Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mengenal yang Mana ialah Guru, Biksu atau Paderi Sebenar, Bahagian 8 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Banyak biksu, paderi atau guru yang lain pergunakan orang lain secara terbuka, ini ada dipaparkan di internet, akhbar atau televisyen, jadi mereka (orang) berpaut pada seseorang yang rupanya kelihatan sebaliknya – kelihatan suci, kelihatan baik, kelihatan tak pedulikan apa-apa pun. Jadi mereka berpaut pada orang ini, malah syaitan yang berpura-pura menjadi orang suci. Mereka masih ‘perlukan’ mereka. Mereka berpaut pada mereka seperti orang yang hampir mati lemas di sungai berpaut pada sekeping kayu, berfikir lebih baik daripada di sekeliling mereka – semuanya air dan sampah yang melemaskan. Macam itulah.

Orang begitu miskin – orang miskin. Saya tidak maksudkan wang atau status kewangan. Maksud saya, hati mereka. Mereka begitu mudah terpengaruh. Saya tak dapat ajar mereka semua. Saya tak dapat cakap dgn mereka semua. Mungkin mereka tak percayai saya pun. Mereka akan berpaling, malah jatuhkan maruah saya, memfitnah saya, dan buat lebih banyak karma untuk diri sendiri dan lebih melemaskan. Jadi saya tak berani untuk buat jauh lebih banyak lagi, sangat sukar. Kedudukan saya begitu sensitif. Saya nak bantu mereka tetapi tak tahu bagaimana tidak bangkitkan kemarahan jahil mereka terhadap saya, jadi menyebabkan lebih banyak karma untuk mereka dan malah buatnya lebih sukar bagi saya bantu mereka.

Jadi sangat, sangat sukar, sangat sukar. Oh, sangat sukar! Saya berjalan di atas tali tegang. Sama seperti apabila kita lihat serangga yang secara tak sengaja terbang melalui tingkap atau pintu dan masuk ke dalam rumah kita, seperti rama-rama, contohnya. Kita tak nak cederakan rama-rama itu dan cuba tangkapnya dengan sesuatu atau dengan tangan supaya kita dapat bebaskannya tapi dia melawan dgn sekuat-kuat tenaga untuk lari dari kita dan terbang ke atas hingga ke siling tinggi supaya kita tak dapat capainya. Kadangkala kita perlu ambil tangga untuk cuba mencapai rama-rama itu tetapi rama-rama itu terbang pergi sekali lagi, kemudian kadangkala kita cuba menangkap rama-rama itu dengan tergesa-gesa, kemudian malah jatuh dari tangga dan mencederakan diri. Kita cuba berkali-kali. Mungkin rama-rama itu tak dapat ditangkap, kemudian mati di dalam rumah dan kita rasa begitu tak sedap hati, begitu bersimpati tetapi kita telah cuba sedaya upaya. Ini serupa dengan situasi saya.

Sekurangnya saya boleh beritahu anda, kononnya anak murid saya, jadi anda memahami situasi saya supaya anda tidak menyalahkan saya atas jika Guru berbelas kasihan, mengapa saya tak selamatkan lebih banyak orang, mengapa saya tak beritahu mereka ini, itu dan perkara lain. Dah banyak dekad kita memberitahu dan sekarang kita ada Supreme Master Television.

Saya dah katakan lebih banyak daripada yg harus saya katakan ttg banyak perkara termasuk guru palsu, biksu baik, biksu jahat dan sebagainya. Tetapi apa lagi yang boleh saya buat? Beritahu mereka supaya meninggalkan potongan daging mati, berdarah daripada makhluk hidup, hanya makan sayuran dan protein daripada sayuran pun. Hari ini, begitu jauh lebih senang daripada 30, 40 tahun dahulu pun. Dulu sewaktu saya pergi bercuti bersama bekas suami saya, saya hampir tak dapat makan apa-apa di mana-mana pun. Kadangkala saya hanya makan roti bakar dan jem. Itu saja kerana tiada apa-apa yang lain yang dapat saya cari. Mereka tak faham pun apabila saya kata vegetarian, apalagi vegan. Jadi sekarang anda cubalah sedaya upaya.

Sesiapa saja yang anda kenali, jika anda rasa dia ada hati yang cukup sensitif, mungkin boleh buka perbualan dan beritahu mereka supaya jadi vegan. Dengan lembut dan secara sangat diplomatik supaya mereka tidak marah dengan anda, tidak menjadi musuh anda. Sangat sukar nak beritahu orang di dunia ini. Bukan semua orang begitu bijak seperti rupa mereka atau seperti cara mereka bercakap. Begitu tetap dalam sesuatu jenis rangka di dalam kotak. Anda berada di luar kotak tetapi mereka tidak, jadi sangat sukar. Oh! Tuhan berkati.

Baiklah, beberapa perkara tambahan saya nak beritahu tentang pendeta dan jenis-jenis cara berlainan yg mereka lakukan utk menyimpangkan orang dari jalan pulang ke Rumah. Sama seperti pada zaman dahulu, seperti di China contohnya, ada banyak peperangan antara negeri-negeri yang berlainan. Kadangkala musuh ingin menang tetapi sangat sukar, jadi perlu memikirkan banyak cara untuk membunuh. Jadi kadangkala mereka gunakan cara membuat salah satu orang mereka – salah satu pejuang yang dipercayai di negeri mereka – membuat orang itu menyusup masuk ke dalam sistem musuh tanpa disyaki, tetapi malah secara terbuka, digunakan dan dipercayai oleh musuh. Bukan secara rahsia atau bersembunyi di sesuatu tempat seperti perisik – ini ialah perisik terbuka, diterima oleh musuh juga, dan dipercayai. Jadi mereka memukul orang itu sampai lebam-lebam, berdarah di seluruh badan.

Orang itu diketahui ialah, contohnya pegawai tinggi negeri ini dalam peperangan, tetapi mereka memukul dan buangnya keluar. Mereka pukulnya sampai hampir mati. Kemudian orang itu menyelinap masuk ke dalam kem pihak lawan, musuh, dan berpura-pura menangis seperti neraka di sana. Seperti, “Lihatlah bgmn mrk perlakukan saya. Saya buat sebaik boleh tapi mereka tetap cari kesalahan saya. Mereka kata, ‘Saya ini, saya itu,’ hanya kerana saya berkata baik tentang negara kamu, sistem kamu, dan bahawa kami tiada sebab untuk berperang, bahawa kami harus menyerah kalah atau berdamai,” apa-apa saja yang mereka katakan, apa-apa saja yang orang itu katakan supaya musuh dengar, sukainya dan percayai dia. Oleh sebab dia sudah dipukul sampai lebam-lebam dan berdarah di seluruh badan, jadi mustahil untuk tidak percayai orang itu.

Kuasa negatif pada waktu Zaman Penghujung Dharma ini gunakan jenis cara yang serupa juga. Ini lebih jarang. Ini lebih jarang daripada pendera terbuka tetapi tetap berlaku dan kita takkan tahu. Malang menimpa kita jika kita tahu – jika kita ada kuasa psikik, jika kita terus mata dan lihat orang itu tidak benar. Maka semua orang yang lain akan datang memukul kita secara fizikal atau di sesawang secara lisan, mengugut kita atau pergi ke rumah kita jika mereka tahu rumah kita dan buat hidup kita seperti neraka hidup.

Sesetengah orang yang terus mata dapat lihat biksu yang jahat walaupun pada luaran biksu itu kelihatan bermoral dan sebagainya, memberitahu orang supaya tidak makan daging orang-haiwan tetapi mereka sendiri pergi makan apa-apa saja, bukan di bawah pengawasan, dah tentu. Orang yang terus mata dapat lihat sesetengah biksu tiada aura yang baik. Mereka ada aura gelap neraka, hantu dan syaitan. Tetapi jika mereka memberitahu itu kepada pengikut yang memuja secara fanatik, orang yang terus mata ini tak dapat hidup dengan baik – lebih baik berpindah ke tempat lain atau memohon maaf. Jika tidak, mereka akan dipukul seperti beg berisi kapas. Ini berlaku hari ini di tempat-tempat yang berlainan. Dahsyatnya. Jadi jagalah diri.

Puji Tuhan yang menjaga anda; puji Buddha yang melindungi anda. Itu saja yang boleh anda buat jika anda tiada cara lain untuk melindungi diri. Cubalah benar-benar buka mata anda. Sentiasa dalam hati anda bersama Buddha, bersama Tuhan, bersama Guru. Carilah Guru hidup. Tak semestinya saya – sekurang-kurangnya Guru yang ada keturunan yg baik dan boleh bergantung pada Guru agung sebelum Mereka untuk beri anda inisiasi dan Kaedah Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman. Jika anda lihat mrk sekurang-kurangnya jujur – tidak berpura-pura untuk menjadi seseorang yang mereka bukan, dan tidak mempergunakan anda dari segi kewangan atau fizikal untuk kepentingan diri – maka mungkin anda boleh tinjaunya. Saya bukan katakan semua ini supaya anda datang menjadi anak murid saya. Saya akan rasa bangga adanya anda tetapi anda boleh cari Guru lain juga,

mereka yang mengajarkan Kaedah Cahaya dan Bunyi (Syurga dalaman) yang sebenar dan daripada keturunan yg sangat besar. Mereka lebih boleh dipercayai. Sekurang-kurangnya mereka jujur. Anda lihat sama ada mrk jujur ​​atau tidak. Anda perlu memerhatikan seseorang atau Guru sebelum melompat masuk. Jangan ikut arus. Jangan pergi hanya kerana dia terkenal. Jangan pergi hanya kerana orang kata dia baik. Anda mesti sendiri tahu sama ada anda ada pengalaman dalaman atau tidak, dan anda perlu berasa selesa dengan itu. Jangan ikut sesiapa saja. Ikut diri anda sendiri. Sentiasa memuji Tuhan kerana lindungi anda, membimbing anda kepada Guru yang benar-benar baik. Itu cara terbaik. Sentiasa ikhlas, rendah diri dan benar-benar ingin pulang ke Rumah Syurga, maka Tuhan akan bantu anda.

Photo Caption: Senyum! Tuhan Suka Membuat Anda Sejahtera dan Hidup

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
156 Tontonan
2024-12-19
1368 Tontonan
2024-12-18
842 Tontonan
2024-12-18
327 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android