Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersedia untuk Hari-hari Susah, Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berdoa dan Bermeditasi, Bahagian 12/12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang, anda perlu simpan makanan. Bagi anak murid, mungkin anda tak perlu risau tentangnya tetapi anda takkan tahu, mungkin peringkat anda masih terlalu rendah dan ia boleh pengaruhi anda dari sesuatu segi. Jadi meskipun pekan anda, rumah anda, bandar anda – saya berkata kepada orang awam sekarang – kelihatan selamat dan anda ada segala-galanya, namun anda takkan tahu, benda boleh hilang semalaman. Hanya semalaman saja, anda akan tiada apa-apa pun. Pekan anda akan hilang dan anda akan berada di sesuatu tempat yang lain juga – mungkin malah di neraka. Jika anda ada karma yang berat, jika dalam hayat lampau dan hayat ini anda tidak buat apa-apa yang baik, tidak amalkan sebarang meditasi, tidak menjadi vegan atau malah berbuat jahat, maka anda boleh jangkakan neraka menanti anda. Tetapi okey, sementara itu, dah tentu, anda tak tahu siapa anda atau apa yang telah anda buat, jadi bersedialah untuk diri sendiri dan keluarga. Sentiasa simpan makanan vegan kering, makanan ringkas di dalam pantri untuk dua minggu. Belilah secara borong dan besar supaya lebih murah.

Kemudian juga, jika boleh, sendiri tanam tanaman, sayur. Tanam sesuatu yang boleh anda makan dan terus hidup. Sebarang sayur, mudah, malah di balkoni, gantung di luar balkoni, di dalam balkoni, gantung di siling balkoni, gantung di tangga tapak, di dalam rumah, gantung atau letaknya di tangga atau garaj anda, atau gantungnya pada dinding taman anda, di pagar halaman anda atau balkoni, di dalam bilik kecil, di garaj, di loteng anda. Mana-mana boleh anda gunakan, buatnya bersih dan selamat, tanam sayur. Tanam tanaman yang boleh dimakan. Tanam yang mudah, malah pokok tomato, kacang, selada, jenis sayur hijau mikro seperti kecambah yang anda cambahkan daripada kacang hijau, biji bunga matahari, biji kuinoa – ada segala jenis tanaman yang boleh anda tanam di dalam bilik.

Jika ia tak bertingkap, maka anda pasang lampu neon tiruan atau lampu yang sesuai untuk sayur anda. Pastikan anda ada makanan. Sendiri tanam sayur. Meskipun anda tanam dengan banyak, jiran anda boleh mendapat manfaat. Anda juga boleh jualnya. Banyak tanaman boleh anda tanam di dalam pasu, malah kentang – keledek atau kentang biasa, anda boleh tanam di dalam pasu. Belajarlah cara menanamnya di internet. Ada begitu banyak tapak sesawang yang bercakap tentang itu. Saya sendiri, oh, rasa begitu ghairah! Saya harap saya dapat tanam semua ini! Tetapi saya tiada masa, ya Tuhan.

Menanam sayur tidaklah susah. Jika anda ada pasu, anda boleh letaknya di balkoni – gantung sesetengahnya di luar balkoni, gantung sesetengahnya di dalam balkoni supaya anda maksimumkan ruang anda. Letak tangga tapak dan anda gantungkan pasu di tangga. Sesetengahnya anda boleh letak di dalam di atas tangga atau di loteng, di garaj, sesetengahnya di atas rak dapur, ambang tingkap. Anda boleh tanam di mana-mana saja. Jika anda boleh, tanamlah. Terus menanam tanaman yang mudah itu. Setiap sayur, tomato pun, ada, oh, beribu-ribu kebaikan di dalamnya dan sangat senang untuk ditanam.

Hanya belajar daripada internet. Mereka tunjukkan perinciannya. Semoga mereka diberkati, orang yg baik. Mereka hanya tanamnya di balkoni, di teres di luar atau gantungnya di taman kecil mereka, gantungnya pada tiang dan tanam sesetengahnya di dalam pasu. Mereka maksimumkan tempat mereka. Anda boleh belajar daripada mereka, mereka semua, mana-mana drpd mereka. Dah tentu, anda tak dapat tanam pokok besar di kawasan yg begitu kecil tetapi anda tanam yang kecil. Dengan yang kecil seperti pokok oren pun, anda boleh tanam pokok oren yang lebih kecil. Anda perlu memangkasnya. Saya tak nak sendiri buat begitu kerana itu menyakitkan pokok. Saya tak sukanya.

Tetapi bagi anda orang awam, anda perlu terus hidup, kemudian sekurangnya menjadi vegan. Vegan sayur. Sentiasa bersedia untuk sebarang kecemasan sekarang ini. Anda takkan tahu. Orang yang terkorban atau rumah mereka musnah, binasa, hilang, ranap, kereta mereka dihanyutkan air banjir, mereka tak tahu bahawa kejadian ini akan berlaku kepada mereka pada siang hari, contohnya, dan pada waktu malam, semuanya hilang. Anda tiada bumbung pun untuk berada di atasnya bagi mengelakkan banjir. Anda tak dpt buat panggilan kecemasan dengan cukup pantas. Telefon anda tak berfungsi lagi. Jadi bersedialah.

Saya memang tak nak beritahu anda semua ini tetapi ia dah berlaku dan anda sudah tahu, jadi saya beritahu anda saja dan terpulang kepada anda untuk bersedia atau tidak, tapi sekurangnya saya telah beritahu anda dan rasa telah laksanakan tanggungjawab untuk bantu sesiapa saja yang boleh, sesiapa saja yang dengar kata-kata saya. Anda tak perlu percaya kepada saya, bersedialah saja. Anda tak perlu mengikut saya, menjadi pengikut saya, taat, apa-apa pun. Saya tak pernah ambil apa-apa daripada sesiapa pun, satu sen pun tidak. Jadi jangan risau tentangnya. Anda tak perlu percaya kepada saya, ikut saya, apa-apa pun, tidak bayar kepada saya, apa-apa pun. Bersedialah saja kerana tempoh ini ialah tempoh menguji, membersih, menghukum dengan berat. Tiada sesiapa yang dapat bantu anda. Sediakanlah diri untuk kecemasan, untuk anak, keluarga anda dan kelangsungan hidup anda sendiri.

Jika anda ada tanah, bercucuk tanamlah sekarang juga. Jangan biarkannya terbiar, liar dan disia-siakan. Anda boleh tanam sayur di dalam pasu. Seorang lelaki, dia hanya mengisi pasu dengan tanih yang sesuai dan masukkan kentang ke dalamnya, kemudian tinggalkannya di luar. Dia tidak menyiramnya pun. Dia hanya bergantung kepada hujan dan embun. Hujan turun kadangkala atau pada musimnya, apa-apa saja. Dia tinggalkannya di sana saja. Dia memang menuai dengan banyak! Banyak kentang, sesetengahnya besar dan sesetengahnya kecil tetapi dia memang menuai dgn banyak. Setiap daripadanya, dia tumpahkan tanih dari pasu, kemudian bentangkan sangat banyak kentang di sana. Dia tidak buat apa-apa kecuali hanya masukkan kentang ke dalam tanih di dalam pasu dan tunggu hingga tiba masanya untuk menuai. Itu saja! Jadi anda boleh cuba itu juga.

Cubalah banyak tumbuhan, banyak pokok sayur, pokok buah yang mampu, lebih kecil. Anda boleh cuba kentang itu, apa-apa saja yang boleh anda tanam di dalam pasu, malah pokok tetapi bukan pokok besar, dah tentu, tetapi pokok kecil. Seperti anda boleh tanam jenis mangga yang lebih kecil di dalam pasu, kemudian ia tak bertumbuh besar sangat tetapi dah boleh berikan buah kpd anda pada saiz yang lebih kecil, pisang juga. Atau tanam sesuatu yang ada hasil yang lebih cepat dan kurang kerja atau tiada kerja sama sekali, seperti kentang. Seorang lelaki cuba itu dan saya sendiri nampaknya dalam video lama dahulu. Semua ini memang bangkitkan selera saya untuk menanam! Tapi saya tak rasa saya dapat lakukannya. Meskipun saya sendiri tanam sayur, saya tak rasa saya dapat potong, makannya dan rasa senang dengannya kerana saya lihat ia hidup. Ia hidup. Jadi saya tak rasa saya dapat tanam sekarang ini dan malah makan daripada sayur saya sendiri, tetapi anda boleh lakukannya.

Anda perlu menyediakan diri. Tanamlah pokok sayur/buah yang tiada kesakitan jika anda tak rasa nak sakitkan tumbuhan lain. Buatlah apa-apa saja untuk memastikan diri anda berada dlm keadaan terus hidup Perkebunan, di dalam pasu atau di balkoni pun, memang sangat, sangat, baik untuk anda. Sebenarnya itu apa yang Tuhan mahu kita lakukan pada permulaannya. Dalam Injil, ia nyatakan bahawa anda perlu hidup dengan peluh dahi anda – bermakna sendiri tanam pokok sayur, buah, makanan sendiri. Sebab itulah menurut kajian, perkahwinan petani ialah perkahwinan yang paling stabil dan bahagia. Agaknya kerana mereka menanam tanaman bersama-sama, lihat tanaman bertumbuh bersama-sama dan makan makanan sihat, makanan baik sendiri. Makan sayuran yang anda sendiri tanam adalah seperti mengitar semula berkat, tenaga anda sendiri juga, jadi baik untuk anda.

Sekarang, itu kebanyakan perkara yang saya nak beritahu anda buat masa ini. Itu seharusnya dah cukup buat masa ini. Semua kakitangan di ashram tak perlu berjaga hingga lewat sangat, bangun awal atau tak berhenti disebabkan oleh Berita Selitan. Anda perlu menjaga kesihatan diri dalam jenis masa untuk bekerja dan berehat yang tetap setiap hari supaya ia akan bertahan lama. Kebanyakan daripada kita dah lebih tua sekarang. Jagalah diri dengan cara yang saya dah beritahu anda sebelumnya, setiap hari. Tetapi disebabkan oleh kerja juga, anda perlu lakukannya dengan cara lembut, cara pemurah untuk diri sendiri juga. Saya beritahu anda itu sebelumnya secara peribadi tetapi saya beritahu anda semua sekarang supaya kakitangan jauh akan nampaknya juga. Tetapi saya memang sangat hargai pengorbanan masa anda yang berharga dan dedikasi anda kepada misi ini.

Semoga Tuhan lindungi anda. Syurga berkati anda. Semoga kehidupan anda baik mengikut Rukun Tuhan. Semoga anda menjadi vegan dengan cepat, senangnya. Semoga anda jaga kedamaian di dalam dan di luar diri anda. Semoga dunia mendapat segala Perlindungan dan Berkat Tuhan bagi mengekalkan keamanan, keceriaan dan kemakmuran untuk semua orang dengan Kehendak-Nya. Amin.

Photo Caption: Buat Dunia Menjadi Cantik dengan Sifat Dalaman dan Luaran

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (12/12)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
155 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android