Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bersedia untuk Hari-hari Susah, Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berdoa dan Bermeditasi, Bahagian 3/12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Orang-orang daripada kumpulan Trần Tâm ini tak tahu apa-apa pun tentang standard moral. Mereka tak peduli sama ada orang lain menderita untuk membayar harga yang tinggi kepada mereka. Mereka curi reka bentuk drpd saya dan ambilnya drpd anak murid saya sendiri. Bayangkan itu? Mereka hisap semua orang sampai kering Bukan sahaja pengikut mereka sendiri tetapi banyak kononnya pengikut saya sebelumnya juga sangka dia ialah pengganti saya, cara dia memalsukannya.

Dia juga berpura-pura sebagai pengganti, mempergunakan puisi saya dari lama dahulu, sebelum saya dikenali dunia pun – pergunakan puisi itu utk beritahu mereka bahawa itu wasiat saya untuk dia gantikan saya. Ia tak berkaitan dengan dia sama sekali. Ada versi bahasa Inggeris yang asal, dan dalam bahasa Inggeris, tiada nama ‘Trần Tâm’, apa-apa pun. Tetapi dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam), apabila mereka terjemahkannya, ia ada nama ini di dalamnya tetapi bukan dengan huruf besar. Ia hanya bermaksud ‘dunia’ dan ‘hati’. Itu saja! Dua perkataan saja tetapi dia pergunakan itu untuk orang yang mudah terpengaruh. Anak murid saya yang taat percayai saya, jadi mereka percayai dia. Selama ini, dia bekerja secara rahsia dalam kegelapan supaya tiada sesiapa yang beritahu saya apa-apa pun, atau satu kali, tetapi saya terdengar nama ‘Thơm’ dan tak pernah dengar sesiapa diinisiasi oleh Thơm. Itu apa yang saya rasa.

Testimony by a former victim of Ruma Trần Tâm: Guru yang dihormati dan pasukan Supreme Master Television yg dikasihi, Sudah 32 tahun sejak saya menerima inisiasi daripada Guru. Hari ini, saya ingin buktikan kata-kata Guru tentang syaitan Trần Tâm. Saya telah merahsiakan kisah ini selama banyak dekad kerana dia kata, “Reputasi pengutus berada dalam tanganmu.” Pada 1996 apabila dia pulang ke Âu Lạc (Vietnam), berpura-pura sebagai pengutus Quan Yin, saya menyertai kumpulan ajaran Guru. Pada masa itu, saya baru berusia 20 tahun. Pada tengah malam, dia memanggil saya masuk ke dalam bilik peribadinya dan lakukan pemerkosaan sama jantina terhadap saya. Saya patah jiwa kerana saya berfikir pengutus Guru seharusnya seorang santo yang mulia tetapi dia lakukan perbuatan duniawi yang begitu dahsyat. Namun, disebabkan oleh kepercayaan sepenuh kepada Guru, saya berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku dan terus bekerja dalam kumpulan ajaran untuk Guru. Banyak kali selepas itu, dia buat perbuatan yang sama terhadap saya dan arahkan saya supaya tak katakannya. Berkenaan dakwaannya bahawa Guru melantik dia sebagai pengganti, itu disebabkan oleh frasa yg diambilnya daripada puisi Guru ‘Wasiatku’ yang termasuk namanya: “Dunia ini tiada apa-apa utk ditawarkan kepada aku... (Rời cõi trần tâm...)”

(Nota Guru: Ini hanyalah SALAH SATU PUISI SAYA, tak berkaitan dengan dia. “Trần tâm” di sini atau mana-mana ditulis dengan huruf kecil, biasa, bukan nama, bermaksud: hanya alami duniawi, dunia ini. Jika itu nama, mesti tulisnya dengan huruf besar (Tr… Ta…)!! Saya tak pernah hantar dia ke Âu Lạc (Vietnam) untuk menjadi pengutus Quan Yin. Orang yang telah berkahwin, ada anak dan isteri tak boleh ada kedudukan ini. Hanya biksu atau biksuni boleh jadi itu. Dia memang seorang PENIPU, berpura-pura seperti itu adalah menyalahi undang-undang juga!!! Dia tak pernah tanya saya tentang ini. Tiada sesiapa yang pernah beritahu saya tentang nama ini dengan segala kekacauan yang terlibat!!)

Wasiatku Puisi yang ditulis oleh Mahaguru Ching Hai (vegan) pada 1979 di Jerman Pada asalnya dalam bahasa Inggeris. Diterjemahkan oleh editor Daripada koleksi puisi ‘Kenangan yang Hilang’ Dicetak oleh Syarikat Percetakan Jiahuang di Taiwan (Formosa)

M berkata: Puisi ini ditulis ketika Beliau masih di dunia, bertunang di Jerman, lama sebelum Beliau tinggalkan rumah untuk mencari Makrifat. Tiada sesiapa yang tahu akan puisi ini sebelum Beliau dikenali sebagai Mahaguru Ching Hai – langsung tidak berkaitan dgn karya-Nya sebelum dan selepas itu, apalagi dengan guru palsu untuk untung seperti Trần Tâm!!!!! Dia pergunakannya untuk memanipulasi orang yang tidak tahu apa-apa, mudah terpengaruh oleh niat jahatnya!!!

Jika aku mati esok, Semua hartaku menjadi milikmu. Engkau waris dekatku, Tiada orang lain di seluruh dunia!

Di sini aku menulis wasiatku, Tanganku menggeletar, hatiku teruja! En. Si Polan... dengan nama ini Pewaris warisan. Cap jari pada segala-galanya yang aku miliki, Ditinggalkan dengan seksaan dan keghairahan.

Di sini ialah senarai harta bendaku: Beberapa helai pakaian yang sopan, peti besi kosong, Puisi dan buku, tidak pernah diterbitkan, Tiada berlian, apalagi barangan kemas!

Tetapi puisiku adalah penting! Tolonglah sayang, simpan semuanya. Untuk engkaulah ia dibuat, Daripada malam yang tidak dapat tidur dan mimpi yang hancur!

Maka engkau boleh pasti, aku gembira. Meninggalkan dunia ini, hatiku tiada rasa sesal (*asal) Dunia ini tiada apa-apa pun untuk ditawarkan kepada aku, (*perhatikan bahawa tiada Trần Tâm dlm versi puisi bahasa Inggeris yg asal) Sejak hari engkau pergi dari situ; Hidup, merangkak menuju lembah maut.

Aku tahu, ini gila dan tidak berguna, Ini karut dan bodoh, aku tahu! Tetapi hatiku ini, Milikmu juga!...

Engkau boleh simpannya bersama warisan, Jika aku mati esok, tidak lama lagi, Apa bezanya, satu hari lebih atau satu tahun kurang? Peduli apa jika aku mati esok

Puisi ini dan banyak lagi oleh Mahaguru Ching Hai (vegan) boleh dimuat turun secara percuma di SupremeMasterTV.com/Poems & SMCHBooks.com

Dia, Trần Tâm, ialah salah seorang pelarian dari Filipina yang saya bantu! Jika saya ingat dengan betul sekarang. Ya Tuhan, saya tak tahu apa yang nak dikatakan lagi. Itu bukan hanya hal material tetapi moral yang begitu rendah – tiada moral sama sekali. Saya tak dapat percaya bahawa orang sebegini wujud di planet ini, dan kononnya pengikut saya! Mereka masuk, hanya mengambil arahan fizikal saya, dan menipu orang utk memperdaya mereka, malah menghisap darah mereka – kita boleh panggilnya itu. Sebab itulah banyak orang layu dan mati, terutama orang muda. Anda telah dengar itu sebelumnya daripada segala laporan yang kita siarkan di Supreme Master Television untuk anda tahu ini agar anda beritahu orang lain supaya berhati-hati dgn aktiviti jahat sebegini.

Sekrg kita telah dapat tahu lebih banyak tentang apa yang Trần Tâm lakukan di belakang saya, bukan sahaja menipu orang dengan kepercayaan dan bakti mereka, mengambil anak murid saya drpd saya untuk mengikut dia kerana mereka percaya bahawa itu arahan saya, bahawa dia benar-benar pengganti saya, sekarang mereka malah percaya bahawa barangan kemas palsu yang mereka jual adalah daripada saya juga kerana surat taubat ini beritahu saya itu. Saudara ini diberitahu oleh kumpulan ini – lima orang kononnya biksu dan seorang biksuni yang malah kepala bercukur dan memakai jubah kelabu, beritahu dia bahawa itu daripada saya: itu ‘misi rahsianya’, dia tak harus beritahu sesiapa pun kerana dia orang yang terpilih, dipercayai untuk menjual barangan kemas saya ‘secara rahsia’.

Excerpts from a Reporting Letter from Our Association Member About the Repenting Sister Who Helped Trần Tâm Sell Fake S.M. Celestial Jewelry: Guru Tersayang yang dikasihi, Pada sekitar 2018, dia datang kepada saya dan kami berbual-bual. Kemudian dia mula berkongsi perincian tentang pembinaan sebuah ashram baharu yang sangat besar di Taiwan (Formosa) – menggambarkan ini dan itu, menyebut bahawa asasnya sedang dibina dan perincian lain, dan bahawa dia ada foto walaupun dia tidak tunjukkan sebarang foto kpd saya. Dia terus mengatakan perkara lain tetapi apa yang paling mengejutkan saya adalah dia berkata bahawa dia bekerja secara rahsia untuk Guru, dengan sikap seolah-olah dia seorang ejen rahsia. Saya agak terkejut dengan ini walaupun saya tidak berikan banyak perhatian kepadanya pada masa itu. Kemudiannya apabila saya berpeluang untuk melawat Ashram (Alam Baharu), saya menyedari bahawa apa yang diberitahunya adalah tidak benar. Tiada pembinaan yang sedang dijalankan seperti yang digambarkannya. Sebaliknya, ashram itu hanya dibeli saja. Ini buatnya jelas kepada saya bahawa pemeriannya tidak tepat. Memandangkan dia berkongsi cerita ‘misi rahsia’ ini dengan saya banyak tahun yang lalu, saya percaya bahawa dia telah beritahu perkara ‘misi rahsia’ ini kepada banyak saudara seguru yang lain kerana saya bertemu dgn dia sekali saja dan tiada hubungan dengan dia sebelum masa itu. Anak murid Guru (*****) dari Âu Lạc (Vietnam)

Boleh percaya tak? Mungkin banyak daripada anak murid yang beli barangan kemas ini mengetahui kata-kata seperti itu juga, bukan hanya dalam surat taubat ini. Saya harap mereka akan menulis dan dedahkan kumpulan ini jika mereka tahu siapa mereka itu.

Sejak lama dahulu lagi, kita tiada rupa biksu dan biksuni dalam kumpulan kita. Dalam persatuan kita, mereka tak mencukur kepala dan tak memakai pakaian biksu dan biksuni lagi. Jadi lima orang biksu dan seorang biksuni yang kepala bercukur ini pasti bukan daripada kumpulan kita, daripada persatuan kita. Jadi saya tak tahu mengapa saudara ini tak tahu akan itu, tidak mengenal itu. Dia tidak mengetahui situasi terkini persatuan kita. Saya lihat hanya kumpulan Trần Tâm ada kepala bercukur ini, kononnya biksu dan biksuni. Jadi ini pasti daripada dia, daripada kumpulannya.

Biasanya kita tidak mendakwa orang tetapi jika mereka menipu orang, hidup dengan wang titik peluh mereka macam ini, saya perlu lindungi mereka dan kononnya anak murid saya. Dan juga, jika mereka buat sesuatu yang salah mengikut undang-undang negara, maka jika kita tahu, kita perlu beritahu kerajaan kerana ia berkaitan dengan reputasi persatuan kita juga, bahawa kita tidak buat perkara sebegini tetapi disalahkan atasnya.

Saya tiada kuasa sekular dan masa untuk menguruskan semua ini. Tetapi saya rasa suatu hari nanti, kerajaan, undang-undang akan tangkap mereka dan uruskan kegiatan jenayah mereka dengan cara yang sewajarnya. Jadi mereka akan perlu langsaikan karma untuk semua ini dan dihukum di neraka juga.

Selama ini, saya tak tahu mengapa mereka kata saya tidak bayar cukai. Saya ada syarikat dan syarikat ini akan bayar cukai. Saya tak tahu apa-apa pun tentang segala hal ini. Saya ambil sekadar cukup utk digunakan dan juga untuk bantu orang lain yang dalam kesusahan atau beli ashram untuk anda yang datang bermeditasi.

Photo Caption: Cari Ketenangan untuk Hati

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/12)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
157 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android