Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mengenal yang Mana ialah Guru, Biksu atau Paderi Sebenar, Bahagian 10 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sesetengah biksu gunakan wang penganut yang diperoleh dengan keringat dan air mata untuk beri manfaat kepada badan fizikal atau keselesaan sendiri, atau malah berikannya kpd saudara-mara, kekasih mereka atau apa-apa saja, dan bersembunyi dlm kemewahan sebegini. Itu tidak baik. Itu tidak baik untuk mereka sama sekali, dan tidak baik untuk penganut sama sekali melihat itu kerana mereka akan hilang kepercayaan kepada ajaran Buddha dan Nabi Isa Suci.

Media Report from Aljazeera – July 31, 2013, Reporter: Skandal dan tuduhan menipu telah meningkat ke tahap baharu, terutama dalam kes Wiraphon Sukphon yang dirakamkan dalam video di dalam jet peribadi, label pereka bentuk sukan, walaupun telah mengangkat sumpah kesederhanaan. Dia juga didakwa atas pengubahan wang haram dan mengumpulkan aset bernilai puluhan juta dolar. Terdapat kes-kes lain sejak itu, setiapnya menyebabkan siasatan dari dalam kesamian. Sesetengah biksu seperti Phra Payom Kallayano tak tahan lagi dan memutuskan untuk menyuarakannya. Pekarangan tokong dan biaranya yang luas termasuklah sebuah ladang. Beliau berikan pekerjaan dan gunakan pendapatan daripada ladang itu untuk uruskan rumah anak yatim dan salurkan wang kembali ke dalam agama Buddha. Beliau berkata bahawa sepatutnya macam itu.

Phra Payom Kallayano: Jika biksu menyalahgunakan wang, mereka akan pergi ke neraka. Kita biksu yang mainkan peranan biksu. Kita tak perlukan kemewahan.

Belum kata lagi banyak penderaan fizikal yang lain: memperkosa kanak-kanak, wanita, malah lelaki dalam situasi lemah di mana mereka tak dapat pertahankan diri. Itu sangat buruk. Apabila sesuatu berlaku, mereka menyalahkan orang lain, seperti Trần Tâm atau Ruma. Dia sendiri ambil wang derma dengan tangan sendiri, tetapi apabila orang lain mendapati bahawa itu bukan untuk manfaat semua orang, dia menyalahkan sami dan samini muda yang kesian, baru masuk dan tak tahu apa-apa pun. Jadi Trần Tâm atau Ruma sendiri boleh hidup mewah, bebas untuk memperkosa penganut lain! Seperkara lagi, nama Trần Tâm bermaksud ‘orang duniawi’ dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam)!!! Betapa sesuainya.

Trần Tâm atau Ruma memang merupakan syaitan yang menyamar dalam bentuk manusia, pergunakan nama saya untuk merompak dan membunuh orang secara fizikal dan rohani. Dia cuba bersungguh-sungguh untuk halang dan hentikan orang daripada mengetahui Ajaran Sebenar bagi berkhidmat untuk syaitan demi untung sendiri!!! Berharap undang-undang bantu menghentikan dia daripada terus memudaratkan orang yang tak tahu apa-apa, dan semua tapak sesawang hentikan semua tapaknya yang berkaitan serta padamkan semua kata-kata dan aktivitinya di sesawang. Buddha dipuji!!!

Jadi anda dapat lihat siapa baik, siapa jahat dengan serta-merta dengan perbuatan macam ini. Dia bercakap dengan baik sekali, macam dia memahami karma, Tiga Alam dan dunia ini, bahawa kita tak dapat lari darinya. Tetapi dia sendiri, Trần Tâm, Ruma, buat sebaliknya. Dia mengambil wang dengan tangan sendiri, kemudian menyalahkan sami dan samini muda yang kesian, tak bersalah, baru masuk kerana dia menggoda mereka. Jadi sangat senang untuk menilai siapa ialah siapa. Saya harap anda tidak temui biksu sebegini di mana-mana pun. Dia memakai jubah biksu tetapi lakukan semua perbuatan ini, perbuatan jahat, macam merompak. Itu memang merompak pada siang hari di depan seluruh dunia tetapi banyak orang masih tak memahami ini. Mereka nampaknya tetapi tidak terlalu banyak memikirkannya. Mereka ada dengarnya, tahu akannya tetapi terus berada di sana dan mengikut jalan buruk, contoh buruk macam ini.

Testimony by a former victim of Ruma Trần Tâm: Guru yang dihormati dan pasukan Supreme Master Television yg dikasihi, Sudah 32 tahun sejak saya menerima inisiasi daripada Guru. Hari ini, saya ingin buktikan kata-kata Guru tentang syaitan Trần Tâm. Saya telah merahsiakan kisah ini selama banyak dekad kerana dia kata, “Reputasi pengutus berada dalam tanganmu.” Pada 1996 apabila dia pulang ke Âu Lạc (Vietnam), berpura-pura sebagai pengutus Quan Yin, saya menyertai kumpulan ajaran Guru. Pada masa itu, saya baru berusia 20 tahun. Pada tengah malam, dia memanggil saya masuk ke dalam bilik peribadinya dan lakukan pemerkosaan sama jantina terhadap saya. Saya patah jiwa kerana saya berfikir pengutus Guru seharusnya seorang santo yang mulia tetapi dia lakukan perbuatan duniawi yang begitu dahsyat. Namun, disebabkan oleh kepercayaan sepenuh kepada Guru, saya berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku dan terus bekerja dalam kumpulan ajaran untuk Guru. Banyak kali selepas itu, dia buat perbuatan yang sama terhadap saya dan arahkan saya supaya tak katakannya. Berkenaan dakwaannya bahawa Guru melantik dia sebagai pengganti, itu disebabkan oleh frasa yg diambilnya daripada puisi Guru ‘Wasiatku’ yang termasuk namanya: “Dunia ini tiada apa-apa utk ditawarkan kepada aku... (Rời cõi trần tâm...)”

(Nota Guru: Ini hanyalah SALAH SATU PUISI SAYA, tak berkaitan dengan dia. “Trần tâm” di sini atau mana-mana ditulis dengan huruf kecil, biasa, bukan nama, bermaksud: hanya alami duniawi, dunia ini. Jika itu nama, mesti tulisnya dengan huruf besar (Tr… Ta…)!! Saya tak pernah hantar dia ke Âu Lạc (Vietnam) untuk menjadi pengutus Quan Yin. Orang yang telah berkahwin, ada anak dan isteri tak boleh ada kedudukan ini. Hanya biksu atau biksuni boleh jadi itu. Dia memang seorang PENIPU, berpura-pura seperti itu adalah menyalahi undang-undang juga!!! Dia tak pernah tanya saya tentang ini. Tiada sesiapa yang pernah beritahu saya tentang nama ini dengan segala kekacauan yang terlibat!!)

Wasiatku Puisi yang ditulis oleh Mahaguru Ching Hai (vegan) pada 1979 di Jerman Pada asalnya dalam bahasa Inggeris. Diterjemahkan oleh editor Daripada koleksi puisi ‘Kenangan yang Hilang’ Dicetak oleh Syarikat Percetakan Jiahuang di Taiwan (Formosa)

M berkata: Puisi ini ditulis ketika Beliau masih di dunia, bertunang di Jerman, lama sebelum Beliau tinggalkan rumah untuk mencari Makrifat. Tiada sesiapa yang tahu akan puisi ini sebelum Beliau dikenali sebagai Mahaguru Ching Hai – langsung tidak berkaitan dgn karya-Nya sebelum dan selepas itu, apalagi dengan guru palsu untuk untung seperti Trần Tâm!!!!! Dia pergunakannya untuk memanipulasi orang yang tidak tahu apa-apa, mudah terpengaruh oleh niat jahatnya!!!

Jika aku mati esok, Semua hartaku menjadi milikmu. Engkau waris dekatku, Tiada orang lain di seluruh dunia! Di sini aku menulis wasiatku, Tanganku menggeletar, hatiku teruja! En. Si Polan... dengan nama ini Pewaris warisan. Cap jari pada segala-galanya yang aku miliki, Ditinggalkan dengan seksaan dan keghairahan. Di sini ialah senarai harta bendaku: Beberapa helai pakaian yang sopan, peti besi kosong, Puisi dan buku, tidak pernah diterbitkan, Tiada berlian, apalagi barangan kemas! Tetapi puisiku adalah penting! Tolonglah sayang, simpan semuanya. Untuk engkaulah ia dibuat, Daripada malam yang tidak dapat tidur dan mimpi yang hancur! Maka engkau boleh pasti, aku gembira. Meninggalkan dunia ini, hatiku tiada rasa sesal (*asal) Dunia ini tiada apa-apa pun untuk ditawarkan kepada aku, (*perhatikan bahawa tiada Trần Tâm dlm versi puisi bahasa Inggeris yg asal) Sejak hari engkau pergi dari situ; Hidup, merangkak menuju lembah maut. Aku tahu, ini gila dan tidak berguna, Ini karut dan bodoh, aku tahu! Tetapi hatiku ini, Milikmu juga!... Engkau boleh simpannya bersama warisan, Jika aku mati esok, tidak lama lagi, Apa bezanya, satu hari lebih atau satu tahun kurang? Peduli apa jika aku mati esok

Puisi ini dan banyak lagi puisi oleh Mahaguru Ching Hai (vegan) boleh dimuat turun secara percuma di SupremeMasterTV.com/Poems & SMCHBooks.com

Testimony by a former victim of Ruma Trần Tâm: Semasa Tahun Baharu Qamari pada tahun itu, dia (Trần Tâm) adakan perjalanan bersama sekumpulan lelaki dan wanita muda yang menunggang sebanyak lebih 20 buah motosikal dari Long Khánh ke Delta Mekong. Apabila mereka tiba di wilayah Long An, dua orang gadis terlanggar lori yang datang dari arah yang bertentangan dan mati dengan serta-merta. Namun, dia kekal tidak ambil peduli dan meneruskan perjalanan. Hari ini, saya bersumpah dengan sungguh-sungguh bhw semua ini benar. Guru mengajar kita supaya tak berkata buruk tentang orang lain tetapi sekarang Guru kata, “Orang di dunia mesti tahu,” jadi saya menjadi saksi untuk dedahkan lebih banyak ttg syaitan ini. Semoga Guru hidup selama-lamanya di Bumi yang indah ini. Semoga anggota pasukan Supreme Master Television sihat dan dicurahi Rahmat Tuhan. Anak murid-Mu, (…) dari Âu Lạc (Vietnam)

Testimony by a former follower of Ruma Trần Tâm: Mahaguru Ching Hai yang dikasihi, Saya dengan hormat menyembah Guru, Guru yang paling dikasihi dan paling berbelas kasihan. Saya (…) dari Âu Lạc. Baru-baru ini, saya diinisiasi oleh Guru tetapi sebelumnya saya menerima inisiasi daripada Trần Tâm. Saya ingin berkongsi pengalaman peribadi saya selepas menerima inisiasi drpd kedua-duanya. Saya harap apa yg saya ceritakan di sini akan menyedarkan orang yang lemah, tersesat, jahil dan membuta yang mengikut Trần Tâm, seperti saya dahulu. Selepas inisiasi dengan Trần Tâm: kehidupan luaran saya beransur-ansur bertambah buruk, semakin merosot. Saya hilang pekerjaan dan keluarga saya porak-peranda. Saya tiada pengalaman dalaman atau berkat yang dijanjikan oleh mereka. Sebaliknya, sejak menerima inisiasi daripada Mahaguru Ching Hai (dengan lebih tepat, sejak saya mula mengkaji ajaran-Nya), kehidupan saya mula berubah dengan positif sekali dari segi kebendaan dan rohani. Saya ada pekerjaan yang stabil. Anak saya juga diatur supaya ada tempat yang baik utk belajar. Saya menjadi lebih optimistik dan terasa setiap hari penuh dengan keajaiban. Dari segi rohani, saya juga ada banyak pengalaman dalaman dgn Cahaya dan Bunyi (Syurga) dalaman Suatu kali pada waktu saya mengkaji ajaran bagi bersedia untuk inisiasi oleh Guru, saya sedang bermeditasi dan hanya melafazkan nama Guru, bukan lima Nama Suci (kerana Nama Suci yang diajarkan oleh sebelah lain tidak berkuasa), saya ternampak Mata putih yang terang. Pada kali yang lain, Guru bawa saya melawat planet lain, dan dalam mimpi, saya bertemu dengan Guru banyak kali. Saya amat berterima kasih kepada Guru dan rasa begitu bertuah. Kegembiraan terbesar dalam hidup saya adalah menjadi anak murid Guru. Saya kasihi Guru dan berdoa agar Buddha, Bodhisattva di sepuluh arah serta Syurga menyokong Guru untuk menyempurnakan Misi-Nya. Saya harap orang yang tersesat boleh berpatah balik, bertemu dengan Guru Bermakrifat yg benar-benar agung, Buddha Hidup sebenar yang telah lama dicari oleh mereka. Terima kasih, pasukan Supreme Master TV kerana berikan peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman ini.

Testimony by a former follower of Ruma Trần Tâm: Saya seorang saudara seamalan dari Âu Lạc (Vietnam). Sebelumnya saya telah menerima inisiasi daripada Trần Tâm tetapi sekarang saya diinisiasi oleh Mahaguru Ching Hai. Saya ingin berkongsi pengalaman saya, berharap dapat menyedarkan orang yang tak tahu apa-apa, disebabkan kejahilan, mengikut guru palsu Trần Tâm. Semasa saya beramal dengan Trần Tâm, saya alami pengalaman yang sangat menakutkan. Lepas beramal untuk suatu tempoh masa, kehidupan saya tak bertambah baik tetapi bertambah buruk. Banyak pengamal baharu pada mulanya kelihatan sangat menawan tetapi lama-kelamaan mereka menjadi pucat, sakit dan mati. Dalam meditasi, saya hanya nampak imej gelap dan menakutkan seperti hantu. Saya tak pernah alami Cahaya (Syurga dalaman) Buddha atau dengar sebarang Bunyi (Syurga dalaman) suci. Saya rasa bahawa amalan di sana bukan jalan yang betul, jadi apabila mendapat tahu tentang Guru, saya berdoa dengan ikhlas kepada Guru agar segera berkati saya dengan inisiasi untuk terus berada di jalan amalan menuju pembebasan yang sentiasa saya inginkan. Selepas menerima inisiasi daripada Guru, kehidupan saya telah berubah kepada bab baharu yang sangat bahagia. Saya telah alami banyak Cahaya dan Berkat Guru. Apabila saya buka Supreme Master TV, saya sering nampak Guru melangkah keluar dari skrin. Ketika bermeditasi, saya berasa ringan dan dapat capai tumpuan dgn senangnya. Saya ada pengalaman dalaman di mana Guru memakai jubah putih yang cantik, dan Cahaya yang dipancarkan dari-Nya sangat terang, menerangi persekitaran dengan cantik sekali. Setiap hari, saya rasai Berkat Guru yang sangat kuat. Saya bekerja pada siang hari dan bermeditasi pada waktu malam secara berterusan tanpa berasa letih. Terima kasih, Guru yang dikasihi, kerana selamatkan roh saya. Saya amat rindui Guru.

Jadi tolonglah sedar. Selamatkan diri anda. Pergi cari guru yang lebih jujur ​​sekurang-kurangnya, dan membuka jalan ke masa depan yang lebih cerah untuk diri sendiri, anak dan cucu-cicit anda juga, dan untuk dunia kita dengan rasa tanggungjawab yang lebih besar.

Jadi hari ini, sangat sukar nak tahu siapa ialah siapa pun. Itu masalahnya dengan orang yang kesian, lemah, malah percayai apa-apa saja. Sebaliknya, Guru sebenar yang berhati murni, sangat bermakrifat perlu menyamar dalam jenis-jenis situasi yang berlainan dengan jenis-jenis rupa yang berlainan supaya tiada lebih banyak lagi musuh yang akan menyerang atau bunuh Dia dengan cepat. Mengelirukan musuh, kuasa negatif sebanyak mungkin supaya Orang itu dapat terus beramal dan membantu di balik tabir untuk membebaskan roh. Sesiapa yang benar-benar mahu pulang ke Rumah, Mereka dapat bantu. Tetapi itu juga boleh menimbulkan kesusahan bagi pengikut Guru suci ini juga kerana mereka mudah terpengaruh juga. Mereka belum bermakrifat sepenuhnya. Mereka juga ada prasangka sendiri, latar belakang, kepercayaan sendiri, gosip jiran, kritikan ahli keluarga dan segala-galanya menyerang mereka juga. Jadi kadangkala senang untuk meninggalkan Guru baik juga kerana anda tak dapat tahu.

Lao Tzu katakan sesuatu yang serupa, iaitu orang bijak kelihatan seperti orang bodoh. Tak tepat-tepat macam itu tetapi hampir sama macam itu. Jadi orang bijak tak sentiasa kelihatan sebagaimana yang anda jangkakan. Mereka perlu buat kerja mereka secara rahsia tetapi secara terbuka. Secara rahsia tetapi secara terbuka. Macam mana kita nak bekerja macam itu? Jangan tanya saya. Seperti perisik sebenar, perisik yang baik perlu buat begitu kadangkala. Mereka berpura-pura seperti orang biasa, tak tahu apa-apa pun, atau berpura-pura seperti semua orang yg lain, memakai seluar yang sama, sut yang sama, tuksedo yang sama, pergi ke majlis-majlis yang berlainan. Meskipun mereka tak pernah merokok sebelumnya, jika itu kawasan merokok, semua orang merokok, mereka cuba merokok juga – kelihatan sama, atau cuba minum sesuatu, kelihatan seperti orang lain, tetapi mereka bukan. Mereka ialah perisik sebenar. Mereka berada di sana untuk bekerja atau untuk mendapatkan maklumat. Mereka bukan berada di sana utk berparti seperti semua orang yg lain yang pergi ke parti di sekeliling mereka. Macam itulah.

Dan seperti polis kadangkala perlu berpura-pura menjadi penjenayah, masuki kawasan jenayah, bekerja bersama penjenayah, seperti penjual dadah, pasaran gelap atau pedagang manusia untuk mendapat tahu orang jahat sebenar di sebaliknya tetapi mereka perlu kelihatan serupa dengan mereka. Walaupun secara rahsia mereka tak merokok, tak menyedut atau apa-apa pun, mereka lakukannya supaya kelihatan serupa saja agar penjenayah di kelab itu, di kawasan itu, di parti itu akan percayai mereka, beritahu mereka segalanya dan menerima mereka juga sebagai anggota atau rakan mereka supaya mrk dapat secara perlahan-lahan dan secara rahsia berusaha utk mengorek ke dalam pusat organisasi itu bagi mencari dan menangkap penjenayah. Tetapi melakukan itu, kadangkala jika, contohnya, mereka masuki pusat pemerdagangan manusia, rumah pelacuran, malang menimpa dia, anggota polis itu, jika isterinya berlalu dan nampak dia keluar dari situ. Boleh percaya tak? Dan anggota polis ini tak boleh beritahu isterinya tentang kerja rahsianya. Macam itulah.

Jadi ada pengorbanan yang besar bagi anggota polis yang merisikokan keselamatan diri, kebahagiaan keluarganya itu, dan bukan hanya isterinya, mungkin malah anak atau kawan karibnya, sesiapa pun boleh nampak dia keluar dari kawasan itu, rumah pelacuran rahsia itu atau sesuatu di mana semua orang tahu apa yang berlaku di dalamnya. Guru Suci, Sebenar yang bekerja di dunia ini, kerja-Nya lebih susah daripada itu – seribu kali lebih susah dan lebih berbahaya. Jadi saya harap sesetengah daripada anda takkan cuba berfikir terlalu banyak tentang mengapa Guru tidak buat lebih banyak, tidak pergi ke sini, ke sana, bantu orang itu, ini… Tak begitu senang.

Baiklah. Rasanya saya dah banyak bercakap – cukup untuk pasukan saya bergegas untuk persembahkannya kpd anda dgn tak terlalu lewat selepas ini. Saya juga perlu semak apabila mereka hantar balik kepada saya untuk pengeditan atau kelulusan atau jika ada apa-apa yang tertinggal. Jadi kita akan bercakap pada hari lain. Saya rasa perakam saya dah hampir habis keupayaannya, jadi sebelum ia ucapkan selamat tinggal kpd saya, saya ucapkan selamat tinggal

kepada anda semua. Roh anda cantik, sama ada anda ialah anak murid saya atau bukan. Jauhilah apa-apa saja yang anda syaki mungkin memudaratkan atau menganiayai anda, dan cuba buka mata intuisi yang baik supaya anda dapat perhatikan siapa ialah apa, siapa baik, siapa tidak, untuk melindungi diri, ahli keluarga, anak, kawan anda dan sebagainya. Jika anda tak tahu apa-apa yang lain, berdoalah dan bersyukur kepada Tuhan. Bersyukur kepada Tuhan atas segalanya yang anda ada. Bersyukur kpd Tuhan kerana mengatur segalanya yang terbaik untuk anda.

Bersyukur kepada Tuhan. Berterima kasih kepada semua Guru atas Belas Kasihan Mereka untuk bantu anda dalam sebarang situasi dan bawa anda ke tempat terbaik untuk roh anda serta perlindungan terbaik untuk keluarga anda. Memuji dan berterima kasih. Puji dan berterima kasihlah kpd Mereka. Puji Tuhan dan bersyukur kepada Tuhan atas segalanya yang diatur-Nya yang terbaik untuk anda. Berterima kasih kepada semua Guru, puji semua Guru atas segalanya yang terbaik untuk hidup anda juga, dan terus menunggu yang terbaik datang. Jangan terlepas peluang apabila ia datang. Anda mesti sentiasa berjaga-jaga dan harapkan yang baik datang, apa-apa pun yang anda nantikan. Yang terbaik adalah: Menantikan makrifat, menantikan pembebasan. Memuji Tuhan, memuji Guru, bersyukur kpd Tuhan, berterima kasih kpd Guru atas itu dan segalanya yg lain yang diatur oleh Mereka utk hidup anda – yang terbaik untuk hidup anda.

Terima kasih, anda semua, sesiapa saja yang dengar dan cuba percaya. Pujilah Tuhan, puji Guru. Jika saya tak dapat bantu anda semua secara fizikal, saya bantu dengan apa yg boleh secara tak nampak. Percayalah itu, percayai saya. Buat apa saya katakan itu kepada anda? Saya tidak kenali anda. Anda tak pernah berjumpa dengan saya. Tetapi itu apa yang saya buat sepanjang masa untuk anda semua, untuk semua makhluk di planet ini. Tuhan ialah saksi saya. Semua Buddha tahu akan niat dan tujuan roh saya! Semoga anda semua diberkati, dilindungi, dirahmati dengan yang terbaik: makrifat, pembebasan dan hidup yang baik sekarang dan di akhirat. Amin. Syukurlah, Tuhan, atas ini. Syukurlah, Tuhan, atas segala-galanya. Syukur kepada Engkau.

Photo Caption: Jalan Susah, Hujungnya Lancar. Biarlah Tuhan Memimpin. Bersabarlah.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
153 Tontonan
2024-12-19
1361 Tontonan
2024-12-18
839 Tontonan
2024-12-18
326 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android