Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 17/19

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di pergunungan Himalaya, saya tak tahu banyak tentang apa-apa. Jika orang pergi, saya pergi saja. Kadangkala saya perlu berjalan berseorangan kerana mereka mengikut jalan yang berlainan dan berjalan dengan begitu pantas. Saya berseorangan dgn batang kayu saja dan beg tidur menjadi semakin berat kerana hujan membasahinya. Jalannya susah juga dan saya mendaki ke atas, tetapi saya gembira. Saya tak terlalu banyak berfikir tentang apa-apa. Saya berjalan saja, terus berjalan untuk mencari kawasan ziarah, mencari mana-mana Guru untuk mengajar saya sesuatu. Saya terus mencari, berjalan. Itu waktu yang sangat susah tetapi saya tak pernah rasa susah. Saya tak pernah berfikir utk satu saat pun bahawa itu waktu susah. Hanya sekarang, memberitahu anda, saya teringat itu boleh digambarkan sebagai waktu susah. Tetapi bagi saya, pada masa itu tidak.

Di India, kita tak harus berjalan berseorangan. Wanita tak harus berjalan berseorangan macam itu. Kita akan alami bahaya pd bila-bila saja kerana lelaki akan berfikir kita seperti perempuan jalang. Kita mengundang kesusahan jika kita berjalan berseorangan. Pada masa itu ketika saya pergi ke sana, saya tak banyak berfikir. Saya hanya mencari Tuhan. Walaupun kadangkala saya dengar dan sesetengah lelaki nak bawa saya pulang ke rumah, untuk menjaga, melindungi saya dan sebagainya, saya hanya kata, “Tidak, tidak, tidak. Saya baik-baik saja.” Saya tak pernah rasa takut atau apa-apa. Saya tidak sedar bahawa ada terlalu banyak bahaya. Tahulah, orang kata cinta buat orang membuta. Saya begitu banyak jatuh cinta pada makrifat, pada Tuhan, pada Guru sehingga saya tak dapat sedar pun apa itu. Tuhan melindungi saya. Saya rasa Tuhan dan Syurga berfikir, “Wanita ini begitu bodoh, begitu bodoh dan begitu degil. Jadi kita memang perlu menjaga Dia kerana Dia tak tahu apa-apa pun. Dia tak pedulikan bahaya atau semua itu. Kita perlu melindungi Dia.” Agaknya macam itu.

Sesetengah orang menunggang orang-kuda pada bila-bila orang-kuda mampu disewa atau boleh pergi. Tetapi mereka memandang saya dengan mata yang kesian. Saya tak faham mengapa kerana tak sentiasa selamat apabila kita menunggang orang-kuda. Saya lihat orang-kuda kadangkala tergelincir di atas ais, sesetengah wanita/lelaki tergelincir dari ais dan sebagainya. Oh, saya dilindungi! Syukurlah! Selepas selama ini pun, saya tidak sedar betapa berbahayanya itu. Sebab itulah banyak orang yang pergi berziarah ke hujung pergunungan Himalaya, seperti saya, orang memuja mereka, berfikir bahawa mereka ialah orang tersayang Tuhan, bersujud kepada mereka dan sebagainya.

Apabila saya kembali ke salah sebuah ashram, saya mengutip sehelai surat khabar Inggeris yang terbuang. Itu jarang. Saya lihat bahasa Inggeris, jadi mengutipnya dan baca. Saya duduk di anak tangga lalu bacanya. Seorang lelaki tua yang berambut putih panjang sekali sampai ke perut, bulu keningnya, semuanya putih, dan memakai serban putih, pakaian putih, kelihatan begitu seperti seorang Guru, seperti Santo, datang bersujud kepada saya. Oh, saya begitu takut! Begitu takut. Saya campak surat khabar itu dan melarikan diri. Saya terlupa. Saya harus tanya dia mengapa tetapi saya tidak tanya. Saya begitu takut. Saya berfikir, “Apa yang dibuatnya ini? Mengapa bersujud di depan wanita yang tak wajar disanjung?”

Menjadi seorang Guru adalah ditakdirkan oleh Syurga dan Tuhan. Hanya apabila Tuhan benar-benar beritahu anda dan anda tahu bagaimana melindungi diri daripada kepalsuan, atau Guru melantik anda untuk pergi ke kawasan tertentu bagi memberi inisiasi untuk berapa banyak orang – Dia sudah tahu, atau Dia sudah diberi laporan – dan anda bergantung kepada Kuasa Guru. Dia sudah diberi laporan tentang bilangan orang, mereka dari mana, umur, nama mereka dan segala-galanya. Hanya jika Guru melantik anda, anda pergi ke sana, maka anda tahu, pergi ke sana. Itu saja. Anda bukan seorang Guru. Anda hanya membawa maklumat. Sebab itulah kita panggil biksu dan biksuni dalam kumpulan saya ini sebagai ‘pengutus Quan Yin’ dan mereka tahu akan peraturannya. Jadi jika anda tidak dilatih dalamnya, ada sesetengah peraturan yg mendalam anda tidak tahu.

Mereka bukan berada di sana hanya untuk menjadi Guru palsu yang menikmati tawaran. Mereka bukan, kerana saya melarang mereka mengambil apa-apa pun. Jadi segalanya yang mereka gunakan drpd sesiapa pun, mereka perlu bayar. Saya bayar untuk mereka, dah tentu, Mereka tak berduit juga. Kami menjana wang. Kami gunakannya bersama-sama, jadi tak mengapa. Bukanlah mereka ada wang sendiri. Hari ini, hanya apabila mereka perlu pergi ke luar negeri dan perlukan kad kredit, maka tak mengapa, mereka adanya. Apabila pergi ke sana, mereka perlu bayar untuk segalanya. Apa-apa pun yang mereka gunakan drpd saudara seamalan, mrk mesti bayar. Tidak satu sen pun yang tidak dibayar. Anda tahu akan semua itu. Jika anda bercakap dgn penetap ashram, biksu dan biksuni saya yang tertinggal, anda akan mengetahui itu. Mereka semua tahu akan itu. Hanya orang yang tertinggal sekarang yang bukan keluar untuk kemasyhuran dan nama, untuk menjadi guru palsu/ apa-apa saja, berkahwin atau apa-apa saja – mereka mematuhi semua prinsip ini dan suci.

Mereka yang berhenti menjadi biksu atas sebarang sebab, tiada satu pun daripada mereka yang capai peringkat di atas Alam Ketiga, jadi belum bebas sepenuhnya. Mungkin mereka perlu kembali ke hidup manusia satu kali lagi jika hati mereka tidak suci. Jika mereka masih ingat, berdoa kepada Guru dan kembali kepada amalan yang rajin, maka peringkat mereka masih boleh tinggi. Tetapi sukar. Setelah anda meninggalkan impian anda hanya untuk mendapat keseronokan diri dan untung duniawi, maka sangat sukar untuk memanjat ke atas semula. Tak mengapa. Setiap orang ada harapan. Setiap orang mesti cuba sebaik yg boleh. Macam itulah. Saya harap jika anda tidak beramal dan tidak keluar kali ini, maka lain kali, mungkin jika anda pergi ke mana-mana planet yg lain, anda akan menemui Guru yang baik sekali lagi dan beramal semula.

Saya memang – pada masa ini, dalam hayat ini – tak nak kembali ke planet ini lagi. Bukan macam ini – tidak. Tidak, memang terlalu banyak kerja, terlalu banyak kehilangan dan pemerolehan sangat sedikit. Dan kita boleh mati pada bila-bila saja, membuat anak murid baik yang lain menjadi anak yatim. Itu tak adil. Saya tak boleh begitu banyak menderita lagi. Melihat segala penderitaan di sekeliling saya, itu sepert i saya di neraka sepanjang masa. Pengamal seharusnya bahagia, ceria, diberkati, bertambah baik sepanjang masa. Ya, mereka semua begitu. Kebanyakan anak murid saya begitu, hanya saya tidak. Mereka ambil semuanya daripada saya, kemudian menikmatinya. Tetapi adalah baik begitu.

Bukanlah saya tak nak beri, cuma maksud saya, buat apa begitu banyak orang…? Majoriti orang tidak percaya, tak tahu apa-apa pun, tak dengar apa-apa pun. Orang kita sendiri pun – kita menyelamatkan mereka dari kem pelarian, kita tak ambil apa-apa pun drpd mereka tetapi mereka berpaling menentang kita. Membuat perkara dahsyat, membuat perkara salah – mendakwa diri sebagai Guru, membuat perkara salah yang bertentangan dengan semua prinsip saya dan buat orang lain lagi salah faham terhadap ajaran saya dan buat lebih banyak orang lari dari ajaran saya, dengan itu mereka tak boleh mendapat pembebasan. Jadi karmanya sangat besar. Ini berterusan seperti rantaian. Itu tidak baik. Itu tidak baik, tidak adil sama sekali. Saya harap keadaan akan jadi lebih baik. Jadi saya perlu sangat banyak bekerja.

Selagi saya di sini, di planet ini, saya berjanji kepada anda saya akan berusaha habis-habisan untuk selamatkan dunia ini, selamatkan nyawa fizikal orang dan roh mereka. Itu saja yang boleh saya beritahu anda. Saya janji kepada anda. Saya tak berani berkata banyak. Apa-apa dalam rancangan Syurga, kita tak harus dedahkan terlalu banyak apabila ia melibatkan peristiwa besar. Apabila kita dedahkan sesuatu yang kecil seperti, “Oh, seseorang presiden akan mati dibunuh; seseorang akan menjadi presiden walaupun dirasakan tak mungkin tahun ini, tahun depan…” – itu tak terlalu banyak. Tetapi jika kita dedahkan rancangan Syurga yang besar untuk seluruh umat manusia dan semua makhluk yang lain seperti makhluk haiwan di planet ini, maka habislah kita. Ramalan kita mungkin hancur. Orang akan memandang rendah terhadap kita, berfikir, “Oh, sebelumnya Dia ramalkan semuanya dengan betul tetapi sekarang Dia ramalkan semuanya dengan salah.” Tidak, saya nak bersihkan nama mereka.

Semua orang yang benar-benar ikhlas dan terus mata, tidak bersyarat, meramalkan semuanya dengan betul tentang planet kita, terutama pada masa ini, atau beberapa tahun yang lalu, sebelum 2024 hingga 2012, hingga 2012. Mereka semua katakan perkara yg betul. Keadaan boleh macam itu: Bencana boleh menimpa manusia. Api boleh datang dari Syurga. Air banjir boleh menaik, malah melitupi semua gunung, macam itu. Kerana Tuhan boleh buat segalanya. Tuhan boleh buat itu berlaku. Tuhan boleh buat air mengalir ke atas, melitupi semua gunung, menenggelami semua manusia dan segalanya yang mereka bekerja keras untuknya. Boleh berlaku macam itu, cuma disebabkan oleh Syurga, disebabkan oleh semua Guru – masa lalu, sekarang, malah masa depan – membantu dengan Kuasa Mereka kerana Mereka ada di mana-mana saja. Mereka bukan sahaja dlm badan fizikal tetapi juga dalam badan bukan fizikal. Mereka juga membantu tanpa kita nampak. Kita perlu berterima kasih kepada Mereka semua.

Kita perlu bersihkan nama semua peramal terutama peramal baharu seperti Baba Vanga, En. Hamilton-Parker. Mereka panggil dia ‘Nostradamus moden’. Dia orang Inggeris. Dia meramalkan kemangkatan Baginda Ratu Elizabeth II dan banyak kejaidan lain yang menjadi kenyataan – malah percubaan bunuh Presiden Trump, contohnya. Dia juga berkata bahawa dia tahu ada sekumpulan orang yang merupakan wira yang tidak dipuji yang akan menyelamatkan planet ini dan orang tetapi dia tak tahu siapa itu.

Photo Caption: Kami Wujud, Tidak Kira Spesies Apa.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (17/19)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1379 Tontonan
2024-12-18
850 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android