Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 14/19

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di dunia ini, kita boleh... Ya Tuhan! Kita boleh dimudaratkan, dicederakan, dituduh atau dipenjarakan pada bila-bila saja atas sebarang sebab, sebab yang direka-reka atau tak perlu ada sebab pun.

Meskipun kita berduit dan hanya rasa bersimpati dengan orang senegeri yang jauh, jadi menghantar anak murid untuk pergi ke sana dengan segala wang yang kita ada untuk menyelamatkan mereka kerana mereka dalam bencana dan sebagainya tetapi kerajaan tetap boleh menangkap anak murid itu, menuduh mereka lakukan apa-apa saja – tak tahu apa – dan perlu menandatangani dokumen yang nyatakan bahawa mereka lakukan kesalahan ini, itu. Apa-apa pun yang pegawai kerajaan di kawasan itu mahu kita mengaku, kita perlu. Meskipun salah atau tidak, mereka kata kita akan ditembak dengan serta-merta – di sini juga, di depan mereka. Jadi mereka terpaksa tandatanganinya. Jika tidak, mereka akan masuk penjara atau ditembak dengan serta-merta. Kerajaan buat mereka menandatangani perkara palsu yang mereka tidak buat, malah mengambil wang daripada itu. Wang yang selebihnya, saya tak tahu lagi.

Meskipun kita buat segala perkara baik untuk dunia, kerajaan tetap boleh pergi menyerbu tempat inisiasi kita di satu negara atau merampas komputer daripada anak murid lain di negara lain, kemudian berkata bahawa kita nak berikan wang kepada orang dan gunakan COVID-19 sebagai alasan supaya kita dapat ‘menggoda’ orang agar datang kpd kita untuk menjadi pengikut kita. Ya Tuhan, saya harap begitu senang. Saya harap begitu senang: hanya berikan wang atau anugerah kepada orang, maka mereka akan datang untuk menjadi anak murid kita. Hingga kini, saya tahu satu orang saja yang merupakan biksuni dan ada pertubuhan bukan untung untuk membantu orang miskin. Saya berikan wang kepada pertubuhan itu. Itu satu-satunya orang yang saya tahu datang untuk dapatkan inisiasi selepas itu. Tetapi dia tak beramal dengan begitu baik juga. Dia tidak kerap hadir. Dia pergi ke tempat lain, mencari biksu lain di Burma atau Kemboja, apa-apa saja. Maklumlah, tak begitu senang.

Satu peringatan bijak kepada individu atau mana-mana negara: Jika anda tak tahu siapa baik dan siapa benar-benar jahat, anda harus menyelidik dulu. Tinjau orang itu sebelum anda memfitnah dia untuk mengelak drpd wujudkan karma buruk untuk diri sendiri. Anda dah ada karma buruk yang cukup banyak, kerana jika tidak, anda takkan melakukan itu, kerana karma buruk mengheret anda turun ke peringkat yang lebih rendah. Ini akan membawa anda ke alam yang lebih rendah, alam yang lagi menyeksakan daripada Bumi, mungkin malah ke neraka.

Mana-mana negara yang memperlakukan orang baik dgn buruk, salah menuduh, contohnya, atau memfitnah orang yang baik itu – baik kepada negara itu dan tidak memudaratkan apa-apa pun – maka itu karma yang sangat buruk. Itu wujudkan karma buruk untuk negara, kemudian negara boleh mudah diserang oleh negara lain. Jadi tolonglah, berhati-hati dengan apa yg anda katakan, apa yg anda tulis dan apa yang anda fikirkan pun. Semoga Tuhan memakrifatkan anda dengan secukupnya untuk memahami siapa baik untuk anda, siapa baik untuk negara anda. Anda tak perlu buat apa-apa pun untuk orang itu terutama kerana orang itu tak meminta apa-apa pun. Mereka hanya menguruskan situasi dan menjaga orang dalam kesusahan. Jadi anda harus tahu bahawa orang itu baik.

Tak perlu risau tentang apa tujuannya Dia melakukan itu. Apa tujuannya? Anda dapat lihat dengan jelas sekali mengapa Dia melakukan itu semasa Mereka tak mendapat apa pun sebagai balasan dan tak minta apa pun. Dalam semua surat Anugerah kami daripada saya, contohnya, kami menulis terlebih dahulu bahawa, “Contoh ini hanya untuk membuat orang lain ikut dan mungkin berbuat baik untuk orang lain, sama seperti anda, dan langsung tidak bersyarat. Kami takkan hubungi anda. Kami takkan menerima apa-apa pun daripada anda selepas itu. Jika anda mahu kami siarkannya di televisyen kami, kami akan buat begitu. Jika tidak, kami takkan buat begitu. Kami takkan hubungi anda atau minta apa-apa pun daripada anda selepas anugerah ini.” Jadi memang jelas bahawa kami lakukannya hanya utk persahabatan, daripada manusia kepada manusia atau untuk umat manusia pada umumnya bagi membantu dunia menjadi tempat yg lebih sesuai didiami. Kami tidak mahu untung daripadanya.

Saya berikan wang di mana-mana saja saya berikan. Semuanya drpd hati saya. Ada banyak tokong yang saya bantu. Hanya satu saja yang disebut. Daripada banyak biksu yang saya bantu, hanya satu saja yang disebut kerana saya perlu melalui jabatan Supreme Master TV yang berkaitan untuk menguruskan itu. Yang selebihnya sebelumnya tak pernah disiarkan di TV. Itu bukan hanya beberapa puluh ribu (dolar AS), itu beratus-ratus ribu – sangat banyak, boleh sebanyak berjuta-juta (dolar AS) tetapi tiada sesiapa pun yang tahu. Sebelumnya, kami tiada Supreme Master TV atau tiada orang yang pergi ke sana atau lihat perkara sebegini. Kami lakukan semuanya dengan Nama Tuhan, dengan Rahmat Tuhan dan Belas Kasihan semua Guru, daripada semua hati penyayang – hati penyayang murni, Kasih Sayang murni saya saja. Saya tidak mahukan apa-apa pun.

Maksud saya, memang, jika saya mahukan wang dan kemasyhuran, saya harus mencari di semua negara kaya dan cuba hubungi semua orang yang terkenal atau berkuasa. Tidak, saya tak pernah buat begitu. Pada bila-bila, apa-apa yang berkaitan dengan orang terkenal atau ahli politik, merekalah yang hubungi saya melalui seseorang. Saya tidak kenali mereka sebelumnya. Itu kebenaran dan anda semua tahu akan itu. Akan senang jika kita dapat merekrut orang dengan memberi wang atau anugerah. Tidak, bukan macam itu! Saya juga berikan anugerah kepada banyak orang besar dan terkenal. Mereka tak pernah jadi anak murid saya. Kadangkala mereka tulis surat ucapan terima kasih, kadangkala tidak pun.

Saya gembira dengan sesetengah orang yg wajar disanjung menerimanya. Sepanjang hidup mrk sebagai ahli politik, mereka telah buat banyak pengorbanan untuk mentadbir negara, membantu rakyat demi kepentingan terbesar mereka dengan sebaik yang boleh – sekurangnya jika mrk wajar disanjung, sekurang-kurangnya mereka ada sesuatu untuk dipegang dalam tangan untuk mengetahui bhw saya hargainya, bahawa seseorang hargai mereka, seseorang tahu mereka bekerja keras dengan niat dan hati yang murni. Sekurang-kurangnya mereka ada sedikit penenangan sebelum meninggal, apabila dah bersara. Contohnya, mereka akan memikirkan itu. Atau pada masa masih bertugas pun, mereka ingat akan benda yang diterima daripada saya dengan segala pujian dan galakan. Mereka akan buat dengan lebih baik untuk dunia, untuk negara, untuk rakyat mereka. Itu satu-satunya niat saya.

Saya berikan banyak anugerah dan bantuan kewangan kepada banyak penjaga pusat orang-haiwan. Saya tak nampak mana-mana orang-haiwan datang untuk menjadi anak murid saya atau untuk inisiasi! Suatu kali, ketika kami baru datang ke tanah saya di Costa Rica, kami akan beri inisiasi, jadi ada setimbun kertas tentang peraturan yang perlu dipatuhi untuk inisiasi, seperti menjadi vegan, tidak minum arak, tidak ambil dadah, tidak mencuri dan tidak membunuh. Terdapat timbunan kertas bercetak yang akan diberikan kepada saudara seamalan baharu. Saya pergi ke pusat itu di Costa Rica. Saya ada sebidang tanah kecil di sana. Pada masa itu, saya tiada wang yang banyak tetapi kami ada sebidang tanah di sana dan ia masih ada di sana. Jadi mereka letak kertas itu di atas trak, trak terbuka, dan bawanya balik ke pusat itu.

Saya duduk di dalam trak lain atau kereta lain – jika ada kereta. Mungkin penuh dengan lubang peluru seperti dulu di California. Tak apa. Hidup saya seperti filem besar. Dengan sangat banyak filem pun, anda tak dapat buat dengan secukupnya jika saya beritahu anda segala-galanya.

Apabila kami balik ke pusat itu dengan trak terbuka macam itu, dengan timbunan kertas untuk inisiasi, seorang-lembu datang ke trak itu dan keluarkan sehelai kertas daripada timbunan tersebut. Timbunan itu, mereka ikatnya bersama, bukanlah mereka biarnya terbuka untuk terbang ditiup angin sementara memandu tetapi orang-lembu itu dapat memperoleh sehelai kertas arahan inisiasi dan melarikan diri dengannya. Seluruh pusat tersebut pada masa itu ada banyak rumput hijau yang enak, tumbuhan baharu dan bunga tetapi dia pergi terus ke trak, menggonggong kertas inisiasi dalam mulut dan larikan diri dengannya. Kami semua ketawa selepas itu. Kami tertanya-tanya apa yang nak dibuatnya dengan itu.

Pada masa itu, Huang Hong Hai masih hidup. Dia bekerja untuk kedutaan Taiwan (Formosa) di Costa Rica. Dia beritahu semua orang tentang itu juga. Orang yang tak nampaknya juga banyak ketawa, gembira untuk orang-lembu itu tetapi tertanya-tanya… Saya pasti orang-lembu itu akan diberkati dengan niat dan hati murni untuk mendapat pembebasan. Tuhan takkan abaikan itu. Tuhan akan nampak itu. Semua Santo, Orang Suci dan Buddha akan nampak orang-lembu itu benar-benar mahu membuat sesuatu yang banyak manusia tak nak, tidak memikirkannya pun, atau malah memandang rendah dan memfitnahnya – memfitnah kaedah yang perlu saya harungi banyak gunung dan sungai, dan hampir mati banyak kali di pergunungan Himalaya untuk peroleh dan bawanya balik secara percuma untuk semua orang. Mereka bukan sahaja tidak ambilnya malah memfitnah, mengumpat. Mereka juga menghalang orang lain supaya mereka tidak berfikir untuk datang bagi mendapatkan inisiasi ini untuk pembebasan.

Photo Caption: Kita Semua Perlukan Nektar untuk Bertumbuh Jadi Lebih Besar drpd Hidup!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (14/19)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
162 Tontonan
2024-12-19
1381 Tontonan
2024-12-18
853 Tontonan
2024-12-18
331 Tontonan
2024-12-18
126 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android