Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersedia untuk Hari-hari Susah, Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berdoa dan Bermeditasi, Bahagian 4/12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Biasanya kita tidak mendakwa orang tetapi jika mereka menipu orang, hidup dengan wang titik peluh mereka macam ini, saya perlu lindungi mereka dan kononnya anak murid saya. Dan juga, jika mereka buat sesuatu yang salah mengikut undang-undang negara, maka jika kita tahu, kita perlu beritahu kerajaan. […] Tetapi saya rasa suatu hari nanti, kerajaan, undang-undang akan tangkap mereka dan uruskan kegiatan jenayah mereka dengan cara yang sewajarnya. Jadi mereka akan perlu langsaikan karma untuk semua ini dan dihukum di neraka juga.

Selama ini, saya tak tahu mengapa mereka kata saya tidak bayar cukai. Saya ada syarikat dan syarikat ini akan bayar cukai. Saya tak tahu apa-apa pun tentang segala hal ini. Saya ambil sekadar cukup utk digunakan dan juga untuk bantu orang lain yang dalam kesusahan atau beli ashram untuk anda datang bermeditasi.

Sebelumnya, bank tidak berikan wang saya kepada saya untuk dikeluarkan bagi membeli ashram kerana mereka kata wang itu datang dari tempat yang tak betul, dari Singapura yang merupakan ‘negara Islam’. Saya tak tahu bahawa Singapura sebuah negara Islam! Itu perkara paling buruk yang pernah saya dengar drpd sesiapa yang bercakap tentang negara bersih seperti Singapura. Singapura berbilang budaya, berbilang etnik. Mereka juga ada Muslim tetapi bukan negara Islam. Seluruh dunia tahu akan itu. Saya macam tak dapat percaya bank boleh begitu jahil dan berkata “Singapura sebuah negara Islam.”

Saya tanya sama ada saya harus beritahu nama bank itu atau tidak. Tetapi saya tak rasa bank yang menimbukkan kesusahan. Itu disebabkan oleh sistem baharu, sistem payung selimut baharu di Eropah yang buatnya macam itu. Kerana dah banyak dekad saya ada bank ini. Kadangkala saya mengeluarkan sedikit wang dan tiada masalah. Apabila saya nak keluarkan AS$300,000 untuk bencana taufan Katrina di Amerika, pada masa itu boleh. Tetapi apabila saya nak keluarkan wang untuk deposit bagi ashram, mereka tidak benarkan. Mereka menimbukkan kesusahan. Mereka kata saya perlu sendiri datang, blah-blah. Jadi saya tak dapat belinya. Tetapi saya berfikir, “Okey, tak apa, mungkin Tuhan tak nak. Tuhan tidak mahu saya berada di negara itu.” Itu Kanada. Jadi saya biarkannya saja. Banyak perkara, saya biarkannya saja kerana saya berfikir Tuhanlah yang mahukannya macam itu. Jadi dengan wang yang bank tidak berikan kepada saya pun, saya tak terlalu banyak berfikir juga.

Saya berfikir, “Apa-apa saja. Itu wang Tuhan. Itu bukan wang saya. Jika Tuhan tak nak berikan kepada saya, maka saya tiada. Itu tak apa.” Di Âu Lạc (Vietnam) juga, kami berkata bahawa barang yg dimiliki atau harta benda menggantikan seseorang, bermakna jika kita kehilangan harta benda, mungkin itu untuk keselamatan kita – sebagai pertukaran untuk keselamatan atau nyawa kita. Daripada kita mati atau hidapi penyakit, Tuhan buat kita kehilangan wang. Itu maksudnya. Jadi apa-apa pun yang saya hilang, saya tak pernah terlalu banyak memikirkannya Saya bukanlah rasa ‘tiada apa-apa’, dah tentu. Saya tahu saya kehilangan wang dan sayangnya itu kerana saya nak letaknya di sana supaya saya dapat beli ashram baharu.

Kita sentiasa ada semakin banyak anak murid dan tak cukup ruang untuk mereka. Ke mana-mana pun mereka pergi, yang terbesar pun seperti Ashram Alam Baharu yang kita ada di Taiwan (Formosa), saya ingat kita ada secukupnya tetapi tidak. Kita tiada bilik yang mencukupi pun dan banyak daripada mereka perlu mendirikan khemah. Saya cuba beli sebuah lagi di Eropah kerana mula-mula sekali kita ada ashram meditasi SMC (Pusat Meditasi Santo Martin) ini, kemudian tak pernah cukup. Jadi saya sediakan lebih banyak wang dan ini melalui salah seorang anak murid. Saya kata, “Okey, di mana-mana saja kita berduit.” Jadi mana-mana bank atau anak murid menguruskan wang saya kadangkala kerana saya tak dapat menguruskan semua ini. Saya tak dapat menjual. Saya tak dapat mengambil wang. Saya tak dapat menyimpan kira-kira. Saya tak dapat lakukan semua ini. Saya sibuk dengan misi spiritual saya! Jadi dah tentu,kononnya anak murid saya menguruskan wang itu. Saya tidak menguruskan semua itu. Hanya apabila perlukannya, saya suruh mereka, seperti deposit untuk ashram atau sesuatu macam itu. Kemudian saya kehilangan sebahagian daripada itu.

Okey, tak apa, apa-apa saja. Saya berkata kpd Tuhan, “Ini wang-Mu. Apa-apa yg Engkau nak buat dengannya, tak mengapa bagi aku.” Tetapi bank beritahu saya bahawa bukanlah mereka tak nak berikan, “cuma undang-undang sekarang”, ini dan itu dan sebagainya. Ya Tuhan, saya dah ada bank ini selama banyak dekad, sekurang-kurangnya 30 tahun. Tiba-tiba mereka berpaling tadah kepada saya dan berkata saya tak boleh ambilnya. Mereka beritahu saya bahawa saya perlu pergi cari orang antarabangsa untuk menguruskan ini, agaknya peguam atau sesuatu. Tetapi di mana saya ada masa? Bila saya ada masa untuk buat begitu? Saya perlu bergegas dari negara ke negara untuk kerja saya dan kadangkala untuk keselamatan juga. Dan juga, saya tak boleh keluar, tunjukkan diri di mahkamah dan tunjukkan semua nama saya macam itu. Itu tidak selamat bagi saya sama sekali!

Saya ada banyak kawan tetapi juga ada musuh seperti Trần Tâm, contohnya. Saya tak tahu apa lagi yang akan dibuatnya. Sesetengah orang begitu membuta sehingga mengikut dia walaupun tiada kebaikan, apa-apa pun. Bekerja saja, merompak wang drpd orang lain untuk diberikan kpd dia. Bukan hanya mempergunakan orang mereka sendiri – pergunakan anak murid saya sendiri! Dah tentu, orang saya, majoriti daripada mereka ialah pengamal yang berhati murni, mudah terpengaruh dan berperingkat tinggi sekali. Jadi mereka tidak mengesyaki kononnya anak murid lain. Mereka kata dia bekerja untuk ‘arahan rahsia’ saya. Saya tak pernah mengerjakan apa-apa dengan arahan rahsia. Saya beritahu anda hari ini: Anda beritahulah semua orang yang anda kenali bhw saya tak pernah buat apa-apa secara rahsia untuk memperoleh wang. Tidak, semuanya melalui syarikat, syarikat berdaftar. Jadi apa-apa yang lain yang mereka katakan adalah tak betul. Saya tiada apa-apa yg berahsia utk dibuat Mengapa saya perlu buat kerja rahsia?

Di mana-mana negara, jika kita miliki syarikat dan bekerja dengan baik, rajin, kita membuat duit yang mencukupi. Kita tak perlu melarikan cukai atau apa-apa untuk membuat duit! Kerajaan sentiasa ada undang-undang untuk berikan ruang yang mencukupi kepada kita juga, ruang yg mencukupi utk membuat duit! Jika tidak, mana boleh mereka terus mendapat cukai jika mengenakan terlalu banyak bayaran atau menimbulkan kesusahan untuk penduduk yang berniaga? Di negara komunis pun!

Banyak orang di China sangat kaya. Di Âu Lạc (Vietnam) juga, mereka membuat duit. Mereka kaya juga. Cukai di Taiwan (Formosa) sangat rendah juga. Kerajaan tidak menindas rakyat. Bukan macam itu. Itu hanya orang yang menipu seperti Trần Tâm. Maka kerajaan perlu menguruskannya. Tetapi hingga kini, kerajaan belum buat apa-apa sejauh yang saya tahu. Mungkin mereka masih belum dapat tangkap dia kerana barangkali dia berada di negara yang berlainan di mana kerajaan tidak tahu akan aktivitinya.

Dia berbuat jahat di negara lain dan tinggal di negara lain, mungkin. Mungkin di Amerika. Oleh sebab dia di Amerika, jadi barangkali dia miliki kewarganegaraan Amerika. Jika dia berbuat jahat di Âu Lạc (Vietnam), Taiwan (Formosa) atau China, kerajaan di sana tak dapat tangkap mereka. Mereka juga minta wang tunai saja, di mana-mana pun. Maka kerajaan tak boleh mendapat tahu siapa beli apa dan berapa banyak pun. Macam itulah. Kemudian oleh sebab itu kononnya barangan kemas ‘saya’, yang palsu pun, segala tuduhan dilemparkan kepada saya. Jadi anda lihat mengapa saya sentiasa alami kesusahan dan hidup dlm bahaya. Disebabkan itu, kadangkala saya perlu lari. Saya juga tak dapat ada masa untuk mendapat tahu apa pun. Hanya apabila Tuhan mengaturnya baru saya tahu.

Tuhan malah beritahu saya supaya dedahkan identiti sebenar saya, atau mengaturnya agar saya tahu akan Trần Tâm dan bercakap tentang aktiviti jahatnya. Sekarang Dia mengatur agar saya tahu akan barangan kemas palsu yang mereka palsukan dan jual kepada orang saya sendiri, pengikut taat saya sendiri kerana mereka berhati murni, suci, percayai kononnya saudara mereka sendiri. Tetapi mereka mengaturnya macam itu. Mereka kata itu ‘arahan rahsia’ saya. Saya tak pernah arahkan apa-apa yang berahsia. Mengapa? Buat apa? Mengapa saya perlu buat apa-apa secara rahsia? Rahsia apa?

Kaedah Quan Yin diberitahu kpd anak murid supaya tidak didedahkan kerana ini hal peribadi anda, jalan peribadi anda, dan ini daripada Syurga kepada mereka. Jadi mereka tak harus pergi bercakap besar tentang pengalaman dalaman dan sebagainya. Kerana jika anda bercakap besar tentangnya dengan ego, Syurga akan merampasnya dan membutakan anda, letak tirai di depan anda supaya anda tak nampak lagi pengalaman dalaman daripada Syurga, kabur atau sangat jarang lagi. Sebab itulah saya beritahu mereka supaya tidak beritahu anak murid.

Sebab itulah apa-apa yang anda tahu dalam testimoni Kata-kata Hati hanyalah sebahagian kecil daripadanya. Banyak orang yang lain tidak beritahu. Bukanlah saya melarang. Saya hanya nasihati mereka bahawa apa-apa pencapaian spiritual, itu milik mereka. Setiap anak murid, walaupun ada kaedah yang sama, ada pencapaian-pencapaian yg berlainan, menuju ke jalan-jalan yang berlainan. Mereka perlu bersumpah supaya jujur, Lima Rukun. Oleh itu, mereka tak harus pergi bercakap besar tentang segala-galanya macam itu. Mereka boleh memperkenalkan, seperti, “Terdapat Kaedah Quan Yin yang berikan makrifat semerta dan pembebasan abadi dalam masa satu hayat.” Itu, mereka boleh beritahu. Tetapi pencapaian spiritual sendiri, mereka tak harus. Biasanya mereka tak harus. Mereka tak beritahu.

Photo Caption: Pernah Anda Bersyukur kepada Tuhan atas Begitu Banyak Benda Cantik? Ia Percuma untuk Nikmat Anda!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/12)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
157 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android