Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mengenal yang Mana ialah Guru, Biksu atau Paderi Sebenar, Bahagian 9 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Anda perlu memerhatikan seseorang atau Guru sebelum melompat masuk. Jangan ikut arus. Jangan pergi hanya kerana dia terkenal. Jangan pergi hanya kerana orang kata dia baik. Anda mesti sendiri tahu sama ada anda ada pengalaman dalaman atau tidak, dan anda perlu berasa selesa dengan itu. Jangan ikut sesiapa saja. Ikut diri anda sendiri.

Sentiasa memuji Tuhan kerana lindungi anda, membimbing anda kepada Guru yang benar-benar baik. Itu cara terbaik. Sentiasa ikhlas, rendah diri dan benar-benar ingin pulang ke Rumah Syurga, maka Tuhan akan bantu anda. Maka Tuhan akan hantar kepada anda Guru yang baik untuk memimpin anda pulang ke Rumah, yang tidak pergunakan anda, yang takkan memperdaya anda, yang akan hanya semurni hati anda, seikhlas keinginan anda, dan hanya untuk anda, hanya bekerja untuk Tuhan untuk anda. Itu penting. Anda adalah penting. Bukan orang lain beritahu anda apa, apa. Anda perlu memerhatikan, perlu mengkaji Guru itu. Anda perlu tahu sama ada kata-katanya betul bagi anda, logik, dan dia buktikannya atau tidak.

Saya lihat perkara yang lawak apabila orang tanya saya soalan, seperti paderi dalam Gereja Katolik, kadangkala ada tertulis pada skrin, di sesawang, sesuatu seperti berapa banyak wang yang mereka (pengikut) tawarkan, maka berapa banyak berkat yang akan mereka dapat daripada Tuhan, sesuatu macam itu, dan bahawa orang tak harus kisah jika itu beratus-ratus ribu dolar untuk didermakan jika mereka dapat cakap secara langsung dgn Tuhan. Ya Tuhan! Adakah Tuhan seperti objek atau sesuatu yang dijual, murah macam itu? Serupa dengan sesetengah biksu di sesuatu tempat juga. Orang beritahu saya dalam soalan, seperti mereka kata, “Jika kita berikan berapa banyak, maka kita akan mendapat berapa banyak perlindungan, berapa banyak berkat?” Sesuatu macam itu.

Testimony by a former disciple of Ruma Trần Tâm, Aug. 1, 2024: Dulu saya anak murid Trần Tâm. Saya terlibat secara langsung dalam hal dalaman seperti perbelanjaan hidup, makanan dan beli-belah. Oleh itu, saya tahu segalanya tentang personaliti dan gaya hidupnya. Saya beransur sedar bahawa banyak perbuatannya tidak betul, seperti ambil wang daripada pemeditasi. Sesetengah drpd mereka malah perlu menjual rumah untuk membuat tawaran kerana takut akan sumpahnya. Ada pemeditasi lelaki yg tinggalkan sana dan melaporkan dia kerana ganggu mereka secara seksual semasa mengambil bahagian dalam kumpulan. Banyak orang dianiayai macam ini. Dia malah menulis surat yang mengugut dan menyumpah bahawa seluruh keluarga mrk akan jatuh sakit atau mati jika mereka tidak kembali. Orang kanannya yang menggelar diri sebagai pelindung dharma dan biksunya bebas memungut wang daripada pemeditasi untuk dia, malah masukkannya ke dalam kocek sendiri. Sewaktu bersuluk, makanan dijual dengan harga yang sangat tinggi, malah 20 kali lebih tinggi daripada kos sebenar kerana dia mendakwa bahawa ia ada kuasa berkat. Contohnya, dia jual sebiji buah ciku yang ditanamnya sendiri pada harga AS$100, sebiji pankek pada harga 500,000 VND (Dong Vietnam ~ AS$20), sepinggan nasi pada harga 1 juta VND (AS$40) dan banyak item terlebih harga serupa yang lain.

Petikan daripada ‘Ruma Trần Tâm seorang pembidaah yang menipu dan menyesatkan banyak pengamal. Berhati-hati dengan taktik ini’ 2024.03.05: Ruma Trần Tâm seorang penipu terang-terangan yang gunakan agama untuk mudaratkan orang lain. Kita perlu mengutuk dan memboikot dia untuk menyelamatkan banyak orang yang tersesat. Dia mengacu patung sendiri dan jualnya pada harga AS$5,000 atau kira-kira 120 juta VND serta melarang pengikutnya memuja Buddha, Tuhan atau nenek moyang mereka. Dia memang merupakan syaitan dalam bentuk manusia. Dia malah menjual mangkuk sedekah pada harga AS$2,500, kira-kira 60 juta VND. Dia mengaut keuntungan sampai tahap menjual selimut panas kepada pemeditasi yang mengikut dia pada harga 30 juta VND (AS$1,190). Ia dipanggil oleh Ruma sebagai ‘selimut yang hilangkan karma’. Dia menggoda orang dengan mendakwa secara tipu bahawa beli segalanya yang dijualnya dapat menghilangkan karma, tidak kira berapa berat karma itu. Anda nampak tak percanggahan dalam kata-katanya sendiri? Sementara dia sendiri berkata bahawa dia berkuasa untuk hilangkan semua karma untuk semua orang tetapi dia menipu orang dengan menjual banyak barang pada harga yang mencekik darah dan mereka perlu beli item ini untuk hapuskan semua karma mereka. Alahai, ini begitu tak masuk akal dan berdelusi! Tetapi mengapa begitu banyak orang yang jahil dan mudah terpengaruh ditipunya? Mereka bukan sahaja kehilangan wang tetapi rumah hilang dan jiwa tersesat juga. Tolonglah sedar!

Petikan daripada ‘Membongkar beberapa helah biksu untuk mendapat tawaran drpd orang lain’ 2024.07.24: Meskipun seseorang membuat tawaran sebanyak 50 juta (AS$1,983) kepada tokong, namun tidak beritahu sesiapa pun, juga berpesan kepada biksu dan biksuni yg dihormati spy tak beritahu sesiapa pun dan semasa pergi ke tokong, bergaul seperti pengamal Buddha biasa yang lain, maka orang itu, di mata Buddha, dianggap telah membuat tawaran sebanyak 500 juta (AS$19,830). Menawarkan 50 juta (AS$1,983) tetapi merendah diri, berharmoni dan tak menonjolkan diri menyebabkan Buddha menggandakan pahala tawaran sebanyak 10 kali, buatnya menjadi beratus-ratus juta. Dalam hayat seterusnya, kamu akan nikmati pahala 500 juta (AS$19,830) yang menjadi 500 bilion (AS$19,830,500) itu.

Petikan daripada ‘Kata-kata Thích Chân Quang yang menimbulkan kontroversi’ 2024.06.11: Carilah wang bernilai tinggi. Bagaimana? Berikan kepada ketua biksu. Letak wang bernilai rendah di dalam patung Buddha akan bawa nasib malang pada tahun itu. Berikan wang bernilai tinggi kepada ketua biksu akan membawa tuah pada tahun itu.

Interview by Simon & Schuster Books – Jan. 29, 2015: Selama kira-kira 1,800 tahun, paus bukanlah hanya ketua Gereja Katolik, ketua spiritual agama yang terbesar di dunia. Mereka juga merupakan raja, raja paus. Mereka ada empayar sekular, tanah seluas beribu-ribu batu persegi, tentera sendiri. Bagaimana mereka mendapat wang untuk ini? Mereka dapatkannya dengan mencukai orang dalam empayar mereka, yuran dan juga menjual sesuatu yang dipanggil pengampunan. Sehelai kertas dijual kepada penganut Katolik dan berkata, “Kamu telah diampuni atas dosamu kerana membeli kertas itu.”

Media Report by EWTN – Mar. 12, 2015: Pengampunan sangat baik. Harta sebenar Gereja bukanlah IOR – Bank Vatican, tetapi pengampunan. Ia ada di sini, dalam pahala Nabi Isa dan semua orang baik, orang suci yang berada di dunia ini dan menawarkan kesakitan mereka demi Gereja.

Excerpt from “Pastor gets angry as members refuse to give an offering of $1000” by Kwodwo Sheldon – Oct. 1, 2020: Kamu boleh berikan 1,000 atau 500 dolar Siapa nak datang? Seribu dolar, iaitu bersamaan dengan GH₵5,000 (Cedi Ghana). Lima ratus dolar bersamaan dengan GH₵2,500. Kamu boleh berikannya. Cepatlah, tampil ke depan. Saya nak berdoa bersama kamu. Saya nak minta berkat Tuhan untuk hidupmu. Siapa nak datang?

Excerpt from “Joel Osteen Says Giving To Me Is Giving To The Poor and He Mocks ‘It Is Well With My Soul’ Hymn” by iThink Biblically – Sep. 4, 2021: Kami akan ambil masa seketika untuk menerima sumbangan wajib dan tawaran. Kami sentiasa nak ucapkan terima kasih atas derma kamu, membolehkan kepaderian diteruskan. Kamu tak benar-benar berikan kpd orang. Kamu berikan kepada Tuhan. Setiap kali kamu memberi, kamu pinjamkannya kepada Tuhan. Saya tahu kamu telah lihat dlm kehidupanmu sendiri bahawa Tuhan tahu bagaimana bayar balik kpd kamu. Tiada sesiapa yg dapat bayar kpd kamu seperti Tuhan dapat bayar.

Photo Caption: Joel Osteen di dalam jet peribadi

Excerpt from “Televangelists SHAMELESSLY Beg For Peoples Money” by Owen Morgan (Telltale) – May 9, 2022: Maklumlah, perkongsian dalam gospel ialah perkara terbaik yg boleh kamu lakukan. Apabila kita sampai ke Syurga, saya boleh jamin bahawa tiada satu pun daripada kamu yang akan kata, “Saya harap kamu tidak galakkan saya supaya beri begitu banyak. Saya akan ada TV skrin rata kelima. Saya akan ada lebih banyak barang kemas, pakaian lebih beragam dan kereta yang lebih baik.” Semua benda itu akan hilang. Hanya apa yang kamu laburkan dalam Kerajaan akan beri manfaat kepada kamu selama-lamanya. Kamu akan datang kepada saya, memeluk leher saya, mencium saya dan berkata, “Terima kasih, terima kasih, terima kasih kerana keluarkan wang itu dari kocek saya.”

Excerpt from “Malachi 3:8-10 The Blessings of Paying Tithing Elder Bednar” by Edward Hegemann – Dec. 13, 2022: Selalunya, semasa kita mengajar dan beri keterangan tentang hukum pengampunan, kita menekankan pahala duniawi semerta, dramatik dan mudah dikenal yang kita terima. Pahala sebegini pasti ada berlaku tetapi sesetengah pahala berlainan yang kita peroleh kerana patuh kepada rukun ini adalah signifikan tetapi tidak ketara. Penerangan dan perspektif spiritual dicurahkan melalui tingkap Syurga ke dalam kehidupan kita semasa kita hormati hukum pengampunan.

Excerpt from “Elder Johnson: Tithing grants physical and temporal blessings. Don't pay and you miss out” by Thoughts on Things and Stuff – Dec. 7, 2017: Kata-kata saya petang ini dimaksudkan sebagai ajakan kepada mereka yang belum mendapat testimoni peribadi bagi bayaran penuh pengampunan. Kekurangan pematuhan kepada hukum abadi ini tidak boleh dipandang ringan dan bukan sahaja boleh dengan serius menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan spiritual kita tetapi juga boleh mengehadkan pahala fizikal dan duniawi yang jika tidak kita dapat nikmati.

Excerpt from “Tithing: A Test of Faith with Eternal Blessings” by General Conference of The Church of Jesus Christ – Feb. 5, 2015: Kita menzahirkan rasa terima kasih kpd Tuhan dgn bayar utk pengampunan. Pengampunan ialah ujian kepercayaan yang ada pahala abadi.

Excerpt from “The Law of Tithing” by General Conference of The Church of Jesus Christ – Feb 12, 2015: Tunjukkanlah kepercayaan kamu. Bayar untuk pengampunan kamu. Hukum ini mungkin berbeza dengan apa yang kamu dah biasa sebelum pembaptisan tetapi tiada apa-apa yang kamu buat sebagai pemeluk baharu yang akan lebih menyediakan kamu dgn sepenuhnya untuk berkat yang menanti kamu, malah berkat gereja daripada membayar untuk pengampunan.

Media Report from NBC News – May 31, 2018: Ini membuat orang yang paling miskin menjadi mangsa yg sangat mahukan atau perlukan wang. Mereka diberitahu bahawa jika mereka berikan wang, Tuhan akan berkati mereka seratus kali ganda.

Ya Tuhan, adakah kita menjual Rahmat Tuhan serta Belas Kasihan atau Kuasa Buddha untuk wang hari ini? Saya tak pernah dengar perkara sebegini dalam mana-mana Bible atau kitab yang ditinggalkan oleh Buddha. Tiada apa-apa seperti itu disebut, malah dengan jumlah tepat, seperti jika kita berikan $50, maka kita dilindungi selama satu minggu. Kemudian selepas satu minggu itu, jika kita tak berduit lagi, maka apa pula? Kita tiada perlindungan daripada Buddha lagi meskipun kita mulia, jika kita begitu ikhlas percaya kepada Buddha? Jika kita tidak berikan $50 lagi, maka kita takkan ada perlindungan daripada Buddha lagi? Kita tidak diberkati daripada Buddha lagi? Kita tiada kena-mengena dengan Buddha? Buddha tinggalkan kita?

Ya Tuhan! Āmítuófó, Buddha Amitābha! Ya Tuhan! Saya rasa semua Buddha, semua Dewa, semua Syurga, jika Mereka dengar semua ini, barangkali Mereka tak tahu apa yang nak dikatakan ttg manusia lagi. Saya tidak maksudkan semua manusia. Saya maksudkan biksu dan paderi jahat, contohnya. Mereka sepatutnya suci. Mereka sepatutnya bercakap benar tetapi ini betul-betul penyalahgunaan dan materialistik.

Mereka berkata kepada saya bahawa sesetengah biksu malah bercakap secara menggoda, seperti bayangkan hubungan fizikal. Anda tahu apa yang saya katakan – kebersamaan fizikal dengan wanita atau sesuatu, mengatakannya dengan terus terang supaya wanita boleh datang kepada dia, pengikut, penganut Buddha wanita datang kepada dia. Ya Tuhan! Semua ini... Saya tak tahu apa yang nak dikatakan lagi.

Petikan daripada ‘Membongkar beberapa helah biksu untuk mendapat tawaran drpd orang lain’ 2024.07.24: Sesetengah penganut Buddha wanita tanya saya, “Mengapa kamu begitu banyak berliur ketika berkhutbah?” Sesetengah wanita tanya saya, Nhuận Đức, macam itu. Saya jawab, “Ini kerana selepas kamu wanita melafazkan Nama Buddha, kamu menjadi begitu cantik! Oleh itu, apabila kamu duduk di depan saya, saya secara natural berliur sementara melihat kamu.” Pada suatu hari, seorang wanita yang miliki sebuah sauna dekat sini datang dengar khutbah saya. Dia beritahu saya bahawa pada bila-bila saya nak mengunjungi saunanya, saya harus datang dengan kereta dan memakai topi supaya saya tidak dapat dicam. Dia akan mengatur bilik VIP dan pilih tiga orang wanita untuk berikan urutan terbaik kepada saya dan menjaga saya dengan baik. Saya beritahu dia bhw saya, Nhuận Đức, akan pergi ke sana suatu hari nanti.

Petikan daripada ‘Seks, dadah, wang dan pembunuhan dalam kesamian Thailand – Wartawan Asing’ by ABC News In-depth – Aug. 8, 2024,Lauren Day: Tersorok di lembah timur laut Thailand, tokong ini sebelumnya mengaut wang tunai, emas dan barangan kemas bernilai jutaan daripada penderma kaya. Godaan terbukti terlalu besar bagi biksunya. Agak sunyi di sini hari ini tetapi setahun yang lalu, tempat ini dikerumuni berpuluh-puluh orang anggota polis yang membuat penemuan yang sukar dipercayai dan membongkar salah satu kes penipuan tokong yang terbesar dalam sejarah Thailand. Ia berkisar pada salah seorang biksu yang paling terkenal di negara ini, Phra Khom yang ada pengikut yang taat dalam kalangan orang kaya dan terkenal. Saya datang untuk mendapat tahu bagaimana polis menyelesaikan kes ini. Leftenan Kolonel Parnumas Saengsong ialah sebahagian daripada pasukan yang menyerbu tokong ini dan menahan Phra Khom dan enam orang biksu yang lain. Bagaimanakah kes ini sampai ke meja kamu?

Parnumas Saengsong: Bahagian Penumpasan Jenayah telah menerima aduan daripada beberapa orang anak murid Phra Khom tentang kelakuan tak senonohnya dalam lakukan hubungan seks dgn lelaki.

Lauren Day: Apa yang bermula sebagai skandal seks segera bertukar menjadi sesuatu yang jauh lebih besar.

Parnumas Saengsong: Jadi kami mengorek dengan lebih lanjut tentang aktiviti kewangan mereka. Penemuan yang paling penting ialah bukti bahawa Phra Khom telah mendepositkan wang ke dalam akaun saudara perempuannya.

Lauren Day: Pegawai bawa masuk Phra Khom untuk disoal siasat. Kemudian dia membuat kesilapan. Dia menelefon biksunya dari balai polis dan suruh mereka sembunyikan barang curi.

Parnumas Saengsong: Sesetengah biksu sembunyikannya di menara loceng. Jadi kami jumpai dan rampasnya. Sesetengah biksu menanamnya di bukit di belakang tokong dan menutupnya dengan jubah biksu. (Kemudian pergi korek tanih dan menanamnya.)

Lauren Day: Mereka ditangkap ketika melakukannya, seperti gambar serbuan yang ditangkap.

Parnumas Saengsong: Kami menyoal siasat mereka sehingga mrk bawa kami utk koreknya. Ia disembunyikan di banyak tempat. Di dalam hutan dan di bukit, banyak lokasi.

Lauren Day: Jadi ini barangan kemas yang didermakan oleh orang, kan?

Parnumas Saengsong: Jongkong dan perhiasan emas itu pada asalnya harus dileburkan utk membentuk bahagian atas bertingkat pada stupa. Kebanyakan daripada ini ialah emas, jongkong emas.

Lauren Day: Wau, lihatlah emas itu! Phra Khom sejak itu telah dipenjarakan atas bahagiannya dalam penyelewengan dana tokong sebanyak AUD$12 juta (AS$8,000,000).

Parnumas Saengsong: Pasukan penyiasat kami terkejut dengan jumlah wang daripada orang yang percayai agama Buddha, dermakan wang untuk menyokong agama Buddha itu. Tetapi orang-orang ini ambilnya untuk diri sendiri.

Sesetengah biksu gunakan wang penganut yang diperoleh dengan keringat dan air mata untuk beri manfaat kepada badan fizikal atau keselesaan sendiri, atau malah berikannya kpd saudara-mara, kekasih mereka atau apa-apa saja, dan bersembunyi dlm kemewahan sebegini. Itu tidak baik.

Photo Caption: Nampak Kecantikan dalam Bentuk Sumbangan yang Paling Sederhana

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
157 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android