Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebabkan Kurang Kesakitan dan Karma: Tumbuhan Lebih Sesuai Dimakan, 1/5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kebanyakan tumbuhan dan pokok memang berasa sakit apabila kita potongnya atas sebarang sebab seperti untuk dimakan. Saya senaraikan di sini untuk anda tumbuhan, pokok sayur, malah herba yang tak rasa begitu sakit. […] Ini bukanlah senarai lengkap. Peraturan umum adalah: jika pokok sayur atau tumbuhan yang kita ambil makanan mengandungi kebanyakannya air atau badannya hanya dibuat daripada serat seperti pokok pisang, maka berkemungkinan besar ia tak rasa sakit, walaupun ada kekecualian, dah tentu. […]

Salam berkat Tuhan, orang yang baik, orang yg menakjubkan, orang tersayang Tuhan. Semoga anda semua ceria, penuh bertenaga, penuh dengan kejadian baik dalam hidup anda. Sebelumnya, kita bercakap tentang karma tetapi hingga kini, kita hanya bercakap tentang karma daripada manusia dan makhluk lain seperti orang-haiwan. Kita belum tinjau secara mendalam karma makhluk khusus seperti tumbuhan dan pokok. Pokok, kita telah sebut sebelumnya kadangkala, tapi tumbuhan, saya rasa agak jarang. Jadi hari ini, saya ingin bercakap tentang itu. Kerana saya mengedit persidangan awam masa dahulu dan salah satu soalan daripada audiens ialah: “Haruskah orang buat sampai tahap tidak mewujudkan akibat karma, seperti menjadi breatharian, contohnya?” Saya tak rasa kebanyakan daripada manusia di planet ini sedia untuk itu. Jadi kita akan hanya lebih bertumpu pada diet vegan.

Dengan diet vegan, kita juga perlu terlibat dalam pengambilan banyak jenis makhluk dalam alam sayur dan buah seperti epal, oren, buah-buahan biasa yang orang makan setiap hari. Jadi saya nak beritahu anda bahawa kita boleh menjadi vegan dengan sangat sedikit karma dan sedikit mudarat kepada tumbuhan. Adalah mengejutkan mengetahui bahawa sesetengah tumbuhan, sayuran yang kita makan tidak berasa sakit, atau kurang berasa sakit daripada tumbuhan lain, sayuran lain.

Jika anda benar-benar nak ada karma yang kurang dan menyebabkan kurang kesakitan, penderitaan dan kesedihan kepada tumbuhan, anda boleh memilih. Anda boleh memilih tumbuhan atau buah-buahan khusus untuk dimakan. Saya telah membuat sedikit kajian tentang jenis pokok sayur dan buah yang tidak sakit sama sekali atau ada kesakitan yang sangat kecil.

Pokok yang akan saya baca di sini seharusnya ada kesakitan dan penderitaan yang sangat kecil apabila kita potong atau petiknya untuk dimakan. Buah-buahan pun, apabila kita petiknya dari pokok seperti oren, epal, mangga atau betik, tumbuhan atau pokok yang hasilkan buah ini memang berasa sakit, maksud saya kesakitan fizikal walaupun ia tak dapat menjerit dengan kuat pada kita. Itu seperti mencubit, seperti seseorang mencubit kulit kita dengan kuat, jenis kesakitan itu. Ia juga berasa panik dan takut. Seperti yang dapat kita lihat, kadangkala kita memotong tumbuhan dan cecair mengalir keluar, bendalir mengalir keluar dari tumbuhan – itu kononnya darahnya, sama seperti kita berdarah apabila tercedera atau luka.

Kebanyakan tumbuhan dan pokok memang berasa sakit apabila kita potongnya atas sebarang sebab seperti untuk dimakan. Saya senaraikan di sini untuk anda tumbuhan, pokok sayur, malah herba yang tak rasa begitu sakit. Sekarang saya baca sesetengahnya, tak begitu mengikut urutan kerana saya hanya menulis apa yang saya tahu dengan cepat. Ini bukanlah senarai lengkap. Peraturan umum adalah: jika pokok sayur atau tumbuhan yang kita ambil makanan mengandungi kebanyakannya air atau badannya hanya dibuat daripada serat seperti pokok pisang, maka berkemungkinan besar ia tak rasa sakit, walaupun ada kekecualian, dah tentu. Saya tak mengkategorikannya mengikut susunan abjad. Jadi saya baca apa yang saya tulis untuk anda, kalau-kalau anda ingin memilih kesakitan yang kurang dan penderitaan yang kurang bagi tumbuhan atau pokok. Semua pokok berasa sakit apabila kita memotongnya atas sebarang sebab. Kebanyakan pokok sayur memang berasa sakit, jadi ini ialah pokok yang ada sangat sedikit atau tiada kesakitan sama sekali.

Saya baca pokok yang tiada kesakitan sama sekali. Selada air, kubis, kangkung, kubis bunga, ketumbar – ketika ia masih kecil dan baru tak lama bercambah, seolah-olah masih merupakan kecambah, belum lagi bertumbuh menjadi tumbuhan dan hampir berbadan keras. Ketika ia belum ada badan yang keras, sama seperti kecambah muda, maka tak mengapa, ia masih belum berasa sakit. Kecambah soya, kecambah labu, okey. Beras, gandum, jagung, gula daripada tebu. Roti, anda boleh makan, ya, daripada gandum. Anda ada banyak pilihan, malah seperti piza vegan. Mentega vegan – jika ia tak mengandungi minyak zaitun. Asparagus, roket (arugula) dan tauhu, anda boleh makan. Tempe, rumpai laut. Dah tentu, anda boleh makan gula perang atau gula kastor vegan, gula mentah dan tidak terproses sama sekali. Tapi dah tentu, anda harus kurang makan gula. Gula tak begitu baik untuk anda. Lagi kurang lagi baik. Brokoli, bawang, bawang putih, segala jenis tembikai, anda boleh makan. Timun, boleh makan.

Biji bijan, semua biji, kacang tanah. Hampir semua kekeras, anda boleh makan kerana apabila sudah kering, ia gugur ke atas tanah, kemudian anda boleh kutip dan makannya. Pada dasarnya, apa-apa yang sudah gugur dari pokok, anda boleh makan. Ketika saya di Jerman, di sepanjang jalan ada banyak pokok epal. Ia bukan milik sesiapa pun. Ia bertumbuh di tepi jalan. Saya lihat banyak epal gugur ke tanah. Kadangkala saya kutipnya. Ia berwarna hijau, belum masak sepenuhnya atau apa-apa. Saya kutipnya, pulang ke rumah dan buat pai epal. Ini anda boleh makan, kebanyakannya macam itu. Semua kekeras, anda boleh makan. Kebanyakan kekeras, jika ia dah kering dan gugur dari pokok, anda boleh makan.

Segala jenis kacang, kacang segar atau kering, lentil. Cendawan – semua jenis cendawan yang boleh dimakan, tak beracun, anda boleh makan. Avokado, mengejutkan, anda boleh petik dan makan. Salad aisberg, salad Rom, sawi bunga, daun sawi, kolrabi, sawi putih, bok choy, saderi. Semua jenis keladi, anda boleh makan. Semua ubi seperti ubi keledek dan ubi kentang biasa, anda boleh makan, dah tentu. Baiklah. Itu saja. Senarai yg saya buat ini sangat pendek, kebanyakannya untuk saya sendiri.

Bunga daripada labu pun, anda tak harus makan kerana apabila anda memetik bunga dari badan pokok labu, badan pokok ini berasa sakit dan sedih juga. Lobak merah pun, apabila anda petiknya untuk dimakan, ia berasa sakit. Umbi seperti lobak putih dan jenis lobak yang lain memang berasa sakit.

Tetapi sesetengah umbi seperti keladi, anda boleh makan. Ubi keledek, boleh. Ubi kentang, boleh juga. Ada sesetengah tumbuhan, sesetengah herba kecil yang tiada karma sakit, itu sebabnya. Lawak, kan? Sesetengah tumbuhan ada kesakitan, sesetengah tumbuhan tidak tetapi macam itulah.

Bukan sahaja manusia berasa sakit tetapi tumbuhan juga berasa sakit. Saya tidak maksudkan anda perlu makan semuanya yang saya beritahu anda itu tetapi anda boleh, kalau-kalau anda ingin meminimumkan karma. Namun begitu, pastikan anda ada vitamin dan khasiat yang mencukupi dengan mengambil vitamin dan/atau suplemen vegan.

Semua jenis kecambah,anda boleh makan seperti kecambah soya atau kecambah biji bunga matahari. Satu lagi, minyak bunga matahari, anda boleh gunakan. Minyak zaitun tidak tergolong dalam kategori ‘tidak sakit’. Apabila orang memukul seluruh pokok zaitun, memukul semua dahannya, ia memang berasa sakit. Tetapi, lawak, kopi, apabila orang memetik buahnya dari pokok kopi, pokok ini tak berasa sakit. Tetapi pokok teh berasa sakit apabila kita memetik daun teh untuk digunakan.

Jenis-jenis herba yang lain juga, kebanyakan herba berasa sakit apabila kita memetiknya untuk dimakan kerana badannya sudah mengeras menjadi sejenis tumbuhan sebenar, bukan kecambah saja. Contohnya, sebabnya mungkin kangkung tak berasa sakit semasa kita petiknya adalah kerana ia kebanyakannya kosong di dalam, dan tebu juga, ada kebanyakannya air di dalam. Dan buah pisang, anda boleh makan. Pokok pisang tak berasa sakit apabila kita memotong tandan pisang untuk dimakan.

Kebanyakan pokok buah memang berasa sakit apabila kita petiknya. Pokok buah berasa sakit apabila kita memetiknya untuk dimakan. Jadi biasanya tiada banyak yang boleh kita makan. Anda boleh makan beri. Pokok beri tak berasa sakit. Pokok beri tak mengapa. Buah beri, boleh. Tetapi beri biru, tidak. Sesetengah jenis beri yang lain senang gugur dari pokok apabila kita sentuhnya, maka anda boleh makannya. Itu saja buat masa ini.

Sebaik-baiknya, saya dah kata, makan udara tetapi kita belum biasa dengannya. Adalah sukar untuk menjadi biasa dgn makan udara seperti orang breatharian tetapi bukan mustahil. Cuma jangan cubanya semasa anda tak dapat kerana anda akan memudaratkan diri sendiri. Badan anda mungkin jadi layu dan mati. Jadi sementara itu, makan saja sayuran yang telah saya baca kepada anda. Anda boleh makannya bersama nasi atau roti. Anda boleh makan mi vegan yang dibuat daripada gandum. Apa-apa (vegan) yang dibuat daripada gandum, boleh. Apa-apa (vegan) yang dibuat daripada beras, boleh, misalnya macam itu.

Banyak rempah yang lain, contohnya bunga lawang dan bunga cengkih sudah kering juga. Semasa kita menuainya, pokok tak rasa begitu sakit, hampir tidak. Tetapi banyak rempah, kita tak boleh, seperti lada pun. Lada hitam, lada putih dan cili, seumpamanya. Semasa memetiknya, kita menyebabkan kesakitan kpd tumbuhan, dan dah tentu, ada sedikit karma. Bukanlah disebabkan karma kita tidak makan tumbuhan atau sayur lain tetapi kerana kita tak nak menyakitkannya. Itu saja.

Photo Caption: Sayang, Kita Bersama Walaupun Kelihatan Berbeza.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/5)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
153 Tontonan
2024-12-19
1362 Tontonan
2024-12-18
839 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android