran daging ditutup. Kemudian pengamal tua itu meninggal dengan tenang sekali.

Guru: Wau!

Q(f): Ada pengamal tua ketiga. Dia berusia 70-an. Suatu kali, ketika dia duduk di atas katil, rohnya pergi ke Syurga Barat secara tiba-tiba. Dia berada di luar ‘Air Lapan Pahala’ tetapi tak dapat masuk. Dia lihat Syurga Barat sangat indah. Jadi dia tanya Bodhisattva di sebelahnya, “Hei! Boleh Engkau biar aku masuk untuk lihat?” Bodhisattva berkata, “Tidak, tak boleh. Kau bukan vegan, jadi tak boleh masuk.” Dia kata, “Vegan? Aku bukan vegan. Sangat sukar nak menjadi vegan.” Seorang lagi di sebelahnya berkata, “Menjadi vegan adalah senang. Tidak susah. Menjadi vegan adalah sangat senang.”

Dia beritahu saya kemudiannya bahawa orang yang berkata bahawa jadi vegan adalah senang ialah Guru. Pengamal yang berusia 80 tahun itu juga berkata bahawa orang yang suruhnya cari seseorang yang nama akhirnya Wan ialah Guru. Guru beritahunya begitu di atas sana.

Guru: Okey. (Mereka ialah badan transendental Guru.) Okey. Sekarang kamu tahu mengapa saya begitu sibuk. Saya bukan sibuk di sini saja. Saya sibuk di mana-mana saja. Begitu meletihkan. Okey. Sangat bagus.

Vegan, kerana kita mahukan Syurga.

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk saksikan dan muat turun lebih banyak testimoni, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/20)
1
2021-05-24
12180 Tontonan
3
2021-07-06
9344 Tontonan
9
2022-02-25
6377 Tontonan
10
2021-07-31
7773 Tontonan
15
2022-05-05
6230 Tontonan
16
2022-12-28
4568 Tontonan
19
2024-01-02
5273 Tontonan
20
2024-06-04
2862 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android