Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mengenal yang Mana ialah Guru, Biksu atau Paderi Sebenar, Bahagian 6 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kami teruskan dengan Supreme Master Television supaya saya dapat berhubung dengan seluruh dunia, bukan hanya dengan sekumpulan anak murid saja seperti pada masa dahulu lagi. Kerana orang mungkin secara kebetulan akan terdengar suara saya dan mereka akan dibantu juga. Jika mereka secara kebetulan nampak muka saya, mereka akan dibantu juga. Saya janjikan itu kepada anda semua. Cuma berapa banyak bantuan juga bergantung kepada karma mereka, balasan mereka.

Saya mahu langsung tiada orang di planet ini yang pergi ke neraka tetapi ini tetap berlaku. Walaupun sesetengahnya, saya tahu bahawa akan buat sementara waktu saja, mereka akan menjadi bebas tak lama lagi dan lahir semula sebagai manusia, namun jika kita tiada planet ini lagi, mereka akan dilahirkan di mana? Mungkin planet lain, mungkin, jika mereka ada kriteria yang mencukupi, pahala yang mencukupi untuk dilahirkan di planet sebegini.

Dunia ini ialah planet yang sangat mudah menerima, lebih senang untuk setiap roh datang ke sini. Ia malah ada Guru dan tinggalan ajaran daripada sangat banyak Santo dan Orang Suci, Buddha, Bodhisattva, Guru, Lama, Mullah, Imam. Segala jenis Guru daripada agama-agama yang berlainan telah meninggalkan segala jenis ajaran untuk semua penganut baca, mencari maksud di sebaliknya dan malah mencari ‘maksud tanpa maksud’ di sebaliknya. Jenis kitab tak nampak, jenis Bible atau buku suci yang tidak wujud, ini ialah apa yang kebanyakan orang tak dapat peroleh – inti patinya yang tidak tertulis, tak dapat ditulis, tak dapat didengari (di luar), tak dapat dijelaskan. Mungkin ia dapat dijelaskan tapi anda tak boleh mendapat penjelasan dan dengan itu memperoleh makrifat dan pembebasan. Macam itulah. Itu apa yang dikatakan oleh Buddha: “Ajaran di luar kitab, di luar Dharma, itu Dharma sebenar.”

Itu apa yang anda semua, kononnya anak murid saya peroleh. Kaedah tanpa kaedah; Cahaya tanpa cahaya Syurga di dalaman; Bunyi tanpa bunyi (Syurga dalaman), Muzik, Melodi tanpa alat muzik sama sekali. Itu inti pati Dharma (Ajaran) yang sebenar tanpa buku, tanpa bercakap, tanpa banyak khutbah besar dan kata-kata yang sofistikated – tiada apa-apa pun, tiada kata-kata yang diperlukan kerana anda adanya di dalam diri anda. Anda ada Sifat Buddha di dalam diri anda. Anda ada Tuhan di dalam diri anda. Saya hanya perlu bangkitkan itu untuk anda, tunjukkan ia di mana, kemudian anda dalam perjalanan. Begitu mudah, seperti bertepuk tangan. Mengapa begitu sukar bagi dunia memahami ini? Mengapa mereka tidak lari untuk mendapatkannya?! Ini apa yang terbaik yang boleh berlaku kepada sesiapa pun.

Meskipun anda kebetulan menangi loto, lebih berbilion-bilion dolar – itu tiada apa-apa yang hebat! Meskipun anda mewarisi seluruh harta batu permata – itu tiada apa-apa yang hebat! Berbilion-bilion dolar adalah tidak bererti berbanding dengan itu. Harta batu permata yang besar adalah tidak bererti berbanding dengan itu. Hanya anda, anak murid, tahu akan itu. Saya gembira dengan anda tahu. Saya begitu gembira dengan anda tahu. Begitu baik untuk anda. Tetapi saya masih sangat sedih, dukacita melihat orang lain yang tak dapat begitu bertuah, tak dapat begitu terbuka, tak dapat keluar dari perangkap dunia delusi yang mempergunakan agama, mempergunakan wakil agama seperti biksu, biksuni, paderi lelaki, paderi wanita untuk malah buat kehidupan anda lebih memuramkan, lebih ke bawah dekat neraka. Maaf, macam itulah.

Mengapa mereka tak faham? Berapa banyak lagi, apa lagi yang boleh saya buat untuk buat mereka benar-benar fahami perkara yang begitu mudah bahawa Sifat Buddha ada di dalam diri anda? Buddha berkata bahawa anda akan menjadi Buddha, sama seperti Baginda. Nabi Isa berkata bahawa Tuhan ada di dalam diri anda, Kerajaan Tuhan ada di dalam diri anda. Kerajaan Tuhan! Bayangkan itu? Bukan hanya seluruh kerajaan dunia ini – Kerajaan Tuhan adalah dekat saja, di dalam diri anda. Tuhan ada di dalam diri anda. Anda ialah rumah ibadat Tuhan dan Roh Kudus tinggal di dalam diri anda. Mengapa mereka tidak pergi cari-Nya? Mengapa mereka hanya baca, kemudian lupakannya, seperti tiada apa-apa yang berlaku, macam tak bererti bagi mereka? Mereka begitu banyak terperdaya, begitu banyak diracun sehingga saya hanya boleh menangis memikirkan situasi mereka dan memikirkan apa yang menanti mereka di neraka.

Setiap hari, saya perlu bekerja bersama dengan pasukan Supreme Master Television – banyak pasukan. Mereka hantar kerja-kerja yg berlainan kepada saya untuk diuruskan. Kami bekerja secara berganding bahu. Maksud saya, secara berjauhan tetapi bersama. Setiap hari, saya ada banyak rancangan, banyak kerja dan perniagaan juga. Setiap satu daripada mereka uruskan satu rancangan. Mereka mungkin ambil masa beberapa hari untuk satu rancangan. Setiap satu daripada mereka hantar rancangan kepada saya. Setiap hari, saya rasa gembira, bertuah jika saya ada sepuluh saja sehari, tetapi tidak, tidak. Kadangkala ada lebih dua puluh sehari dan kelihatan macam tiada penghujungnya. Walaupun saya amat letih, saya perlu siapkan rancangan dan kerja itu dan hantar balik kepada mereka kerana mrk perlu siarkannya tepat pada masanya Kami ada jadual waktu dan saya tak boleh kata, “Oh! Saya akan buatnya pada minggu depan,” atau keesokan harinya pun! Kerana ada begitu banyak, saya perlu siapkannya tepat pd masanya.

Tetapi kita tetap perlukan Supreme Master Television ini. Ia bantu sesetengah orang. Ia memang membantu, dan dunia nampaknya lebih faham. Banyak penyelesaian telah dilaksanakan. Banyak perbaikan telah muncul. Jadi saya berharap dalam harapan dan bermimpi dalam mimpi agar tak lama lagi kita akan ada apa yang kita mahukan – Vegan Sedunia di mana manusia yang berbelas kasihan akan memerintah sebagai raja semua kerajaan; dan keamanan, waktu semua pemimpin akan bangga dengan diri sendiri atas semangat lindung mereka untuk memastikan rakyat semua negara selamat. Kanak-kanak pergi ke sekolah dengan damai dan pulang semula dengan sempurna, tiada kecacatan untuk beri salam kpd ibu bapa mereka dan sebagainya. Kita dapat teruskan dari generasi ke generasi, membawa kebahagiaan, keamanan, Kemegahan dari Syurga ke Bumi. Itu begitu mudah.

Menjadi vegan pun, mana boleh itu begitu susah? Makan semua daging orang-haiwan itu, orang-ikan dan telur hanya buat anda jatuh sakit! Makan makanan vegan buat anda menjadi sihat, hidup lebih lama, berfikiran jelas, selesa dalam badan dan minda serta lebih cerdik, segala-galanya. Itu paling baik untuk anda jika anda hanya makan makanan vegan dan tidak makan daging berdarah makhluk hidup yang lain. Menjadi vegan akan buat anda rasa begitu bangga dengan diri sendiri, begitu gembira juga dengan semua orang yang lain. Anda uruskan kerja dengan lebih baik; memerintah negara dengan lebih baik; mengajar dengan lebih baik di sekolah. Menjadi vegan saja, belum kata lagi menjadi bermakrifat atau apa-apa. Tetapi menjadi vegan dan malah ada Guru Bermakrifat hidup untuk mengajar anda, menjaga anda, melindungi anda sekarang dan di akhirat, maka anda orang yang paling bertuah di seluruh Alam Semesta! Dan di banyak Alam Semesta di multi-Alam Semesta, anda orang yang paling bertuah – seorang vegan dan ada Guru Bermakrifat yang mengajar anda cara pulang ke Rumah, Rumah Syurga, selamat.

Saya tak tahu apa lagi yang boleh saya buat untuk manusia. Saya tak tahu apa lagi yang boleh saya beritahu mereka supaya mereka faham, membantu diri sendiri dan membebaskan diri malah dalam hayat ini lagi. Itu begitu senang, seperti makan kek. Mengapa mereka tak lakukannya? Mengapa mereka tak pergi cari seseorang? Anda tak perlu cari saya. Carilah seseorang yang bergantung pada Guru agung-Nya untuk mengajar anda. Jika Guru-Nya benarkan itu, maka Mereka boleh gunakan Kuasa Guru untuk juga bantu orang lain menjadi bermakrifat dan mendapat pembebasan.

Sesetengah tradisi amalan makrifat yang besar tak sentiasa masih ada Guru Bermakrifat agung di sana tetapi sekurang-kurangnya Guru yang baru meninggal dunia tak lama dahulu. Dalam masa 300 tahun, masih boleh ada Kuasa itu yang diterapkan ke dalam diri pengganti Guru itu dan malah pengganti seterusnya Guru itu. Saya memerhatikan semua itu – bahawa banyak Guru hari ini mengajarkan kaedah yang sama dengan Guru agung yang sudah pergi ke Nirvana atau Syurga Tinggi. Mereka masih ada Kuasa yg mencukupi untuk menampung pengikut sekarang walaupun mereka belum melangkaui Peringkat Ketiga. Selepas dunia ini, ada Lima Peringkat. Peringkat Kelima adalah yang tertinggi dalam jenis alam Lima Peringkat ini. Yang Kelima adalah yang tertinggi.

Photo Caption: Dengan Keikhlasan dan Kerajinan, Kita Akan Menjadi Matang dari Segi Rohani Akhirnya

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
156 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android