Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mengenal yang Mana ialah Guru, Biksu atau Paderi Sebenar, Bahagian 7 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sesetengah tradisi amalan makrifat yang besar tak sentiasa masih ada Guru Bermakrifat agung di sana tetapi sekurang-kurangnya Guru yang baru meninggal dunia tak lama dahulu. Dalam masa 300 tahun, masih boleh ada Kuasa itu yang diterapkan ke dalam diri pengganti Guru itu dan malah pengganti seterusnya Guru itu. […] Mereka masih ada Kuasa yg mencukupi untuk menampung pengikut sekarang walaupun mereka belum melangkaui Peringkat Ketiga. Selepas dunia ini, ada Lima Peringkat. Peringkat Kelima adalah yang tertinggi dalam jenis alam Lima Peringkat ini. Yang Kelima adalah yang tertinggi.

Jika anda sampai ke Peringkat Keempat, anda sudah mendapat pembebasan, tetapi jika anda masih berada di Peringkat Ketiga, Peringkat Ketiga tinggi pun, anda belum mendapat pembebasan, tetapi dengan Guru paling agung sebelum anda, anda boleh bergantung kepada itu (Kuasa Guru). Guru ada di sana untuk bantu anda membebaskan diri dan pengikut walaupun anda hanya berada di Peringkat Ketiga.

Saya perhatikan itu. Semua orang yang ajarkan ajaran yang sama dengan Guru sebelum mereka hanya berada di Peringkat Ketiga, maksimum Peringkat Ketiga tinggi. Saya takut saya akan menyinggung perasaan banyak orang tetapi saya perlu bercakap benar. Saya tak boleh berbohong. Saya tak boleh berbohong hanya supaya orang akan sukai atau sayangi saya. Saya dah pun sentiasa dalam kesusahan, macam mana pun, lebih byk kesusahan sekarang kerana saya sudah dipaksa untuk dedahkan identiti sebenar saya sebagai Buddha Maitreya, juga dikenali sebagai Christ, Nabi Isa yang kembali. Saya tak pedulikan keselamatan diri lagi. Itu tak menjadi hal. Saya tak benar-benar nak hidup lama di dunia ini. Setiap hari saya hidup, saya menderita. Saya lihat penderitaan semua makhluk yang lain dan hati saya… setiap hari macam ia hancur, pulih semula; ia hancur, pulih semula. Saya tak tahu untuk berapa lama. Apa di dunia ini yang saya nak miliki? Maksimum, saya akan ada sebuah lagi bilik, bilik yang lebih banyak dihiasi, perabot yang lebih cantik pun, peduli apa? Apa kebaikannya kepada saya?

Hanya penderitaan yang saya ada, tidak kira di mana saya diami, tidak kira apa yang saya makan, tidak kira apa yang saya pakai. Saya tidak mahukan apa-apa pun kecuali membantu semua makhluk bebas daripada kitaran dahsyat, ganas, kejam, tak berbelas kasihan planet delusi yang negatif ini. Segalanya yang anda lihat adalah tidak benar. Hanya Syurga yang anda lihat di dalam diri anda adalah benar. Jadi buat apa sesiapa nak tinggal di sini? Dan tidak lama – kita takkan tahu. Tiada sesiapa yang tahu sama ada mereka akan mati esok kecuali Guru Bermakrifat. Mereka tahu terlebih dahulu jika Mereka tiada banyak anak murid. Jika mereka ada banyak anak murid, Mereka tak tahu banyak tentang kematian sendiri – mungkin pada akhirnya. Tetapi Mereka buat apa yang boleh ketika masih hidup dengan Rahmat Tuhan dan segala Belas Kasihan Guru-guru. Mereka buat kerja Mereka.

Jika Mereka tak bekerja untuk, contohnya Supreme Master Television, dan tak perlu menyunting segala jenis kekejaman yang perlu dilihat dan dikendalikan untuk Supreme Master Television, maka Mereka dapat hidup lebih gembira, dan jika Mereka tiada banyak anak murid, maka mereka dapat hidup lebih gembira, lebih sihat, lebih bebas tanpa runsing seperti yang saya rasai ketika saya baru keluar, ada sekumpulan anak murid yang sangat kecil. Saya begitu yakin, begitu tak terkalahkan begitu gembira, begitu ceria, begitu bebas tanpa runsing setiap hari, hampir setiap hari seperti parti. Walaupun kami tiada banyak wang dan makanan pada masa itu, kami dapat adakan barbeku vegan yang sederhana pada banyak hujung minggu semasa tiada apa-apa yang lain – tiada suluk, tiada pengaturan khas atau khutbah di mana-mana, maka kami duduk bersama, adakan barbeku vegan, menyanyikan lagu, bermain gitar atau sesuatu. Seseorang yang lain bermain sitar, seseorang yang lain bermain seruling dan seseorang yang lain bermain apa-apa saja.

Dulu saya bermain bersama sekumpulan biksu dan biksuni dengan alat-alat muzik yang berlainan bersama pada waktu malam. Saya tak ingat kami ada rakamkannya. Saya tak ingat sama ada sesiapa memberitahu orang lain yang ada kamera di ashram untuk merakamkan ini. Mungkin mereka ada rakamkannya. Saya tak ingat akan itu tetapi kami ada waktu yang menyeronokkan seperti itu. Sekarang semua waktu yang menyeronokkan itu telah hilang. Saya dah rasa gembira atau bertuah dengan saya masih hidup.

Setiap hari saya hidup, saya buat sebaik yang boleh, setiap nanosaat dalam hidup saya, bekerja untuk orang lain dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa, segala kasih sayang. Tuhan tahu akannya. Semua Syurga tahu akannya. Ketika saya baru keluar, Syurga, malaikat dan semua makhluk bergegas untuk apa saja yang saya perlukan atau mahukan walaupun saya tidak mahukan banyak. Tetapi sekarang ini, biasanya Mereka menangis saja kerana tak dapat bantu saya. Jadi saya sangat keseorangan. Meskipun mereka nak bantu saya, Mereka tak dapat. Karma menghalang Mereka. Terlalu banyak karma bagi Mereka pun.

Tetapi kita sentiasa perlu ada impian dan harapan. Kerana jika kita tiada impian, orang kata kita takkan ada impian yang menjadi kenyataan. Jadi saya masih impikan sejenis kehidupan bebas semula, waktu semua Syurga tak perlu menangisi saya dengan kecewa, di mana kita semua boleh berasa girang dalam kegembiraan, sekurang-kurangnya dalam kemakmuran untuk dunia dan kedamaian, seperti Syurga di Bumi semula, seperti Taman Firdaus lama semula. Semua orang akan gembira, kemudian saya akan paling gembira.

Hingga masa itu, kita takkan tahu apa yang akan berlaku, kerana sekarang ini, lebih teruk, lebih berdelusi daripada pada zaman Buddha, dan pada zaman Nabi Isa, tidak seburuk sekarang, tetapi Nabi Isa tetap disalib dengan kejam. Semua Hawari-Nya, sesiapa yang ditangkap oleh kerajaan, dibunuh dengan kejam, dibakar, disalib atau alami segala jenis kekejaman tak terbayangkan yang boleh manusia buat terhadap manusia lain – manusia yang tak memudaratkan, suci. Oh! Setiap kali saya memikirkan itu, saya tak dapat menangis dgn secukupnya. Saya perlu berhenti sekarang. Saya akan bercakap lagi selepas dah habis menangis.

Sekarang ini, orang beritahu saya bhw mereka tak tahu lagi siapa ialah biksu yang baik dan siapa bukan. Saya memahami itu dan bersetuju dengan itu. Paderi pun, mereka semua kelihatan sangat baik, berpakaian anggun, cukup makan, sangat petah bercakap, malah menunjukkan sesuatu jenis tingkah laku, kelakuan atau perbuatan yang buat orang percayai mereka, seperti mereka bantu rumah anak yatim, beritahu orang supaya tidak makan orang-haiwan sebagai makanan, malah hidup miskin, tidak seperti sesetengah biksu atau paderi yang hidup kaya, mewah – maka lebih senang untuk orang mengenal. Tetapi sesetengahnya tidak buat begitu. Mereka gunakan cara-cara yg berlainan. Mereka tidak gunakan satu cara saja.

Petikan daripada ‘Bersedia untuk perbicaraan bekas ketua biksu Pagoda Phước Quang kerana gunakan banyak taktik untuk menipu 68 bilion VND (AS$2.7 juta)’ Sebelumnya kita tak pernah saksikan begitu banyak orang yang sebelumnya ialah biksu dan pemimpin agama tetapi terlibat dalam aktiviti memperdaya dan menipu seperti pada 2021-2022. Satu siri bekas biksu dan ketua biksu telah dibongkar. Hanya apabila akhbar melaporkannya dan pihak berkuasa terlibat baru biksu dan guru palsu ini dedahkan wajah sebenar mereka sebagai penipu profesional. Pejabat Penyiasat Rakyat Wilayah Vĩnh Long telah keluarkan indikmen untuk mendakwa Phạm Văn Cung, 40 tahun, bekas ketua biksu Pagoda Phước Quang, dan Nguyễn Tuấn Sĩ, 54 tahun, menetap di bandar Vĩnh Long, atas penipuan dan penyelewengan harta. Cung mengadakan banyak program dan kegiatan untuk membina reputasinya. Cung memperkenalkan diri kepada mangsa sebagai orang yg kenali banyak pemimpin berpangkat tinggi. Dia membuat klip video tentang aktiviti amal Pagoda Phước Quang dan Pusat Rumah Anak Yatim Buddha Suối Nguồn Tình Thương di mana dia ialah orang utama, dan mengeposnya di media sosial. Melalui video ini, Cung mempromosikan imejnya dan mendapat kepercayaan banyak orang. Melalui ini, Cung memperkenalkan kerja amalnya dan menggambarkan keadaan susah untuk besarkan anak yatim bagi bangkitkan rasa simpati dan bantuan mereka. Cung juga mereka-reka kegiatan untuk meminjam wang. Jumlahnya, Phạm Văn Cung meminjam lebih 77.7 bilion VND (AS$3.1 juta) daripada empat orang utk perbelanjaan peribadi, menyebabkan ketakmampuan untuk bayar balik. Selepas dilaporkan, Cung pulangkan hampir 10 bilion VND (AS$400,000) kepada mangsa. Oleh itu, jumlah yang Cung masih berhutang adalah lebih 67.7 bilion VND (AS$2.7 juta).

Mereka gunakan kekayaan, kemewahan untuk menarik sesetengah jenis orang yang berlainan dalam masyarakat, dan sesetengahnya malah gunakan cara sangat miskin dan sangat zahid hanya untuk menarik sesetengah jenis orang yang berlainan. Sesetengahnya ialah lelaki normal yang menarik orang yang berlainan. Sesetengahnya adalah biseksual atau homoseksual. Saya bukan cuba menyinggung perasaan orang-orang ini. Saya hanya kata mereka (biksu atau paderi jahat) adalah tidak benar. Mereka bukan manusia. Mereka ialah syaitan. Mereka ialah hantu ghairah. Mereka ialah segala jenis hantu yang berlainan, jenis-jenis syaitan yang berlainan. Semuanya dari Kerajaan Mara yang menjadi biksu, biksuni, paderi dan malah penganjur kegiatan amal. Mereka buat segala jenis perkara untuk menarik orang yang ada jenis-jenis karma yang berlainan supaya dapat menggoda mereka untuk menjauhi kebaikan, Tuhan, ajaran sebenar Buddha dan Nabi Isa.

Bukanlah mereka buat satu jenis perkara saja. Sesetengahnya tdk mahukan wang anda, tidak mahukan apa-apa pun supaya anda boleh percayai mereka sepenuhnya. Mereka tahu bahawa ada jenis-jenis orientasi seksual yang berlainan dalam masyarakat juga, jadi mereka tidak hanya menghantar lelaki sebenar yang normal. Mereka juga menghantar jenis manusia sama yang ada orientasi seksual yang berlainan juga untuk menarik jenis orang itu, malah untuk mati untuk mereka kerana mereka begitu percayai mereka dengan rupa zahid miskin mereka. Macam itulah.

Anda tak dapat tahu. Anda perlu berdoa dalam hati dengan ikhlas. Biarkan Buddha bantu anda, biarkan Nabi Isa bantu anda, Tuhan lindungi anda daripada segala jenis pengalihan perhatian. Jika tidak, anda tak dapat jumpai semula Rumah di Syurga. Mereka cuba menyesatkan anda untuk pergi ke neraka, atau jika anda kembali semula ke hidup ini pun – sangat sukar untuk kembali ke hidup manusia – maka anda akan tertipu dan perhatian dialihkan sekali lagi, kemudian selama-lamanya anda tak dapat kembali ke Diri Sebenar.

Diri Sebenar anda bukanlah di sini! Bukan di dalam badan ini! Segalanya yang anda lihat di sini – tidak benar! Hanya apa yang anda lihat di dalam semasa bermeditasi adalah benar. Hanya apabila anda berhubung dengan Tuhan, maka itu benar. Hanya apabila Guru sebenar anda bawa anda pulang ke Rumah, dan dalam perjalanan pulang ke Rumah tunjukkan pemandangan-pemandangan Jalan Syurga ke Rumah yang berlainan, itu benar. Seperti apa yg dilakukan oleh orang saya, itu benar. Mereka dapat lihat Syurga. Mereka benar-benar dapat lihat Buddha dan Nabi Isa. Mereka tahu akan cara untuk melindungi diri jika ini ialah jelmaan palsu untuk menipu mereka.

Sesetengah guru palsu juga menerima kononnya anak murid, kemudiannya anak murid ini datang kpd saya, menangis dan berkata, “Mengapa ini? Mengapa itu?” Kerana semuanya palsu, semuanya palsu! Mereka mengulang ajaran yang sama dengan saya. Ini begitu senang – semua orang boleh menonton Supreme Master Television, lihat dan dengar apa yang saya katakan, kemudian mereka boleh selitkannya, buatnya menjadi kata-kata mereka, kemudian memperdaya pengikut mereka.

Para pengikut mudah terpengaruh. Mereka tak tahu apa-apa pun! Mereka berhati murni dan ingin lihat Buddha, lihat Tuhan. Mereka percaya. Oleh sebab banyak biksu, paderi atau guru yang lain pergunakan orang lain secara terbuka, ini ada dipaparkan di internet, akhbar atau televisyen, jadi mereka berpaut pada seseorang yang rupanya kelihatan sebaliknya – kelihatan suci, kelihatan baik, kelihatan tak pedulikan apa-apa pun. Jadi mereka berpaut pada orang ini, malah syaitan yang berpura-pura menjadi orang suci. Mereka masih ‘perlukan’ mereka. Mereka berpaut pada mereka seperti orang yang hampir mati lemas di sungai berpaut pada sekeping kayu, berfikir lebih baik daripada di sekeliling mereka – semuanya air dan sampah yang melemaskan. Macam itulah.

Photo Caption: Membebaskan Diri daripada Halangan Mengambil Masa, tetapi Kita Mesti!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
156 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android