Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersedia untuk Hari-hari Susah, Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berdoa dan Bermeditasi, Bahagian 2/12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Orang-orang ini memalsukannya. Mereka buat barangan kemas palsu dan jual kpd kononnya anak murid saya, sangat mahal juga, tetapi oleh sebab sesetengah orang mampu belinya, atau ingin sekali beli barangan kemas ini dgn ‘lebih cepat’ – itu apa yang mereka katakan – jadi mereka bayar untuknya, dan sekarang mereka pergunakan orang ini (orang yang menulis surat taubat kepada saya). Mereka mempergunakan dia kerana lebih senang bagi dia keluar masuk ke mana-mana saja di negara-negara lain. Mereka malah menjual salah satu daripadanya pada harga AS$50,000. Biasanya ia berharga mungkin maksimum AS$10,000 saja. Dah tentu, ini bergantung kepada berapa banyak emas, berapa banyak batu permata yang ditatah pada barangan kemas itu. Setiap barang kemas adalah berbeza. Sesetengahnya emas saja dan sesetengahnya dibuat dengan emas putih atau sesetengahnya ada banyak batu permata padanya, sesetengahnya ada sangat sedikit. Tak hairanlah dalam salah satu suluk di Perancis, seorang saudaramu merungut kepada saya bahawa barang kemas ini begitu mahal. Saya kata, “Ada sesetengahnya yang sangat murah. Mengapa segalanya begitu mahal? Kamu tak perlu beli apa-apa pun!”

Mungkin mereka juga menyorokkan sesetengah barang kemas saya. Oleh itu, barang kemas sebenar daripada kakitangan kami ambil masa yang lebih lama untuk sampai kpd orang yang berada dalam senarai membeli kerana barangkali mereka menyorokkannya lalu menjualnya dengan lebih mahal. Mereka juga ada syarikat, menurut surat taubat itu. Mereka ada syarikat untuk membuatnya. Semua ini didalangi oleh Trần Tâm. Ya Tuhan. Saya tak tahu apa lagi yang akan mereka buat. Barangkali mereka jalankan banyak aktiviti haram yang lain, kemudian saya disalahkan atas tidak membayar cukai. Ya Tuhan! Jadi segalanya macam menimpa saya sedangkan saya tidak buat apa-apa yang salah. Anak murid juga menyalahkan saya atas menjual barang yang mahal tetapi kami tidak. Kami kenakan bayaran sekadar untuk menampung, lebih banyak sikit. Kami menampung banyak bayaran lain – bayar untuk pekerja luar dan cukai, dah tentu.

Begitu pun, ya Tuhan, saya tak percaya ada begitu banyak perompak dan pencuri yang bukan sahaja curi ajaran saya tetapi juga curi reka bentuk barangan kemas saya yang unik. Tiada reka bentuk lain di dunia yang kelihatan begitu unik dan itu daripada Berkat Syurga. Jadi orang yang memakainya akan rasa berbeza, akan rasai Berkat dan nampak Cahaya keluar daripadanya. Tetapi Trần Tâm dan kumpulan ini, ya Tuhan, memalsukan segalanya. Mereka memalsukan segalanya. Jadi selama ini, kumpulan ini bekerja dalam kegelapan secara rahsia, sama seperti kumpulan gengster. Oh, saya tak dapat percayai semua ini! Saya masih tak dapat percayai semua ini.

Tetapi sekarang surat taubat ini menyatakan bahawa mereka tahu. Sekarang mereka berhenti bekerja buat masa ini kerana mereka kata seseorang memeriksa mereka. Saya harap kerajaanlah yang memeriksa mereka dan mendapat tahu bahawa mereka membuat kesalahan. Oleh sebab mrk hanya terima wang tunai, jadi biasanya orang tak tahu siapa mereka dan apa yang mereka buat. Selepas mereka berkata bahawa mereka telah kantoi – itu apa yang mereka katakan – dan orang memeriksa mereka, mereka suruh saudaramu yang menulis surat taubat ini memadamkan segala-galanya, semua bukti mereka saling berhubung atau segala-galanya. Saudara anda ini… ini – oh, saya tak tahu nak panggil dia apa – dia menulis surat yang sangat panjang, ya Tuhan. Saya dah begitu sibuk, perlu uruskan begitu banyak dokumen setiap hari, dengan kerja, dengan Supreme Master Television dan surat-menyurat, dah ada segala jenis kerja. Memang, kadangkala saya tak tahu apa maksud tidur. Keperluan peribadi pun, kadangkala saya tak ingat lagi.

Itu bukan soal mereka ambil benda daripada saya. Itu soal reputasi kita, reputasi saya – seluruh dunia menyalahkan saya atas banyak perkara yang saya tak tahu mengapa. Sekarang saya mula tahu, secara perlahan-lahan, satu demi satu perkara. Sesetengah orang begitu tidak berterima kasih, begitu tamak dan… Ya Tuhan. Ya Tuhan, mana boleh mereka lakukan ini di depan Tuhan dan Buddha dan dengan undang-undang negara di mana mereka diami? Tetapi orang-orang ini pergi ke negara-negara yang berlainan, jadi mungkin sukar bagi kerajaan tangkap mereka meskipun kerajaan tahu akannya, kerana mereka hanya terima wang tunai dan gunakannya dengan senangnya. Itu apa yang surat taubat ini beritahu saya. Mereka terima wang tunai saja. Mereka tak terima apa-apa yang lain seperti cek atau kad kredit sebagaimana yang kami lakukan secara rasmi dengan syarikat saya.

Bagi kakitangan jabatan barang kemas, anda perlu periksa sama ada orang yang memesan itu benar-benar ada alamat dan identiti atau tidak. Sebarang keadaan yang mencurigakan, jangan jual dan jangan biarkan orang beli terlalu banyak bagi satu seorang. Setiap orang yang ingin beli barangan kemas ini harus melalui orang hubung dan biar orang hubung mengesahkan identiti mereka. Bagi orang luar, mungkin mereka juga harus beli melalui… Biasanya orang luar membeli dan hanya gunakan kad kredit atau bank, jadi seharusnya boleh. Hanya orang yang nak beli dan nak bayar dengan wang tunai saja, atau orang yang jual di sesuatu tempat di luar dan mahukan wang tunai saja dan mencurigakan, maka tolong jangan jual kepada orang macam ini, dan pastikan setiap orang membeli untuk diri sendiri saja – tidak menyorokkannya, seperti banyak Lampu Panjang Umur di rumah mereka sendiri, banyak barang kemas dlm tangan sendiri, kemudian jualnya semula dan buat orang lain membayar terlalu banyak untuknya. Anda perlu tanya mereka dengan jelas untuk siapa mereka beli dan apa tujuannya. Buat mrk benar-benar sumpah untuknya.

Ya Tuhan, saya tidak mahu mereka aniayai orang yang tak berdosa terutama saudara seamalan anda yang tak berdosa. Orang-orang ini adalah jahat. Jika tidak, mereka takkan berani melakukan ini di depan Tuhan, di depan semua Guru, Santo dan Orang Suci, Buddha dan Dewa-dewi di semua arah yang nampak segalanya, dan neraka juga. Walaupun mereka akan dihukum atasnya, namun saya tidak mahukan itu juga. Saya tidak mahu mereka dihukum kerana dengar kata-kata orang jahat seperti Trần Tâm. Mungkin mereka tak tahu apa-apa. Mereka tak tahu. Jadi tolonglah, jika boleh, tolong memeriksa latar belakang orang sebelum membeli dan menjual, kerana jika orang asyik menyorokkan semua barang kemas, maka orang biasa tak dapat beli. Mrk simpan semuanya dlm tangan mrk, kemudian jualnya dengan mahal, lebih mahal daripada yang kami jual. Kemudian orang merungut bahawa kami jual dengan mahal.

Sesetengah anak murid merungut. Itu bagaimana ia menjadi barangan kemas yang mahal. Saya tidak jual dengan mahal. Merekalah yang jual dengan mahal, perompak ini, dengan nama saya! Bayangkan itu, berani mereka lakukan semua ini? Pasti hanya Trần Tâm dan syaitan, penyamar yang tidak bermoral itu akan melakukan perkara sebegini. Oh, begitu memualkan, ya Tuhan! Ya Tuhan, ini telah berlaku selama bertahun-tahun. Kita takkan tahu bila mereka telah mulakannya. Saya tak dapat percayainya. Seperti yang saya dah beritahu anda, saya masih tak dapat percaya bahawa ada perompak sebegini yang menyusup ke dalam kumpulan kami. Saya juga tidak tahu, tidak percaya, tidak fikirkan atau bayangkan pun bahawa ada pengintip yang menyusup ke dalam kumpulan kami. Tak hairanlah saya alami begitu banyak kesusahan di sana sini dengan... Ya Tuhan.

Sebenarnya saya tidak sendiri uruskan semua syarikat ini. Hanya apabila perlu, seperti apabila saya mereka bentuk sesuatu yang baharu. Itu saja yang saya tahu. Saya tak tahu di mana letaknya mana-mana syarikat ini! Mungkin saya menandatangani dokumen tetapi tak pernah lihat seluruhnya atau alamatnya dan tak pernah pergi ke sana juga. Saya memang juga tak tahu berapa kosnya – setiap item barang kemas yang saya reka bentuk. Saya hanya beritahu mereka, “Jualnya sekadar utk menampung kosnya juga untuk membuat orang gembira, untuk berikan berkat dari Syurga kepada mereka.” Cukup untuk menampung kosnya dan hanya lebih banyak sikit supaya kami dapat menampung pekerja, orang saya agar mereka boleh ada tempat untuk disewa, didiami dan teruskan kerja mereka.

Mereka hidup berjimat cermat juga, sama seperti saya. Mereka bukan orang yang boros. Mereka tidak banyak berbelanja. Mereka tak banyak belanjakan apa-apa. Mereka bekerja dan ada sekadar cukup untuk hidup. Tetapi orang-orang dari kumpulan Trần Tâm ini tak tahu apa-apa pun tentang standard moral. Mereka tak peduli sama ada orang lain menderita untuk membayar harga yang tinggi kepada mereka. Mereka curi reka bentuk drpd saya dan ambilnya drpd anak murid saya sendiri. Bayangkan itu? Mereka hisap semua orang sampai kering Bukan sahaja pengikut mereka sendiri tetapi banyak kononnya pengikut saya sebelumnya juga sangka dia ialah pengganti saya, cara dia memalsukannya.

Photo Caption: Semuanya Tak Sabar-sabar Menunggu Kasih Sayang Datang!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/12)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
157 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android