Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam masyarakat kita, wanita dan lelaki, semua orang yang berkuasa di dunia, dalam masyarakat kita, undang-undang hanya menghukum seseorang yang telah membuat sesuatu yang salah terhadap masyarakat. Haiwan tak buat apa-apa yang salah terhadap kita. Mereka menjalani kehidupan dengan senyap, makan apa-apa saja yang Tuhan berikan. Mereka tak mencederakan kita dengan sebarang cara. Walaupun dalam sesetengah kes, mereka buat begitu, kerana kita musnahkan habitat mereka, kerana mereka tiada tempat tinggal, tiada makanan lagi dlm alam semula jadi utk mereka makan, jadi mereka terpaksa datang kepada kita, percaya bahawa kita akan berkongsi makanan dengan mereka kerana kita telah musnahkan habitat mereka. Dalam masyarakat kita, jika kita mengambil sesuatu daripada seseorang, kita bayar balik dengan sesuatu. Jadi haiwan percaya bahawa kita akan bayar balik dengan makanan. Tapi dalam sebarang keadaan, kita sentiasa bunuh mereka jika mereka datang terlalu dekat. Jika kita nak menggelar diri sebagai bangsa manusia yang bertamadun, kita mestilah melindungi nyawa haiwan yang berkaitan dengan nyawa kita. Kita perlu melindungi mereka kerana mereka ialah kita, kerana jika kita tak melindungi mereka, kita mudah alami malapetaka kerana Tuhan takkan ampuni kita, kerana Tuhan takkan ampuni kita, jika kita melayan rakan haiwan lain dengan buruk.