Cari
bahasa Melayu
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Semua Bahasa
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Antara Guru dengan Anak Murid

KEAMANAN: Gambaran Lebih Besar bagi Perkhidmatan Awam, Bhgn 9/10

2020-10-12
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Beliau doakan keamanan. (Ya.) Itu apa yang saya tahu di dalam. (Wau!) Syurga beritahu saya bahawa beliau berdoa untuk keamanan. (Wau!) (Itu mengagumkan!) Kita tak boleh tipu Tuhan. (Ya.) Kita tak boleh tutup mata Syurga. Jadi Mereka tahu. (Ya, Guru.) Keamanan ialah apa yang paling berharga yang boleh mana-mana presiden berikan kepada negaranya dan dunia.

Saya tak bertanding untuk presiden, jadi tiada orang boleh khuatir saya menjadi ahli politik. Suara kecil saya dari Asia, apa pengaruhnya? Jadi kita bukan orang Amerika, boleh bebas bercakap tanpa risau tentang menjadi tidak popular atau tak diundi. Kamu masih mengundi saya. (Ya, Guru.) Ya, saya Gurumu, tolonglah. Jangan lucutkan jawatan saya. Tolonglah. Jika kamu buat begitu, saya akan gembira dengan saya ada alasan untuk pergi ke sesuatu tempat, buat sesuatu untuk sendiri. (Ya.) Melukis. Atau gubah lebih banyak lagu. Hari ini, saya tiada apa-apa pun untuk keseronokan lagi. Saya dah suruh seseorang bawa mandolin untuk saya tapi saya tak lihatnya pun. Saya tiada masa untuk lihatnya pun. (Ya, Guru.) Dah tentu, saya lihatnya, seperti gantungnya di sudut lain tetapi saya tak ingat sehingga sekarang. Saya lihatnya di sudut sana, tergantung di sana tetapi tiada masa.

Adalah baik kita adakan persidangan jarak jauh supaya saya tak perlu terlalu banyak memakai pakaian yang cantik. Saya hanya ada beberapa helai pakaian dan ini saya rasa ialah pakaian yang saya boleh kelihatan sopan. Pakaian kelihatan sopan yang terakhir. Mungkin saya perlu pergi dapatkannya di sesuatu tempat yang lain jika saya perlukan satu lagi persidangan. Saya tak nak membosankan kamu dengan baju yang sama sepanjang masa. Nasib baik saya ada mungkin empat helai, jadi kamu lihat empat jenis hingga kini. (Ya, Guru.) Itu saja pakaian sopan yang saya ada. Jika saya tak balik ke tempat lama untuk ambil sesuatu atau suruh seseorang ambil lebih banyak untuk saya, maka itu saja. Kita boleh kitar semula secara berulangan. Mengapa saya bercakap tentang ini? Apa itu? Jadi saya tak risau tentang tidak diundi. (Ya, Guru.) Atau menulis komen buruk dalam akhbar. Saya tak peduli. Mereka dah pun buat begitu selama ini. (Ya.) Ini hanyalah ujian utk orang yg percaya, untuk mengetahui siapa ada kebijaksanaan yang mencukupi untuk teruskan jalan ini. Dan juga untuk menguji siapa ada peringkat pencapaian spiritual yang lebih tinggi, memahami apa ialah apa. (Ya, Guru.) Orang berperingkat rendah akan jatuh. Jatuh seperti daun kering. (Ya.) Apalagi orang luar. (Ya, Guru.) Jadi semuanya takdir, karma. Apa yang boleh saya buat? Saya cuba bantu secara senyap, maksud saya di balik tabir. (Ya, Guru.) Di balik semua kata-kata saya, saya buat kerja lain untuk bantu orang dan haiwan. Jadi apa lagi di sana? Adakah saya dah habis cakap tentang itu?

( Tadi Guru sebut sesuatu tentang China? ) Ya. Kebanyakan negara di dunia takut pada China. Kerana mereka juga ada otot besar. (Ya.) Dan mereka ada populasi yang besar. (Ya.) Dan mereka ada senjata. (Ya.) Yang memusnahkan. Senjata pemusnahan massa. Mereka ada bom atom tak? (Ya, Guru. Mereka ada.) Ya. Nampak tak? India pun ada itu. Hanya untuk melindungi diri, mereka rasa. Oleh sebab negara lain ada, mereka mesti ada, itu apa yang mereka rasa. Sebab itulah orang Korea juga telah mengembangkan muncung perang nuklear. Mereka mengembangkannya, menurut laporan. Jadi saya rasa Korea sangat berani melepaskannya. (Betul.) Berkata, “Tiada senjata nuklear lagi.” saya terdengar suatu kali sebelum suluk lama dahulu bahawa Komrad Kim Jong Un mengumumkan bahawa beliau juga seorang bapa dan tak mahu anaknya ada senjata nuklear ini pada belakang mereka, sesuatu macam itu. (Ya.) Beliau tak mahu bom nuklear. (Ya, Guru.) Jadi saya rasa beliau sangat berani. Beliau wajar mendapat lebih daripada hanya Anugerah Keamanan. (Ya, Guru.) Mungkin Anugerah Wira, Anugerah Keberanian atau apa-apa saja. Pada era bom atom atau bom lain, beliau cukup berani untuk melepaskan itu. (Ya.) Untuk menghapuskan itu. Itu sangat berani. Sangat berani. Lebih berani daripada mana-mana askar atau komander yang boleh kita fikirkan. (Ya, Guru.) Saya senang hati dgn beliau begitu bijak dan berani. Memang. Beliau wajar mendapat lebih banyak pujian daripada dunia. Apa-apa yang mereka buat di sana sini, kadangkala ada orang bawahan, atau kadangkala ahli keluarga lain atau pegawai kerajaan mungkin cuba melindungi reputasinya, jadi mungkin buat sesuatu seperti meletupkan pejabat. Tapi jika tidak, bukan daripadanya. (Ya.) Mengapa kita cakap tentang itu sekarang? Tentang Presiden Trump. Jadi beliau curahkan usaha dalam itu, perdamaian ini dan dunia bebas nuklear. (Ya.) Jadi saya sangat gembira. Saya gembira dengan ada seorang presiden sebegini. Berkenaan mengundinya atau tidak, atau orang menyokongnya, sentiasa ada sokongan dan tentangan.

Walaupun ada banyak buku yang ditulis tentangnya atau keluarganya menentangnya dan sebagainya, tapi itu hanya hal peribadi. (Ya.) Dan itu masa dahulu. Kita perlu lihat masa sekarang dan masa depan. Mungkin beliau membuat kesilapan dari segi politik atau aspek lain, dari segi alam sekitar, tetapi beliau seorang peniaga. Beliau memikirkan apa yang peniaga fikirkan. Mungkin beliau akan berubah. Mungkin beliau akan menjadi presiden pertama yang beritahu orang supaya jangan makan daging lagi dan melarang daging. Mana tahu? Bukan melarang tetapi membuat peraturan, (Ya.) peraturan vegan atau sesuatu. Mana tahu? Saya harap. Jadi jika beliau menjadi presiden sekali lagi, mungkin beliau boleh membetulkan segalanya yang dulu tak buat dengan baik, menurut laporan. Mungkin, mungkin tidak. Tapi sekurangnya beliau dah buat sesuatu yang baik. (Ya, Guru.) Saya tahu sesetengah daripada kamu tak setuju, mengapa saya beri Anugerah Pemimpin Damai Dunia Terserlah kepadanya tapi saya tak sesal. (Ya, Guru.) Saya rasa beliau buat dengan baik dalam bidang ini. (Ya.) Saya hanya berinya Anugerah Keamanan. Saya tak berinya Anugerah Saudara Terbaik, Bapa Saudara Terbaik. Saya tak tahu apa-apa pun tentang persengketaan keluarga mereka. (Ya, Guru.) Ia berlaku di setiap negara, dalam setiap keluarga. Keluarga ada konflik. (Ya, Guru.) Disebabkan oleh kepentingan peribadi, disebabkan oleh situasi, disebabkan oleh sesuatu yang buatnya susah. Disebabkan oleh karma. Jika kita bercakap tentang pandangan jauh spiritual, maka itu karma. Saya harap kamu gembira dgn saya berinya Anugerah Keamanan. (Ya. Kami gembira, Guru.) Adalah bagus kita jelaskannya hari ini dengan soalan kamu. (Ya, Guru.) Saya harap orang Amerika akan lebih banyak diberkati dengan apa-apa saja presiden yang akan mereka pilih untuk penggal seterusnya. (Ya, Guru.)

Cuma saya tak tahu bagaimana Presiden Trump menahan semua ini, dengan segala serangan disasarkan pada beliau, sama ada benar atau tidak. (Ya.) Saya tak tahu bagaimana beliau masih buat kerjanya. Ini sangat dahsyat. Jika saya ialah presiden, saya akan lari. Terlalu banyak serangan (Ya, Guru.) dan sangat sedikit galakan. Tapi sentiasa ada sesetengah orang yang menyokong dan sesetengah orang yang menentang. Mana-mana presiden. Kamu lihat semua presiden ada sekurang-kurangnya separuh dan separuh. (Ya.) Sebelumnya Presiden Obama atau Presiden Carter pun. Beliau sepatutnya orang yang damai, petani yang berhati murni sekali. Orang tetap menentangnya juga. (Ya.) Maka mengapa beliau tak amanahkan isterinya untuk pergi ke sana sini. Mengapa tidak? Jika dia berkebolehan dan jika dia sibuk, mengapa beliau tak hantar isterinya untuk bertemu dengan pemimpin lain? Mengapa tidak? Mereka rapat. Sesetengah wanita adalah bijak. (Ya.) Orang kata, “Di sebalik seorang lelaki agung ada seorang wanita agung.” (Ya.) Tapi mereka cari apa-apa saja untuk mengkritik. Saya rasa orang mengundi presiden untuk memegang jawatan supaya mereka boleh ada sesuatu untuk digosipkan. Untuk dikritik, dipanggang atau disalib, apa-apa saja. Saya tak nak menjadi presiden di negara itu, khususnya Amerika. (Ya, Guru.) Saya hanyalah warga kehormat, jadi tak apa bercakap sikit tentang negara itu. Ia berkaitan dengan saya sikit, kan? (Ya, Guru.) Saya ada sedikit hak untuk bercakap tentangnya. (Ya, Guru.) Saya ialah banyak kali warga kehormat. (Ya, Guru.) Ya, saya lebih baik daripada kamu orang Amerika di sini. Kamu hanya satu kali warga. Saya banyak kali warga kehormat Amerika. Berbanggalah dengan kamu ada seorang Guru yang merupakan banyak kali warga kehormat, hanya kehormat. Saya tiada hak, tiada untung, tiada faedah di sana, tapi saya ada sedikit hak istimewa untuk bercakap tentangnya. (Ya, Guru.) Sekarang saya memikirkannya, saya seorang warga kehormat Amerika, jadi boleh bercakap tentang Amerika, kan? (Ya, Guru.) Saya boleh bercakap tentang presiden, kan? (Ya, Guru.) Ya atau tidak? (Ya, Guru.) Sah di sisi undang-undang atau tidak? (Sah, Guru.) Sah. (Ya.) Sekurang-kurangnya 50%. Biasanya kita bukan warga sebenar, jadi ada 50% hak istimewa utk cakap tentangnya, tapi saya banyak kali! Banyak kali anugerah kewarganegaraan! Jadi saya rasa saya sedikit ‘lebih merupakan warga’ daripada sesetengah orang Amerika. (Ya.) Wau, saya begitu bangga! Saya hanya bergurau antara kita. Saya rasa beberapa buah negeri berikan kewarganegaraan kehormat kepada saya. Serta kunci untuk bandar, kunci untuk negeri dan sebagainya, jadi saya rasa saya sah. (Memang begitu.) Hanya bercakap tentangnya. Bagus kamu tanya. Terima kasih. (Terima kasih, Guru.)

Adakah kamu puas dengan jawapan saya? (Ya, Guru.) Tak rasa tak sedap hati (Tidak, Guru.) kerana saya berikan Anugerah Keamanan kepada orang yang tak betul? (Tidak, Guru.) Tidak. Beliau wajar mendapatnya. Saya perlu beritahu kamu. Beliau wajar dapatnya, (Ya, memang.) apa-apa pun motifnya. (Ya.) Yang penting bukan hanya motif tetapi berjaya dalam sesuatu yang begitu baik. (Ya.) Dah tentu, beliau seorang ahli politik. Beliau perlu buat apa yang baik untuk beliau dari segi politik dan partinya. (Ya.) Tiada apa-apa yang salah. Tapi adalah baik utk orang yg tak terkira dan generasi-generasi orang ada lebih banyak ketenangan dalam hati. Mereka boleh teruskan dengan hidup tanpa berasa tertekan dalam hati, ketakutan dan tak dapat tidur disebabkan mungkin peperangan akan tercetus (Ya.) di negara Arab, Israel. (Ya.) Itu sesuatu untuk berterima kasih dan dipuji. Kita bersyukur kepada Tuhan atas itu. Ada pendapat lagi tentang ini? ( Ya, Guru. Apa yang saya tahu ialah Presiden Trump sangat beriman. Beliau ada kepercayaan yang teguh kepada Nabi Isa dan tidak minum arak atau hisap rokok. ) Oh! ( Saya rasa beliau sangat istimewa kerana beliau seorang peniaga tetapi sewaktu bertemu dgn banyak orang, tidak minum arak atau hisap rokok, tapi beliau tetap sangat berjaya dan sekarang malah menjadi presiden. Jadi seperti yang Guru katakan, mungkin beliau orang yang istimewa, Tuhan letaknya di sana. ) Ya. Dah tentu. Tapi sebenarnya beliau beriman dalam hatinya juga. Beliau mendoakan keamanan. (Ya.) Itu apa yang saya tahu di dalam. (Wau!) Syurga beritahu saya bahawa beliau mendoakan keamanan. (Wau!) (Itu mengagumkan!) Kita tak boleh tipu Tuhan. (Ya.) Kita tak boleh tutup mata Syurga. Jadi Mereka tahu. (Ya, Guru.) Keamanan ialah apa yang paling berharga yang boleh mana-mana presiden berikan kepada negaranya dan dunia. (Ya.) Jika beliau mendamaikan Israel dan Arab, ini juga bermakna keamanan bagi orang Amerika. (Ya.) Mereka harus rasa gembira. (Ya, Guru.) Kerana negara Arab dan Amerika juga tidak berdamai. (Ya, Guru.) Disebabkan oleh ideologi, disebabkan oleh geografi, agama, apa-apa saja. (Ya, Guru.) Jadi macam ini sangat baik untuk orang Amerika. Mereka harus tahu akan itu. (Ya.) Mereka harus tahu akan itu. Mereka harus gembira dengan dunia ada keamanan dan negara Arab berdamai dengan Israel, kerana Israel juga berhubungan dengan Amerika. Kamu tahu, kan? (Ya.) Mereka ada perniagaan bersama. Mereka ada perkongsian. Jadi jika keamanan bagi Israel, bermakna keamanan bagi Amerika juga. Sebab itulah saya gembira dengannya. (Ya, Guru.) Keamanan bagi negara saya. Negara kehormat saya.

Sebenarnya saya juga amat berterima kasih kepada orang Amerika kerana beri saya lebih banyak anugerah daripada negara lain yang boleh saya fikirkan. (Ya, Guru.) Yang penting bukan anugerah tetapi penghormatannya. Itu keikhlasan mereka, rasa hormat mereka. (Ya.) Dan mereka berikan kepada saya sewaktu saya orang biasa saja. Maksud saya, saya seorang Guru kecil. Kita belum ada televisyen, apa-apa pun. Tak banyak orang tahu akan saya. (Ya.) Mereka dapat lihat. (Ya.) Itu perlakuan terbaik yang saya terima di dunia ini, daripada orang Amerika. (Wau!) Jadi jika saya bercakap baik tentang negara kamu atau ambil berat tentang negara kamu, itu dah tentu. (Ya.) Bukanlah saya seorang penyibuk atau bermotivasi politik untuk undi atau apa-apa, faedah atau apa-apa. Kamu tahu saya tak terima apa-apa daripada sesiapa pun. (Ya, Guru.) Maksud saya, mungkin sekotak teh, tak apa, sekali-sekala. Jika orang besar berikan sekotak teh kepada saya, saya terimanya. Hanya untuk buat mereka gembira. Tapi saya beri balik sesuatu yang lain. (Ya, Guru.) Jadi saya tak mendapat apa-apa pun daripada ini. Saya hanya bercakap secara adil. (Ya.) Orang Amerika harus rasa gembira dan berterima kasih kepada En. Trump atas apa yg dibuatnya. Atas apa yang boleh dibuatnya. Perkara lain yang tak dapat dibuatnya, maka mungkin beliau akan buatnya jika beliau berada dalan keadaan atau situasi yang lebih baik utk buat keputusan. Beliau ada lebih banyak masa untuk fikir. (Ya.) Sebagai presiden, kadangkala kita tiada masa. Kita hanya memutuskan apa-apa saja yang penasihat beritahu. Itu situasi yang sangat susah. Jika beliau ada lebih banyak masa, lebih banyak bermeditasi, bersuluk atau apa-apa saja, mungkin beliau dapat lebih banyak berfikir, mungkin kedudukan yang lebih baik. Atau mungkin mereka pindahkan Pejabat Bujur ke sesuatu tempat yang lain. (Ya, Guru.) Seperti yang saya dah kata, lokasi yg lebih baik.

Sama seperti di Eropah, seperti England, contohnya. Kerajaan mengenakan sekatan pergerakan dan semua orang berada di rumah untuk seketika dan keadaan menjadi lebih baik. (Ya, Guru.) Kemudian orang dan kumpulan atau individu yang bermotivasi politik mula beri tekanan kepada kerajaan. Mereka tunduk kepada tekanan, kemudian biarkan negara dibuka semula. Sekarang bilangan orang yang dijangkiti meningkat (Ya.) dengan cepat sekali dan jauh lebih banyak daripada sewaktu musim kemuncak, contohnya pada bulan Mac atau April. (Ya, Guru.) Lebih teruk daripada itu. Di Perancis, situasi yang sama juga. Di Amerika, pada suatu ketika banyak tempat ada sekatan pergerakan, kemudian orang juga pergi ke jalan dan memprotes. Kemudian ia dibuka, kemudian ada lebih banyak jangkitan. Sebelumnya biasanya kanak-kanak juga tak pergi ke sekolah. Kemudian orang juga ada pendapat lain, berkata sekatan pergerakan lebih buruk untuk kanak-kanak daripada wabak. Jadi sekolah dibuka semula dan ada dinyatakan dalam berita bahawa kanak-kanak pergi ke sekolah dan semuanya dijangkiti. Jadi saya tak tahu siapa benar-benar ingin menjadi presiden atau pemimpin negara, tak kira apa nama kita panggilnya – perdana menteri, raja atau permaisuri. Nasib baik kamu bukan. (Ya, Guru.) Kerana saya juga tahu macam mana rupanya dalam kedudukan pemimpin. Orang angkat kita ke atas dan juga boleh campak kita ke bawah pada bila-bila saja. Nasib baik anak murid yang beramal dengan baik ada visi dalaman yang baik, jadi mereka faham. Mereka yang tak beramal dengan baik kekal berada di peringkat yg lebih rendah, tak pergi ke mana-mana pun, cenderung untuk mengkritik atau sendiri membuat kesilapan. (Ya, Guru.) Dunia adalah macam itu sejak dahulu lagi.

Memakai pelitup muka pun, orang tak nak pakai. Mereka juga pergi ke jalan untuk memprotes. (Ya, Guru.) Hanya memakai pelitup muka sewaktu keluar, tak lama. Sewaktu di rumah, kita buat apa yang kita mahu. Itu untuk melindungi diri sendiri. Kerana sebenarnya meskipun kita memakai pelitup muka yang tak sebaik pelitup muka profesional, ia tetap melindungi kita kerana kurang bakteria, kurang virus menembus masuk ke dalam mulut kita sewaktu bercakap jika seseorang yang dijangkiti berada di sebelah kita atau kita sedut apa yang baru dihembuskannya. Lagi kurang bakteria, lagi kurang virus masuk ke dlm badan kita lagi kurang kita jatuh sakit. (Ya, Guru.) Atau kurang bakteria, kurang virus, sistem imun badan kita dapat melawannya. Tapi jika terlalu sarat, jika kita tak pakai pelitup muka dan menyedut segala titisan atau hembusan orang yang mengandungi titisan kecil, kita jatuh sakit. Sakit dengan lebih tenat dan sukar disembuhkan. (Ya, Guru.) Jika kita sakit tetapi tak terlalu serius, kita masih boleh pulih dan doktor masih boleh bantu kita. Tapi jika kita telah dijangkiti oleh banyak bakteria kerana tak menutup mulut, maka sukar untuk hidup dan boleh mati disebabkan itu. (Ya, Guru.) Kerana badan kita tak dapat melawan terlalu banyak serangan bakteria. Sama seperti apa-apa saja. Jika kita hanya direnjis dengan beberapa renjisan air, maka kita tak menjadi begitu basah, tak basah kuyup. Tapi jika kita tak ditutup dengan payung atau langkah perlindungan yang lain dan mendedahkan diri kepada hos air, maka dah tentu kita menjadi basah kuyup dan ambil masa yang lama utk jadi kering. Jika kita tiada cara untuk mengeringkannya, maka perlu menahan kebasahan. Kemudian kita boleh mendapat selesema. Kita boleh hidapi pneumonia dll. Jadi pelitup muka memang membantu. Kerana sekarang kita berenang dalam penyakit di mana-mana saja, ada segala jenis penyakit di dunia ini. Kita takkan tahu bila kita mendapat apa. (Ya, Guru.) Jadi jika kamu masih nak teruskan dengan hidupmu senormal yang boleh, maka lindungilah dirimu. Saya tak tahu mengapa orang malah pergi memprotes kerajaan hanya untuk tak pakai pelitup muka! Itu boleh berapa susah, hanya memakai pelitup muka? Demi kedamaian. Apabila tiada orang di sekeliling, kamu boleh tanggalkannya. Apabila kamu rasa selamat, boleh tanggalkannya. Hanya sewaktu kamu bergaul dengan banyak orang, dan meskipun mereka tiada COVID-19, mereka mungkin ada penyakit berjangkit yang lain. Mereka boleh menjangkiti kamu juga. Maksud saya, tak begitu senang menjadi pemimpin. Baiklah, sekarang kamu tahu. Jangan berhasrat untuk menjadi pemimpin atau Guru pun. Guru spiritual, sama juga. Hanya nikmati kehidupanmu dgn senyap, tak menonjolkan diri. Buat kerjamu, apa-apa kerja pun, nikmatinya. Nikmati ketenangan dan privasi kamu. Jadi itu dah cukup buat masa ini. (Terima kasih, Guru.) Kamu puas, kan? (Sangat puas.)

Ada apa-apa lagi yang saya terlupa? Saya lihat. Ah! Ya, ya. Oleh sebab kamu beritahu saya maklumat tentangnya, jadi saya juga ada fikiran yang berlainan, seperti beliau seorang kaya sekarang, kan? (Ya.) Dulu beliau pernah gagal tetapi menjadi kaya semula, ya? (Ya, Guru.) Bilionwan atau jutawan? (Bilionwan.) Okey. Jadi satu perkara yang kamu tak perlu risau tentangnya ialah beliau takkan menerima rasuah. (Ya.) Beliau takkan makan suap. (Benar tu.) Jadi mungkin jika sesuatu tak betul, beliau akan kata ‘tidak’. (Ya.) Jadi itu apa yang saya katakan. Semua orang takut akan China disebabkan oleh perniagaan dan sebagainya, beliau tidak. Nampak tak? (Ya.) Beliau menolak bulat-bulat sekarang. Saya tak kata itu baik. (Ya.) Saya tak kata baik atau buruk tentang itu. Tapi maksud saya, beliau tak gentar. (Ya.) Biasanya beliau bersahabat dengan China. (Ya.) Tapi sekarang disebabkan oleh wabak atau apa-apa saja sebab, beliau memutuskannya. Beliau memutuskan banyak urus niaga dan hubungan baik dengan China. Nampak tak? (Ya.) Jadi beliau bukan orang yg boleh diberi rasuah. (Ya.) Mungkin beliau ada buat sesuatu yang salah, tapi kerana beliau mempercayainya, (Ya.) percaya sebagai seorang peniaga. Semua orang tak berani putuskan hubungan dengan China atau buat apa-apa yg singgung perasaan China. Beliau buat begitu. Kamu tahu itu. (Ya.) Jadi kamu boleh mempercayai beliau. Beliau takkan menerima rasuah atau buat apa-apa disebabkan oleh persahabatan peribadi, kesukaan peribadi atau kepentingan peribadi. Nampak tak? (Ya.) Dan keluarganya, banyak yang menyokongnya. Hanya satu atau dua orang mungkin tidak. (Ya.) Mereka keluarga kaya, jadi kita tak takut anak lelaki atau anak perempuannya akan menerima rasuah daripada seseorang untuk membuat sesuatu. (Ya.) Untuk untung peribadi atau apa-apa.

Apa lagi? Jadi mungkin pada masa depan jika beliau masih di sana, jika beliau rasa daging tidak baik untuk rakyat, jika beliau tahu akan semua ini, jika beliau buat kajian tentangnya, kemudian rasa itu tidak baik, beliau takkan menerima pelobian sebagai peyelesaiannya. Beliau akan menolak bulat-bulat. (Ya.) Kerana beliau telah menolak banyak yang lain yang beliau tahu tidak baik. (Ya.) Cuma beliau tidak tahu akan veganisme. Banyak orang tak tahu akannya. Sebelumnya saya tahu akan segala perkara buruk tentang bukan vegan. (Ya.) Saya tahu daging tidak baik, pembunuhan tidak baik tapi saya tak tahu akan semua kekejaman ini berlaku di balik pintu tertutup di kilang daging. (Ya.) Dan perniagaan telur pun! Saya berfikir, “Okey, orang vegetarian makan telur. Okey.” Tapi itu begitu kejam, begitu menggerunkan. Mereka bunuh bayi ayam macam itu. (Ya.) Kisar mereka hidup-hidup. (Ya.) Saya sendiri tak tahu akan itu juga. Mengapa saya mengkaji tentang perkara ini? Saya tak tahu. (Ya, Guru.) Saya berfikir susu okey kerana lembu akan ada banyak susu, cukup untuk anak lembu dan kita ambil sedikit juga. (Ya.) Dan jika terlalu banyak, terasa tak selesa bagi ibu lembu, jadi mereka ambil sedikit. Tapi saya tak tahu sampai tahap mereka menganiayai lembu sehingga kulit malah tertanggal atau tulang menjadi rapuh, tak dapat berdiri pun. Memerah seperti lemon sehingga titis terakhir macam itu. (Ya.) Dan beri makan mereka dengan hormon dan sebagainya supaya ada lebih banyak susu. Saya tak tahu. Maksud saya, orang biasa takkan tahu apa-apa seperti ini. Akankah mereka tahu? (Tidak, Guru.) Tidak! Kamu tak tahu juga, kan? (Kami tak tahu.) Tidak! Nasib baik kita ada Supreme Master TV sekarang. Kita semakin banyak mengkaji dan orang berikan lebih banyak maklumat kepada kita dan internet. Dulu saya tak tahu apa maksud internet. Saya tak gunakan apa-apa seperti itu. Saya tak perlu. Tapi sekarang kita semakin tahu. Saya menangis setiap hari pada bila-bila saya lihat foto atau imej haiwan yang dianiayai dan diseksa, ia berterusan untuk masa yang panjang. Sebelum saya berhenti, satu lagi gambar, satu lagi imej datang kerana saya perlu menyunting rancangan setiap hari. Kemudian hati saya sakit setiap hari disebabkan oleh haiwan. Saya boleh mati untuk mereka sepuluh ribu kali, tak terkira hanya untuk bantu mereka, tapi tak dapat. Macam itu tak jadi. Itu saja.

Mungkin beliau menyinggung perasaan banyak orang kerana bercakap dengan terlalu terus terang. (Ya.) Itu salah satu sebabnya sebelumnya saya rasa beliau tak dapat menjadi presiden. Saya rasa orang takkan mengundinya. Beliau bercakap dgn terlalu terus terang. Mungkin terlalu terus terang dan tak seperti presiden, bukan tutur kata halus yang terlatih. (Ya.) Tapi itu hanyalah sifat peribadi. Seperti yang saya dah kata, dunia kekurangan ahli politik yang baik, jadi kita terima saja apa yang ada. (Ya, Guru.) Meskipun beliau tidak baik, namun beliau bukanlah santo. Presiden bukanlah santo. (Ya.) Beliau buat apa yg beliau rasa paling baik atau apa yang beliau dinasihati oleh pembantunya untuk dibuat. Apa-apa sifat atau personalitinya, itu juga bergantung kepada pendidikan, latar belakang dan keluarganya. Jadi kita tak boleh salahkannya satu orang saja. (Ya, Guru.) Asalkan beliau boleh berbuat baik kepada dunia dan orang Amerika secara amnya, gambaran besar, bukan kecil, perkara kecil di sudut kecil. (Ya, Guru.) Kita tak dapat buat sesuatu untuk semua orang secara kecil dan terperinci. Seorang presiden hanya boleh buat apa yang boleh dalam masa, situasi, keupayaannya. Mereka masih menggesanya supaya memegang jawatan untuk penggal kedua. Mereka kata presiden Amerika hanya boleh benar-benar membuat kerja untuk warga Amerika dalam 100 hari yang pertama saja. Selepas itu, sudah hampir penggal kedua. (Ya.) Perlu bersedia untuk merekrut, membuat rancangan, segala-galanya. Itu apa yang mereka kata. Orang Amerika kata begitu dalam akhbar. Tapi beliau tetap dapat membuat semua itu, apa yang telah dibuatnya untuk dunia dan orang Amerika. Itu sudah okey. Maksud saya, tak cukup, dah tentu, tetapi bagi sifat, situasi, jawatan, latar belakang dan negaranya, semua itu, dan karma, itu dah agak bagus. (Ya, Guru.)

Apakah soalan kamu, mengilhamkan saya...? Saya rasa itu saja. Seperkara lagi. Saya rasa beliau ada keluarga yang teruk! Beliau masih dapat berfungsi. Dengan segala serangan, beliau masih berfungsi. Tapi ini sudah pun hal masa dahulu. Keluarga tak harus mendedahkan hal peribadi buruk macam itu, saya rasa. (Ya, Guru.) Tapi ini karma, persaingan dan konflik keluarganya. Tiada orang yang boleh elakkan itu. Pada pendapat kecil saya, jika seorang ahli keluarga menjadi terkenal, berkuasa atau bekerja untuk kepentingan negara atau antarabangsa, maka seluruh kaum keluarga, bukan hanya ahli keluarga atau ahli keluarga yang rapat, seluruh kaum keluarga harus berasa bangga dan membantunya supaya menjadi lebih efektif dalam membantu negara atau menstabilkan dunia (Ya, Guru.) dan bukan saling mencari salah dan mengalihkan perhatian ahli keluarga yang terpilih, terkenal dan kuat supaya dia tak dapat melaksanakan misi, kerjanya dengan lebih efektif. (Ya, Guru.) Saya berdoa untuk Presiden Trump.

Saya berharap orang Amerika memaafkannya atas apa-apa saja yg mereka rasa beliau buat dgn tak betul, jika beliau buat dengan tak betul. Saya harap mereka akan memilih orang yang baik untuk mereka dan dunia. Kerana orang Amerika dan dunia, kita semua satu entiti. (Ya.) Apa yang berlaku kepada negaramu, Amerika, juga akan berikan kesan riak kepada dunia. (Ya, Guru.) Saya harap orang Amerika akan lebih puas dengan apa-apa saja yang akan mereka pilih pada masa depan. (Ya, Guru.) Saya ucapkan selamat berjaya kepada calon-calon, dgn rahmat Tuhan, dan apa-apa saja yang Tuhan pilih, itu akan terlaksana. (Ya, Guru.) Tiada manusia yang boleh benar-benar memilih presiden, tak kira apa pun. Itu karma seluruh negara atau pilihan Tuhan. (Ya, Guru.) Dah tentu, kamu orang Amerika dan risau tentang negara kamu. Saya ‘separuh orang Amerika’. Saya juga ‘separuh risau’ tentang negara saya. Baiklah, itu saja buat masa ini dan kita akan berbual lain kali. (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.)

Kamu masih puas dengan apa yang kamu ada? (Ya, Guru.) Setiap hari. Jagalah diri, Guru.) Saya cuba sebaik yang boleh, maklumlah. Tapi saya masih rasa saya seorang superwanita, bagaimana saya buat semua ini setiap hari. (Ya, memang.) Kadangkala saya berfikir, “Ya Tuhan, aku perlukan seorang suami!” Bukan bergurau, kerana suami lebih rapat, boleh bantu kita buat banyak kerja, di sisi kita. Jika tidak, tiada orang lain yang boleh berada di sisi kita 24 jam setiap hari, kemudian bantu kita dengan ini dan itu. (Ya, Guru.) Tapi saya berfikir saja. Saya tak mahu kerana mungkin dia membawa lebih banyak kesusahan daripada bantuan. Biasanya macam itu. Biasanya macam itu kerana orang kata, “Lelaki dari Marikh dan wanita dari Zuhrah.” Kita tak bercampur. Sebenarnya saya tiada masa untuk suami kerana suami juga memerlukan sesuatu. (Ya.) Meskipun saya mahu, saya tak nak. Saya gembira dengan saya tiada. Terima kasih. (Terima kasih, Guru.) Baiklah, jadi kamu tak harus menghasratkan isteri juga kerana kamu tak tahu kamu akan menjadi macam mana. (Ya.) Kamu masih tak mempercayai saya, kamu nak cuba? (Tidak, Guru. Tak cuba.) Bagus. Sangat bijak. Syabas! Baiklah. Tuhan rahmati kamu semua (Tuhan rahmati Guru.) dan Tuhan tahu akan segalanya yang kamu buat untuk dunia dan membantu saya, wanita tua. Terima kasih banyak-banyak, semua. (Terima kasih, Guru.) (Kami kasihi Guru. Kami kasihi Guru.) Terima kasih. Saya juga kasihi kamu atas segalanya yang kamu buat untuk dunia dan banyak membantu saya. Tuhan kasihi kamu, saya pasti. Saya berterima kasih kepada kamu semua di ashram dan di luar ashram, semua orang di dunia, semua orang yang membantu di dunia. Termasuk mereka yang bukan kononnya anak murid saya tetapi membantu dunia dalam mempromosikan veganisme, berdamai. Mereka tak perlu menjadi anak murid saya. Mereka lakukan itu dan mereka lebih baik daripada anak murid saya. (Ya, Guru.) Mereka lebih daripada hanya anak murid dalam hati saya. (Ya.) Jadi Vegan, Berdamai. Orang yang buat begitu ialah anak murid saya. Saya akan berkati mereka, bantu mereka dgn sebarang cara yg boleh. (Ya, Guru.) Terima kasih. (Terima kasih, Guru.) Kasihi kamu. (Kami kasihi Guru.) Jumpa lagi! (Jumpa lagi, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Episod  9 / 10
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-03-29
339 Tontonan
2024-03-28
189 Tontonan
2024-03-28
171 Tontonan
2024-03-28
147 Tontonan
2024-03-28
147 Tontonan
2024-03-27
58 Tontonan
2024-03-27
133 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android