Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 15/19

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Orang yang memfitnah saya atau mengumpat tentang segala jenis perkara negatif tentang saya dan ajaran saya, atau negara yang juga menindas saya dan menghalang ajaran saya dengan sesuatu jenis cara, saya tak pernah buat apa-apa yang salah terhdp mereka – tidak sama sekali yang saya ingat sepanjang hidup ini. Tak pernah – tiada satu perkataan buruk pun tentang mereka. Jadi lihatlah, kita tak perlu menyinggung perasaan orang pun untuk mereka menjadi negatif terhadap kita. Saya malah bantu di mana-mana pada bila-bila saja boleh – bagi semua negara ini, hanya membantu, memberkati dan berdoa untuknya. Saya langsung tak pernah buat apa-apa seperti menyalahgunakan kebaikan sesiapa atau mengambil wang daripada mana-mana daripada mereka. Saya tidak kenali mereka pun.

Jadi jika anda nak menjadi Guru, fikirlah sekali lagi. Sama ada anda boleh menjadi Guru atau tidak, itu persoalan lain. Saya dah beritahu anda segalanya, dah cukup untuk anda faham. Ini bukan gurauan. Ini bukan diploma yang anda malah boleh merasuahi profesor atau dekan untuk mendapat diploma itu. Buddha-buddha, seluruh Alam Semesta tahu akan Buddha itu, dan sering datang pada bila-bila sesuai malah untuk memberi hormat kepada Buddha hidup itu. Seperti ketika Buddha Shakyamuni masih hidup, Mereka sentiasa datang untuk memberi hormat. Begitu juga dengan Guru sekarang. Jika ada mana-mana Guru sekarang di Bumi, Buddha-buddha, semua Santo dan Orang Suci, Syurga, dewa, malah bekas syaitan, Raja, sentiasa datang untuk beri hormat kpd Mereka – jika anda dapat lihat semua itu, dapat menerima semua itu.

Jika semua Buddha beritahu anda bahawa anda ialah Buddha dan beri hormat kepada anda, maka anda ialah Buddha. Jika tidak, tolonglah, bertenang. Bersyukur kepada Tuhan atas anda ada kaedah makrifat yang baik untuk diamalkan. Bersyukur kepada Tuhan atas anda ada ajaran Guru untuk beritahu anda supaya berbuat baik, bantu makhluk lain, bantu sembilan generasi anda dan diri sendiri. Itu dah cukup bagus.

Jadi lihatlah, tolong jangan bermimpi untuk menjadi Guru. Saya minta anda. Tidak, bukan senang! Itu bukan rupa luaran saja. Anda tak nampak di balik tabir bagaimana saya perlu menangis, bagaimana saya perlu menderita. Menjadi seorang Guru – belum kata lagi Buddha Maitreya sebagai Guru atau Guru yang lebih tinggi – menjadi seorang Guru yang dilantik, anda perlu beramal selama sangat banyak eon, selama-lamanya untuk menjalani latihan, menempuh kesusahan yang berlainan agar dapat menahan serangan dan tenaga buruk dunia ini serta kawalan tenaga maya juga, dan segala jenis malapetaka akan menimpa kehidupan peribadi anda, atau anda boleh mati dengan cara kejam juga pada bila-bila saja. Oleh itu, anda mengumpulkan pahala untuk menjadi layak diberi Kuasa besar bagi bantu makhluk lain dan juga imbangi hidup anda sendiri. Jika tidak, anda tak boleh tahan lama. Jika anda tak bersedia, tak belajar dengan baik daripada dunia ini, anda takkan tahan lama.

Sekarang, seorang Guru sudah dilantik dan diberi Kuasa pun, anda tetap perlu tahu bahawa penderitaan ada di setiap langkah anda. Anda juga perlu pergi ke banyak alam yang berlainan, banyak planet yang berlainan, banyak bintang, bulan, matahari dan alam yang berlainan untuk menyelamatkan roh yang tersesat dan/atau terkurung di sana akibat karma mereka – dan neraka juga, dah tentu. Anda juga perlu dapat memiliki Kuasa dan gunakannya untuk pergi ke dunia-dunia yg berlainan, alam-alam yang berlainan, peringkat-peringkat yang berlainan untuk rundingan dan pengorbanan juga.

Jadi saya faham bahawa itu kelihatan senang dari luar bagi mana-mana Guru, tetapi tidak. Tidak. Jagalah diri anda saja. Beramal dengan baik supaya anda akan pergi ke peringkat yg lebih tinggi dan peluang anda untuk menjadi Guru… Anda takkan tahu – mungkin tak lama lagi, mungkin hayat seterusnya. Jika anda benar-benar seorang Guru, anda akan mengetahuinya. Jangan mendakwakannya hanya untuk kemasyhuran dan untung. Itu terlalu rendah, terlalu di bawah maruah anda. Jangan buat begitu terhadap diri sendiri kerana semua Syurga dan semua alam mengetahuinya. Mereka semua ketawa dan hukumannya sangat besar setelah anda meninggalkan perlindungan badan fizikal. Anda malah akan berharap anda tidak dilahirkan, daripada segala penderitaan yang akan anda alami.

Tolong jangan bermimpi untuk menjadi Guru kerana anda bukan – terutama kerana anda bukan. Jika anda benar-benar nak sertai biksu dan biksuni, keluar untuk beri inisiasi bagi bantu orang lain mendapat pembebasan, jika itu benar-benar niat anda, tanpa syarat, maka anda boleh beritahu saya. Saya akan lihat sama ada anda boleh. Anda boleh keluar dan buat begitu, atau pergi bersama biksu dan biksuni, membantu mereka dengan sesuatu cara dan belajar dengan mereka. Lepas itu, apabila anda boleh dan jika peringkat anda lebih tinggi, maka saya boleh kata okey.

Biasanya mereka semua perlu melapor kepada saya dulu, semua nama, kecuali satu atau dua kali di kem pelarian Âu Lạc (Vietnam). Sangat sukar untuk masuk ke dalamnya. Jadi kita melonggarkan peraturan sikit. Ini bukan kerana kita mengawal atau apa-apa. Kita hanya mahu orang benar-benar faham betapa berharganya kaedah ini dan bagaimana mereka perlu benar-benar hargai dan amalkannya utk mengetahui Kebenaran, kerana jika mereka tak beramal, mereka tak tahu apa-apa pun! Mereka tak dapat meningkat maju, tak dapat menaik lebih tinggi, tak boleh mendapat makrifat yang lebih tinggi. Kemudian mereka akan berpaling dan berkata, “Oh, itu tiada apa-apa yang baik untuk saya! Itu bukan kaedah yg baik,” atau apa saja. Anda takkan menerima berkat atau apa-apa pun, atau pengalaman atau visi dalaman. Anda akan rasa itu tiada apa-apa yg baik, kerana anda tak beramal!

Kali pertama, semasa inisiasi, anda ada pengalaman dalaman. Itu bagaimana anda percayai amalan ini, Kaedah ini – Kaedah Quan Yin. Tetapi jika anda tidak terus beramal apabila pulang ke rumah, jika anda lihat orang lain nampak visi dalaman dan sebagainya, lihat saya mendapat lebih banyak anak murid dan cara saya keluar, bercakap dengan orang, sentiasa senyum dan berikan gula-gula (vegan), makanan yang diberkati dan sebagainya, anda berfikir, “Oh, begitu senang! Saya dapat buat begitu.” Tidak, tidak, tidak. Anda mesti ada Kuasa yang amat besar untuk menaikkan orang, malah dari neraka, selamatkan roh mrk. Anda malah perlu pergi ke neraka utk mereka bagi selamatkan roh mereka. Anda perlu menderita untuk mereka bagi menyelamatkan roh mereka.

Kerana sesetengah roh begitu banyak terjerumus ke kancah ilusi, konsep yang salah dan beban karma dahsyat pembunuhan, pengguguran, segala jenis salah laku yang anda tak dapat bayangkan orang ada jika anda lihat mereka dari luar. Sesetengah biksu pun, apalagi orang biasa. Mereka kelihatan normal! Mereka bercakap dengan manis. Mereka tidak tunjukkan kepada anda diri sebenar mereka sehingga karma membuat mereka terdedah, kemudian anda masih tak dapat percayainya. Anda kata, “Tidak, bukan yg ini. Tidak! Dia bercakap dengan baik sekali dan tahu akan kitab. Dia bercakap tentang ajaran Buddha. Dia tak boleh begitu jahat.” Tidak, anda tak dapat tahu. Hakikatnya, anda tak dapat tahu. Jadi anda perlu berdoa. Pastikan bahawa anda baik dan suci. Anda takkan tahu siapa ialah siapa. Anda takkan tahu.

Ada seorang Buddha, nama-Nya Buddha Ji Gong. Beliau bawa sejenis labu air yang orang gunakan untuk minum arak pada zaman dahulu. Beliau asyik minum darinya. Mungkin itu arak sebenar di dalamnya tetapi Beliau tak benar-benar minum. Jadi orang marahi Beliau dan segala-galanya. Beliau tak pernah minum arak, tak pernah makan daging orang-haiwan walaupun kelihatan macam itu. Beliau tidak makan daging orang-haiwan yang sebenar. Hari ini, kita boleh makan seperti kaki ayam vegan. Ia kelihatan seperti kaki orang-ayam. Anda boleh makan seluruh ayam vegan yang kelihatan seperti seluruh orang-ayam tetapi bukan. Mungkin pada masa itu, mereka juga buat makanan yang serupa.

Oleh itu, mereka kata Buddha pun makan kaki orang-khinzir. Baginda tak pernah buat begitu. Tidak. Baginda malah berkata sesiapa yang makan daging orang-haiwan bukan anak murid-Nya. Anda semua tahu akan itu, tetapi hari ini, orang tak pedulikan itu.

Pada mulanya, Buddha benarkannya kerana sesetengah orang baru masuk dan tak tahu apa-apa pun, jadi Buddha berkata, “Jika kamu perlu makan daging orang-haiwan, maka kamu makan jenis daging kurang karma, daging tanpa karma ini, seperti yang sudah mati di jalanan atau mati secara semula jadi, atau seseorang bunuh mereka tetapi bukan untuk kamu secara peribadi dan kamu tak terdengar raungan orang-haiwan itu apabila mereka dibunuh.” Tetapi ini hanya pada mulanya. Buddha cuba biar mereka mempelajari ajaran sebenar secara beransur-ansur kerana ketika Buddha baru keluar, Baginda tiada begitu banyak anak murid. Sesetengah orang percayai Baginda, mengikut Baginda ke tempat tinggal-Nya tetapi mereka tiada makanan, jadi keluar, makan daging orang-haiwan dan kembali melawat Baginda, contohnya.

Buddha tiada ashram pun sehingga kemudiannya apabila pengikut sejati yang taat malah ingin beli sebidang tanah dengan emas diturapkan di atas tanah itu seolah-olah bata kerana itu harga yang putera yang memiliki tanah itu inginkan. Itu apa yang dititahkan-Nya. Baginda bertitah, “Jika kamu turapkan semua jongkong emas…” – sama seperti sekarang kita ada jongkong emas – “Jika kamu menurap seluruh tanah taman beta dengan jongkong emas seperti bata, beta akan jualnya kpd kamu. Itu harganya.” Jadi orang kaya itu mahu beli dengan harga itu. Dia nak membawa banyak emas dengan pedati dan turapkannya di atas tanah taman itu di mana ia sepatutnya sangat mudah untuk Buddha dan biksu diami kerana dekat dengan kota tetapi tak terlalu dekat – mudah untuk mereka minta sedekah, makanan, dan senang untuk orang datang pada masa itu.

Photo Caption: Cintai Hidup, Jauh di Lubuk Hati

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (15/19)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
162 Tontonan
2024-12-19
1381 Tontonan
2024-12-18
853 Tontonan
2024-12-18
331 Tontonan
2024-12-18
126 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android