Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 11/19

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Beramal dengan rendah diri, ikhlas. Sentiasa memuji Tuhan, memuji semua Guru, supaya melindungi anda daripada musuh sendiri, iaitu ego anda – ego bercita-cita rakus, ketamakan terhadap kemasyhuran dan untung. Itu musuh terburuk yang boleh anda ada, lebih buruk daripada syaitan, lebih buruk daripada hantu, lebih buruk daripada makhluk jahat lain di planet ini atau mana-mana pun. Kerana jika mereka ialah syaitan tetapi anda berakhlak mulia, teguh dalam amalan spiritual, berhati suci, cintai Tuhan, kasihi Guru dan banyak Guru yang lain, maka tiada syaitan yg dapat dekati anda, apalagi memudaratkan anda. Tiada hantu yang dapat dekati anda. Mereka perlu berada sejauh berpuluh-puluh batu dari anda. Tetapi jika anda tamak, bercita-cita rakus dan membina kemasyhuran dan kekayaan dengan kepura-puraan palsu atau jenis imaginasi palsu angan-angan, maka habislah anda. Maka syaitan akan berada di sekeliling anda sepanjang masa dan memuaskan ego anda dengan segala jenis khayalan dan mungkin tunjukkan sedikit kuasa ajaib kepada anda supaya anda rasa anda orang yang hebat. Tidak, tidak, tidak. Itu bukan Buddha.

Buddha tidak tunjukkan kuasa ajaib, tidak gunakan kuasa ajaib pun kecuali kadangkala Baginda terpaksa untuk berjumpa dengan anak murid. Baginda terbang bersama kumpulan-Nya dan tiada orang lain yang dapat lihat kecuali pengikut yang jemput Baginda, misalnya macam itu. Baginda bukan lakukan itu untuk menunjuk-nunjuk. Baginda pelajari itu sebelumnya atau sesetengahnya datang secara natural. Saya dah beritahu anda. Tetapi Baginda bukan lakukan itu hanya supaya orang tepuk tangan, ucapkan syabas kepada Baginda atau berikan lebih banyak makan tengah hari daripada yang dapat dimakan-Nya.

Buddha buat segalanya dengan betul, sesuai pada masa yang betul dan detik yang betul saja. Apa-apa saja yang lain yg dibuat-Nya, seperti muncul di depan anak murid di dalam penjara untuk menenangkan mereka, seperti dulu Permaisuri (Vaidehi) – Baginda dipenjarakan dan ingin berjumpa dengan Buddha. Baginda tak boleh, jadi berdoa kepada Buddha. Jadi Buddha muncul dengan badan cahaya, badan jelmaan – bukan badan fizikal tetapi kelihatan betul-betul seperti badan fizikal. Kadangkala kita malah boleh sentuhnya juga. Kita boleh berjabat tangan atau Guru malah memeluk kita, seperti badan fizikal yang sebenar tetapi itu badan jelmaan.

Buddha jelmakan badan-Nya di penjara Permaisuri di mana tiada orang yang boleh masuk, dah tentu. Itu penjara yang ketat. Tiada orang yg boleh masuk ke dalamnya Buddha berada di sana untuk masa yg panjang bagi mengajar Baginda kaedah Buddha Amitābha, biarkan Baginda bermeditasi dan bertafakur di sana pada Alam Buddha Amitābha, dan lepas itu Baginda akan lahir semula di sana, tetapi Baginda perlu betul-betul melakukannya. Buddha memberitahu Baginda rupa Alam Buddha Amitābha secara terperinci. Baginda perlu hafal dan ingat akan semua itu setiap hari, malah memikirkan semua perincian itu dan melafazkan nama Buddha Amitābha. Itu bukan hanya melafazkan Nama Buddha saja. Apabila Buddha mengajar Baginda, semuanya adalah secara terperinci dan Buddha berkata Baginda perlu sentiasa ingat akan itu dalam fikiran-Nya, pemandangan Alam Buddha Amitābha. Itu caranya Baginda dapat lahir semula di sana.

Jadi tak begitu senang, memang. Kita tak dapat begitu bertumpu untuk ingat akan semua perincian rupa bunganya, rupa air di dalam tasik nektar itu di Alam Buddha Amitābha, dan bagaimana burung bernyanyi di sana, apa jenis lagu, apa jenis melodinya, contohnya. Jadi itu badan jelmaan Buddha untuk membantu seorang anak murid pada waktu susah tetapi Baginda tidak gunakan kuasa ajaib atau apa-apa. Itu hanyalah kejadian natural yang berlaku kerana Buddha ada banyak jenis kuasa yang berlainan untuk digunakan bagi membantu anak murid.

Biasanya hanya anak murid atau orang yang berkaitan nampaknya tetapi kadangkala orang luar yang lain nampaknya. Seperti dalam sebuah keluarga, si ibu tak nampak tetapi si anak yang tidak diinisiasi nampak Guru datang ke rumahnya dan melakukan ini dan itu, contohnya, atau orang luar yang tidak diinisiasi pun, ahli keluarga atau kawan datang dan nampak Guru berada di rumah, melakukan perkara atau memberkati. Itu boleh berlaku juga tetapi tak sentiasa berlaku macam itu.

Biasanya Buddha menjelma hanya apabila perlu, atau sentiasanya – malah sentiasanya, tetapi bukan semua orang dapat lihatnya. Dalam seluruh perhimpunan saya, contohnya, semasa semua anak murid berada di sana, hanya beberapa orang anak murid nampak Buddha datang dan pergi, atau sebarang keajaiban yang lain, atau keajaiban Guru dalam perhimpunan itu, berkati siapa dan siapa tetapi orang lain tak nampak apa-apa pun, tak menyedari apa-apa pun. Hanya sekumpulan anak murid pada masa itu nampaknya. Kita ada testimoni itu. Banyak, cuma kadangkala mereka tidak tulis. Biasanya saya beritahu mrk supaya tidak tetapi kadangkala mereka tak dapat tidak. Mereka perlu tulis. Mereka suka kongsinya dgn orang lain untuk galakkan orang lain supaya terus beramal.

Suatu kali, beberapa org anak murid saya pergi ke sesuatu tempat untuk beramal dan banyak biksu Tibet datang mengejar mereka, lari mengejar mereka dan tanya mereka, “Kamu datang dari mana? Apa yang kamu lakukan? Mengapa begitu banyak Buddha datang ke tempat kamu berada dan begitu banyak Cahaya?” Dan sebagainya. Sesetengah biksu Tibet juga buat begitu terhadap kononnya anak murid saya. Rasanya saya masih ingat seorang anak murid katakan perkara sebegini. Saya tak dapat ingat bila dan di mana – tahun-tahun belakangan ini, mungkin di Ashram Alam Baharu atau sesuatu.

Tetapi bukan di sana saja. Selama ini, mereka sentiasa katakan sesuatu kepada saya secara peribadi dan tanya saya, “Apa jenis peringkat itu?” Kerana di satu peringkat ada banyak pemandangan, seperti mercu tanda landskap supaya anda dapat mengenal anda di mana. Sama seperti anak murid yang kebetulan berada di Alam Buddha Amitābha, kemudian pulang ke rumah, lihat kitab Buddha Amitābha, membanding dan berkata, “Oh, saya di Alam Buddha Amitābha! Itu dah pasti.” Itu bukan ilusi. Kerana dia juga tahu akan itu semasa alami visi dalaman, tetapi apabila dia keluar darinya, ada keraguan yang timbul tentang mana itu. Sama ada mereka tanya saya, atau jika saya tiada di sana, mereka pergi ‘tanya’ kitab, atau minta Buddha jelaskannya.

Macam mana pun, kita tahu yang mana ialah ilusi, yang mana bukan, kerana pada waktu inisiasi, anda diajar juga. Saya mengajar anda cara mengenal Guru sebenar di dalam, atau maya yang wujudkan ilusi, menipu dan memperdaya anda. Anda semua tahu akan itu. Itu hanya kononnya anak murid, mereka bukan anak murid. Mereka sudah pun syaitan dan tidak bertaubat. Mereka masuk, menyalahgunakan kasih sayang, kebaikan hati saya dan ingin mengambil Kuasa saya bagi memperdaya orang untuk wang, kemasyhuran dan peluang untuk memperkosa orang lain yang taat dan tak tahu apa-apa. Seperti mereka menjadi biksuni atau biksu mereka, kemudian mereka memperkosa mereka, misalnya macam itu. Anda tahu akan itu, malah ada testimoni daripada orang luar – daripada biksuni di luar kumpulan saya, daripada biksuni Buddha. Mereka malah menyalahkan saya juga. Saya tak tahu apa-apa pun tentang itu hingga beberapa minggu yang lalu. Ya Tuhan. Tuhan tahu akannya. Dahsyatnya. Ya Tuhan, dahsyatnya. Saya rasa begitu bersimpati dengan semua orang yang tak berdosa ini.

Tetapi mereka tahu akan saya. Jika mereka tahu saya ialah Gurunya, mengapa mereka tidak datang kepada saya sebaliknya? Kerana mereka boleh memohon juga. Mereka hanya tulis nama dan kami tahu mereka di mana, kemudian saya boleh hantar biksu saya kepada mereka. Mereka tak perlu datang kepada saya pun. Kami belanjakan wang untuk mereka. Mereka tak perlu belanjakan wang untuk saya, untuk tiket pesawat pun. Sesetengah orang mampu belinya. Mereka datang berjumpa dengan saya jika mahu dengan pilihan sendiri.

Sebelum inisiasi, saya dah beritahu biksu atau biksuni yang dilantik untuk kawasan itu, contohnya, yang mana pergi ke Âu Lạc (Vietnam) pada hari apa dan yang mana pergi ke Thailand pada hari apa dan yang mana pergi ke Mongolia pada hari apa, yang mana pergi ke Amerika atau Eropah, contohnya, dan sebagainya. Kita semua dah tahu. Mereka beri saya nama orang yang ingin diinisiasi. Kemudian saya luluskan. Biasanya saya luluskan. Jarang saya menolak – mungkin beberapanya. Hingga kini, sepanjang hidup saya, hanya beberapanya. Biasanya saya luluskan mereka semua. Kemudian mereka datang pada hari tertentu dan dia berikan inisiasi untuk kumpulan itu. Mereka tak perlu bayar utk apa-apa pun. Jika biksu (/biksuni) saya pergi ke rumah mereka untuk menginap pun, saya bayar untuk segala-galanya – untuk penginapan, makanan, petrol dan tiket pesawat atau apa-apa saja. Saya tak pernah ambil apa-apa daripada anak murid sebelum, semasa, selepas inisiasi, hidup atau mati, tiada apa-apa pun. Sejak kecil lagi, saya tak pernah nak ambil wang daripada sesiapa pun.

Photo Caption: Kami adalah Yang Baharu, Tapi Kami Kenal Sangat Seperti Kawan

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (11/19)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1379 Tontonan
2024-12-18
850 Tontonan
2024-12-18
329 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android