Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Semoga Orang Muhsin Menang, Bahagian 6 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya tak tahu berapa lama sehingga kita bebas drpd COVID-19 ini. Ini bergantung kepada manusia. (Ya, Guru.) Jika mereka berubah dan hidup dengan berbelas kasihan, tak bunuh haiwan atau manusia lagi, maka pandemik ini akan hilang dalam sekelip mata tanpa sebarang ubat, tanpa vaksin, tanpa sebarang kesusahan. Tapi jika mereka teruskan cara sekarang, saya tak tahu, saya tak dapat jamin. Saya boleh bantu sebahagiannya tetapi tak dapat bantu sepenuhnya. (Ya, Guru.)

Ada lagi? Disember. Saya lihat. Wau! Ada lagi di belakang. Oleh sebab saya tak menulis selama berhari-hari, jadi saya ingat tiada apa-apa yang tertinggal, tapi itu 10 hb saja, jadi ada lebih banyak yang tertinggal. Ada apa lagi di sana? Banyak lagi tapi saya tak boleh beritahu kamu, okey? (Ya, Guru.)

Skunk suka makanan lembut, bukan makanan keras anjing walaupun ia makannya. Tapi ia suka yg lembut, jadi... saya kata, “Okey, aku akan rendamnya dalam air didih untuk seketika lalu berikannya.” Kemudian ia lebih suka akannya. Ia makan dengan lebih cepat dan makan semuanya. Sebelumnya ia tinggalkan yang lebih besar. Ia hanya makan yang kecil. Makanan untuk anak anjing. Sekarang saya lembutkannya dan ia suka. Saya tanya dia, “Kau suka apa-apa lagi?” Ia kata ia tak tahu, “Tak apa.” Ia pergi ke sesuatu tempat dan makan limau gedang. (Oh!) Di kebun di sesuatu tempat. Ia menggerit kulitnya lalu makan limau gedang, sangat sedikit. Setiap limau gedang, ia korek satu lubang dan makan sedikit. Kemudian saya kata, “Ada apa-apa lagi yang boleh aku berikan kepada kau kerana aku bukan skunk, tak tahu apa yang kau suka?” Ia kata, “Dah cukup, itu sangat bagus. Makanan anjing (vegan) adalah bagus.” Kemudian saya tanya dia, “Tapi bagaimana kau tahu akan makanan anjing? Kerana skunk tak tahu apa-apa pun tentang makanan anjing ini, macam mana kau datang makan makanan anjing (vegan), seolah-olah kau ialah anjingku?” Ia kata, “Sozy beritahu aku bahawa kau akan beri makan aku.” (Oh!) Saya kata, “Ah, anjing betina itu! Penyibuk.” Saya bukan sahaja perlu beri makannya, menjaganya, sekarang ia malah memperkenalkan haiwan lain untuk datang makan makanan saya. Ya, lawak betul. Saya kata, “Dah tentu, aku akan beri makan kau. Aku tak tahu sebelumnya. Aku rasa lebih baik tak ganggu kau. Kerana sebelumnya aku tak tahu bagaimana beri makan skunk dan aku rasa hidup semula jadi lebih baik untuk kau.” Tapi ia tak suka makan siput, katak dan seumpamanya. (Oh!) Sebelumnya Sozy berada di sana untuk seketika, jadi ia memberitahunya, “Kau datanglah bercakap dengan Guru. Dia akan beri makan kau.”

Kerana mereka saling berbual, tahu? Saya tak tahu bahawa anjing boleh bercakap dengan skunk. Mereka tak perlu bersama untuk bercakap. (Ya.) Jika mereka tahu bahawa anjing di bawah jagaan saya, mereka boleh bercakap. Ia kata, “Apa yang kau makan? Aku tak suka makan semua siput hidup ini di kebun.” Jadi Sozy berkata, “Kami tak makan haiwan. Tidak! Kami adalah vegan.” Jadi skunk bertanya, “Bagaimana kau cari haiwan vegan untuk dimakan?” Sozy berkata, “Bodoh kau ni! Itu bukan haiwan vegan. Itu vegan! Hanya vegan, tiada haiwan.” Ia kata, “Bagaimana kau cari makanan ini untuk dimakan?” Ia kata, “Kau cakaplah dengan Guruku. Dia akan beri makan kau.” Jadi ia benar-benar datang (Wau!) suatu kali sewaktu saya di sana. Ia benar-benar merenung saya, dua kali saya bertemu dengannya. Kali pertama kami bertemu, terus bersemuka tetapi dari jauh. Beberapa meter dan matanya bersinar (Ya.) tapi sangat sedih. (Oh!) Kemudian saya tahu, saya beri makannya. Pertama sekali, saya berikan roti, biskut dan sebagainya. Ia makan roti. Kemudian saya kata, okey, mungkin sedikit makanan anjing (vegan), di dalam beg, masih segar dan baru, jadi saya berikan sedikit kepadanya untuk lihat sama ada ia makan. Ia makan semuanya. (Oh!) Ya. Kemudian lain kali saya berikan roti dan lebih banyak makanan anjing (vegan). Ia makan semua makanan, tinggalkan roti. Jadi saya tahu ia hanya suka makanan anjing (vegan). Mungkin ia terlalu banyak dengar kata-kata Sozy. Sozy berkata, “Kami makan makanan anjing vegan. Kami tak makan makanan lain yang bukan vegan.” Jadi mungkin ia khuatir makanan lain bukan vegan. Jadi ia tak makan roti lagi. Ia hanya makan makanan anjing (vegan). Kemudiannya, suatu hari saya berfikir mungkin... kerana ia tinggalkan pelet besar daripada pelet anjing. Tahu, makanan anjing (vegan) sedia makan? (Ya, Guru.)

Jadi saya beritahunya dan sekarang saya beritahu seseorang supaya jaganya. Jika saya tiada di sana, seseorang yang lain akan jaganya. Saya tak sentiasa ada masa atau tak sentiasa berada di tempat yang sama. Saya perlu sentiasa berpindah. Pergi ke sana sini. Atas sebab keselamatan dan sebab-sebab lain, sebab spiritual. Kerana sesetengah tempat ada lebih banyak nilai spiritual daripada tempat lain. Lepas saya dah siap di satu tempat, saya pergi ke tempat yang lebih tinggi. Faham itu? (Ya, Guru.) Jika ada tempat, maka saya perlu pindah. Jadi suatu hari saya berfikir, mungkin ia sangat kecil. Ia hanya berusia enam atau tujuh bulan saja. Jadi mungkin ia suka makanan lembut. Jadi saya beritahu orang yang menjaganya, “Tuang air panas untuk rendamnya dulu. Ia lebih suka.” Ia berpusing dan berkata, “Terima kasih.” (Oh!) Ia berpusing dan berkata, “Terima kasih.” Sama seperti anjing apabila mereka kejar ekor mereka. (Oh!) Mungkin ia belajarnya daripada Sozy, saya tak tahu, anjing saya. Ada banyak perkara lain yang tak boleh saya beritahu kamu. Tak apa. Perkara lain tak boleh. Yang ini.

Kamu tahu ada lebih banyak varian COVID yang baru hari ini, kan? (Ya, Guru.) Ia tersebar 70 atau 80 peratus lebih cepat daripada yang lama. (Wau!) Mereka temuinya di England tetapi mungkin ia sudah di Perancis atau mana-mana tempat yang lain, jadi seluruh Eropah tertutup sekarang (Wau!) Mereka tak biarkan sesiapa pun dari England datang kecuali sesuatu yang benar-benar cemas atau sangat penting. (Ya, Guru.) Mereka semua tertutup sekarang. Sekarang seluruh England dikuarantin daripada Eropah. (Ya, Guru.) Kemudian negara-negara lain juga melarang orang Inggeris datang ke negara mereka. Saya dah lupa, mungkin Turki atau sesuatu. Kamu carilah. Kerana varian baru ini adalah dari England. Mereka temuinya di England. Enam, tujuh jenis. Atau mungkin lebih banyak sekarang. Begitu menakutkan. (Ya, Guru.)

Adakah kamu gembira dengan kamu tinggal bersama di tempat terlindung? (Ya, Guru.) Saya tak pakai pelitup muka kerana jika saya pakai pelitup muka, mungkin saya akan bercakap macam, “Apa khabar?” Lagipun, saya tak perlu. saya tinggal berseorangan. (Ya.) Saya tak bersama sesiapa pun. (Ya, Guru.) Anjing pun tidak sekarang. Saya tak jumpa dgn mana-mana anjing. Saya tak jumpa dengan kamu. Kita hanya bersidang macam ini.

Saya tak tahu berapa lama sehingga kita bebas drpd COVID-19 ini. Ini bergantung kepada manusia. (Ya, Guru.) Jika mereka berubah dan hidup dengan berbelas kasihan, tak bunuh haiwan atau manusia lagi, maka pandemik ini akan hilang dalam sekelip mata tanpa sebarang ubat, tanpa vaksin, tanpa sebarang kesusahan. Tapi jika mereka teruskan cara sekarang, saya tak tahu, saya tak dapat jamin. Saya boleh bantu sebahagiannya tetapi tak dapat bantu sepenuhnya. (Ya, Guru.) Dah pun banyak bantuan. Sebab itulah tak sebanyak orang mati seperti yang sepatutnya. Faham? (Ya, terima kasih, Guru.)

Saya tanya, “Kamu ialah kawan ke?” Kita kembali ke skunk itu. Saya nampaknya di sini pada hari yg lain. “Kamu ialah kawan ke?” Ia kata, “Tidak, kami tak saling mengenali sebelumnya.” “Tapi kamu berbual-bual, kan?” Ia kata, “Ya, ya, kami berbual-bual dan ia melawat aku kadangkala.” Mungkin secara astral. Roh. Tiada hubungan dengan saya, dengan Guru juga. “Bilakah ia beritahu kau?” Ia kata, “Beberapa bulan yang lalu.” Saya kata, “Okey.”

Beberapa bulan yang lalu, itu waktu kali pertama saya nampaknya. Namanya Ny. Ia ada nama. Ny. N-Y. Jadi saya panggilnya Ny kadangkala sewaktu saya beri makannya sebelumnya. Sekarang saya tak beri makannya. Seseorang boleh lakukannya tapi sewaktu saya beri makannya sebelumnya, saya sentiasa panggil namanya. Saya kata, “Ny, makananmu dah sedia. Apabila kau dah sedia, apabila kau dah lapar, kau mari makan, okey? Dengan segala kasih sayang dan kau perlu bersyukur kepada Tuhan. Tuhan berikannya kepada kau. Aku hanya laksanakan kehendak Tuhan. Okey? Aku bantu kau tapi ini daripada Tuhan.” Jadi ia memahami itu. Sebelumnya sewaktu saya masih beri makannya, ia mengeliling rumah saya. Itu sebuah studio kecil, dengan tandas dan segalanya di dalam, berukuran 6 meter × 4 meter. Dan bersedia untuk anjing juga. Kalau-kalau anjing datang, mereka ada ruang. Mereka ada sofa dan sangkar yang saya reka bentuk. Tapi satu saja kerana biasanya mereka melompat ke atas sofa. Mereka sukanya kerana dapat lihat saya dengan lebih jelas. Lebih tinggi juga. Saya kata kepada mereka, “Mungkin gua adalah sejuk kerana di atas lantai, jadi jika kau mahu, sofa lebih baik.” Tapi sejak itu, mereka sentiasa tidur di atas sofa. Jika mereka boleh adanya. Kadangkala mereka melompat ke dalan gua mereka, tahulah, sarang anjing mereka, jika mereka mahunya gelap. Jika tidak, mereka berada di atas sofa.

Tempoh hari, oleh sebab hujan, saya berfikir mana boleh skunk hidup dalam cuaca sebegini, dan ia begitu muda. Ibu bapanya dah meninggal (Oh!) disebabkan usia tua. Ia beritahu saya. Jadi ia hidup bersendirian dan menjaga diri. Begitu muda saja. Sejak ia berusia mungkin tiga, empat bulan, ya? (Oh!) Tapi sekarang ia tak apa-apa, jadi saya rasa sedih, rasa mungkin saya harus beritahu orang yang menjaga supaya letak rumah anjing di luar atau sesuatu untuknya. Tapi saya kata, “Tidak, lebih baik tidak kerana itu tak begitu selamat seperti ia ada lubang sendiri. Mungkin ia dah tahu, mungkin ibu bapanya telah mengajarnya atau mungkin ia tinggal di dalam lubang ibu bapanya kerana jika ia terus datang makan, ini bermakna ia baik-baik saja, lebih selamat daripada letaknya di dalam rumah anjing, letaknya di luar dan sebarang haiwan lain boleh masuk ke dalam dan mencederakannya. Faham apa yang saya katakan? (Ya.) Atau jika anjing pergi ke sana, mereka berlalu di situ dan menakutkannya. Bukan semuanya akan cakap seperti Sozy. Mereka boleh menakutkannya atau pergi menghidu-hidu dan banyak menakutkannya. Jadi saya kata lebih baik tidak. Hanya biarkannya saja. Hanya berikan makanan, itu dah cukup. Itu apa yang saya fikir. Jadi rohnya datang kepada saya dan berkata, “Janganlah bersedih kerana aku kasihi kau. (Aww!) Seperti anak terhadap ibu, lebih daripada itu.” Jadi (Wau!) saya kata, “Baiklah. Aku tak sedih. Aku cuma risau tentang kau.” Saya risau tentang banyak haiwan yang lain juga kerana mereka tiada keselamatan, tahu? kerana mereka tiada keselamatan, tahu? (Ya, Guru.)

Sebelumnya saya tinggal di sesuatu tempat dan nampak anak tupai jatuh ke atas tanah dan mati. (Oh!) Itu memang sangat menyakitkan hati saya. Tapi mana boleh kita menjaga tupai? Mereka masih kecil dan mungkin terlalu banyak angin, kemudian jatuh ke bawah. Ya Tuhan. Saya memang sangat sakit hati untuk masa yang panjang. Okey. Minta maaf. Ada yang lain... Kamu mahukan diari, kan? Ada soalan lain? Atau hanya itu saja? (Itu saja, Guru.) Itu saja? Lihat sama ada terdapat apa-apa lagi.

Saya nyatakan di sini, “Aku terlalu banyak menangis setiap hari. Itu tak baik untuk mataku. Lebih baik aku cuba mengawalnya. Ia lebih kabur sikit sekarang ini.” “Tolonglah Syurga, ampuni haiwan dan musuh mereka. Ampuni semua manusia.” Ada perkara lain tentang sesuatu yang tak boleh beritahu kamu juga. Maaf. Saya rasa dah habis semuanya. Itu satu lagi diari. Tak banyak. Yang ini saya tak tulis dengan banyak, kadangkala, tapi tak banyak. Tidak. Okey, okey. Maka itu saja. Banyak perkara yang lain adalah tentang ramalan bagi pemimpin ini dan itu, perkara ini dan itu tentang planet kita. Saya tak boleh beritahu kamu. Okey? (Faham, Guru. Terima kasih, Guru.)

Selamat Hari Krismas, Selamat Tahun Baru, sekali lagi. (Selamat Hari Krismas, Guru, dan Selamat Tahun Baru kepada Guru juga.) Tiada soalan lagi, kan? (Tidak, Guru. Tiada lagi.) Baiklah, sangat bagus. (Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa cakap dgn kami, Guru.) Kamu harus hargainya, memang. (Ya, terima kasih, Guru.) Kerana masa saya memang sangat ketat. Pada bila-bila saya dapat lakukannya, saya gembira untuk lakukannya. Okey? (Terima kasih banyak-banyak, Guru.) Hari ini tiada banyak rancangan yang perlu segera disiapkan, tak banyak yang disiarkan malam ini atau tak banyak pembetulan, jadi tak apa. Ya. Baiklah, terima kasih (Terima kasih, Guru.) kerana menjadi lelaki baik (Terima kasih, Guru.) dan wanita baik. Tuhan rahmati kamu semua. (Tuhan rahmati Guru. Terima kasih, Guru.) Terima kasih kerana membuat segalanya untuk bantu dunia ini, bantu saya secara tanpa syarat. Kamu tak mahu banyak daripada dunia. Kamu tak mahu banyak untuk keselesaanmu walaupun kamu boleh ada segalanya yang kamu mahukan. Kamu tahu itu, kan? (Ya.) Kamu hanya memesan apa yg diperlukan. Okey? Tidak, tidak... Saya takkan kata apa-apa pun. Hanya untuk keselesaanmu dan supaya kamu terus bekerja. Okey? (Terima kasih, Guru.)

Saya juga berterima kasih kepada semua kakitangan Supreme Master Television di dunia luar. Mereka juga banyak berkorban kerana mereka juga ada pekerjaan untuk menyara hidup, juga ada ahli keluarga, ikatan, kewajipan mereka tetapi tetap meluangkan masa untuk bantu dengan kerja ini, bantu dunia kita. Jadi saya berterima kasih kepada anda dgn ikhlas dan rendah diri. Semoga Tuhan rahmati anda semua. Begitu kasihi anda. Terima kasih. Peluk, peluk. Tuhan rahmati anda dan keluarga anda. Jumpa lagi. (Jumpa lagi, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (6/6)
1
2021-01-02
10605 Tontonan
2
2021-01-03
7557 Tontonan
3
2021-01-04
11717 Tontonan
4
2021-01-05
6815 Tontonan
5
2021-01-06
6492 Tontonan
6
2021-01-07
5990 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-19
161 Tontonan
2024-12-19
1380 Tontonan
2024-12-18
852 Tontonan
2024-12-18
330 Tontonan
2024-12-18
125 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android