Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kasih Sayang Tim Qo Tu akan Menang, Bahagian 6 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Sebelum itu, saya pergi ke Halifax kerana ada seorang lelaki. Jarinya alami luka beku. (Oh!) Dia tiada sarung tangan. Dia perlu pergi ke hospital dan dibalut di sana sini, kakinya juga. Jadi saya terdengar itu, berasa sedih. Jadi saya beli barang untuknya.

Apabila saya pergi ke Halifax lepas itu, kami hadapi masalah. Salji begitu buruk sehingga pesawat kembali ke lapangan terbang. (Whoa!) Kami ada banyak haiwan kesayangan di sana dan benda lain. Jadi saya tak boleh tinggalkan satu orang saja berseorangan di rumah. (Ya.) Dan baru. Tak tahu bagaimana beri makan anjing dan bagaimana memakaikan pakaian panas anjing sebelum keluar dalam salji. Salji begitu dalam. Saya terpaksa balik. Dari Halifax balik ke St. John. Jadi pesawat berhenti, tak terbang. Pihak syarikat penerbangan berkata, “OK. Kami ada hotel untuk kamu semua. Kamu menginap di sini. Esok cuaca akan menjadi baik. Kami akan bawa kamu balik.” Semua penumpang menginap di sana kecuali saya. Saya kata, “Saya terpaksa pergi.” Jadi saya keluar. Mereka tak bayar balik kerana saya sendiri yang nak pergi. Itu bukan salah mereka. Saya tak minta juga. Saya kata, “Saya terpaksa pergi.” Kemudian mereka beritahu saya, “Tapi kamu tak mendapat apa-apa pun.” Saya kata, “Okey, tak apa. Jangan risau. Biarkan saya pergi saja.” Kemudian mereka kata, “Tapi cuaca begitu buruk. Kamu tak boleh pergi. Kamu tak boleh pergi.” Sebelum itu, saya pergi ke Halifax kerana ada seorang lelaki. Jarinya alami luka beku. (Oh!) Dia tiada sarung tangan. Dia perlu pergi ke hospital dan dibalut di sana sini, kakinya juga. Jadi saya terdengar itu, berasa sedih. Jadi saya beli barang untuknya. Pada asalnya, saya nak kirim dengan pos tapi tiada orang tahu dia tinggal di mana. (Oh!) Tiada orang tahu kerana dia ialah orang tak berumah. (Ya, Guru.) Saya kata, “Maka saya perlu pergi ke Halifax. Saya pasti seseorang pasti tahu.” Kerana TV melaporkannya. Jadi mungkin saya perlu pergi ke sana dan tanya. Barangkali mereka tahu sesuatu atau pertubuhan amal di sesuatu tempat. Seseorang pasti tahu akan dia.

Jadi saya pergi ke Halifax dgn pesawat tetapi balik dengan teksi. Pemandu teksi itu ialah satu-satunya orang yang berani membawa saya kerana tiada orang nak pergi dalam cuaca itu. (Oh!) Kita tak dapat lihat jalan di depan pun. Tapi saya kata saya perlu pergi. Haiwan kesayangan saya. Jadi dia bersetuju. Saya kata, “Saya akan bayar dua, tiga kali ganda.” Dia bersetuju untuk pergi disebabkan oleh wang. Saya kata, “Syukurlah. Kamu sangat baik.” Kemudian dia memandu mungkin setengah kilometer saja, beberapa ratus meter, kemudian terlanggar sesuatu, kemudian dia dan kami tertanam di dalam longgokan salji. (Ya Tuhan.) Nasib baik, kami semua keluar dan korek, kemudian kami keluar. Jadi saya berkata kepada pembantu saya pada masa itu, dari Costa Rica. Saya kata, “Kamu memandu. Saya tak boleh mempercayai wanita ini sekarang.” (Oh, begitu berbahaya!) Mungkin dia dah terlalu letih memandu sepanjang hari. Pada masa ini, dia tak sepatutnya memandu lagi, berehat. Tapi disebabkan oleh kami, dia rasa bersimpati dengan kami, jadi membawa kami. Kami juga bayar dengan banyak. Tapi mata saya tak boleh berkedip kerana saya perlu memandu bersamanya. (Ya, Guru.) “Kiri. Kanan. Terus ke depan. Tidak, tidak! Lambat. Sekarang okey, okey. Jalan, jalan. Jalan, tapi perlahan-lahan.” Baiklah. Saya tak tahu berapa banyak jam dari St. John ke Halifax. Itu malah pada waktu malam. (Ya, Guru.) Pada waktu malam. Apa yang pemandu teksi itu buat? Dia duduk di belakang, saya duduk di depan. (Wau!) Saya perlu lihat (Ya.) dan memastikannya tak tertidur juga. Kami perlu berbual-bual untuk buatnya tak tertidur. Saya bernyanyi, berbual-bual, mengarahkan pergerakan kereta. Dia saja, tiada orang di jalan, sekurang-kurangnya. Syukurlah. Ia meluncur, tergelincir, dan bergerak ke kiri, kanan dll. Saya tak harus buat begitu. Tapi saya ada keyakinan.

Tapi sebelum itu, kami berjaya tanya orang dan jumpai orang tak berumah itu, berikan wang kepadanya. (Sukar dipercayai.) Tapi saya beritahunya, “Jangan beritahu sesiapa pun. Lebih baik untuk kamu. Untuk kamu saja. Jangan beritahu orang bahawa kamu ada wang tunai. Berbahaya.” Saya tak boleh berikan cek, kan? Jadi saya berikan, saya rasa wang tunai beribu-ribu dolar, kemudian pakaian, sarung tangan, topi, sarung kaki dan kasut. (Wau!) But. Dia ialah orang tak berumah tetapi seseorang berinya bilik simpanan untuk didiami. Sebuah pertubuhan amal gereja mengetahui itu. Jadi asyik tanya, satu orang berkata kepada orang lain dan orang lain dan orang lain. Kami pergi ke sana dan minta seseorang supaya menelefon paderi gereja itu dan isterinya. Mereka datang. Pasangan yang sangat rendah diri. Mereka berbuat amal. Mereka bantu orang tak berumah, jadi tahu dia di mana. Mereka membawa kami ke bilik simpanan yang didiaminya. Itu langsung bukan sebuah bilik. Dia ada sebuah sofa koyak. Mereka berikan kepadanya. Lebih baik daripada tiada apa-apa pun. Di sekelilingnya ialah kerusi dan segala jenis perabot. Dia hanya ada sofa itu dan beberapa meter utk pergi ke tandas. Itu saja. Beberapa meter tetapi siku-sika. (Ya, Guru.) Dan dapur masak atau sesuatu untuk memasak. Itu saja. Dia tinggal di sana tapi sekurang-kurangnya panas. Mengapa luka beku? Kerana dia keluar untuk cari pekerjaan. Bekerja untuk makanan. Tapi dia tiada apa-apa pun untuk menutup diri. Saya masih ingat itu minus 40 darjah. (Oh!) Sesetengah hari minus 30 darjah tapi sesetengah hari lebih rendah. Sesetengah hari lebih minus 40 darjah. Saya masih ingat sesuatu macam itu. Tiga puluh ialah hari yang lebih panas. Tapi saya masih ingat lebih rendah daripada minus 40 darjah. Saya kata, “Macam tak percaya orang hidup dalam cuaca sebegini!” Saya berkata kepada pembantu saya. Saya tak dapat percaya saya malah dapat berjalan dari kereta ke kedai. Saya ingat saya akan mati kesejukan dalam cuaca sebegini. Sebelumnya saya bayangkan - 40 darjah, tak boleh dipercayai boleh tinggal di sana! (Ya.) Kita tak dapat pergi beli-belah pun, tapi saya malah pergi mendandan rambut!

Jadi saya kata, “Orang itu pasti begitu banyak menderita jika tiada sarung tangan dan sarung kaki.” Saya perlu pergi. Jika saya tak pergi, saya akan menderita dari segi mental. (Ya, Guru.) Bayangkan berapa banyak penderitaan yang dialaminya. Saya akan lebih banyak menderita membayangkannya dan tak buat apa-apa pun. Jadi saya pergi. Itu bagaimana ia berlaku. Nasib baik kami balik tepat pada masanya, bayar wang kepada wanita itu, dapatkan bilik hotel untuknya supaya dia boleh berehat hingga waktu pagi. Kemudian dia boleh memandu. Saya kata, “Lebih baik kamu tidur. Kamu jangan balik sekarang. Lebih baik kamu tidur sehingga cuaca menjadi lebih baik, selamat baru memandu.” Dia kata, “Baiklah.” Jadi kami menempatkannya di hotel, bayar untuknya, kemudian tinggalkannya di sana. Kemudian kami ucapkan selamat tinggal. Seseorang datang menjemput kami. Sekurang-kurangnya boleh membuat panggilan telefon.

Rasanya saya dah beritahu kamu semua kisah ini tapi saya tak pasti. Ada apa-apa lagi yang kamu nak tahu? ( Sangat mengharukan Guru pergi sejauh ini ke Halifax hanya untuk satu orang dan dalam cuaca yang berbahaya itu. ) Ya, tak apa. ( Ini seperti dalam artikel itu. Ia memetik kata-kata pengurus kedai ) Ya. ( yang melihat Guru mengisi kereta sorong dan berkata, “Macam tak percaya. Saya tak pernah lihat apa-apa macam ini. Saya telah bekerja di sini lima tahun. Akaun perniagaan kami pun tiada apa-apa seperti ini.” Jadi meskipun seperti syarikat yang berbuat amal, ia tak sebanding dengan apa yang Guru lakukan. Jadi ia memang luar biasa. ) Itu bukan kedai amal. Kedai yang kita katakan ialah kedai yang berbeza. Gereja di St. John itu ialah Angkatan Takhlisan. (Ya.) Mereka buka kedai amal. Kedai yang saya pergi untuk beli ialah kedai pakaian kelas satu. (Ya.) Jadi saya juga menderma kerana pada asalnya kami hanya nak berikan pakaian dan balik tetapi mejar Angkatan Takhlisan memberitahu saya tentang tanah di sebelah, bahawa jika dia dapat belinya, ia baik untuk sesuatu. Mungkin dia boleh bina tempat berteduh untuk orang tak berumah atau sesuatu, saya dah lupa. Jadi saya berikan wang untuk beli tanah. Agak murah. Saya terkejut. (Wau!) Mungkin kerana ini ialah pertubuhan amal. Jadi barangkali mereka berikan harga yang lebih murah atau sesuatu. Kemudian ada satu lagi. Itu pertubuhan yang berlainan. Saya juga berikan wang tunai kpd mereka kerana saya tak boleh keluarkan lebih banyak wang lagi. Apa yg boleh saya keluarkan pd hari itu, saya beri kpd mereka atau lebih banyak, lebih banyak drpd apa yg saya keluarkan. Saya rasa saya boleh keluarkan 20,000 dolar Kanada saja sehari.

Saya tak perlukan begitu banyak, jadi saya tak pernah minta lebih banyak. Nasib baik saya dah ada kad kredit. Sebelumnya saya tiada. Saya di Amerika tanpa apa-apa pun. Wang saya – anak murid saya ada akaun bank yang besar di sana. Apabila saya kata saya nak menyertainya, mereka kata “Kamu nak ambil wangnya, kan? Itu sebabnya kamu nak sertainya.” (Oh!) Kemudian mereka tak benarkan. Mereka tak benarkan saya buka akaun bersama dengannya. Itu wang saya tapi dia ambilnya dari Taiwan (Formosa) untuk saya sebelumnya. Semua anak murid ada wang. Perniagaan saya, mereka kawal. Mereka ialah pengurus ini dan itu. Dulu saya hampir tiada apa-apa pun. Sekarang saya ada supaya saya boleh tunjukkan kepada dunia bahawa saya bukan di sini atau sana untuk makan makananmu. Saya boleh menjaga diri. Kadangkala untuk permastautinan. Untuk birokrasi, untuk kerja menulis. Jika tidak, saya tak nampak wang datang. Dah tentu, saya tak kekurangan apa-apa. Jika perlu, dah tentu saya boleh minta. Tapi saya jarang memerlukan apa-apa. Saya tak suka minta. Sebarang pergantungan memang bertentangan dengan sifat saya, bertentangan dengan agama saya. Mereka kata begitu. Jika saya minta tetapi tiada, maka saya tak minta lagi. (Ya, Guru.) Atau jika tak dilakukan secara automatik, maka saya tak minta. Saya sendiri tak perlukan banyak. Apa yang kamu lihat, pakaian saya dan semuanya yang cantik, saya hanya pakai untuk kerja. Ia seperti uniform. Uniform istimewa. Yg selebihnya, saya tak perlukan banyak. Saya boleh pakai pakaian murah, sederhana dan selesa. (Ya, Guru.) Jadi saya tak perlukan banyak.

Sewaktu saya belum seorang Guru, saya berlapar selama tiga hari di Paris tanpa pekerjaan. (Ya Tuhan!) Tiada pekerjaan, mencari kerja. Saya tetap tak beritahu orang bahawa saya tak berduit, orang yang mengambil saya untuk bekerja di sana. Apabila saya berhenti bekerja atas sebab sentimental, mereka tanya saya sama ada saya mahukan wang. Saya kata, “Tidak, terima kasih. Tak apa.” (Oh!) Saya tak mahu mereka salah faham. Saya cintai ketua rumah tersebut pada masa itu. (Oh!) Saya dah ceritakan kisah ini. (Ya, Guru.) Kerana isterinya sangat kasar terhadapnya. (Oh!) Dia seorang doktor. Dia dah sibuk dan balik ke rumah, perlu buat ini, buat itu untuk anak. Dia boleh melakukannya. Tapi bukanlah dia beritahunya dengan sopan. Dia kata, “Hei, buat ini! Hei, pergi buat itu!” Mengarah. Jadi saya rasa bersimpati dengannya, kemudian itu perlahan-lahan menjadi percintaan tapi saya tak tahu. Tapi saya boleh kawal sehingga dia tak terkawal, kemudian saya terpaksa lari. (Ya, Guru.) Kerana sekarang saya tahu dia juga cintai saya, maka saya tak boleh tinggal di sana. Ini berbahaya. Jika saya seorang diri, maka saya boleh kawal, tapi saya masih muda. Jadi saya kata saya perlu pergi dari situ. Kerana saya berhenti bekerja dengan serta-merta. Saya tiada tempat tinggal dan tak berduit sama sekali, (Oh!) kerana pelajar. Hanya ada beberapa dolar untuk pergi dengan bas tapi tak cukup untuk beli roti. Jika saya beli roti, saya akan tak berduit untuk pergi ke mana-mana bagi mencari pekerjaan. Jadi selama tiga hari, saya tiada apa pun. Saya berjalan di taman, masih mencari pekerjaan dan seorang lelaki datang menawarkan 800 franc kepada saya, wang Perancis pada masa itu. Saya tak tahu berapa banyak dolar AS, mungkin separuh daripadanya. (Oh, wau!) Lapan ratus untuk pergi bersamanya. Saya kata, “Jika kamu tak pergi dari sini, saya akan menelefon polis.” (Oh, wau!) Saya kelihatan serius, jadi dia pergi dari situ. Sekurang-kurangnya dia sopan. (Ya, Guru.) Sangat sopan. Ketika saya lebih muda pun begitu. Di Âu Lạc (Vietnam), saya pergi ke sesuatu kawasan dan tiada banyak wang, tahulah, pelajar, dan pemilik rumah itu ialah kawan seorang kawan, biar saya tinggal di sana. Mereka menyediakan makanan dan tinggalkannya untuk saya. Saya tak tahu mereka tinggalkannya untuk saya atau bukan, kerana mereka tinggalkannya sebelum saya keluar dari bilik saya. Saya tak berani makannya. Jadi saya keluar, hanya makan roti dan minum air. (Ya Tuhan.) Jadi meminta sesuatu bagi saya adalah sangat... Saya tak rasa selesa. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/9)
1
2020-06-29
21036 Tontonan
2
2020-06-30
15851 Tontonan
3
2020-07-01
28353 Tontonan
4
2020-07-02
13931 Tontonan
5
2020-07-03
10993 Tontonan
6
2020-07-04
10719 Tontonan
7
2020-07-05
12283 Tontonan
8
2020-07-06
10834 Tontonan
9
2020-07-07
11539 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android