Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 9/19

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kadangkala saya lihat sesetengah orang dan berfikir, “Oh, saya begitu hormati dia,” sehingga mereka buka mulut dan mendakwa diri sebagai ini dan itu dan orang lain. Saya hanya boleh mengeluh dengan rasa sedih dan malu untuk mereka. Tetapi begitu pun, saya tak berapa peduli tentang menjadi Buddha atau tidak, cuma kita perlu menjadi apa yang perlu kita jadi. Di dunia ini, kita ada tugas untuk dijalankan, seperti Nabi Isa ialah Nabi Isa, Buddha Shakyamuni ialah Buddha Shakyamuni. Tiada sesiapa yang boleh mengubah itu. Bukanlah Buddha nak menjadi Buddha Shakyamuni dan terkenal, dan malah dengan percubaan bunuh, atau Nabi Isa ingin mendakwa diri sebagai Anak Tuhan supaya Baginda dapat disalib.

Oh, bukan! Anda tak tahu apa-apa pun tentang menjadi Guru. Di dalam diri kita hampir seperti terseksa setiap hari. Jika tidak terseksa sangat, maka kurang, tetapi tiada apa-apa yang menyenangkan dengan menjadi Buddha atau Guru.

Jangan ingat ini begitu senang hanya kerana sesetengah Guru buatnya kelihatan macam begitu senang atau saya buatnya jadi begitu senang. Bukan macam itu. Tidak, tidak, itu hanyalah rupa luaran. Haruskah saya keluar pada sebarang waktu inisiasi atau khutbah dan sentiasa meraung dengan kuat, berkata, “Oh, kesiannya saya! Saya menderita ini.” Haruskah saya buat begitu? Oh, tidak! Dah tentu tidak. Mereka menderita secara senyap. Kadangkala mereka bercakap tentangnya tetapi itu hanya sebahagian kecilnya. Ia tak banyak berbanding dengan apa yang perlu dialami oleh Mereka. Mereka malah perlu alami neraka untuk anak murid kerana karma mereka terlalu berat dan mereka tidak buat banyak untuk membantu diri sendiri. Tetapi jika terlalu banyak macam itu, maka Tuhan juga tidak benarkan Guru pergi ke neraka untuk mana-mana saja anak murid. Bagi sesetengahnya, Dia tidak benarkan. Tuhan Yg Maha Berkuasa tidak benarkan Guru mengalami sesetengah penderitaan. Tapi Guru tetap lakukannya kadangkala kerana Mereka tak tahan melihat seseorang menderita, sesuatu makhluk menderita.

Sama seperti bagaimana saya tak tahan melihat orang-haiwan menderita setiap hari pun. Oh, ini seperti neraka bagi saya! Saya sentiasa menangisi orang-haiwan dan mangsa-mangsa lain – kanak-kanak yang digugurkan dan mangsa perang, segala jenis mangsa. Tiada satu hari pun yang berlalu yang saya tak rasa sedih dan sakit untuk makhluk yang menderita, di samping setiap perkara yang lain, karma yang lain. Keadaan menjadi lebih baik sikit tetapi saya tak tahu berapa lama. Kejadian berlalu. Sekarang saya cuba jaga keseimbangan, kekuatan dan kuasa untuk memelihara dunia ini. Dah tentu, dengan Berkat, Rahmat dan Belas Kasihan Tuhan Yang Maha Berkuasa dan semua Guru yang lain di kesepuluh-sepuluh arah, di semua alam pada semua zaman. Makhluk Syurga juga, pada bila-bila boleh, Mereka memang membantu, dan semua Raja.

Tempoh hari, Baginda Raja Pengintip pun datang mengadu kepada saya tentang bagaimana pengintip datang dan ingin mendakwa salah seorang anak murid saya atau sesuatu kerana mereka perlu berlawan kadangkala. Dalam perlawanan, satunya menang, satunya kalah. Baginda Raja Pengintip datang berkata bahawa pengintip yang kalah itu ingin mendakwa pahlawan yang merupakan anak murid saya itu. Saya kata, “Buat apa? Kami buat kerja untuk membantu semua orang termasuk pengintip itu, keluarga, saudara-mara dan kawannya. Kami tidak memudaratkan dia tetapi dia secara berterusan cuba menjejaki saya, mengesan mereka dan buat segala jenis perbuatan untuk buat kehidupan kami tidak selesa seperti neraka. Kadangkala kami terpaksa larikan diri, bersembunyi. Kami tidak buat mudarat terhadap dia tetapi dia malah datang cari gaduh. Jadi jika dia kalah, itu masalahnya. Jika Engkau tidak hentikannya, aku akan panggil Baginda Raja Keselamatan sekarang bersama tentera-Nya supaya datang bawa orang ini ke neraka dgn serta-merta kerana dia tak harus memudaratkan aku dan tak harus memudaratkan anak muridku yang berlawan hanya demi dunia ini, untuk memelihara dunia ini, malah untuk dia! Jika dia nak hidup sebagai manusia, dia perlukan sebuah planet. Jika planet ini hilang, ke mana dia dan keluarganya nak pergi? Sama ada dia menang atau kalah, apa yang akan dibuatnya? Ke mana dia nak pergi? Bagaimana dia nak hidup? Jadi engkau berdua, pergi dari sini sekarang juga.”

Tetapi saya tidak buat apa-apa. Saya kata, “Pergi dari sini.” Tetapi Baginda Raja Keselamatan Tetapi Baginda Raja Keselamatan membawa kumpulan tentera-Nya dan bawa orang itu ke neraka, memang. Saya belum ada masa untuk menguruskan itu lagi. Saya hanya tahu mereka bawa dia ke neraka untuk diadili di bawah sana dan Baginda Raja Pengintip terpaksa tinggalkan dia.

Dia (pengintip) malah merupakan kononnya anak murid saya. Saya kata anak murid sepatutnya menghormati Guru – mengikut arahan Guru dan buat segala perkara baik yang telah diajarkan kepada dia. Tidak, dia buat secara bertentangan, malah ingin bunuh, cederakan saya. Dah tentu, orang saya perlu melindungi saya dan diri sendiri. Kami tak benar-benar buat apa-apa. Itu bukanlah perlawanan fizikal. Itu hanya perlawanan Astral. Apabila anda datang membangkitkan perlawanan, anda mungkin kalah, seperti dia. Bukanlah kami datang memprovokasi dia. Secara fizikal, dia telah mengekori, menjejaki, menakutkan dan gerunkan kakitangan yang perlu bekerja di merata tempat di dunia sekarang. Kami tak dapat bertumpu di satu tempat. Disebabkan oleh peperangan juga, ada begitu banyak pengintip di merata tempat Saya tak boleh tinggal bersama mereka dalam satu kumpulan pun seperti dulu. Begitu banyak kesulitan tetapi kami tak merungut pun. Dia tetap nak datang, memang nak datang bunuh kami.

Saya beritahu Baginda Raja Pengintip, “Itu tak adil. Dalam Hukum Alam Semesta pun, itu tak adil, apalagi saya Gurunya dan buat segalanya untuk bantu dia, keluarga dan banyak generasinya juga. Jadi Engkau jawablah aku.” Jadi Baginda Raja Pengintip… Sebenarnya, seluruh nama itu ialah ‘Raja Pengintip’. Itu apa yang Mereka beritahu saya. Raja Pengintip – itu apa yang Dia dipanggil. Saya kata, “Engkau jawablah aku. Itu adil atau tak adil?”

Jika dia tak suka ajaran saya, tak rasa saya layak untuk mengajar dia, maka dia boleh pergi dari situ! Saya tak mengunci rumah, ashram saya di mana-mana pun. Sebenarnya, jika mereka tak beramal dengan baik, keluar dan melanggar rukun, makan daging orang-haiwan, minum arak atau mengambil dadah, saya malah tidak benarkan mereka kembali semula. Jika selepas amaran dia tak berubah, maka dia tak dibenarkan untuk masuk menyertai meditasi berkumpulan bersama anak murid yang bermoral dan baik. Bukanlah saya mengejar sesiapa saja. Jadi semua orang yang masuki kumpulan ini, sistem inisiasi saya, sistem Quan Yin, semuanya dengan kemahuan bebas. Mereka perlu mematuhi disiplin untuk diri sendiri membesar dari segi rohani, juga untuk alam sekitar, kebahagiaan keluarga mereka serta tenaga dan suasana seluruh dunia.

Bayangkan jika anda terus minum arak sepanjang masa, kemudian berlawan. Banyak suami minum arak, pulang ke rumah dan memukul isteri. Dulu saya tinggal di sebelah satu keluarga macam itu. Si isteri sentiasa menangis. Pada bila-bila dia mabuk, pulang ke rumah, pukul dia. Mereka dah ada banyak anak. Dia hanya menangis saja. Dia kata, “Oh! Kita hidup di dunia ini, kita perlu saling bergantung. Awak tak harus gunakan kekuatan untuk menyeksa aku macam ini, tak harus memukul aku macam itu.” Anak-anak mereka masuk, memisahkan mereka, dan lelaki itu memukul anak juga. Dia dah pun seorang lelaki yg lebih tua, berusia 40-an, 50. Dia bukanlah lelaki muda.

Maklumlah, Lima Rukun – tidak minum arak, tidak berjudi, tidak berzina, tidak mencuri, tidak membunuh – semua ini baik untuk anda. Hanya yang ‘tidak serius’ pun, seperti tidak minum arak, tetapi ia datangkan akibat serius. Banyak orang minum arak dan bunuh banyak orang kerana memandu ketika mabuk, bunuh banyak kanak-kanak yang tak berdosa dan ahli keluarga juga pada waktu dikaburkan oleh alkohol. Kerana apabila anda minum arak, banyak syaitan, hantu juga berada di sekeliling anda, nikmati itu. Mereka merasuk badan anda utk seketika bagi menikmati arak sebagaimana anda nikmatinya kerana mereka tiada badan, jadi mengambil sesiapa saja yang lemah dan tak bermoral untuk buat mereka minum arak. Lagi banyak mereka minum lagi suka akannya dan lagi lemahnya orang itu dalam keupayaan untuk mengawal diri, jadi mereka gunakan badan mereka untuk buat apa-apa saja yg mereka mahu. Jadi walaupun isteri mereka kata, “Jangan minum lagi,” mereka memukul isteri, atau jika ada apa-apa saja yang mereka tak suka, mereka pukul dia. Jika ibu bapa kata, “Jangan pergi minum arak lagi dan menjadi mabuk macam itu,” maka si anak akan memukul ibu bapanya. Ini malah disiarkan dalam akhbar, di televisyen atau internet. Baru-baru ini pun saya nampak semua itu Bukan hanya lama dahulu, saya dpt tahu daripada pengalaman sendiri.

Baru-baru ini saya menemui internet telefon tanpa SIM ini. Segala jenis laporan terpapar. Sebelumnya, saya tak tahu bahawa ini boleh berlaku. Sebelumnya, saya tak begitu banyak menyaksikan berita kecuali mereka buka sesuatu yang mudah seperti Microsoft, seumpamanya. Mereka sudah sediakannya, jadi saya hanya tekan butang dan menyaksikannya tetapi saya tiada banyak masa untuk menyaksikan semua itu. Saya hanya cari yang istimewa, seperti, contohnya berita COVID atau berita hari ini. Jika tidak pun, kadangkala tentang peperangan atau sesuatu. Saya hanya cari sesetengahnya. Itu saja. Tetapi saya tidak lihat macam itu untuk masa yang panjang kerana saya tiada masa. Jadi saya suruh ahli pasukan anda supaya cari berita untuk saya dan hanya cari yang baik. Kebanyakannya untuk vegan dan orang-haiwan yang lucu untuk membuat hidup anda lebih ceria. Itu saja.

Baru-baru ini saja, saya menemui beberapa minggu yang lalu internet di telefon ini. Saya secara kebetulan hidupkan telefon itu untuk lihat bagaimana lihat perkara, bagaimana lihat berita kerana sebelumnya saya cari berita untuk diberikan kepada Supreme Master TV, seperti petua untuk berkebun. Cara menanam kentang tanpa air, hanya bergantung kepada hujan, cara menanam kentang meskipun anda tiada kebun. Anda tanamnya di dalam baldi besar, seperti bekas. Anda boleh tanam tomato di dalam bekas. Anda boleh tanam halia. Anda juga boleh tanam ubi keledek di dalam bekas di garaj atau balkoni anda. Saya berfikir, “Oh, betapa menariknya! Begitu baik.” Anda boleh tanam kecambah di dalam bilik kecil yang tidak digunakan atau garaj. Itu begitu menarik. Saya sangat tertarik oleh itu.

Kadangkala saya berikan petua kepada Supreme Master TV untuk disiarkan untuk orang mempelajari cara hidup berdikari kalau-kalau dunia kekurangan makanan. Sebenarnya, dunia kekurangan makanan sekarang. Jadi semua petua ini sangat baik. Jadi biasanya saya tidak lihat perkara lain. Baru-baru ini saja, saya nampak banyak perkara lain yang terpapar. Saya tidak carinya pun. Ia terpapar dengan sendirinya! Kadangkala saya tekan butang untuk Supreme Master Television tetapi sesuatu yang lain terpapar kerana jari saya tidak tekan butang yang betul di tempat yang tepat kerana telefon saya kecil. Itu hanyalah iPhone biasa lama, sangat lama. Yang baharu, saya simpan untuk tujuan yang berlainan. Sekarang saya akan pergi minum air, kemudian kembali.

Photo Caption: Sejambak Bunga yang Cantik, Berwarna-warni dan Penuh Kasih Sayang

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (9/19)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
162 Tontonan
2024-12-19
1381 Tontonan
2024-12-18
853 Tontonan
2024-12-18
331 Tontonan
2024-12-18
126 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android